Isnin, 25 Ogos 2014

Komen Srikandi Al Julus Kelantan 577 H


Abad ke-12, Srivijaya lebih terbuka kepada wilayah-wilayah pengaruhnya sejak Emperor Indravarman dan agama Islam mula berkembang, lebih-lebih lagi Champa telah mula toleran dengan pendakwah Islam pada abad ke-10.Saya berpandangan maksud Al-Mutawakil dalam duit dinar emas itu adalah nama khalifah.Dalam kes ini, Al-mutawakil berasal daripada Khilafah Abbasiah, iaitu khalifah terakhir yang benar-benar kuat dan berpengaruh sebelum Empayar Abbasiah menuju kehancuran.

-Srikandi

Khamis, 21 Ogos 2014

Persuratan Stamford Raffles


Penjajahan keatas orang Melayu dengan method "kelembutan"..... jadi, sedarlah wahai anak watan walaupun kita sudah merdeka ditangan kiri Tunku.


Khamis, 14 Ogos 2014

Naiktaraf Surau Mulong

1986





1986




1986




1999










SEKITAR tahun 1950-an, timbul cadangan untuk merobohkan balai rong seri di Istana Raja Dewa Tuan Zainal Abidin. Kediaman Raja Dewa itu terletak berhampiran Istana Balai Besar di Kota Bharu, Kelantan.
Balai rong seri yang diperbuat daripada kayu yang dibina sekitar tahun 1900 itu mahu dirobohkan untuk memperbesar istana. Berita itu kemudian didengari beberapa pekerja istana yang tinggal di Kampung Kedai Mulong, yang percaya balai rong seri itu masih ada kegunaannya.

Meskipun binaan balai rong seri itu kelihatan usang kerana sudah ditinggalkan kosong sejak Perang Dunia Kedua, penduduk Kampung Kedai Mulong tetap sepakat mengadakan mesyuarat demi mencari jalan untuk menggunakannya.

Hasil perbincangan penduduk kampung itu, mereka menyedari mengenai kesukaran penduduk bersolat kerana ketiadaan masjid di kampung itu.

"Dari situlah tercetusnya idea untuk membeli balai rong itu untuk dijadikan sebuah masjid," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Konservasi dan Arkeologi Jabatan Warisan Negara (JWN), Mat Nasir Baba ketika menceritakan sejarah awal kewujudan Masjid Lama Mulong, yang terletak kira-kira 11 kilometer dari bandar Kota Bharu.

Balai rong seri jadi masjid

Mat Nasir memberitahu, pihak istana menawarkan balai rong seri itu pada harga RM1,000. Tidak menunggu lama, penduduk kampung berpakat mengumpul duit untuk membeli bangunan lama tersebut dan mempercepat proses pemindahannya.

Pemindahan pada waktu itu dilakukan dengan lori. Struktur lantai dan bumbungnya telah dipotong dua untuk memudahkan kerja pemindahan ke Kampung Kedai Mulong yang jaraknya kira-kira 11 kilometer.

Binaan lama itu kemudiannya dirombak dan dibina semula sebagai masjid yang berlokasi di bahu jalan atas tanah wakaf Abdul Rahman Ismail dan dinamakan sebagai Masjid Ar-Rahman atau dikenali sebagai Masjid Lama Mulong.

"Balai rong seri itu dipasang semula secara gotong-royong seperti bentuk asalnya dengan penambahan ruang mihrab dan anjung masuk," tambahnya.

Penduduk kampung bersepakat menghulurkan derma untuk menyiapkan masjid yang boleh memuatkan lebih 100 jemaah itu dan mula digunakan sejak tahun 1958.

Keunikan masjid

Sebagai sebuah masjid yang berasal daripada sebuah balai rong seri, bangunan kayu itu memiliki pelbagai keunikan tersendiri. Antaranya, ia didirikan tanpa menggunakan paku selain sambungan tanggam dan pasak pada era 50-an yang sekali gus mengetengahkan keunikan warisan silam seni bina Melayu Kelantan yang kini amat jarang dapat dilihat.

Walaupun reka bentuk binaannya ringkas, ia tetap menonjolkan ciri-ciri sebuah istana dan kediaman golongan bangsawan di negeri ini pada masa silam.

"Ini boleh dilihat pada struktur keseluruhan bangunan, bahagian dinding, pintu, tiang dan ruang atapnya, walaupun bahagian yang berukir sudah hampir tiada," katanya.

Masjid itu turut menggabungkan pelbagai unsur seni bina Melayu Kelantan dan Cina. Memandangkan struktur asalnya ialah balai rong seri, maka bangunan itu dibina tanpa tiang tengah. Strukturnya dikukuhkan dengan 16 batang tiang di sekelilingnya.

Jika dinilai dari sudut kejuruteraan moden, binaan tanpa tiang tengah dibimbangi tidak tahan lama, tetapi kepakaran generasi lampau dalam pertukangan membuktikan sebaliknya.

Mat Nasir juga menyatakan masjid tersebut berlainan dengan binaan tradisional Kelantan yang lain kerana lantainya tidak disokong oleh 'rasuk panjang'.

"Apa yang ada hanyalah rasuk melintang dan lantainya disokong oleh 32 kayu penyokong berbentuk kaki cermin. Biasanya sebuah rumah tidak memerlukan kayu penyokong atau 'tongkat' yang sebegitu banyak. Tetapi ketiadaan 'rasuk panjang' menyebabkan perlunya kepada bilangan tongkat sedemikian," katanya lagi.

Sebenarnya Masjid Lama Mulong ini terlalu istimewa, bukan hanya kerana seni rekanya yang cantik dan unik, malah sejarah di sebalik kewujudannya itu yang menjadi faktor utama ia dipilih sebagai Bangunan Warisan Negara.

Penyenaraian itu menjadikannya antara 11 buah bangunan bersejarah di seluruh negara yang diberi tumpuan untuk proses baik pulih sepanjang tahun ini.

Keunikan Masjid Lama Mulong tidak harus disia-siakan. JWN mahu menjadikan bangunan ini sebagai satu monumen yang akan terus dipulihara untuk kegunaan dan tatapan generasi akan datang.

Mat Nasir mengakui bahawa tanpa usaha dan kesungguhan penduduk kampung untuk konservasi bangunan itu yang pada mulanya dipelopori oleh Allahyarham Cikgu Hamzah Mahmud, JWN mungkin langsung tidak mengetahui kewujudan masjid bersejarah ini.

Projek konservasi

Sebaik sahaja Masjid Lama Mulong disenaraikan sebagai Bangunan Warisan Negara, projek pemuliharaan binaan berusia lebih 100 tahun itu terus dilaksanakan.

Ia melibatkan proses awal mencerap kayu, mengikis lapisan cat pada tiang, dinding dalam dan luar, panel janda berhias, jejala, motif serta menukar bata asbestos bumbung kepada batu jenis senggora Thailand.

Pemuliharaan masjid itu juga mencatat sejarah apabila ia melibatkan peralihan masjid dari tapaknya yang asal berikutan masalah berkaitan keluasan tanah wakaf.

Masjid itu dianjakkan ke depan sejauh enam meter dan ke kanan sebanyak tiga meter dengan menggunakan kaedah chain-lock. Kaki-kaki tiang masjid diangkat dan dilapik dengan batang besi paip untuk menggerakkannya penuh hati-hati.

Semasa pekerja mengikis cat lama di bahagian atas panel 'janda berhias' atau dinding asal balai rong seri, mereka terjumpa ukiran awal berbentuk bunga.

"Ukiran bunga ini akan dikekalkan agar sejarah asal balai rong tidak hilang," kata Mat Nasir.

Ciri uniknya diperkukuh dengan sisip angin berukir geometri bagi memudahkan pengaliran udara yang menyejukkan ruang dalaman dan buah guntong pada siling menggantikan tiang.

Kini, selepas lapan bulan menjalani proses baik pulih, Masjid Ar-Rahman atau Masjid Lama Mulong muncul dengan wajah silamnya yang indah dan dibuka untuk diimarahkan semula oleh pengunjungnya.Seorang ahli jawatankuasa kariah masjid, Ahmad Farid Mahmood memberitahu, selepas projek konservasi itu siap, ia sering lokasi kunjungan masyarakat dari serata pelosok negeri.

"Apatah lagi sejak ia dirasmikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada 17 Julai lalu, ramai yang mula sedar kewujudan masjid ini," katanya. - Bernama

Motif Langkasuka

Motif flora Langkasuka seperti gambar di atas adalah berada di lokasi Wat Wang, Ban Lampam, Thailand dan motif ini ada di Kelantan.Ianya dalam bentuk batu nisan.Anda boleh rujuk dalam buku GuideA bilingual ( Malay & English ) guide book to historical places in Kelantan.

Tok Kenali di MAIK 1928


Ilustrasi Tugu Dinar Emas Al- Julus Kelantan 577 H


Jika Terengganu megah dengan Batu Bersuratnya, mengapa tidak Kerajaan Negeri Kelantan tidak membina saja Tugu Dinar Emas Kelantan yang tertulis Al-Julus Kelantan 577 Hijrah bersamaan 1181 Masihi ?? Pitis ini dijumpai di Kota Kubang Labu yang mana lokasi sekarang adalah di kawasan Pasir Pekan... Bina sahaja di Bulatan Pasir Pekan... Ia akan menjadi satu mercu tanda baru Islam di bumi Kelantan..IsyAllah hasrat ambo ini akan ambo usulkan kepada Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yaakob melalui Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan..Amin..

Bulatan Pasir Pekan (kiri gambar) disamping Masjid Ismaili yang baru siap dibina

Kelihatan pokok kurma yang ditanam di Bulatan Pasir Pekan

Amin..