Rabu, 16 Mac 2016

Sejarah Jepun 1


1.0 PENGENALAN
Jepun merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar isolasi atau pemencilan dari berinteraksi dengan dunia luar.(1)
1 Jepun kekal tidak berhubung dengan dunia luar selama 200 tahun. Dalam tempoh ini Tokugawa memerintah dengan tegas dan melarang orang Jepun dari keluar negara. Tokugawa memastikan tiada perang saudara seperti yang berlaku pada zaman sebelumnya. Banyak bandar baru muncul di Jepun dan Edo menjadi sebuah bandar yang terbesar di dunia. Untuk keterangan lanjut sila rujuk dalam Changes in Japan oleh Chisholm. J. The Usborne Internet Linked Encyclopedia of World History, London : UsbornePublishing, 2000, hlm, 356 – 357.

Walaubagaimanapun, Jepun bukanlah mengamalkandasar tersebut sepenuhnya kerana masih terdapat hubungan dengan kuasa barat sepertiBelanda yang di benarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki secara terhad. EkonomiJepun terlalu bergantung terhadap bidang pertanian yang menyumbang kepada pendapatan negara.(2)
2 Sila rujuk Steele. M.W.Alternative Narratives in Modern Japanese History. London and New York :Routledge Curzon, Taylor and Francis Group. 2003, hlm, 133 – 141.

Hal ini di buktikan dengan kedudukan peta ini sebagai golonganyang ketiga penting selepas samurai. Semasa pemerintahan Tokugawa, beliau telahmengamalkan dasar pemencilan dari dunia luar, dasar ini telah dilaksanakan melalui tigatitah perintah yang dikeluarkan oleh Bakufu pada tahun 1633, 1635, dan 1639.(3)
3 Titah perintah yang pertama pada 1633 ialah melarang kapal-kapal Jepun daripada meninggalkan Negara kecuali mereka mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Bakufu, begitu juga yang terjadi kepada penduduk Jepun, mereka tidak boleh meninggalkan Negara, kecuali mereka mempunyai kebenaran terlebihdahulu dari Kesyogunan Tokugawa. Jika rakyat ingkar, mereka akan dihukum bunuh. Titah kedua pulatelah mengharamkan kapal-kapal Jepun daripada belayar dan pergi keluar negeri. Titah ketiga pulamengharamkan perdagangan asing dan tidak wujudnya perhubungan dengan dunia luar. Rujuk buku M.Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn.Bhd, 1988, hlm 49-50.

Kesan daripadadasar pemencilan yang dilaksanakan oleh Tokugawa telah menyebabkan Jepun telah ditipu dalam perjanjian Kanagawa.Perjanjian Kanagawa (31 Mac 1854) ini adalah berat sebelah kerana lebihmemihak kepada Amerika Syarikat. Kesan daripada perjanjian berat sebelah ini, makaJepun telah mengalami“Enlightement”,hal ini dapat dilihat apabila Jepun telahmengalami revolusi yang ketara sejak berlakunya pemulihan yang dilakukan olehMaharaja Meiji. Kejayaan Jepun sebagai sebuah negara moden disebabkan oleh dasar luar yang dilakukan semasa pemerintahan Meiji dan Taisho. Perkara ini dapat dibuktikanapabila kerajaan Jepun membuat perjanjian dan persidangan dengan negara-negara barat melalui perjanjian Shimonoseki, perjanjian Inggeris-Jepun 1902, perang China-Jepun, perang Rusia-Jepun, perjanjian Porthmouth, Tuntutan dua puluh satu, persidangan Versailles, persidangan Washington, dan akhir sekali perancangan semula struktur  pembangunan ekonomi dalam tahun-tahun 1920-an.

2.0 PEMULIHAN MAHARAJA MEIJI
Pemimpin pemulihan Meiji menyedari kedatangan kuasa barat merupakan satu ancaman kepada kedaulatan dan kebebasan negara mereka. Hal ini telah disedari sejak kedatangan wakil Amerika Syarikat, Komodor Perry ke Jepun pada tahun 1853. Desakan dan ancaman yang telah dibuat oleh kuasa barat tersebut telah mencabar kewibawaan dan menjatuhkan maruah negara Jepun. Setahun kemudian, merupakan sejarah hitam bagi Jepun apabila terpaksa menandatangani perjanjian berat sebelah yang menjadikan Jepun negara yang mengikut kehendak kuasa barat.(4)
4 Menjelang 1858, Jepun telah menandatangani perjanjian perdagangan dengan Amerika, Britain, Perancis,Rusia dan Belanda. Bagi Jepun, ia membawa suatu era baru yang menamatkan zaman tradisi Jepun dalamhubungan luar dengan kuasa asing. Sebelum perjanjian, maklumat tentang dunia luar hanya di ketahuimelalui pedagang China di Nagasaki, Laporan China dari pulau Okinawa, Maklumat dari kedutaan Koreadan pedagang Korea yang berdagang di Pulau Tsushima atau maklumat dari pedagang Belanda di Dejimadan Nagasaki. Dasar yang di amalkan oleh kuasa asing ialah persamaan antara negara. Tetapi dalam kesJepun dan China, perjanjian yang memihak kepada mereka di buat kerana sikap benci orang asing yang diamalkan oleh kedua–dua negara tersebut. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Auslin, M.R, Negotiating With Imperialism : Unequal Treaties and The Culture of Japanese Diplomacy, Massachussets HarvardUniversity Press, 2004, hlm, 1–16.

Kejayaan Jepun sebagai sebuah negara moden dalam abad ke-19 dan 20 disebabkan dasar luar negara yang dilakukan oleh negara Jepun. Perkara ini dapat dibuktikan dengan adanya hubungan yang erat antara negara Jepun dengan dunia luar.Sejak peristiwa perjanjian berat sebelah ini, telah menyebabkan pakar cerdik pandai Jepun mengkaji semula perjanjian-perjanjian lama semasa pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Undang-undang serta cukai eksport telah dilaksanakan, sementara itu perjanjian yang tidak adil dibubarkan. Kuasa-kuasa barat enggan untuk menandatangani semula perjanjian dengan Jepun. Pada 1890-an isu perjanjian yang tidak adil ini telah menjadi isu politik. Parti pembangkang termasuk parti Jiyuto dan Kaishinto telah memberi tekanan yang kuat, lantaran itu, Hitorobumi telah mengarahkan menteri luar negara (Mutsu Munemitsu) telah mengambil pendirian yang tegas akan perjanjian tersebut.Pendekatan yang diambil oleh Ito Hitorobumi adalah secara drastik, hal ini disebabkan kesan pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki oleh pihak Amerika Syarikat.


Mutsu Munemitsu telah mengumumkan kepada negara-negara barat terutamanya Britain bahawa sekiranya perjanjian itu tidak dikaji semula, Jepun akan menolaknya, justeru itu, kerajaan British akhirnya bersetuju dan pada Julai 1894, perjanjian baru telah ditandatangani, perjanjian ini telah menghapuskan hak wilayah asing. Dalam tahun 1880-an dan 90-an, Korea telah menjadi isu utama di Jepun. Itagaki dan Saigo mahukan Jepun amalkan satu dasar yang agresif terhadap Korea, tetapi ditentang oleh Okubo dan Iwakura.(5)
5  Dalam tahun 1874, kerajaan Meiji telah menggunakan diplomasi ubat bedil untuk memaksa Raja Kojong di Korea supaya menandatangani satu perjanjian yang memberi hak keistimewaan perdagangan kepada Jepun.

3.0 PERANG CHINA-JEPUN

Dasar luar Meiji telah membawa kepada isu pengkajian semula perjanjian, penentuan batas sempadan dan keselamatan negara. Isu-isu yang berkenaan dengan penentuan batas sempadan dan keselamatan negara secara tidak langsung telah menjejaskan perhubungan Jepun dengan Korea, Negara China dan Rusia. Berikutan dengan penggulingan kerajaan Shogun, pemerintahan oligaki iaitu terdiri daripada empat buah keluarga (Itagaki, Saigo,Okubo dan Iwakura) yang telah bekerjasama sejak beberapa lama tanpa perselisihan besar, telah berselisih faham mengenai soal dasar luar negara. Perselisihan ini berkenaan dengan bagaimana hendak mengendalikan perhubungan dengan negara Korea pada masa hadapan. Itagaki dan Saigo mahukan Jepun supaya mengamalkan satu dasar yang agresif terhadap Korea.Dalam menjalinkan hubungan luar dengan Korea, satu rombongan telah dihantar ke negera Korea bertujuan untuk memaksanya mengamalkan dasar buka pintu dengan Jepun. Tetapi orang Korea telah menolak permintaan Jepun itu dengan mudah akibat permusuhan yang masih membara diantara kedua-dua buah negara itu disebabkan peristiwa serangan Hideyoshi dalam kurun ke-16. Saigo bersama suatu kumpulan penting dalam kerajaan berpendapat bahawa satu pasukan tentera perlu dihantar untuk mengugut Korea dan beliau sendiri akan mengepalai pasukan tersebut. Namun, dasar ini telah ditentang oleh Okubo dan Iwakari yang telah mendebatkan bahawa walaupun Korea merupakan suatu isu penting kepada Jepun, tetapi kerajaan harus menumpukan ke arah melaksanakan proses transformasi Jepun kepada sebuah negara yang moden dan kuat.Mereka ini sedar bahawa belum cukup masanya bagi orang Jepun hendak campur tangan di Korea kerana mereka telah melihat dengan mata kepala mereka sendiri kekuatan negara-negara besar di dunia ini dan bagaimana lemahnya negeri Jepun dalam lapangan perusahaan. Tambahan pula, campur tangan di Korea akan melibatkan mereka dengan Rusia. Perdebatan tersebut telah menyebabkan Itagaki dan Saigo meletak jawatan.Walaupun kerajaan Meiji tidak menyerang Korea, namun ia telah bersikap lebih tegas terhadap kerajaan Korea. Dalam tahun 1874, kerajaan Meiji telah menggunakan diplomasi ubat bedil untuk memaksa Raja Kojong dari Korea supaya menandatangani satu perjanjian yang memberi hak keistimewaan perdagangan kepada Jepun. Krisis yang melibatkan antara Jepun dengan China dan Korea merupakan faktor utama yangmembawa kepada tercetusnya Perang China-Jepun di Korea. Perang China-Jepun Pertama 1894-1895 berlaku di Korea kerana kedua-dua kuasa tersebut mempunyai kepentingan masing-masing di Korea.Peperangan ini berpunca daripada persaingan Jepun dan China untuk menegakkan pengaruh masing-masing di Korea. Sebenarnya Jepun mempunyai agenda yang tersendiri untuk menawan Korea. Bagi Jepun, Korea telah menjadi isu penting dalam tahun 1880-an dan 1890-an disebabkan beberapa faktor dalam negeri dan antarabangsa seperti politik, ekonomi dan sosial. Keadaan ini didorong oleh fahaman imperialisme Barat yang telah mempengaruhi pemimpin-pemimpin Jepun pada akhir abad ke-19. Mereka melihat bahawa dasar imperialisme amat penting bagi sesebuah negara menunjukkan kekuatannya agar mendapat pengiktirafan dunia. Pada masa yang sama telah timbul kekacauan di Korea disebabkan konflik antara Jepun dan China. Faktor-faktor ini sekaligus menjadi alasan utama Jepun untuk menguasai Korea hingga mencetuskan Perang China-Jepun antara kedua buah negara tersebut.Kejayaan Jepun dalam Perang China-Jepun Pertama telah memberi kejutan yang besar kerana ramai pemerhati menjangkakan Jepun akan kalah disebabkan ketika itu Jepun masih tidak berupaya untuk berperang kerana dianggap lemah oleh Barat. Lebih-lebih lagi China dianggap sebagai negara gergasi dari segi saiz, penduduk dan sumber-sumber. Namun kemenangan Jepun telah memperlihatkan kecemerlangan pasukan tentera Jepun yang moden dan berdisplin. Kejayaan ini membuktikan bahawa dasar-dasar yangdijalankan oleh Jepun telah membawa kejayaan kepada negara tersebut terutama dalam bidang ketenteraan.

Perjanjian Shimonoseki yang ditandatangani pada 17 April 1895 merupakan suatu kemenangan kepada Jepun oleh kerana syarat-syarat yang diletakkan dalam perjanjian tersebut nyata memihak kepada Jepun. Hal ini memandangkan sebelum ini perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh Jepun dengan kuasa-kuasa Barat dilihat sebagai tidak adil kepada Jepun.Perjanjian Shimonoseki yang ditandatangani antara negara Jepun dan China telah memberi banyak kelebihan serta menguntungkan Jepun. Antara syarat-syarat paling penting perjanjian ini ialah Negara China mengakui kemerdekaan dan autonomi Korea, Negara China terpaksa menyerahkan Semenanjung Liaotung, Formosa dan Kepulauan Pescadores kepada Jepun, Negara China bersetuju untuk membayar gantirugi sebanyak 230,000 taels atau lebih kurang US$150 juta. Jumlah gantirugi ini sama nilainya dengan hampir 1/3 daripada pendapatan negara Jepun dalam tahun 1895. Kawasan Weihaiwei yang dimiliki oleh negara China akan diduduki oleh pihak Jepun sehingga gantirugi ini dibayar. Syarat seterusnya empat pelabuhan baru telah dibuka oleh perdagangan asing iaitu Shasi, Chungking, Soochow dan Hangchow. Dengan pengambilan Taiwan, Jepun telah menjadi sebuah kuasa kolonial.

Perjanjian Shimonoseki ini dilihat telah membuka jalan kepada Jepun untuk memperolehi konsesi-konsesi yang penting dari segi strategik sehinggakan Jepun telah berjaya memonopoli kawasan-kawasan penting yang berada di bawah naungan Tanah Besar tersebut. Peperangan Jepun dengan China ini merupakan suatu titik tolak ke arah penglibatan Jepun dalam peperangan dengan negara-negara selepas China, hal ini kerana, kesan peperangan ini telah mengakibatkan Jepun memulakan dasar luarnya dengan negara Eropah yang lain, antaranya Jepun telah terlibat dengan Perang Rusia-Jepun.Jepun juga telah terlibat sama dalam Perang Dunia Pertama, 1914 dalam Era Taisho.Peperangan dengan China dalam Perang China-Jepun Pertama juga telah membawa kepada tercetusnya Perang China-Jepun Kedua pada 7 Julai 1937 hingga 9 September 1945 yang lebih kepada perasaan dendam dan tidak puas hati China terhadap Jepun.Kesan peperangan ini memperlihatkan penglibatan Jepun dalam perang dapat menonjolkan imej Jepun sebagai sebuah negara moden dalam abad ke-19 dan 20 disebabkan oleh dasar luar negaranya.


4.0 PERANG RUSIA-JEPUN

Pada 10 Februari 1904 telah berlaku peperangan di antara Jepun dan Rusia, akhirnyaJepun menang.(8)
8 Perdana Menteri Rusia memutuskan hubungan diplomatik dengan Jepun dengan menghalang laluan disungai Yalu Korea. Pada malam 8-9 Februari satu amaran telah dikeluarkan oleh pihak Jepun terhadapRusia di Port Arthur dan akhirnya peperangan terjadi. Rujuk buku, Hugh Borton, Japan’s Modern Century From Perry To 1970, New York : The Ronald Company, hlm, 273.

Korea merupakan isu utama berlakunya peperangan ini. Rusia telah melaksanakan satu dasar perluasan yang agresif di Asia Timur khususnya di Timur Laut Asia dan bertapak kukuh di Manchuria.(9)
9 Untuk mengukuhkan perluasan kuasa, Rusia membina landasan keretapi Tran-Siberia (1891), Panjanglandasan keretapi ini ialah 3500 batu yang dibina merentasi Manchuria dan menghubungkan PelabuhanVladiyostok di Rusia dengan Pelabuhan Arthur yang terletak di selatan Semenanjung Liaotung.

Kebencian Jepun terhadap Rusia semakin kuat, ditambah lagi peristiwa campur tangan Rusia dalam menyerahkan Semenanjung Liaotung kepada China.Faktor perang ini juga disebabkan tercetusnya Perikatan Inggeris-Jepun 1902.

Antara syarat-syarat Perikatan Inggeris-Jepun iaitu, kedua-dua negara berjanji akan menjaga keamanan dan keselamatan di Asia Timur, kedua-dua kuasa ini mengiktiraf kedaulatan China dan Korea, kedua-dua negara mengiktiraf kepentingan istimewa masing-masing di negara China dan kepentingan istimewa Jepun di Korea dan berjanji akan berkecuali sekiranya salah satu di antara mereka menghadapi perang serta perjanjian ini berlanjutan selama lima tahun. Tujuan sebenar Jepun mengadakan perjanjian ini adalah untuk mendapatkan sokongan daripada negara luar untuk membendung ancaman Rusia di Korea, oleh itu, Britain telah bersama-sama dengan Jepun untuk menangani pengaruh Rusia di Asia Timur. Selepas perang Rusia-Jepun Perikatan Inggeris-Jepun diperbaharui semula selama 10 tahun pada 1911. Lantaran itu, Jepun dilihat mempunyai hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing.

Melalui perikatan Inggeris-Jepun ini, dapat dilihat bahawa Jepun telah mengamalkan dasar luar semasa pemerintahan maharaja Meiji.Perasaan anti-Rusia merupakan pendorong utama peperangan ini. Hal ini kerana perasaan anti-Rusia ini telah memuncak dalam kalangan persatuan-persatuan ultranasionalis seperti Kokuryukai.(13)
Beliau telah menyebarkan dasar perluasan Jepun di seberang laut dan beliau telah mendesak kerajaanMeiji memperluaskan kawasan pengaruh Jepun sejauh Sungai Amur di Manchuria. Persatuan ini telahditubuhkan dalam tahun 1901 apabila pejuang-pejuang kebangsaan yakin Jepun akan terpaksa menentangRusia. Salah satu kerjanya adalah mengintip di Manchuria dan Siberia.


Perang ini telah meletus selepas 2 tahun Perikatan Inggeris-Jepun ditandatangani. Tindakan Jepun menyerang negara-negara lain adalah untuk meluaskan pengaruhnya selain mengukuhkan kedudukan ekonominya.Kesungguhan Jepun terserlah apabila Jepun menang dalam kedua-dua perang tersebut.Ini memperlihatkan begitu pentingnya kawasan Korea sebagai pelaburan utama Jepun pada ketika itu. Pelbagai perjanjian yang dilakukan oleh Jepun supaya pengaruhnya diKorea tidak hilang dan secara tidak langsung, secara realitinya Jepun telah mengamalkan dasar buka pintu dengan dunia luar, perkara ini dapat meningkatkan imej Jepun sebagai negara moden menjelang abad ke-19 dan ke-20.Kesan peperangan dengan Rusia, Perjanjian Portmouth telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada 5 September 1905.(14)
14   Antara syarat-syarat Perjanjian Portsmouth ialah, Semenanjung Lioatung kembali diserahkan kepada Jepun, Jepun mendapat semula Port Athur dan sebahagian dari Pulau Sakhlin di Utara Hokkaido, Jepun diberi hak menggunakan jalan kereta api Manchuria yang telah dibina oleh Rusia dan seterusnya Jepun diberi hak istimewa ke atas Korea, justeru itu, Korea perlulah menerima seorang residen Jepun di negaranya. Rujuk buku, Hugh Borton, Japan’s Modern Century From Perry to 1970, New York TheRonald Press Company: hlm, 276-277.



Perjanjian ini menjadikan Jepun semakin berkuasa dan menakluki Korea 1910. Dalam perjanjian ini, Rusia mengakui kepentingan-kepentingan politik, tentera dan ekonomi Jepun di Korea. Kesan yang ketara dalam peperangan ini ialah perluasan kuasa Jepun di Shakhalin dan pengambilan Semenanjung Liaotung. Keunggulan Jepun di Korea diiktiraf oleh Rusia. Dasar perluasan ini telah membawa Jepun ke negara China dan seterusnya Asia Tenggara.

Sejak tahun 1868, Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat. Pemimpin-pemimpin Meiji sepert iMaharaja Mutsushito telah memodenkan negara Jepun. Jepun mengubahsuai teknologi Barat untuk kegunaannya. Jepun berjaya menewaskan negara China dalam Perang China-Jepun pada 1894-1895. Pada tahun 1905, Jepun menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun. Kejayaan Jepun menjadikannya kuasa baru yang kuat di dunia. Kejayaan tersebut membuktikan bahawa orang Barat dapat ditewaskan oleh orang Asia.


5.0  ERA TAISHO (1912-1926)
Zaman Meiji merupakan sebuah era kegemilangan Jepun di mana ia menjadi perintis kepada hubungan luar Jepun yang lebih luas dan penuh konflik. Dengan kemangkatan Maharaja Mutsuhito (Maharaja Meiji) pada 30 Jun 1912, Jepun telah ditadbir oleh anaknya pula, iaitu Maharaja Taisho, yang bererti ‘kebaikan yang besar’. Hakikatnya, Taisho tidak sebijak ayahnya, Maharaja Meiji. Keadaan kesihatan baginda yang sering terjejas kadangkala mengundang masalah kepada prestasi dan tugas-tugas baginda sebagai maharaja yang cekap.(16)
16 Namanya bersempena memberi amaran tentang perkara buruk kepada rakyatnya, kerana ramai yang bimbang dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam susunan masyarakat dan dalam cara berfikir yang sedang berlaku kerana kesan perusahaan. Buku Richard Storry,Sejarah Jepun Moden, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967, hlm. 118.


Maharaja Taisho sentiasa tidak sihat dan kemudian, baginda menunjukkan tanda-tanda tidak siuman dari tahun 1921-1926.(17)
17  Baginda telah mangkat dan diganti oleh putera sulungnya. Walau bagaimanapun, kelemahan Taisho tidak menjejaskan sistem pentadbiran dan politik dalam negeri atau prestasi dasar luar Jepun dalam tempoh1912-1926. Sila rujuk buku M. Rejendran,Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd, 1988, hlm.116.



Dari segi politik dalam negeri, tempoh ini memperlihatkan kepada kebangkitan golongan-golongan masyarakat dalam Jepun sendiri. Begitu juga dengan hubungan luar Jepun, yang telah menjadi perintis kepada pengeksploitasian sumber bagi memenuhi permintaan negara. Salah satu caranya ialah dengan melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama. Sebaik sahaja Era Taisho bermula, satu pergolakan politik telah bermula.Perdana Menteri Saionji telah didesak oleh Angkatan Tentera Darat yang disokong oleh Yamagata supaya membuat satu peruntukan perbelanjaan yang besar untuk tentera baru.Beliau menolak usul tersebut dan disokong oleh sesetengah ahli Jemaah Menteri yang lain kerana kedudukan kewangan Jepun tidak mengizinkan beliau meluluskan perbelanjaan tersebut. Pelbagai krisis dalaman yang berlaku dalam kerajaan Jepun pada masa itu seperti peristiwa perletakan jawatan Menteri Perang Jepun, Jeneral Uehara, Perlembagaan Jepun dan persidangan Parlimennya yang rumit, perlantikan Katsura sebagai Perdana Menteri Jepun yang baru sememangnya menimbulkan pelbagai konflik dalaman Jepun.

Perkara yang paling ketara sekali ialah peristiwa perlantikan Katsura yang telah mendapat tentangan daripada ahli-ahli politik Jepun, manakala faktor  pertandingan ataupun persaingan politik antara Satsuma-Choshu juga menjadi penyumbang kepada peralihan Zaman Taisho kepada Era Taisho yang lebih terbuka dan demokrasi. Era Taisho telah memperlihatkan pengantian yang berterusan terhadap pucuk pimpinan kerajaan Jepun di mana selepas pengunduran Katsura, pentadbiran diambil pula oleh Yamamoto dan terakhir sekali oleh Osuma. Penggantian ini memperlihatkan bagaimana pentadbiran dan perjalanan sistem politik negara berjalan. Jika seseorang pemimpin itu tidak disukai, secara automatik dia akan diganti oleh orang lain yang lebih berkaliber.Jika diteliti, Era ini juga memperlihatkan satu zaman yang penuh dengan penyebaran ilmu dan ideologi yang lebih membuka minda masyarakat Jepun pada masa itu. Peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar, dan kemajuan dalam bidang pendidikan semasa Katsura menjadi Perdana Menteri telah menyebabkan rakyat terpengaruh dengan ideologi yang dikemukakan oleh para ahli politik. Kebetulan, pada masa tersebut, Katsura tidak disenangi oleh akhbar-akhbar Jepun, menyebabkan rakyat terpengaruh dengan akhbar-akhbar dengan membenci Katsura. Mereka menggangap perlantikan Katsura, dan kejatuhan Saionji telah dirancang oleh Suku Chonsu, dengan mengabaikan peranan yang dimainkan oleh Parlimen. Kejatuhan Katsura, yang dirancang oleh Ozaki Yukio telah menimbulkan kekalutan kepada Parlimen dan Negara Jepun sendiri. Rusuhan-rusuhan telah meletus di Tokyo, Osaka, Kyoto, Kobe dan tempat-tempat lain.Keadaan ini telah memaksa Katsura bersama-sama dengan jemaah menterinya meletak jawatan dan sejak dari ini, telah bermula pemerintahan sebuah kerajaan berparti di Jepun. Akan tetapi, hal sebaliknya telah berlaku di mana, kerajaan Jepun telah diambil-alih oleh suku Satsuma, bukannya oleh Dewan Perwakilan. Suku Satsuma membentuk perikatan dengan Parti Senyukai iaitu sebuah parti yang besar dalam Dewan tersebut. Perdana Menteri Jepun yang baru iaitu dari suku Satsuma, Yamamoto Gombei.Kepimpinan Yamamoto juga tidak lama ekoran kes rasuah dan kejatuhan kerajaan beliau yang terlalu awal adalah tidak disangka sama sekali. Pada masa ini juga, telah menyebabkan rusuhan berleluasa. Sekali lagi, kepimpinan terus diganti dengan yang baru.

Selepas itu, Jepun berganti dengan pemimpin baru iaitu Yamamoto, dan terakhir diganti dengan Okuma, iaitu seorang yang terlampau menumpukan perhatiannya kepada Universiti Waseda yang telah dibukanya beberapa tahun dahulu berbanding menumpukan perhatian kepada hal ehwal politik negaranya.(20)
20 Okuma mula memegang jawatan dalam musim bunga pada 1914, dia merupakan seorang pembangkangyang kuat menentang oligaki suku yang lama di mana beliau sendiri ketika dulu, pernah menjadi ahlinya.Beliau dianggap sebagai seorang yang memperjuangkan hak rakyat.


Pada mulanya, beliau menjalinkan hubungan baik dengan Yamamoto tetapi tetapi, sejak Menteri Luar Negerinya, KatoTakaaki mula berselisih faham dengan Yamamoto yang pada masa itu masih lagi berkuasa.(21)
21 Kato dilantik menjadi Perdana Menteri Jepun pada Disember 1912 semasa Kerajaan Katsura berkuasa.Selepas penamatan Katsura dalam politik sekitar 1913, beliau turut dipaksa meletak jawatan dalam pentadbiran Jepun dan pada April 1914, belaiu telah dilantik semula sebagai Menteri Luar iaitu apabilaOkuma dilantik menjadi Menteri dan menubuhkan kerajaan baru.


Hal ini disebabkan dengan “Tuntutan Dua Puluh Satu” yang dikumukakanoleh China. Peristiwa ini telah menjejaskan hubungan antara Okuma dengan Yamamoto.(22)


5.1   JEPUN DAN PERANG DUNIA PERTAMA
Perang Dunia I (juga dinamakan Perang Dunia Pertama dan nama dalam bahasa Inggeris lainnya: Great War, War of the Nations, dan "War to End All Wars" (Perang untuk Mengakhiri Semua Perang ) adalah sebuah konflik dunia yang berlangsung dari 1914  hingga 1918. Semasa meletusnya Perang Dunia 1, Jepun masih lagi tertakluk kepada Pakatan Inggeris Jepun.(23)
23  Jepun terlibat dalam Perang Dunia Pertama pada 1914. hal ini dikaitkan dengan perikatan ataupun perjanjian yang telah dibuat oleh Jepun dengan pihak Britain dibawah Perjanjian Anglo-Jepun (Inggeris-Jepun) yang diperbaharui pada 1905 dan 1911.


Dalam perjanjian tersebut, ada disebutkan jika mana-mana pihak sama ada Jepun atau Great Britain diserang oleh pihak ketiga, salah sebuah negara tersebut perlu menolong dan memberikan bantuan. Perminataan bertulis ini disebutkan dalam artikel II, Perjanjian Anglo-Jepun 1902.Keadaan ini menjelaskan penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Pertama. Dalam perang ini, Jepun hanya membekalkan perlindungan dan keperluan keselamatan kepada Pihak Bersekutu yang diketuai oleh Britain.Menurut perjanjian tersebut, telah dinyatakan sekiranya salah sebuah negara tersebut, iaitu Jepun atau British diganggu oleh pihak ketiga, masing-masing akan saling bergantungan dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Oleh itu, semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, Jepun telah memberikan bantuan kepada Britain kerana mereka harus akur dengan syarat-syarat perjanjian tersebut.Hal ini dibuktikan pada 7 Ogos 1914, Duta British di Tokyo telah berunding dengan pihak Pejabat Luar negeri secara formal supaya memberikan bantuan kepada Jepun untuk mengusir kapal-kapal Jerman dari negara China dan Lautan Pasifik. Ekoran perjanjian ini juga, Jepun telah mengumumkan bahawa mereka akan menyertai perang dengan Pihak Bersekutu yang diketuai Britain. Kato, Menteri Luar Negeri Jepun yang juga seorang yang berpegang kuat kepada Perjanjian Inggeris-Jepun telah berjaya menyakinkan Kabinet supaya menyertai perang tersebut untuk kepentingan Jepun. Apabila Great Britain mengisytiharkan perang terhadap negara Jerman pada 4 Ogos 1914, banyak organisasi di Jepun menuntut supaya Jepun menyertai Britain untuk berperang dengan Jerman.(27)
27 Hal ini dikaitkan dengan Campurtangan Tiga Pihak 1895, yang telah memaksa Jepun menyerahkan Liaotung kepada China. Perisiwa ini juga dikaitkan dengan Perjanjian Shimonoseki, 17 April 1895 yang diadakan antara Jepun dengan China. Pada mulanya, melalui perjanjian ini, China telah mengesahkan pendudukan Jepun dibeberapa tempat yang menjamin kemajuan ekonomi dan politik Jepun. Perjanjian ini juga telah membuka jalan kepada Jepun untuk mendapatkan konsesi-konsesi penting dari Tanah Besar China. Tetapi campur tangan diplomatik antara Rusia, Perancis dan Jerman telah mengagalkan usaha Jepun ini. Mereka merancang untuk menyerang Jepun sekiranya Jepun enggan memulangkan balik tanah-tanah yang diperolehi tadi kepada China. Kesannya, pada 5 Mei 1895, , Jepun bersedia untuk memulangkan Semenanjung Liaotung kepada China dan Campurtangan Tiga Kuasa membangkitkan rasa benci Jepun terhadap Rusia yang telah mendapat kuasa di Liaotung. Sejak dari itu, Jepun telah kehilangan pelbagai lagi kawasan di negara China.
Ekoran Perang Dunia Pertama, semua kuasa Barat telah menumpukan perhatian kepada konflik yang berlaku di Eropah di antara Pihak Bersekutu, (iaitu Britain, Perancis dan Rusia) dengan pihak Perikatan yang diketuai Jerman. Keadaan ini memberi peluang kepada Jepun untuk mengintai peluang dalam mengembangkan kepentingannya di China dan seterusnya menyebabkan terjadinya peristiwa ‘Tuntutan Dua Puluh Satu’.

5.2 JEPUN DAN TUNTUTAN DUA PULUH SATU
Sebenarnya, idea perluasan kuasa di China telah mendapat sokongan banyak pihak terutama oleh pemimpin-pemimpin ultranasionalisme seperti Toyama, Uchida, Sugiyamayang yang berperanan mendesak Kerajaan Taisho dalam memulakan perluasan kuasa di China.Tuntutan Dua Puluh Satu bolehlah dianggap sebagai satu percubaan Jepun bagi meletakkan China di bawah pengawasannya dan Perang Dunia Pertama yang lebih menjurus ke arah negara Eropah telah mengalihkan perhatian Barat, lebih-lebih lagi Britain dari negara China.(28)
28  Dulu, China bergantung kepada Britain untuk mendapatkan sokongan kewangan, diplomat dan moraldalam usaha mendapatkan kemerdekaan untuk bertindak menentang Jepun yang sekarang telahpunmengambilalih tempat Rusia di Manchuria Selatan, Ibid, Sejarah Jepun Moden,hlm. 120.


Istilah “Tuntutan Dua Puluh Satu” merujuk kepada suatusenarai yang mengandungi dua puluh satu tuntutan yang dikemukakan oleh Jepun ke atasChina pada bulan Januari 1915. Keseluruhan tuntutan tersebut merupakan satu strategiyang dijalankan oleh Jepun bagi meluaskan kuasa di China. Idea ini telah dikemukakan oleh Menteri Luar Negeri Jepun (Duta Jepun ke Britain), Kato pada 1912.(29)
29   Beliau seorang penganjur kepada Perjanjian Inggeris-Jepun, dan juga berperanan memujuk KabinetJepun unutk menyertai Perang Dunia Pertama. Selain itu, beliau juga perancang utama “Tuntutan DuaPuluh Satu” yang pada beliau dianggap penting bagi melakukan proses transformasi Negara China kepadasebuah negara naungan Jepun.


Sejak awal lagi, iaitu pada 1912, Kato menyedari tentang keperluan Jepun dalam menakluki Manchuria Selatan dan Kawasan Dalaman Mongolia yang dianggap berpotensi dan memiliki kepentingan ekonomi dan politik yang semakin bertambah. Selain itu, faktor ketegangan politik di China dan peranan Rusia yang semakin menunjukkan minat ke atas Kawasan Luar Mongolia menjadi punca kepada Kato dalam mengemukakan Tuntutan tersebut. Pada Disember 1912, Kato menjadi Perdana Menteri Jepun dan bermula dari ini, Kato mendesak Kerajaan Taisho mengamalkan dasar yang lebih agresif terhadap China untuk mengukuhkan kepentingan ekonomi dan politik Jepun di China.Penglibatan Kato dalam Tuntutan Dua Puluh Satu sememangnya tidak dapat dinafikan. Sememangnya penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Pertama membuka mata Barat bahawa Jepun bukannya boleh dibuat main-main. Kebangkitan ketenteraan semenjak Meiji dan kekalahan China dan Rusia dalam beberapa siri peperangan sebenarnya menjadi bukti bahawa Jepun tidak mudah menyerah kalah demi mencari kepentingan mereka di seluruh dunia. Akan tetapi, kegagalan Kato menangani isu Tuntutan Dua Puluh Satu telah menyebabkan kepincangan dalam Kerajaan Okuma itu sendiri. Walaupun pada mulanya, Jepun memenangi perang tersebut dengan merampas kepentingan dan kepunyaan Jerman di Shantung, namun kesilapan dan kebodohan Kato memusnahkan segalanya.Beliau mungkin dapat mengantikan pengunduran Jepun dari Shantung dengan pemberian tanah-tanah di China yang lebih bernilai iaitu di Manchuria Selatan dan Mongolia Tengah dalam Peristiwa Manchuria dalam tahun 1931.(31)
31  Perang China-Jepun Kedua (7 Julai 1937 – 9 September 1945), juga dikenali sebagai Perang Menentang Jepun, ialah perang utama antara Republik China dan Empayar Jepun sebelum dan semasa Perang Dunia II.  Walaupun kedua-dua pihak telah menyerang satu sama lain, mulai dari tahun 1931, perang telah berlaku secara besar-besaran pada tahun 1937 dan hanya diakhiri dengan penyerahan Jepun pada tahun1945.  Pencerobohan adalah satu strategi yang dilakukan oleh Tentera Diraja Jepun sebagai sebuah rancangan  besar untuk menguasai China. Sebelum tahun 1937, kedua-dua pihak telah melancarkan serangan yang digelar "peristiwa." Penaklukan Manchuria oleh Jepun pada tahun 1931 dikenali sebagai "Peristiwa  Mukden".http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_China-Jepun_Kedua.


Kato yangmenerima satu rancangan bertindak daripada seorang pegawai Kementerian Luar Negeri, Koike Chozo dan seorang wakil tentera di Peking di samping mendapat sokongan Okuma dan ahli-ahli jemaah yang lain telah melaksanakan Tuntutan Dua Puluh Satu. Tuntutan ini telah disusun di antara bulan Ogos dan Disember 1914. Tuntutan Dua Puluh Satu telah dikemukakan oleh Hioki, Menteri Jepun ke China untuk diserahkan kepada Yuan Shih Kai.Tuntutan Dua Puluh Satu telah dibahagikan kepada lima kumpulan untuk dikemukakan kepada Yuan Shih Kai, Presiden Negara China. Secara umumnya, tuntutan-tuntutan tersebut meliputi hal-hal seperti pemindahan tanah-tanah pajakan Jerman di Shantung kepada Jepun dan meluaskan lagi hak Jepun di Manchuria Selatan, selain tuntutan-tuntutan supaya kerajaan China mengambil orang-orang Jepun sebagai penasihat-penasihat politik, kewangan dan tentera, di mana polis Jepun perlu diberikan kuasa mentadbirkan bandar-bandar yang penting, lebih daripada separuh bahan-bahan perang China mestilah dibeli dari Jepun.




Antara senarai-senarai yang terdapat dalamTuntutan Dua Puluh Satu ialah:
Kumpulan Pertama
Ia terdiri daripada empat artikel yang merujuk kepada Wilayah Shantung. Jepun telah memaksa China supaya mengiktiraf hak Jepun untuk menyelesaikan dengan negara Jerman berkenaan dengan hak dan konsesi-konsesi Jerman di Wilayah Shantung. Jepun turut memaksa China supaya berjanji tidak akan menyerah atau menyewakan Wilayah Shantung kepada mana-mana kuasa lain. Jepun turut menuntut untuk membina sebuah landasan keretapi yang menghubungkan Chenfu atau Lungkow dengan Kiaochow. Jepun juga seperti biasa telah mendesak China untuk membuka bandar-bandar utama kepada pendatang-pedatang asing untuk tujuan kediaman dan perniagaan.

Kumpulan Kedua
Ia mengandungi tuntutan terhadap kawasan Manchuria Selatan dan Mongolia Dalam.Jepun mahu China teruskan selama sembilan tahun lagi penyewaan Jepun ke atas Pelabuhan Arthur, Dairen, Landasan Keretapi Manchuria Selatan dan Landasan Antung-Mukden. Tuntutan-tuntutan lain ialah mengenai kebebasan perjalanan dan perdagangan yang sepenuhnya untuk rakyat Jepun di Manchuria Selatan dan bahagian Timur Mongolia Dalam. Ini bermakna, China harus memberikan kebenaran atau permit melombong kepada orang-orang Jepun di kawasan tersebut manakala China tidak boleh mendapat pinjaman atau memberi pinjaman atau kuasa bagi mebina landasan keretapi di kawasan tersebut tanpa kebenaran Jepun, di samping melantik penasihat-penasihat politik, kewangan, militari terdiri daripada orang-orang Jepun dan terakhir ialah Jepun mahu kuasa kawalan ke atas landasan keretapi Kirin-Changchun dari China selama sembilan tahun lagi.

Kumpulan Ketiga
Ia berkenaan dengan Syarikat Hanyehping di mana Jepun mahu menjadikan syarikat ini sebagai sebuah firma pengkongsian antara China dan Jepun.

Kumpulan Keempat
Deklarasi yang dibuat oleh China bahawa mereka tidak akan menyerahkan atau memberi mana-mana pelabuhan sebagai konsesi kepada sebarang kuasa asing.

Kumpulan Kelima
Dalam kumpulan ini, mengandungi senarai tuntutan-tuntutan yang mendatangkan kontroversi. Antara tuntutan yang terkandung ialah China harus mengambil orang-orang Jepun yang berpengaruh sebagai penasihat politik, ekonomi dan militari. China juga perlu memberi hak dan kuasa kepada rakyat serta organisasi-organisasi Jepun untuk membina hospital, sekolah, kuil-kuil di pedalaman China. China perlu mendapatkan bekalan senjata daripada Jepun dan menubuhkan gudang senjata di bawah kawalan bersama China-Jepun. China perlu bersetuju tubuhkan pasukan polis bersama Jepun apabila diperlukan. Kerajaan Peking juga harus memberikan hak kepada rakyat Jepun untuk menjalankan dakwah di kawasan pedalaman.Terakhir ialah Jepun telah menuntut kuasa bagi membina landasan-landasan keretapi di kawasan Yangtze di samping menuntut Tokyo berunding dengan China berkenaan dengan modal dan bantuan bagi membangunkan Fukien. Jika dikaji, tuntutan kelima ini jika dilaksanakan akan meletakkan China di bawah pengaruh dan naungan Jepun.

Kato sedar bahawa Tuntutan Dua Puluh Satu akan membangkitkan pembantahan kuasa-kuasa asing di China seperti Amerika, Perancis, Britain dan lain-lain. Penyertaan kuasa-kuasa barat dengan perang di Perang Dunia Pertama, terutama Britain memberi peluang kepada Jepun untuk menundukkan China terhadap tuntutan Jepun sebelum kuasa-kuasa Barat lain masuk campur. Kato mengingatkan Hioki yang menyampaikan tuntutan tersebut kepada Yuan Shih Kai pada 18hb Januari 1915 supaya tegas dengan tuntutan tersebut dengan memaksa China menerima semua tuntutan tersebut. Hioki telah mengugut Yuan Shih bahawa Jepun akan menyokong Sun Yat Sen, iaitu musuh ketat Yuan sekiranya enggan menerima tuntutan tersebut. Rancangan Kato gagal kerana Yuan sengaja melambatkan penerimaan tuntutan tersebut.(34)
34 Yuan melambatkan tuntutan tersebut untuk mendapatkan bantuan luar terutama daripada Amerika dan Britain. Beliau juga sedar bahawa kato pada masa itu sedang dikritik hebat oleh Genro tentang pengendalian isu Tuntutan Dua Puluh Satu.


Rundingan masih berjalan antara China dengan Jepun.Beberapa pertubuhan di China seperti Doshikai dan Persatuan Anti-Jepun di Shanghai sedang mendesak Yuan menentang habis-habisan Tuntutan Dua Puluh Satu. Langkah tegas Yuan dalam menangani isu ini mengundang kemarahan Hioki. Beliau mahu kekerasan digunakan keatas Yuan supaya tuntutan tersebut dituruti. Oleh itu, beliau minta Tokyo keluarkan arahan kepada China. Pada masa ini, Kato berada ditengah-tengah jalan, iaitu sama ada mahu memperkenankan permintaan Hioki ataupun mencari jalan pendamaian. Beliau sendiri mahukan kedamaian. Manakala pihak-pihak tentera darat dan persatuan ultranasionalis seperti Kokuryukai mahu kata dua diberikan kepada China seperti mana kehendak Hioki. Hasil perundingan antara parti-parti pembangkang seperti Genro dan Diet pada 6 Mei 1915, telah mencapai persetujuan iaitu memaksa China memberikan kata putus berkenaan isu ini.(35)
35 Kepimpinan Kato dikritik hebat oleh kedua-dua parti pembangkang ini. Hasil perundingan, mereka telah mengeluarkan tuntutan Kumpulan Kelima daripada Tuntutan Dua Puluh Satu di mana tuntutan tersebut akan dibincangkan secara berasingan dengan China pada masa hadapan.

Yuan Shih telah diberi masa 48 jam untuk memberi jawapan berkenaan tuntutan tersebut dan ia dimenterai dengan persetujuan China denganKumpulan I-1V pada 9 Mei 1915.

Kesan-Kesan Tuntutan Dua Puluh Satu
Jepun menuntut terlalu banyak daripada yang sepatutnya mereka dapat. Kelewatan menarik balik tuntutan tersebut telah menimbulkan pelbagai kesan kepada Jepun.Antaranya ialah kebangkitan semangat anti-Jepun di China, yang merosakkan perniagaan Jepun dengan China. Negara-negara Eropah tidak ada masa untuk memantau keadaan yang berlaku di Jepun dan China. Walaupun Menteri Luar British telah memberi amaran kepada duta Jepun di London, supaya Kato tidak melampau dalam tuntutannya, namun di California telah wujud perasaan anti-Jepun di mana ahli-ahli politik telah menggunakan prasangka bangsa menyalahkan orang ramai menentang kemasukan orang Jepun ke Amerika. Oleh itu, Tuntutan Dua Puluh Satu menjadi simbol perpaduan kepada pencinta tanah air China dan menyebabkan Jepun kehilangan ramai kawan di dunia luar. Kesan daripada ini ialah penarikan balik tuntutan kelima daripada Tuntutan Dua Puluh Satu serta persetujuan China, walaupun terpaksa menandatangani persetujuan pemindahan kepentingan Jepun di Shantung kepada Jepun dan memberikan hak istimewa kepada Jepun di Manchuria Selatan dan Timur Mongolia Tengah. Pemberian ini terdiri daripada empat kumpulan tuntutan sahaja.

Tuntutan ini juga membawa perubahan kepada hubungan Jepun-Amerika. Selepas tahun 1915, Jepun tidak lagi mendapat penghormatan yang tinggi. Jepun mula dikenali sebagai sebuah negara yang menindas negara yang lemah dan walaupun Jepun berkelakuan baik dengan China sebagaimana mereka lakukan pada tahun-tahun 1920-an, mereka tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya. Walaupun pada dasarnya, Jepun telah berjaya melaksanakan cita-citanya tetapi reputasinya di peringkat antarabangsa telah tergugat akibat pelaksaan Tuntutan Dua Puluh Satu. Jepun kehilangan hubungan persahabatan dengan China dan digelar sebagai sebuah kuasa imperialisme. Kuasa-kuasa antarabangsa yakin bahawa China telah diugut dan dipaksa menerima tuntutan tersebut.

Manakala di Jepun, Menteri Luar Jepun, Kato telah dicela dan kedudukan beliau tergugat disebabkan krisis Tuntutan Dua Puluh Satu. Kato terkenal dengan pengetahuan luasnya tentang dunia dan beliau pernah menjadi Duta Jepun di London. Terdapat ramai yang benci dengan usaha yang dibuat Kato kerana dasar yang dilaksanakan Kato menyebabkan Jepun dibenci oleh China. Orang yang paling benci dengan Kato ialah Yamagata yang sedaya upaya merancang perlucutan jawatan Kato.Namun, atas jasa Kato, kesemua tuntutan tersebut telah diterima oleh rakyat Jepun dengan baik yang memberikan kemenangan kepada kerajaan Okuma di dalam pilihan raya 25 Mac, 1915.Walaupun Kato meletak jawatan dari Kerajaan Okuma, beliau tetap menjadi Perdana Menteri Jepun pada 1924.

Pada 9 Mei 1915, Yuan Shih telah memberikan kata putus dan menerima Kumpulan I-IV dan ia ditandatangani pada 25 Mei 1915. Bahagian utama perjanjian ini adalah berkenaan dengan wilayah Shantung, Manchuria Selatan dan Timur Mongolia Dalam. Berkaitan dengan isu Semenanjung Shantung, China tertakluk kepada arahan Jepun dan mesti menerima segala perkara yang ditetapkan oleh Jepun berkenaan dengan konsesi Jerman dan memberikan pemodal Jepun pilihan pertama bagi pinjaman landasan keretapi di Shantung. China bersetuju untuk teruskan penyewaan 99 tahun Pelabuhan Arthur dan Dairen. Jepun turut bagi kebebasan kepada China untuk mengendalikan landasan keretapi Manchuria Selatan dan semua perjanjian ini disahkan semula pada 7Jun 1915.


6.0 PERSIDANGAN VERSAILLES.
Penyertaan nominal Jepun dalam Perang Dunia Pertama telah membawa banyak faedah kepada negara tersebut dari segi ekonomi dan imejnya telah meningkat dalam perhubungan antarabangsa. Jepun juga telah muncul sebagai sebuah kuasa angkatan laut yang utama di kawasan Pasifik. Jepun, dengan pantas dapat menggantikan kuasa Jerman di China dan Lautan Pasifik melalui Perjanjian Versailles pada 1919. Tambahan pula, Jepun telah mengukuhkan kedudukan barunya di Asia Timur dengan memaksa China menandatangani Tuntutan Dua Puluh Satu. Kepentingan utama Jepun dalam Perjanjian Versailles telah mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi dan politiknya di benua Asia dan Lautan Pasifik.

Perjanjian Versailles merupakan satu daripada lima perjanjian yang ditandatangani semasa Persidangan Damai Paris pada bulan Januari1919. Perundingan ini diketuai oleh lima kuasa besar yang berjaya dalam Perang Dunia Pertama iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Namun, Itali telah keluar dari  persidangan tersebut pada 24 April 1919 akibat konfliknya dengan Presiden Wilson iaitu pengerusi Persidangan ini berkenaan dengan tuntutannya ke atas Adriatik. Delegasi Jepun yang diketuai oleh Saionji telah mengambil bahagian aktif dalam isu-isu kepentingan Jepun. Terdapat tiga isu yang menjadi keutamaan Jepun ketika itu iaitu isu hak  penghapusan dan kuasa Jerman di Shantung, penghapusan kuasa takluk Jerman ke atas pulau-pulau di Lautan Pasifik dan perbincangan mengenai deklarasi persamaan perkauman yang telah dipelopori oleh Jepun. Misi Jepun dalam Persidangan Versailles telah membawa kejayaan kerana dua daripada tiga tuntutan yang dikemukakan oleh Jepun telah berjaya diperolehi negara tersebut.Pertamanya mengenai isu tuntutan Jepun ke atas Shantung telah berjaya walaupun ditentang oleh rombongan China yang diketuai oleh C.T Wang dan WellingtonKoo. Kejayaan terhadap tuntutan Jepun ini disebabkan adanya sokongan daripada negara-negara Great Britain, Perancis dan Itali. Amerika Syarikat yang pada mulanya menyokong pendirian China akhirnya terpaksa berpihak kepada Jepun setelah diancam dengan penarikan diri Jepun. Hal ini kerana sokongan Jepun penting untuk menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selain negara Perancis dan Britain. Lebih-lebih setelah pengunduran Itali. Jepun akhirnya telah berjaya bertapak kukuh di Shantung dengan pengiktirafan Kuasa-Kuasa Bersekutu.Jepun juga telah berjaya dalam objektifnya yang kedua iaitu mengenai tuntutannya untuk memiliki pulau-pulau takluk Jerman di Lautan Pasifik yang terdiri daripada Pulau Caroline, Marshall dan Marianas. Walaupun tuntutan Jepun ini telah melanggar prinsip tidak menceroboh tetapi negara matahari terbit itu telah berjaya mendapatkannya atas sokongan daripada Britain dan Perancis. Wilson yang menghadapi tekanan daripada Britain dan Perancis juga akhirnya bersetuju menyerahkan pulau-pulau ini kepada Jepun. Namun, Jepun tertakluk di bawah mandat Bangsa-Bangsa Bersatu.Pulau-pulau Pasifik ini telah diberi status Mandat Kelas C, dimana Jepun tidak dibenarkan membina benteng pertahanan tentera di pulau-pulau ini. Ini tidak penting kepada Jepun kerana negara tersebut telah memperolehi kuasa sepenuhnya ke atas pulau - pulau Pasifik ini. Dengan ini, apabila Perjanjian Versailles ditandatangani pada 28 Jun1919, Jepun telah pun mencapai objektif-objektifnya untuk menjamin kedudukannya di Shantung dan juga menguasai hak milik Jerman di Lautan Pasifik.

Walaubagaimanapun Jepun telah gagal dalam satu isu lain berkenaan dengan persoalan persamaan perkauman. Di persidangan tersebut, Jepun telah membantah kemasukan klausa “persamaan ras”. Tuntutan Jepun menghendaki agar satu fasal persamaan perkauman dimasukkan dalam Bangsa-Bangsa Bersatu telah ditolak oleh Amerika Syarikat dan Britain atas sebab kekurangan sokongan.Di Amerika sebenarnya,orang-orang dari Timur pada mulanya tidak layak untuk menerima hak atas dasar ras. Di California dan negara Barat lain, anak mereka telah diasingkan di sekolah dan dinafikan hak mereka untuk mendapatkan tanah.Kekalahan Jepun dalam tuntutan tersebut telah menyebabkan imigran-imigran Jepun menghadapi diskriminasi. Rakyat Jepun telah berharap bahawa dengan memasukkan satu fasal mengenai persamaan perkauman kedalam Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat terpaksa mengurangkan diskriminasi perkaumannya terhadap imigran-imigran Jepun terutamanya di kawasan California dan Hawaii. Harapan Jepun untuk melonggarkan diskriminasi perkauman terhadap imigran-imigran Jepun di Negara Amerika telah hancur sama sekali.

Walaupun Jepun secara keseluruhannya telah berjaya mencapai objektifnya di Persidangan Versailles, namun persoalan Shantung masih belum selesai kerana Presiden Amerika yang baru iaitu Presiden Harding dan ramai pemimpin-pemimpin Amerika yanglain berpendapat bahawa Jepun harus memulangkan Shantung kepada China. Sekali lagi Jepun telah terlibat sama dalam Persidangan Washington, 1922 disebabkan isu mengenai Shantung. Dalam persidangan ini isu mengenai Shantung telah berjaya diselesaikan.

7.0  PERSIDANGAN WASHINGTON.
Persidangan Washington termeterai kerana didorong oleh hasrat Amerika Syarikat, Britain, dan juga Jepun untuk mencari penyelesaian kepada peningkatan persaingan kedudukan angkatan tentera laut antara ketiga - tiga kuasa tersebut serta keperluan bagi menggantikan Perikatan Inggeris - Jepun yang mendapat penentangan yang keras dari Amerika Syarikat. Selain itu, isu Shantung juga menjadi salah satu faktor yangmendorong kepada persidangan ini.Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama Britain, Amerika Syarikat dan Jepun mendapati bahawa mereka terlibat dalam suatu persaingan kekuatan angkatan tentera laut yang besar dan mahal. Amerika misalnya mendapati bahawa persaingan ini telah menjadi bebanan hutang yang besar. Oleh hal yang demikian, Amerika merasakan bahawa negara tersebut perlu bertindak mengadakan genjatan senjata. Hasrat tersebut tercapai setelah Harding memenangi pilihanraya Amerika pada tahun 1920. Selaras dengan manifestonya yang ingin menyegerakan genjatan senjata terhadap kuasa - kuasa besar. Selain itu, Amerika juga berhasrat untuk mengawal kekuatan tentera Jepun yang dianggap sebagai ancaman utama kepada kedudukan Amerika Syarikat di rantau Pasifik.Selain itu, kerajaan Jepun juga ingin mengakhiri persaingan kekuatan Angkatan Tentera Laut di Lautan Pasifik. Kerajaan Jepun sedar bahawa pembinaan kapal perang Nagato dan Mutsu (45) yang telah dibina selepas Perang Dunia Pertama dan pembinaan lapan buah kapal perang dan lapan buah kapal pembinasa lagi yang bakal disiapkan menjelang tahun 1928 akan menjadi bebanan kewangan yang besar ke atas ekonomi Jepun. Hal ini juga akan menyebabkan berlakunya persaingan tentera laut terutamanya dengan Amerika Syarikat yang telah dikenalpasti sebagai musuh utama Jepun. Pemimpin Jepun meyedari bahawa Jepun tidak akan dapat menandingi Amerika Syarikat atau Britain dari segi teknikal mahupun kewangan dalam persaingan bagi meningkatkan kekuatan pertahanan Angkatan Tentera Lautnya. Oleh hal yang demikian Jepun telah mengambil langkah dengan lebih menekankan ke arah kegiatan perdagangan sebagai salah satu cara untuk memajukan negara.
45 Kapal Nagato dan Mutsu merupakan kapal yang dibina selepas Perang Dunia Pertama. Merupakan kapalyang paling besar dan termahal di dunia.



Sehubungan dengan itu juga, Britain seperti Amerika dan Jepun juga berhasrat untuk menamatkan persaingan tersebut. Britain yang sedang menghadapi masalah kewangan yang serius akibat daripada peperangan sudah tidak mampu lagi untuk melibatkan diri dalam persaingan kekuatan tentera laut bersama Amerika Syarikat dan Jepun. Menyedari hakikat tersebut, ketiga-tiga negara tersebut telah bersetuju untuk mengadakan satu persidangan yang dikenali sebagai Persidangan Washington.Selain daripada faktor untuk menamatkan persaingan militari, faktor bantahan keras Amerika Syarikat terhadap Perikatan Inggeris – Jepun yang membentuk dasar luar Jepun 1902- 1920 juga menjadi faktor persidangan perlu diadakan. Amerika inginkan pembatalan Perikatan Inggeris Jepun.(47)
47 Perikatan Inggeris Jepun telah ditandatangani pada tahun 1902 dan telah diperbaharui dalam tahun 1915.

Amerika Syarikat melihat Perikatan Inggeris-Jepun dengan sikap curiga. Hal ini kerana dalam perjanjian tersebut mengkehendaki Britain wajib menyebelahi Jepun jika berlaku peperangan antara Jepun dengan Amerika Syarikat. Selain itu, beberapa buah negara dari lingkungan Komanwel British seperti Kanada juga inginkan supaya perikatan tersebut dibatalkan dan menggantikannya dengan sebuah perjanjian pelbagai kuasa yang lebih luas yang meliputi rantau Pasifik.Menjelang bulan Julai 1921, Washington dan London telah bersetuju untuk mengadakan persidangan untuk menyelesaikan isu-isu di Lautan Pasifik terutamanya mengurangkan persaingan kekuatan tentera laut, kedudukan Jepun di Shantung, keutuhan dan kedaulatan Negara China, pembaharuan Perikatan Inggeris-Jepun dan juga status Pulau Yap yang menjadi faktor perselisihan di antara Amerika Syarikat dan juga Jepun.Pada 11 Ogos 1921, Amerika Syarikat dengan rasminya menjemput lapan buah kuasa iaitu Britain, Perancis, Itali, Jepun, Belgium, China, Belanda dan Portugal untuk menghadiri persidangan Washington. Walaupun Jepun menyokong persidangan untuk menghadkan penggunaan senjata, tetapi pada awalnya persidangan tersebut telah menimbulkan rasa curiga Jepun kerana idea persidangan tersebut yang ingin membincangkan tentang isu- isu seperti Shantung dan lebih pentingnya China yang dianggap berada di bawah pengaruhnya. Pendiri tegas Amerika meyebabkan Jepun terpaksa akur. Antara isu- isu persidangan tersebut ialah:
1.      Kuasa - kuasa laut besar perlu menghentikan pembinaan kapal- kapal perang selama 10 tahun.
2.      Pengurangan penggunaan dan juga pembinaan kapal perang.
3.      Mewujudkan nisbah 5:5:3 bagi Angkatan- angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat, Britain dan Jepun. Perancis dan Itali akan berada pada nisbah 1.75 : 1.75.
4.      Penggantian kapal dihadkan oleh perjanjian kepada 500,000 tan bagi Amerika Syarikat dan Britain kepada 300,000 tan bagi Jepun.
5.      Nisbah - nisbah yang seumpama ditetapkan bagi pengangkut-pengangkut kapalterbang dan kapal- kapal selam.

Persidangan tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu jawatankuasa genjatan senjata jawatankuasa mengenai masalah-masalah kawasan Asia Timur dan Pasifik. Pada awalnya persidangan tersebut telah membincangkan isu Perjanjian Inggeris-Jepun. Britain mahu memperluaskan perikatan tersebut supaya meliputi Amerika Syarikat tetapi dibantah oleh Hughes.(48)
48  Hughes merupakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat.


Beliau mencadangkan sebuah perjanjian Empat-Kuasa yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Jepun, Britain dan juga Perancis. Dalam perjanjian ini, keempat-empat kuasa berjanji untuk menghormati atau mengiktiraf milik satu sama lain di LautanPasifik. Mereka juga telah bersetuju untuk berunding bersama bila-bila masa apabila sesuatu kontroversi timbul mengenai hak-hak mereka di kawasan Pasifik.

Perjanjian Tentera Laut Washington telah memberi Jepun kuasa di Pasifik Barat dan pegangan kuat ke atas jalan masuk ke pantai China. Fasal mengenai pertahanan juga telah mempertingkatkan keselamatan Jepun itu sendiri kerana Amerika Syarikat telah bersetuju tidak akan mendirikan pengkalan pertahanan di Pulau Guam dan Filipina yang terletak lebih dekat dengan negara Jepun.

Mengenai isu China, Hughes telah menganjurkan supaya dasar “ Pintu Terbuka “ bagi China di samping mendesak bahawa keutuhan wilayah dan pentadbiran China harus dijamin oleh semua negara yang hadir di persidangan tersebut. Pada 6 Febuari 1922, Pakatan Sembilan-Kuasa telah ditandatangani oleh negara China, Belgium, Itali, Belanda, Portugal, Amerika Syarikat, Britain dan juga Jepun. Mereka berikrar untuk:
1.      Menghormati kedaulatan, kemerdekaan serta keutuhan kawasan dan pentadbiran negara China.
2.      Memberi peluang sepenuhnya kepada Negara China untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil dan berpengaruh.
3.      Menghapuskan sikap kepentingan sendiri diatas kerugian pihak lain di China.
4.      Untuk mengekalkan prinsip peluang perdagangan yang sama bagi semua negara di China.
Walaubagaimanapun, wakil China tidak puas hati dengan pakatan tersebut kerana menuntut bahawa negara mereka harus dibebaskan dari semua perjanjian- perjanjian yang tidak adil, mahukan penghapusan semua lingkungan – lingkungan pengaruh di China dan penghapusan semua kadar tarif yang telah ditetapkan oleh perjanjian – perjanjian yang telah ditandatangani dengan kuasa- kuasa barat dan Jepun. Akhirnya beberapa konsensi telah diberi kepada China. Kadar tarif telah disemak semula supaya China boleh memperolehi hasil yang lebih banyak daripada perdagangan luar negerinya. Mengenai hak wilayah asingan, persidangan tersebut telah meluluskan suatu resolusi untuk menubuhkan satu suruhanjaya bagi mengkaji isu ini. Walaubagaimanapun China tetap tidak memperolehi sebarang faedah daripada perjanjian Sembilan–Kuasa walaupun pihak- pihak yang manandatangani perjanjian menjamin keutuhan wilayah dan kemerdekaan China, kuasa-kuasa ini tidak menubuhkan sebarang jentera atau organisasi untuk menguatkuasakan fasal-fasal yang terkandung dalam perjajian ini, lebih-lebih lagi negara Jepun ternyata telah melanggar prinsip-prinsip Pakatan Sembilan-Kuasa.Contohnya perluasan ke atas Manchuria dan pencerobohan terhadap China dalam tahun-tahun 1930-an.

Sehubungan dengan itu juga, masalah Shantung juga telah diselesaikan. Secara teknikal, isu Shantung telah dibincangkan di dalam mesyuarat-mesyuarat yang telah diadakan berasingan di luar persidangan kerana isu ini melibatkan Jepun dan juga China.Rakyat China berkeras dan menuntut pemulangan sepenuhnya hak-hak Jerman di China kepada kerajaan China. Pihak Jepun pula tidak berganjak. Pada 4 Febuari 1922, Jepun dan China telah menandatangani perjanjian China–Jepun yang memperlihatkan pemulangan semula wilayah Shantung kepada China. Sebagai balasannya perjanjian ini telah mengiktiraf hak-hak ekonomi Jepun di Shantung. Jepun juga telah diberi kuasa keatas landasan kereta api Tainan-Tsingtao selama 15 tahun.

Sehubungan dengan itu juga, isu mengenai Pulau Yap juga telah diselesaikan oleh Amerika Syarikat dan Jepun di Washington tetapi di luar persidangan. Perundingan diantara Amerika Syarikat dengan Jepun telah menghasilkan Perjanjian Amerika-Jepun dimana Amerika mengakui mandat Jepun ke atas pulau - pulau bekas jajahan Jerman di Pasifik Utara. Sebagai balasannya Jepun memberi kebenaran kepada rakyat Amerika bermastautin, pemasangan kabel dan radio di Pulau Yap.

Hasil daripada persidangan tersebut Jepun telah mendapat banyak faedah. Antaranya Jepun telah diakui oleh semua kuasa- kuasa besar lain seperti Amerika Syarikat sebagai salah sebuah daripada lima buah kuasa besar di dunia. Keunggulan Jepun di Shantung dan pendudukannya di pulau- pulau milik Jerman di Pasifik Utara juga telah diiktiraf.Status Jepun dalam arena hubungan antarabangsa telah dipertingkatkan apabila Jepun menjadi salah sebuah ahli pengasas Liga Bangsa- Bangsa Bersatu. Persidangan Washington telah menjadi satu titik permulaan yang penting dalam kemunculan Jepun sebagai salah sebuah daripada Lima Kuasa Besar di Dunia dalam tahun- tahun 1920- an.



8.0  PERANCANGAN SEMULA STRUKTUR PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM TAHUN-TAHUN 1920-AN.

Selepas pembukaan Jepun melalui Perjanjian Kanagawa 1854 telah meningkatkan aktiviti perdagangan orang asing di Jepun melalui pembukaan beberapa pelabuhan baru. Perkara ini terbukti dengan wujudnya petempatan orang asing di Yokohama dan Osaka.Kehadiran mereka telah memberi saingan yang sengit kepada kegiatan ekonomi masyarakat tempatan yang ketinggalan. Keruntuhan Rejim Tokugawa pada 1868 telah membuka sistem ekonomi tradisional Jepun kepada persaingan dari kuasa asing. Keadaan ini memberi cabaran dan survival Jepun dalam meneruskan kewujudannya.(50)
50 Bagi meningkatkan kemampuan ekonominya, Jepun telah melantik penasihat ekonomi dari barat seperti Amerika bagi menyusun sistem ekonominya. Pembangunan infrastruktur juga di laksanakan. Pada 1872, landasan keretapi pertama di bina dengan mendapatkan pinjaman dari Britain. Perkembangan industri semakin rancak semasa zaman Meiji . Jepun telah mampu membina kapal sendiri dengan memperolehi teknologi dari Britain. Manakala teknologi persenjataan banyak di perolehi dari Jerman yang merupakan kuasa tentera di Eropah. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Duiker W..J, Jackson J, Speilvogel (2001) World History : Comprehensive Volume Third Edition.Belmont : Wadsworth/ Thompson Learning. hlm707.

Jepun sedar kebergantungan yang berlebihan kepada kuasa asing dari segi ekonomi akan memberi kesan negatif seperti yang terjadi kepada negara China yang banyak kehilangan wilayah.Pada abad ini Jepun muncul sebagai kuasa tentera seiring dengan kemajuan ekonomi.Peperangan dengan China dan Rusia telah membawa faedah ekonomi kepada Jepun, Jepun berjaya menceburi bidang perusahaan perindustrian berat dan ini memberi peluang kepada ahli-ahli perniagaan Jepun meluaskan perniagaan dan pasaran mereka sebelum dikuasai orang Eropah.
Profesor Ohkawa dan Rosovsky telah membahagikan keadaan ekonomi Jepun kepada dua fasa dalam Struktur Pembangunan Ekonomi Moden Jepun. Fasa pertama antara tahun 1868-1885 yang meliputi Transition 1868-1885 dan Initial Pembangunan Ekonomi Moden 1885-1905. Sementara itu dalam fasa kedua dalam Pembangunan Ekonomi pula antara tahun 1906-1952 yang meliputi perbezaan Struktur : Creation 1906-1930 dan Perbezaan Struktur : Kesan Ekonomi dan Politik 1931-1952.Kesan yang dapat dilihat di sini, peperangan dengan China dan Rusia telah menubuhkan pelbagai perbankan kebangsaan, misalnya antara tahun 1890-1914 ekonomi Jepun meningkat,dalam industri perkapalan dan alat-alat senjata ini dapat mengeksport produk tersebut di pasaran China termasuk Hong Kong dan Manchuria, Britain, Amerika dan India, merekamenggunakan kemudahan seperti telegraf, telefon, keretapi dan buruh untuk menghantar  bahan mentah di pasaran antarabangsa. Keadaan ini dapat digambarkan melalui :
          “The Russo-Japanese war was a turning point in the history of Japanese industry. After   the war, the newly started or developed industries were extended more than ever owing tothe post-bellum restoration. The government encouraged the use domestic productswhich resulted in the establishment of Japanese industry on an equal footing with their  foreign rivals ”

Aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh Jepun ini dapat memperlihatkan hubungan yang terjalin antara Jepun dengan kuasa asing. Di Amerika Syarikat pula mereka mempelajari kaedah perniagaan. Pada abad ke-19 sehingga 20 sebahagian besar alat-alatan yang dikehendaki kilang-kilang, lombong-lombong dan keretapi Jepun dibawa masuk dari luar negeri. Oleh itu, pemimpin pemulihan Meiji merasakan mereka harus mempunyai perusahaan dan industri sendiri yang mantap dan mampu memberi saingan kepada barangan keluaran asing. Pada 1873, Kementerian Perusahaan di tubuhkan dengan Ito Hirobumi sebagai menteri yang pertama (1873–1878). Usaha memajukan ekonomi Jepun mengambil tempoh yang panjang serta perbelanjaan yang besar kerana Jepun tidak mempunyai asas industri yang kuat. Selain itu, kekurangan kemudahan Infrastruktur dan jalan raya melambatkan perkembangan ekonomi Jepun. Namun, masalah ini berjaya di atasi apabila Jepun berjaya menubuhkan beberapa syarikat iaitu, Mitsubishi, Sumitomo, Mitsui dan Yasuda. Kemudian Syarikat ini bergabung menjadi entiti baru yang di kenali sebagai Zaibatsu.(54)
54  Zaibatsu dipanggil Zaibatsu Manchuria iaitu satu kumpulan pedagang dan adalah dasar kerajaan Jepun dalam proses pemulihan ekonomi Jepun. Kerajaan telah benyak menyerahkan perusahaan kepada syarikat bersendirian dengan harga yang rendah, namun begitu kerajaan telah menguasai perusahaan tentera yang penting. Syarikat persendirian yang disukai oleh kerajaan tersebut telah membentuk Zaibatsu. Rujuk buku Richard Story,Sejarah Jepun Moden, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967, hlm, 9.


Dasar luar yang diamalkan oleh Jepun dapat dilihat melalui perhubungannya dengan dunia luar, terutamanya dalam aspek ekonomi. Akibat WW2, permintaan barangan Jepun telah meningkat, perkara ini dapat dilihat apabila Britain, Perancis dan Itali berminat untuk membeli senjata dan alat-alat perang yang dibuat daripada Jepun. Lebih hebat lagi apabila barangan Jepun ini mendapat permintaan di Eropah, Asia Tenggara dan China, keadaan ini telah menyebabkan pertumbuhan yang pesat dalam industri pengeluaran dan pertambahan kadar eksport. Buktinya dapat dilihat apabila permintaan kapas telah meningkat daripada 2.4 juta kepada 3.8 juta antara tahun 1914-1920, manakala pengeluaran besi keluli telah berganda daripada 255,000 tan kepada 547,000 tan dalam tempoh masa yang sama. Keadaan ini menyebabkan Jepun memperolehi hasil yang lumayan terhadap barangan eksportnya iaitu sutera mentah yang telah meningkat harganya daripada Y800 (1913) kepada Y1400 (1918), sementara itu kain kapas pula telah berganda empat kali daripada Y100 kepada Y400 dalam tempoh masa yang sama.

Lebih membanggakan lagi, dalam tahun 1919, Jepun telah mengeksport atau telah memberi pinjaman sebanyak 1,350-1,400 juta kepada negara-negara di luar empayar Jepun. Perkembangan yang pesat dalam aktiviti perdagangan asing telah menampakkan perubahan yang besar dalam daya pengeluaran perindustrian.(56)
56   Perkara ini dapat dilihat apabila nilai perindustrian pengeluaran telah bertambah daripada 1.4 trilion kepada 3.42 trilion pada 1921 keadaan ini telah menyebabkan Jepun berjaya membuat kemajuan dalam sektor industri berat seperti keluli dan perkapalan. Ibid ., hlm 138.

Walau bagaimanapun peningkatan ekonomi Jepun tidak kekal lama, hal ini dilihat, apabila berakhirnya perang tahun 1919, maka permintaan terhadap alat-alat senjata dan pertahanan di Eropah berkurang. Keadaan ini menyebabkan Jepun memperluaskan pengaruhnya dengan meluaskan empayarnya di Asia Tenggara dan Asia Timur telah menjalankan dasar  berpura-pura dikebanyakan negara yang dijajah, hal ini kerana melalui penjajahan ini negara Jepun dapat menguasai ekonomi negara yang dijajah. Perkara ini dapat dibuktikan apabila penduduk di negara Asia Tenggara terpaksa menjadi hamba Jepun terutamanya untuk mengeluarkan hasil pertanian yang mencukupi untuk kepentingan Jepun. Hal inidapat dibuktikan apabila penduduk Indonesia dipaksa menjadi buruh.(57)
57 Akibat kekejaman yang dilakukan oleh Jepun terhadap penduduk Indonesia telah mengakibatkan wujudnya gerakan-gerakan penentangan oleh golongan anti-Jepun seperti Amir Sjarifuddin yang menerima bantuan Belanda untuk menetang Jepun. Maka lahirlah Gerakan Anti Fasis seperti nasionalis Tanah Melayu, Aron dan golongan kiri Cina di Sumatera Timur serta Tanah Melayu untuk menentang Jepun.
Ketidakseimbangan ekonomi Jepun telah mengikis pertukaran wang asing dan simpanan tetap emas dan dengan ini telah melemahkan keseluruhan struktur kewangan negara tersebut.(58)
58  Pada tahun 1913-1917 Jepun telah mengimport beras sebanyak 2.7 billion koku kerana pada ketika itukuantiti makanan tidak dapat menampung pertambahan penduduk Jepun. Rujuk buku Hugh Borton, Japan’s Modern Century From Perry to 1970, New York The Ronald Press Company: hlm 301.


Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor dalam memajukan ekonomi Jepun pada ketika itu, antaranya, bergantung kepada populasi penduduk dalam mengeluarkan makanan keperluan, kebergantungan kepada sistem kewangan dan perbankan kerajaanyang bergantung kepada peranan tentera, pertumbuhan yang pesat dalam perindustrian berat dan pemasaran barangan keluar negara seperti produk pertanian.


9.0 KESIMPULAN
Dasar Luar Jepun merupakan perkara yang menarik dan penting kepada masyarakat Jepun. Tujuannya jelas adalah untuk menjalankan proses transformasi negara tersebut kepada pengwujudan sebuah negara moden dan kuat. Keadaan ini sebenarnya didorong oleh kesedaran pemimpin-pemimpin pada zaman Meiji untuk mewujudkan sebuah negara moden yang mempunyai kuasa tentera yang kuat bagi mengatasi ancaman-ancaman daripada kuasa-kuasa Barat. Hal ini kerana mereka melihat bahawa dasar imperialisme Barat sebagai suatu yang tidak adil kerana Barat telah memaksa negara tersebut menandatangani perjanjian-perjanjian secara paksaan dan tanpa kerelaan. Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan menjadi suatu ancaman kepada kedaulatan Jepun. Bagi mencapai hasrat tersebut, pemimpin-pemimpin Meiji dengan teliti telah menggubal suatudasar modenisasi yang tertumpu terutamanya keatas penyerapan teknologi, pengetahuan,institusi barat secara besar-besaran. Proses ini secara tidak langsung telah membawa kepada dasar luar Jepun yang dimulakan oleh pemimpin-pemimpin Maharaja Meiji.Ternyata dasar luar Jepun yang dijalankan terutamanya berkaitan dengan perhubungan dengan kuasa-kuasa Barat secara tidak langsung telah menjadikan Jepun sebagai sebuah kuasa asia yang moden pada abad ke-19 dan 20 hingga menjadikannya setanding dengan kuasa-kuasa Barat yang lain berbanding negara asia lain. Kesan yang dapat dilihat apabila Jepun secara agresif meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara dan Asia Timur.Keadaan ini memperlihatkan dasar luar negara yang dimainkan oleh Negara Jepun sehingga dikenali sebagai negara Asia pertama yang kuat dari segi ketenteraan untuk memerangi penjajahan Barat. Dasar luar Jepun ini dilihat telah berjaya membawa Jepun ke arah pemodenannya hingga kini.