Kes yang ke tiga pula merupakan susulan cerita di Majalah Mastika
April 2012, di mana Din sahabat saya yang telah di buang saka
keturunannya, merasakan sakit-sakitnya kembali semula. Sebaik sahaja
tangan kanan saya di letakkan di kepalanya, tangan Din mula bergerak dan
menarikan tarian Makyung sambil baring. Bila berpeluang menangkap kedua
tangannya dan saya tekan ke tilam agar tidak dapat bergerak , mulutnya
tiba-tiba mengeluarkan suara berbahasa tamil. Tanpa menghiraukan suara
itu, saya meneruskan zikir Nama-Nama Allah Yang Agung, yang mana
seolah-olah zikir yang berterusan itu menambah lagi tenaga/gelombang Nur
Syifa yang menyerap masuk ke dalam tubuhnya melalui setiap urat
sarafnya. Beliau (Din) seolah melekat di tilam tetapi berusaha meronta
dan akhirnya beliau dapat memusingkan diri dan tertiarap. Dengan cepat
saya bangun dan menekan pinggang nya dengan lutut , tangan kiri saya di
belikatnya dan tangan kanan tetap di ubun-ubunnya. Jin itu akhirnya
bersuara dalam bahasa Melayu dan membebel (bercerita)……… ……
“ Dia ni hari-hari lalu depan tempat aku, aku tengok dia kosong , aku masuk lah”
“Selalu buat overtime tapi dok tengok internet, blog Sunan Kalijaga. Blog PENIPU yang lain tak nak tengok.”
“Baik betul ko dengan Haji Zul ye….habis kuasa aku. Aku nak balik KUIL. Aku nak sedut semula kuasa orang yang menyembah aku. “
“Dia ni beramal main-main, buat Solat Taubat 2-3 kali pastu tak buat dah…..mana nak kuat.”
Saya lihat tiba-tiba isteri saya muncul berdiri di depan pintu bilik
sambil memerhatikan kami dengan wajah serius tanpa rasa takut. Kemudian
isteri saya duduk bersimpuh bersebelahan isteri Din dan amat dekat .
Tiba-tiba tangan Din rapat menyembah……….
“AMPUN SUNAN……………..”
Saya memandang wajah isteri…….beliau nampak sedang berzikir…….
“Sunan mana pulak ni!” Tanya saya pada Jin di dalam badan Din. “Ampun
Sunan……….Sunan Bonang, Sunan Ampel, Sunan Muria, Sunan Kalijaga , Syeikh
Siti Jenar!”
“Tau kamu takut pada Sunan ye……mahu kamu lawan Sunan?” Kata ku.
“Saya takkan ganggu lagi, saya nak balik KUIL.”
Sejurus selepas itu Din mula batuk dengan kuat menandakan kesemua Jin
Kuil tadi telah keluar semuanya. Din merasa agak malu bila tembelangnya
telah di pecahkan oleh para jin-jin kuil tadi. Isterinya hanya tersenyum
sinis.
Isteri ku bercerita selepas Din dan isteri pulang, katanya
Sunan-Sunan tadi telah membisiknya dan menggerakkannya supaya masuk
tengok keadaan Din. Patut lah dia memandang dengan wajah serius kerana
isteri ku bukan orang yang berani . Kata ku pula, sudah sampai masa awak
meneruskan tugas Datuk-Datuk awak sayang, Sunan- Sunan itu telah
memberi isyarat bahawa mereka akan sentiasa bersama awak bila awak sudah
mula bersedia untuk menjadi Perawat Islam, Pewaris Ilmu Wali Songo.
SUMBER : http://warisansunankalijaga.blogspot.com/2012/03/catatan-pengalaman-pada-24-hb-mac-2012.html