Ahad, 27 September 2015
Sabtu, 26 September 2015
Jumaat, 25 September 2015
Fakta mengenai Ayahanda Tun M..!!! Baca sampai habis...!!! Mesti baca..!!!

MAHATHIR - DARI KACA MATA SAHABAT
Assalamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
Para kawan dan sahabat yang saya muliakan.
PENGHORMATAN
Rasa terhormat ini meningkat apabila tajuknya ialah mengenai tokoh yang memegang gelaran 'The Giants of Asia' atau 'Gergasi Asia'.
Gergasi inilah yang perlu saya bicarakan sebagai sahabat melalui kacamata saya. Perlu saya jelaskan bahawa sahabat saya, Tun Dr. Mahathir, bukanlah rakan persekolahan saya, bukan rakan sepermainan saya dan bukan juga rakan kongsi dalam apa jua jenis perniagaan.
KESUKARAN MENULIS
Agak susah untuk saya menulis ucapan ini kerana sebagai penulisan politik ianya tidak dapat dibincangkan tanpa rujukan kepada watak yang terlibat, kerana politik itu ialah perkara kuasa yang menjadi rebutan watak yang terlibat. Kebanyakan watak yang terlibat pula masih hidup. Oleh kerana bukan semua huraian berbentuk pujian maka sebarang kritikan mungkin dianggap sebagai sesuatu yang ingin dilupakan atau dikesali oleh yang berperanan.
Oleh kerana saya terlibat di dalam berbagai pergolakan sepanjang menjadi wakil rakyat, menjadi Timbalan Menteri, berada di dalam Kabinet dan menjadi Menteri Besar; menjadi Ahli Majlis Tertinggi, Setiausaha Agong, Naib Presiden dan Ketua Perhubungan UMNO Kedah maka bahang dari terhunusnya keris dan pedang di waktu dalam pergolakan itu masih saya rasai sehingga masa kini. Pada kesempatan seperti inilah saya dapat meluahkan sebahagian dari pengalaman itu, dalam masa yang terbatas, dengan harapan generasi muda masa kini dan masa depan dapat mempelajari dan memahaminya semoga tidak terjebak dengan ranjau yang merugikan bangsa, ugama dan negara.
Banyak buku yang telah ditulis mengenai Tun Dr. Mahathir dan banyak juga buku yang ditulis sendiri oleh Tun Dr. Mahathir mengenai berbagai tajuk ditambah pula dengan kumpulan ucapan-ucapannya yang bernas yang telah dibukukan.
Oleh itu ucapan saya pada pagi ini hanya sekadar menyusun semula apa yang sudah diketahui umum dengan ditambah di sana-sini untuk menunjuk adanya perbezaan, atau mungkin juga memang ada perbezaan pandangan saya mengenai sesuatu isu, tindakan, kejadian atau peristiwa mengikut kacamata peribadi saya.
WAWASAN 2020 - Sebagai contoh ialah Wawasan 20-20.
Sebelum saya menjadi Menteri saya sering balik ke Kedah dan menginap di Grand Continental Hotel. Saya sering duduk di meja tepi dinding dalam coffee-house. Dari coffee-house itu saya dapat melihat MAHA Klinik di mana Tun Dr. Mahathir bekerja sebelum menjadi Menteri. Kalau kita lihat ke MAHA Klinik pasti ternampak kedai Cermin-mata 2020.
Oleh itu selepas mesyuarat kabinet di hari Tun Dr. Mahathir mengumumkan Dasar Wawasan 2020 pada tahun 1991 beliau telah memanggil saya dan bertanya 'You know what is 2020?' Saya jawab 'Yes .. the spectacles' saya teringat kedai cermin mata 20 20 di tepi MAHA Klinik. Tun berkata 'OK ... make sure the logo for Merdeka day reads twenty-twenty and not two thousand and twenty'. Arahan itu ialah kerana saya bertanggungjawab menyiapkan logo Hari Merdeka sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hari Kebangsaan.
Maksud Tun Dr. Mahathir dengan Wawasan 2020 ialah 'wawasan atau penglihatan yang jelas'. Jika mata kita diperiksa oleh doktor mata dan kedua belah bacaannya 20 dan 20 maka kita tidak perlu cermin-mata kerana pandangan kita tidak kabur. Berertilah 'Wawasan 20 20' ialah 'Wawasan Yang Jelas' dan seseorang yang berwawasan yang jelas dapatlah membangun negeri dan negara dengan cepat dan menguntungkan rakyat. Dengan wawasan yang jelas kita boleh menjadi negara yang maju pada tahun 2020 atau sebelumnya seperti negeri Selangor yang mengaku sudah menjadi negeri maju pada tahun 2005 kerana pemerintahan bijak Barisan Nasional.
Tetapi apa yang kita dengar hari ini ialah Wawasan 2020 itu ialah Malaysia akan menjadi negara maju pada tahun 2020 dan aspek cerminmata tidak pernah diketahui lagi.
ANTARA BUDI DAN PRINSIP
Hasil menungan saya sebagai Wakil Rakyat selama 30 tahun ( 1974 - 2004 ) dan menjadi ahli UMNO selama 48 tahun saya dapati kebanyakan orang Melayu lebih mementingkan kawan daripada prinsip. Banyak yang saya lihat sukar meninggalkan kawan jika kawannya itu sudah terbukti menyeleweng sekalipun; dan kebaikan yang ada pada musuh sukar diterima sebagai modal yang boleh membaiki semula perhubungan antara yang bermusuhan. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pemimpin yang pernah membantu kawan atau kenalannya.
Seperkara lagi yang sangat menonjol ialah perubahan sikap seseorang itu bila sudah berkuasa atau sudah berada di peringkat atasan. Ada yang ingin melupakan kawan-kawannya yang tahu bagaimana asal usul atau sejarah hidup atau perjuangannya kerana setelah berada di atas dan merasakan diri begitu hebat, atau insan pilihan, maka segala bukti, termasuk kawan-kawan lama, yang mengetahui sejarah kebaikan dan kekurangannya, hendak diketepi atau dihapuskan, supaya yang wujud hanya kebaikan dan kedewaannya.
Sikap ini tidak ada pada Tun Dr. Mahathir. Tun Dr. Mahathir agak lambat, kerana sangat teliti sebelum menghukum seseorang yang dilaporkan salah, tetapi dia mudah memaafkan, walau pun sukar melupakan.
TIDAK PERNAH BERGURAU DAN TIDAK PERNAH MINTA
Sejak saya kenal beliau pada tahun 1956, waktu saya sakit batuk di Langkawi sehinggalah sekarang saya tidak pernah bergurau dengan beliau, hanya sekadar tertawa bila orang lain bergurau, dan saya juga tidak pernah meminta sesuatu darinya untuk diri saya baik semasa bertugas atau sebagai bekalan untuk hari-hari bersara.
TEMPOH BERSARA DARI UMNO
Di Negeri Sembilan, di waktu kami sama-sama 'bersara' sebentar dari UMNO, untuk boleh bebas bersuara dan mengkritik tokoh yang dulunya kami sangkakan kawan Tun Dr. Mahathir telah menafikan kenyataan bahawa saya tidak pernah meminta apa-apa darinya. Lantas Tun ingatkan saya bahawa saya telah meminta untuk berhenti dari menjadi Menteri Besar Kedah ( setelah Barisan Nasional menang dengan majority lebih 2/3 dalam pilihanraya di peringkat negeri Kedah.
DI LANGKAWI
Tun Dr. Mahathir memulakan profesyennya di Langkawi sementara saya pula berada di Langkawi pada masa yang sama kerana bapa saya menjadi pemandu lori Tauke Teik yang mengangkut tanah merah untuk ditambak dalam pembinaan jalan yang menghubung pekan Kuah dengan Padang Matsirat
TARIKH LAHIR YANG SAMA
Selain dari persamaan berada di Langkawi pada tahun yang sama, kami juga mempunyai tarikh lahir yang sama iaitu 10 Julai walau pun perbezaan antara umur kami ialah 18 tahun.
Mungkin kerana perbezaan umur maka di waktu Tun Dr. Mahathir menjadi pemimpin MAYC di peringkat kebangsaan, sebagai Naib Presiden, saya menjadi ahli Kelab Belia Seremban, yang aktif bermain ping-pong, yang menjadi kebab gabungan MAYC.
Waktu saya menjadi ahli UMNO pada 13 Oktober, 1963 Tun Dr. Mahathir sudah pun terkenal sebagai pejuang bangsa dan menjadi ahli UMNO pada tahun 1946.
Waktu saya menjadi Setiausaha Dewan Peniagaan Melayu Negeri Sembilan pada tahun 1965 Tun Dr. Mahathir sudah menjadi Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.
Waktu saya menghadiri Konvensyen Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah pimpinan Dato' Senu, pada tahun 1965, Tun Dr. Mahathir sudah menjadi pembentang kertas-kerja. Menteri Besar Perlis Penghulu Jaafar turut hadir dalam konvensyen yang diadakan di Morib, Selangor.
Bila saya menjadi Ahli Parlimen mulai tahun 1974 Tun Dr. Mahathir jadi Menteri Pendidikan. Bila Tun Dr. Mahathir jadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1978 saya menjadi Timbalan Menteri. Bila Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri pada tahun 1982 saya menjadi Menteri.
Tetapi, dalam satu hal saya mendahului Tun Dr. Mahathir iaitu saya berhenti menjadi Menteri Besar Kedah dan Tun Dr. Mahathir pula ikut contoh saya apabila dia kemudiannya berhenti dari menjadi Perdana Menteri.
4 IDOLA
Dari kecil saya mempunyai 4 idola yang, mengikut ibu saya, patut dicontohi.
Mereka ialah:
- Tan Sri Hanafiah Hussain iaitu anak Malaysia yang pertama lulus dalam bidang Chartered Accountant,
- Tan Sri Professor Ismail Husin sebagai anak Sungai Limau Yan yang mendapat Kepujian Kelas Satu dalam Pengajian Melayu di Universiti Singapura; beliau ialah adik Sasterawan Negara Dato' Abdullah Husin, pengarang INTERLOK,
- Dato' Kasim Nyak Ma'on yang merupakan anak Melayu pertama lulusan dari Taiwan National University. Beliau mendapat biasiswa Dewan Perniagaan China untuk melanjutkan pelajaran di Taiwan, setelah mendapat keputusan cemerlang di Chung Ling High School, Penang. Ketiga-tiga mereka dari daerah Yan. Yang bukan dari Yan ialah:
- Tun Dr. Mahathir sebagai doktor yang terkenal menonjol di waktu itu.
Walau pun dari segi pekerjaan saya mendapat inspirasi dari Tan Sri Hanafiah Hussain, dalam kegiatan politik saya mempelajari cara Tun Dr. Mahathir.
ASPEK YANG MENGKAGUMKAN PADA TUN DR. MAHATHIR
Kita tidak dapat melupakan Dasar Pandang Ke Timur yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir di bawah pemerintahannya. Kebanyakan pemimpin dan rakyat memikirkan dasar ini terbatas kepada melihat pencapaian ekonomi negara-negara Jepun, Korea Selatan dan kemudiannya termasuk Taiwan.
Yang saya faham dasar ini melibatkan nilai. Iaitu nilai-nilai yang ada pada orang-orang Jepun dan Korea Selatan yang telah membawa kepada kemajuan negara mereka. Di waktu nilai-nilai ini diketengahkan kerajaan telah menumpu perhatian kepada berani, amanah, disiplin, rajin dan setia dalam konteks Dasar Pandang Ke Timur. Inilah nilai-nilai yang selalu dihuraikan oleh Tun Dr. Mahathir dalam kursus-kursus yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara untuk pegawai dan kakitangan kerajaan.
Setelah beberapa waktu nilai-nilai ini diketengahkan di bawah Dasar Ekonomi Baru, oleh kerana nilai-nilai ini juga adalah yang dituntut oleh Islam maka penerapan nilai-nilai ini diteruskan di bawah Dasar Penerapan Nilaia-Nilai Islam.
1. BERANI
Tun Dr. Mahathir tidak takut dan gentar untuk membuat keputusan dan juga untuk mengeluarkan pendapatnya di semua forum baik di dalam atau di luar negeri, baik secara peribadi atau pun secara terbuka.
KEPETAHAN TUN DR. MAHATHIR
Waktu melawat USA beliau telah makan tengahhari di White House bersama President Ronald Reagan. Saya, sebagai menteri pengiring dalam lawatannya itu, berada di sisinya, berdepan dengan Ronald Reagan di meja makan. Ronald Reagan telah bertanya 'Kenapa Umat Islam suka berperang.' Tun menjawab 'Adalah tidak benar Umat Islam suka berperang kerana majoriti Umat Islam berada di Tenggara Asia, di Malaysia, Indonesia dan Brunei dan mereka tidak berperang. Di Bangladesh dan Pakistan juga mereka tidak berperang, malahan di India paling ramai Umat Islam yang hidup damai tanpa perang.' Kalau begitu yang berperang itu ialah Arab dan mereka yang di Timur Tengah?' Tun menjawab 'Bukan semua kerana di Morocco dan Mesir tiada peperangan, yang ada peperangan ialah di beberapa negara sahaja dan itu tiada kaitan dengan Islam.' Lantas Ronald Reagan bertanya ' Kenapa mereka itu berperang?' Tun Mahathir menjawab 'Kerana Amerika dan Russia jual senjata pada mereka, maka senjata itu tidak boleh digunakan untuk yang lain kecuali berperanglah.' ' Jadi kami yang salah?' tanya Reagan. 'Saya tak kata begitu, tetapi kira-kira begitulah.' Mereka berdua pun ketawa.
BUY BRITISH LAST
Walau pun Tun Dr. Mahathir kelihatan memusuhi pihak Barat dengan dasarnya seperti 'Buy British Last' dan ucapan-ucapannya yang sentiasa menegur dasar luar Amerika Syarikat, dan penentangannya terhadap IMF dan Bank Dunia tetapi beliau, demi kepentingan ekonomi negara, beliau bersikap 'pro-perniagaan' dan dasar-dasarnya itu hanya menyinggung politik Barat dan tidak menentang peniaga dan pengusaha Barat. Itulah sebabnya sementara beliau mengkritik Britain dan Amerika Syarikat pelabur-pelabur dari negara itu tetap mendatangi Malaysia. Berertilah keberanian Tun Dr. Mahathir adalah satu keberanian yang penuh dengan perhitungan dan bukan sebarang keberanian yang merugikan negara.
TUN DR. MAHATHIR MEMILIH YANG TERBAIK DI DUNIA UNTUK MALAYSIA
U. S. A.
Waktu di Amerikalah Tun Mahathir menyambut kewujudan lapangan terbang Dallas sebagai lapangan terbang yang terbesar di dunia, menara Sears sebagai menara tertinggi di dunia, Washington D. C. sebagai ibukota terancang yang indah di dunia dengan membina KLIA, KLCC dan Putrajaya.
CANADA
Bila sampai di Canada Tun Mahathir telah makan tengahari bersama dengan Perdana Menteri Trudeau di Menara Telekom di Ontario. Apabila diberitahu bahawa menara itu adalah antara yang empat tertinggi di dunia Tun Mahathir, sekembalinya ke Malaysia telah memutuskan pembinaan Menara Telekom Kuala Lumpur yang tegak megah di tengah-tengah Kuala Lumpur.
PERANCIS
Dari Canada rombongan Tun Dr. Mahathir telah berangkat ke Peranchis yang Presidennya di waktu itu ialah Presiden Mitterand. Menteri Pengangkutan Perancis telah mengiringi Tun Mahathir ke kawasan industri di mana terletak sebuah kilang 'optic fibre'. Kini, selain Taman Teknologi Tinggi Kulim dan Cyberjaya kita juga mempunyai keretapi laju antara KL dan KLIA seperti keretapi yang Tun Mahathir naiki bersama Menteri Pengangkutan Perancis dari Paris ke Taman Teknologinya.
SWITZERLAND
Dari Perancis rombongan Tun Mahathir berangkat ke Berne ibu kota Switzerland. Di sana kami telah melihat bagaimana negara itu melindungi rakyatnya dari penderitaan jika berlaku perang nuklear. Kami juga telah dibawa masuk dalam gua yang sekaligus menjadi lapangan terbang untuk jet kapalterbang perang yang terbang keluar dari pergunungan jika berlaku sebarang serangan yang mengancam keselamatan negara mereka.
Saya ternampak Tun Dr. Mahathir begitu terpukau melihat keindahan kota dan persekitaran seluruh negara Switzerland. Switzerlandlah saya kira yang difikirkan oleh Tun Dr. Mahathir apabila beliau menyatakan keinginan supaya Kuala Lumpur diperindahkan dan dinamakan 'The Garden City of Light'. Saya mendapat tahu dua kota yang bergilir-gilir bersaing sebagai kota terbersih di dunia ialah Zurich dan Singapura. Alangkah hebatnya jika Kuala Lumpur menjadi penyaing ketiga. Sebagai menyambut hasrat Tun Dr. Mahathir untuk melihat kota dan negara yang bersih indah maka saya juga, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan telah menganjurkan pertandingan kampung indah setiap tahun kita menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan.
Projek-projek besar atau mega yang tersebut inilah yang kemudiannya menjadi bahan fitnah apabila Tun Dr. Mahathir dicabar untuk jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987.
AMANAH
Sehingga hari ini Tun Dr. Mahathir masih berpegang kepada amanah yang termeterai di dalam Perlembagaan UMNO dan Malaysia.
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
Keputusan beliau supaya matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris adalah kerana kekecewaan beliau atas lambatnya, dan terbatasnya kemampuan, para ahli bahasa dan ilmuan menterjemahkan semua buku ilmu dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Ianya tidak boleh ditafsirkan sebagai pengkhiatan kepada bahasa dan bangsa Melayu, Baginya, kesetiaan kepada bangsa tidak bererti menghalang bangsa itu daripada pendedahan kepada berbagai jenis ilmu yang ada, semata-mata kerana enggan membenarkan bangsa itu pintar dalam bahasa lain yang mempunyai banyak ilmu tertulis di dalamnya. Beliau mengambil dirinya sebagai contoh seorang yang menguasai bahasa Inggeris tetapi tidak kurang semangat Melayunya.
KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU
Dalam mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu beliau telah menghapuskan punca kemungkinan raja-raja boleh difitnahkan kerana menggunakan kuasa tidak meluluskan undang-undang sehingga mendapat sesuatu yang dikehendakinya. Dengan meminda perlembagaan sehingga undang-undang boleh diluluskan tanpa bergantung kepada persetujuan raja maka punca fitnah sedemikian telah dihapuskan. Walau bagaimana pun ada pihak yang mentafsirkan tindakan ini sebagai menghakiskan kuasa raja. Ini bukanlah niat Tun Dr. Mahathir yang telah sama-sama berjuang menentang gagasan Malayan Union, yang dirancang oleh British, yang menghinakan kedudukan Raja-Raja Melayu.
ISLAM SEBAGAI UGAMA PERSEKUTUAN
Tun Dr. Mahathir tidak berganjak mempertahankan Islam sebagai ugama yang diredhai Allah. Beliau mempertahankan 'fundamental' Islam itu baik dan seseorang itu tidak perlu takut dianggap sebagai fundamentalist kerana seseorang yang berpegang kepada fundamental Islam tentulah baik kerana fundamental Islam itu baik. Beliau tidak akan memberi katanama lain, seperti hadhari, kepada Islam hanya untuk mengambil hati orang bukan Islam dan beliau tetap mempertahan Islam sejati. Bagi beliau Islam itu ialah ugama untuk diamal, sekadar mampu, dan Islam itu di atas politik dan tidak boleh diletak di bawah politik hanya untuk diperalatkan untuk memenangi pilihanraya. Kerana mempertahankan Islam dan Umat Islam Tun Mahathir sangat dibenci oleh yang anti-Islam dan Yahudi, khususnya Yahudi Zionis Kristian. Malangnya Tun Mahathir juga dibenci oleh tokoh-tokoh Islam di negara ini yang mampu menidakkan Islamnya dan keislaman partinya semata-mata kerana tokoh Islam itu samaada berkawan dengan Yahudi atau dengan tokoh, di negara jiran, yang menjadi sahabat setia golongan Zionis di Israel dan ingin Umat Islam di negaranya merubah sikap dan cara mereka berugama.
HAK ISTIMEWA ORANG-ORANG MELAYU
Tun Dr. Mahathir tidak pernah berhenti mempertahankan hak istimewa orang-orang Melayu dan kedudukan Melayu sebagai Bumiputra dan bukan pendatang di negara ini. Beliau ditohmahkan sebagai rasis kerana mempertahankan hak Melayu ini. Dalam mempertahankan Dasar Ekonomi Melayu Tun Dr. Mahathir tidak berhenti menyeru orang-orang Melayu supaya merubah sikap dan berpegang dengan nilai-nilai murni yang boleh membawa kepada kejayaan.
Waktu beliau menjadi Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir tidak pernah mengurangkan kuota biasiswa kerajaan untuk pelajar-pelajar Melayu tetapi pihak bukan Melayu tidak membantah terhadap dasar ini kerana Tun Dr. Mahathir terus membantu mereka untuk memajukan sektor ekonomi negara dan swasta bukan Melayu bebas memberi kesemua peruntukan biasiswa mereka kepada kaum mereka sendiri. Walau pun 95 peratus biasiswa kerajaan telah diberi kepada pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputra tetapi biasiswa swasta, yang tidak kurang jumlahnya, adalah 100% untuk bukan kita.
DISIPLIN
Tun Dr. Mahathir adalah seorang yang cukup disiplin dalam aspek waktu dan jadual bekerja dan beribadat. Contoh disiplin yang ingin diterapkan kedalam jiwa pekerja kerajaan di Malaysia ialah dengan memperkenalkan mesin perakam waktu bekerja. Kita juga masih teringat kepada slogan 'Bersih, Cekap dan Amanah" sebagai usaha mendidik rakyat supaya berdisiplin.
Yang penting ialah bukan sahaja Tun Dr. Mahathir mahukan rakyat bersikap disiplin tetapi beliau sendiri mengamalkan disiplin yang dikehendakinya dari rakyat. Apabila beliau mengarahkan pekerja kerajaan di semua peringkat memakai tanda-nama beliau juga memakainya.
RAJIN
Tidak ada orang yang mengenal Tun Dr. Mahathir yang tidak mengetahui betapa beliau rajin membaca, menulis, bercakap dan bekerja.
SETIA
Tun Dr. Mahathir terkenal sebagai seorang yang setia kepada kawan dan perjuangan.
Hubungan Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah adalah satu contoh hubungan setia dan mesra antara suami isteri yang jarang ada di kalangan pemimpin politik yang berjaya di dunia ini. Jika kita lihat kepada sejarah pemimpin ulung di Amerika Syarikat seperti John F. Kennedy, pemimpin ulung di Eropah seperti Napoleon Bonaparte dan pemimpin ulung di zaman Empayar Rom seperti Julius Caesar jelas sekali lebih meningkat populariti seseorang maka lebih hebat godaan yang mendampinginya kerana 'Power is Aphrodisaic. Untuk kita tidak anggap itu kesah pemimpin dulu kita boleh lihat kepada rekod Presiden Bill Clinton yang sudah bersara dan bagi yang masih berkhidmat kita perhatikan pula perkembangan kes Perdana Menteri Berlusconi di Itali.
Kalau kita lihat kepada watak sebagai Tony Blair pula kita akan dapati ketidaksetiaannya termasuk kepada bidang ugama. Walau pun beliau penganut ugama Kristian Anglican di waktu menjadi Perdana Menteri Britain beliau berubah ke ugama Katholik apabila berhenti dari menjadi Perdana Menteri.
Kesetiaan Tun Dr. Mahathir kepada kawan-kawannya adalah luar biasa dan saya boleh menulis ratusan muka surat bagaimana kesetiaannya kepada kawan-kawannya telah membantu beliau membangun negara dan banyak pula masalah yang dihadapinya yang berpunca dari kesetiaan itu.
DUA PERISTIWA YANG SANGAT BERERTI DALAM HUBUNGAN DENGAN TUN MAHATHIR
PERTAMA - PERLETAKAN JAWATAN TUN MUSA HITAM
Setelah Tun Hussein Onn meletak jawatan dan Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 16 Julai, 1981 UMNO telah mengadakan Perhimpunan Agong Tahunan ( 1981 ) dan Tun Dr. Mahathir, kerana susah memilih antara dua sahabat untuk menjadi Timbalannya telah membenar UMNO untuk membuat pemilihan melalui pertandingan.
Oleh itu Tun Musa Hitam telah bertanding dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Oleh kerana Tun Dr. Mahathir memberitahu kepada saya beliau akan lebih aman bekerja jika Tun Musa menjadi Timbalannya maka saya telah menyokong Tun Musa Hitam. Tengku Razaleigh, kerana kurang rapi persiapannya, telah kalah dengan 205 undi ( 722 - 517 ).
Walau pun Teungku Razaleigh kalah, kerana 517 undi yang diperolehinya lumayan banyak, beliau terus dikekalkan oleh Tun Mahathir di dalam kabinet sebagai Menteri Kewangan sementara Tun Musa Hitam, sebagai Timbalan Perdana Menteri, juga merangkap sebagai Menteri Dalam Negeri. Tun Dr. Mahathir berpendapat dengan pengekalan ini penyokong-penyokong Teungku Razaleigh akan merasa selesa dan terus mantap menyokong UMNO dan kepimpinan Tun. Tun Mahathir berpegang kepada prinsipnya 'If you win you cannot win all just as if you lose you cannot lose all'.
Tun Musa jelas tidak selesaidengan prinsip Tun Dr. Mahathir ini kerana Tengku Razaleigh kelihatan bertambah popular dengan jawatannya sebagai Menteri Kewangan. Tun Musa juga tidak selesa dengan kemasukan Dato' Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982, atas inisiatif Tengku Razaleigh dan Dato' Harun Idris, setahun setelah pertandingan antara Tengku Razaleigh dan Tun Musa pada tahun 1981. Penyokong-penyokong Tengku Razaleigh terus membuat persiapan untuk pertandingan kali kedua antara dua tokoh ini.
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO TAHUN 1984
Dalam Perhimpunan Agong UMNO ke 2 selepas Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO beliau sekali lagi pada tahun 1984 menang untuk jawatan Presiden tanpa bertanding. Timbalannya Tun Musa telah ditentang sekali lagi oleh Tengku Razaleigh untuk jawatan Timbalan Presiden. Yang aneh ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dipermudahkan kemasukannya ke dalam UMNO oleh Tengku Razaleigh telah tidak menyokong Tengku Razaleigh, sebaliknya, Anwar sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dimenanginya pada tahun itu, telah menyokong Tun Musa Hitam untuk jawatan Timbalan Presiden.
Setelah Tengku Razaleigh dikalahkan oleh Tun Musa buat kali kedua pada tahun 1984 maka Tun Dr. Mahathir telah mengurangkan kuasa dan pengaruh Tengku Razaleigh dengan menurunkan jawatannya dari Menteri Kewangan untuk menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa. Tun Dr. Mahathir telah melantik Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan.
PERISTIWA MEMALI
Setahun kemudian pada tahun 1985, dalam mesyuarat kabinet sebelum Tun Dr. Mahathir berangkat ke negeri China, saya telah diminta menghubungi kenalan saya Ibrahim Libya yang dikehendaki menyerah secara aman kepada pihak polis. Saya telah menyampaikan hasrat saya untuk berjumpa Ibrahim tetapi, sepeninggalan Tun Dr. Mahathir ke China, dan belum sempat saya berjumpa Ibrahim, beliau telah terbunuh dalam peristiwa Memali. Pada waktu itu Tun Musa menjadi Menteri Dalam Negeri dan memangku jawatan Perdana Menteri.
TUN MUSA KIRIM SURAT PERLETAKAN JAWATAN
Beberapa waktu selepas Tun Dr. Mahathir kembali dari China beliau telah menerima sepucuk surat dari Tun Musa yang memberi tempoh satu tahun untuk meletak jawatan. Surat ini telah disimpan sebagai rahsia oleh Tun Dr. Mahathir.
Pada mulanya Tun Dr. Mahathir ingin menunggu sehingga diadakan Perhimpunan Agung UMNO sekali lagi setelah Tun Musa meletak jawatan, tetapi, oleh kerana kawan-kawan Tun Musa sedang berusaha untuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas, kerana hanya dengan keputusan Mesyuarat Agung Khas Tun Musa akan menarik balik keputusan letak jawatannya.
CADANGAN TUN DR. MAHATHIR UNTUK MELETAK JAWATAN
Sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi diadakan untuk menimbang cadangan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas Tun Dr. Mahathir telah memanggil saya dan memberitahu bahawa beliau akan meletak jawatan jika usul untuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas yang akan dibentang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi pada keesokan malamnya lulus maka beliau akan meletak jawatan selepas usul itu diluluskan kerana beliau yakin Mesyuarat Agung Khas tetap akan meluluskan usul mendesak Tun Musa untuk kembali memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri diluluskan.
Apabila saya bertanya alasan atas keputusan demikian Tun Dr. Mahathir berkata 'Wakil UMNO hanya berfikir mengenai perpaduan sedangkan saya berfikir mengenai kerja. Jika Tun Musa yang mengetahui kemenangannya ialah dengan sokongan saya pun tidak dapat menyokong saya di dalam menjalankan tugas gambarlah apa akan jadi jika dia terpaksa saya lantik kembali sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana keputusan Mesyuarat Agung Khas. Lagi-lagilah susah dia hendak bantu saya.'
PANDANGAN DATO' SENU, TAN SRI KHIR JOHARI DAN TUN DATO' MUSTAFA
Saya pun merasa gelisah dan mencari jalan untuk mempertahankan kedudukan Tun Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO. Sebagaimana biasa saya telah cuba mendapat nasihat dan petunjuk dari tokoh-tokoh yang lebih dewasa dan lebih berpengalaman. Saya telah hubungi Dato' Senu Abdul Rahman yang saya kenal sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di waktu saya menjadi Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban Timur. Saya juga bertemu dengan Tan Sri Mohd Khir Johari yang pernah menjadi guru bahasa Inggeris kepada Tun Dr. Mahathir di Alor Setar dahulu. Kedua-dua tokoh dari Kedah ini tidak dapat membantu kerana mereka adalah orang kuat Tengku Abdul Rahman.
Tokoh ketiga yang saya temui ialah Tun Dato' Hj. Mustafa. Beliau juga rakan karib Tengku Abdul Rahman. Bila dia melihat wajah sedih saya apabila dia kelihatan gembira mendengar Tun Dr. Mahathir akan berhenti jika usul untuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas UMNO lulus, maka Tun Dato' Mustafa bertanya 'Apakah anak mahu usul itu kalah?' Bila saya mengesahkan kerana saya belum nampak seorang tokoh yang layak mengganti Tun Dr. Mahathir maka Tun Dato' Mustafa bertanya lagi ' Apakah fikiran orang ramai UMNO, khususnya kebanyakan ahli-ahli Majlis Tertinggi usul itu menang atau kalah?' Saya menjawab 'Hampir semuanya fikir usul itu akan diluluskan oleh Majlis Tertinggi dan apabila Mesyuarat Agung Khas UMNO diadakan usul itu akan lulus dengan sebulat suara kerana ahli-ahli UMNO berpendapat itulah caranya untuk menyatupadukan UMNO.' Tun Dato' Mustafa terus menyampuk 'Kalau ramai fikir usul itu akan menang maka menanglah; kalau ramai fikir usul itu akan kalah maka kalahlah .... yang penting apa orang fikir.'
Mendengar pandangan Tun Dato' Mustafa saya pun berhenti makan malam dan meminta izin untuk balik ke pejabat UMNO walaupun sudah pukul 10 malam. Sebelum sampai di pejabat saya telah telefon Setiausaha Politik Tun Dr. Mahathir Tan Sri Megat Junid Megat Ayob dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia Kip Bahadon. Bertiga kami telah menghubungi hampir kesemua ahli-ahli Majlis Tertinggi yang rapat dengan kami untuk menyatakan pendirian masing-masing sekaligus memaklumkan secara tidak langsung bahawa usul yang akan dibentang dalam Majlis Tertinggi pada besok malam akan kalah.
Pada keesokan malamnya hanya 3 orang sahaja dari ahli Majlis Tertinggi yang menyokong usul untuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas. Semua yang hadir merasa terkejut termasuk saya sendiri.
MAJLIS TERTINGGI MENOLAK USUL MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG KHAS
TETAPI MENERIMA USUL MENGHANTAR ROMBONGAN UMNO JOHOR KE LONDON
Walau pun Majlis Tertinggi telah menolak cadangan mengadakan Mesyuarat Agung Khas, tetapi Majlis Tertinggi bersetuju menghantar satu rombongan UMNO dari Johor, yang dipimpin oleh Dato' Syed Zain, untuk memujuk Tun Musa, yang berada di London, untuk menarik balik perletakan jawatan Timbalan Presiden UMNO. Perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak dapat ditarik balik kerana Tun Dr. Mahathir sahaja yang berkuasa membuat perlantikan semula dan beliau tidak bercadang membuat demikian.
Di waktu rombongan UMNO Johor berangkat ke London saya lihat di dalam surat khabar sepanduk yang mengutuk saya, Tan Sri Megat Junid dan Kip Bahadon. Sepanduk ini berbeza dengan sepanduk yang dibentang di bangunan UMNO sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi diadakan dimana tiga tokoh yang disalahkan atas perletakan Tun Musa Hitam ialah apa yang disingkatkan sebagai A. I. D. S untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Sanusi Junid. Rupanya ahli-ahli rombongan sudah mengetahui mengenai kegiatan panggilan telefon kami bertiga Megat, Kip dan saya.
ROMBONGAN UMNO JOHOR BERJAYA MEMUJUK TUN MUSA
MEMBATALKAN PERLETAKAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO
Walau pun Majlis Tertinggi telah diberi jaminan oleh 3 orang ahlinya, yang menyokong usul yang kalah untuk diadakan Mesyuarat Agung Khas, bahawa Tun Musa tidak akan menarik balik surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Presiden ternyata Tun Musa menarik balik perletakan jawatan kerana beliau bimbang atas nasib penyokong-penyokongnya jika jawatan Timbalan Presiden yang biasanya juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin akan diganti oleh orang lain.
TUN ABD. GHAFAR BABA JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI
Kerana usaha untuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas berjalan terus dan desakan-desakan terus membara maka Tun Dr. Mahathir telah memutuskan untuk tidak menunggu Perhimpunan Agung UMNO untuk memilih Timbalan Presiden baru sebaliknya terus melantik, pada tahun 1986, Tun Ghafar Baba untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.
KEDUA - CABARAN DARI TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO TAHUN 1987
Oleh kerana Tun Ghafar Baba ialah sahabat karib Tengku Razaleigh dan tidak dianggap oleh Tengku Razaleigh sebagai saingan yang sepadan dengannya maka dalam Perhimpunan Agong UMNO ke 3 selepas Tun Dr. Mahathir menjadi Presiden UMNO, iaitu pada tahun 1987 Tengku Razaleigh tidak menentang Tun Ghafar yang mengganti Tun Musa, sebaliknya telah mencabar Tun Dr. Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO. Tun Musa telah menyokong Tengku Razaleigh dan masuk ke dalam 'Team B' untuk menentang Tun Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden.
'Team B' telah dikalahkan oleh 'Team A' dalam pertandingan ini.
Perlu diingat bahawa Tengku Razaleigh ialah seorang menteri kabinet di waktu beliau menentang Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang terus melantiknya sebagai menteri walau pun beliau telah dua kali dikalahkan oleh Tun Musa dalam pertandingan pada tahun 1981 dan tahun1984.
Sikap toleran Tun Dr. Mahathir terhadap orang yang tidak mengenang jasanya jarang sekali terdapat dalam dunia 'realpolitik'.
TENGKU RAZALEIGH BERTAMBAH POPULAR
Waktu saya mendapat tahu populariti Tengku Razaleigh telah meningkat dan banyak mereka yang sebelumnya sering datang ke rumah Tun Dr. Mahathir juga tidak kelihatan lagi maka saya telah pergi ke rumah beliau untuk bertanya apa strategi beliau untuk mengekalkan kedudukannya. Beliau berkata 'saya serahkan kepada kebijaksanaan ahli-ahli perwakilan UMNO'.
ASPEK KEBIJAKSANAAN DALAM REALPOLITIK
Oleh kerana saya tahu dalam 'realpolitik' kebijaksanaan orang-orang politik itu ialah hanya dalam menjaga kepentingan dan keuntungan peribadi di atas kepentingan agama, bangsa dan tanahair maka saya mencadangkan satu majlis penerangan diadakan sebagai usaha untuk mengasahkan kebijaksanaan ahli-ahli UMNO supaya memihak kepada Tun Dr. Mahathir. Oleh itu satu kempen telah diadakan di Hilton Hotel, Jalan Tun Ismail sehari sebelum Perhimpunan Agung UMNO diadakan.
KESAN UCAPAN PERASMIAN
Biasanya apabila Tun Dr. Mahathir menyampaikan ucapan dalam Perhimpunan Agong UMNO banyaklah masalah terkupas dan kemusykilan berjawab dan penyokong-penyokong Tun Dr. Mahathir mengharapkan ucapan beliau akan membantu untuk memenangkannya.
KECOH KUNCI PETI UNDI
Pada malam 23 April, 1987 yang keesokan harinya ada pemilihan UMNO saya telah menerima telefon dari seorang wartawan M. G. G. Pillai yang memberitahu saya kemungkinan ada masalah dalam pemilihan esok kerana katanya dia melihat beberapa orang pegawai di ibu pejabat UMNO, di dalam Dewan Merdeka telah bermain-main dengan kunci-kunci kotak mengundi yang dia lihat terlonggok dan mungkin tidak dapat dicari esoknya. Saya ucapkan terima kasih dan percaya penuh semua dalam keadaan baik.
Pada 24 April, 1987 selepas ucapan perasmian Perhimpunan Agong UMNO dilakukan dan pegundian untuk jawatan Presiden hendak diadakan sementara para perwakilan masih terkesan dengan ucapan perasmian itu tiba-tiba didapati peti-peti undi tidak dapat dibuka kerana kekusutan kunci sebagaimana yang M. G. G. Pillai beritahu pada malam tadi.
KEBIJAKSANAAN TERCEMAR DENGAN POLITIK WANG
Pengundian terpaksa ditangguhkan sehingga selesai sembahyahng Juma'at maka pada waktu Juma'at itulah berbagai cara kempen dilakukan oleh penyokong Tengku Razaleigh ( pasti tanpa diketahui olehnya ) terhadap perwakilan yang tidak berjuma'at kerana musafir. Akibatnya Tun Dr. Mahathir menang dengan perbezaan undi yang tipis ( 761 - 718 undi ). Jika pengundian telah diadakan sebelum sembahyang Jumaat, iaitu selepas ucapan perasmian oleh Presiden UMNO maka, oleh kerana 'kebijaksanaan para perwakilan' yang diasahkan oleh ucapan perasmian itu, belum dicemarkan oleh 'politik wang', mungkin majoriti kemenangan Tun Dr. Mahathir bertambah.
PENUTUP
Saya merasa bangga kerana pihak penganjur menganggap saya sebagai sahabat Tun Dr. Mahathir. Bagi saya apa yang telah saya lakukan dalam perjuangan politik ini ialah ibadat belaka, termasuk usaha membantu Tun Dr. Mahathir dalam menjalankan tugasnya. Jika ada yang lebih layak darinya, di zamannya, sudah pasti saya tidak bersamanya.
HARAPAN SEMUA PEMIMPIN NEGARA-NEGARA ISLAM DALAM OIC
Jika ada yang masih mencurigai pendapat saya mengenai Tun Dr. Mahathir mungkin elok saya nyatakan apa yang disampaikan sendiri oleh Presiden Musharraf dari Pakistan kepada saya di waktu beliau menghadiri Persidangan OIC di Putrajaya dari 11 hingga 18 Oktober, 2003 iaitu 13 hari sebelum Tun Dr. Mahathir menyerahkan kuasa kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Oktober, 2003: 'You have to tell Mahathir that the delegates to the last conference of OIC decided to bring this year's conference to Kuala Lumpur because they would like to hand over the leadership of OIC to him, and not to Malaysia. We chose Malaysia because we want Mahathir to lead us, not just anybody from Malaysia' Saya tanya 'All?' President Musharraf menjawab 'Yes, all, not one exception. Please tell him not to step down from being the Prime Minister. He should stay a few more years to lead the OIC. Please do us a favour.' Saya tidak sampaikan rayuan Musharraf kepada Tun keranaa saya mengetahui Tun tidak akan berginjak dari keputusannya. Bermaknalah, bukan saya saja, tetapi semua pemimpin negara-negara Islam di dunia menyanjung kemampuan kepimpinan Tun Dr. Mahathir.

Khamis, 24 September 2015
Punca Amerika Dan Britain Bencikan Dr. Mahathir, Keberanian Yang Tidak Ada Pada Anwar Ibrahim!
Pernahkah anda mendengar langkah-langkah berani yang diambil oleh Anwar Ibrahim untuk membuktikan bahawa dia adalah seorang pemegang tanggungjawab ekonomi Malaysia selain daripada skandal memalukan apabila dia cuba menyerahkan ekonomi dan sistem perbankan negara ini kepada IMF dan apabila rancangannya tidak berjaya, dia menyalahkan Dr. Mahathir atas kejatuhan ekonomi dan kewangan Malaysia, walaupun satu dunia tahu, kejatuhan tersebut adalah disebabkan oleh serangan pasukan penyangak matawang, George Soros.
Dan akhirnya terbukti George Soros bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, terutama menerusi bantuan yang diberikan oleh George Soros kepada PKR dan NGO-NGO pro Anwar Ibrahim untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional selepas PRU12 menerusi demonstrasi dan kempen hasutan kebencian serta permusuhan agama.
Tentu ramai yang ingin tahu, mengapa Dr. Mahathir begitu dibenci oleh Barat dan Yahudi sedangkan dia bukanlah seorang pejuang bersenjata atau pengebom berani mati mahupun pemimpin yang kerap kali melaungkan jihad berdarah dan menjanjikan syurga kepada para pendengar serta pemercaya mereka?
Berikut adalah secebis daripada punca mengapa Dr. Mahathir dibenci oleh Kapitalis Barat walaupun Dr. Mahathir tidak pernah membangga-banggakan dirinya dengan tindakannya itu. Malah dia tidak menjadikan peristiwa-peristiwa tersebut sebagai pembuktian jasanya kepada negara, walaupun tindakannya itu memberikan anjakan besar kepada rakyat negara ini.
Agak malang kerana jasa-jasa besarnya itu mulai dilupakan oleh generasi baru kerana keasyikan mereka mendengar temberang Anwar Ibrahim dan konco-konconya.
Tahukah anda, orang yang paling benci dengan Mahathir bin Mohamad dari kalangan pemimpin Barat adalah Margaret Thatcher, bekas Perdana Menteri Britain yang telah dimalukan oleh Dr. Mahathir selepas kebongkakan Wanita Besi itu ditundukkan dengan cara yang sangat mudah.
Komuniti ekonomi dunia masih ingat lagi dengan ‘SERANGAN SUBUH” atau ‘DAWNING RAID’ yang berlaku pada 7 September 1981, beberapa bulan selepas Mahathir menjawat jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia. Mahathir telah mengatur satu rancangan yang paling genius dan tidak disangka-sangka oleh kaum Barat yang menyangkakan Melayu adalah satu kaum yang hebat berfikir dan mengatur strategi.
Tanpa diketahui oleh sesiapa pun, Mahathir telah mengutuskan empat orang anak Melayu, antaranya ialah Tengku Razaleigh Hamzah dan Ghafar Baba.
Sebelum itu, pada April 1981, Mahathir telah melancarkan Amanah Saham Nasional di bawah Permodalan Nasional Berhad. Dana daripada ASN dikatakan telah digunakan sebagai modal untuk ‘DAWNING RAID’ itu. Dan menariknya, tindakan yang diatur rapi oleh Dr. Mahathir, TIDAK DIKETAHUI LANGSUNG oleh Lim Kit Siang yang merupakan Ketua Pembangkang Malaysia pada ketika itu.
Dr. Mahathir secara peribadi telah mengarahkan agar kajian dilakukan secara terperinci ke atas undang-undang pelaburan Britain. Mahathir sebelum itu, telah melahirkan perasaan tidak puas hati apabila Britain masih lagi menguasai lebih 200,000 ekar tanah di seluruh Malaysia menerusi tiga buah syarikat perladangan utama, Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope Plantations.
Perancangan yang teliti selama setahun selepas percubaan pertama, gagal, membuahkan hasil yang amat lumayan. PNB berjaya menguasai Guthrie Corporation PLC pada 8 September. Kerajaan yang mempunyai sebahagian saham dalam Sime Darby, berjaya menguasai sepenuhnya syarikat tersebut menerusi pembelian mengejut pada 7 September.
Tun Mahathir mendapat bantuan teknikal yang baik daripada Gabenor Bank Negara pada waktu, Tun Ismail Ali yang telah menerangkan tentang ‘SERANGAN SUBUH’ yang mengejutkan komuniti ekonomi dunia itu. Beberapa pihak lain turut menyumbang tenaga dan buah fikiran, termasuklah Rothchild Mercant Bank yang merupakan penasihat PNB dan Sime Darby.
Diringkaskan cerita, Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope berjaya kembali ke tangan anak Malaysia menerusi pembelian senyap oleh Malaysia ke atas sahan British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari oleh sesiapa pun.
Sekalipun sebahagian daripada dana yang digunakan untuk tujuan tersebut datangnya daripada PNB (ASN), namun pulangan yang sangat lumayan telah diperolehi iaitu RM36 bilion. Jumlah aset ketiga-tiga syarikat perladangan British itu di seluruh dunia, jauh mengatasi modal yang digunakan oleh Tun Dr. Mahathir untuk tujuan pengambilalihan.
Banyak pihak yang melihat, Guthrie telah berjaya diperolehi SECARA PERCUMA menerusi kebijaksanaan dan kehebatan Mahathir merangka strategi.
Margaret Thatcher hanya mengetahui kehilangan tiga buah syarikat perladangan itu, seminggu kemudian. Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan oleh Margaret Thatcher yang kemudiannya menjadikan peristiwa tersebut sebagai dendam peribadinya terhadap Dr. Mahathir dan Malaysia. Undang-undang pelaburan baru telah digubal di Britain untuk mengekang sebarang cubaan mirip ‘SERANGAN SUBUH’. Pengajaran yang amat mahal telah diperolehi oleh bekas Perdana Menteri Britain yang sebelum itu begitu bongkak menolak tawaran Malaysia membeli aset-aset Guthrie di Malaysia, apabila tidak satu ekar pun tanah yang tinggal milik ketiga-tiga syarikat tersebut di seluruh dunia, berjaya dimiliki oleh Malaysia.
Pengambilalihan tersebut dilakukan secara sah menurut undang-undang meskipun Britain membantah keras. Akhbar-akhbar di seluru dunia pada masa itu menjadikan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk, ‘SERBUAN MENYINGSING SUBUH’ dan ‘SERANGAN MALAYSIA KE ATAS KOTA LONDON’ yang memperincikan kejayaan Dr. Mahathir dan Malaysia.
Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.
Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.
Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang Malaysia seperti DAP.
PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.
Bagaimana boleh jadi begitu?
Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.
Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.
Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.
Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.
Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.
Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.
Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.
Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.
Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.
PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.
Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.
Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.
Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar. Dendam mereka cuba ditunaikan oleh ANJING-ANJING KURAP seperti Anwar Ibrahim dan DAP yang diberikan tanggungjawab menghancurkan negara dengan apa cara sekalipun, termasuklah menyerang peribadi Tun Dr. Mahathir.
Rabu, 23 September 2015
Wawancara Al Jazeera-PM: Malaysia ulangi pendirian sokong perangi keganasan
STESEN televisyen satelit Qatar, Al-Jazeera (AJ) mengadakan temu bual dengan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di London semalam yang menyentuh pelbagai perkara, daripada tanggapan yang menyamakan Islam dengan keganasan, hal ehwal politik Malaysia hinggalah kepada pelbagai tohmahan terhadap Perdana Menteri dan keluarga. Ikuti temu bual wakil Al-Jazeera, Ahmed Mansour, dengan Dr Mahathir yang berlangsung lebih sejam.
AJ: Sebelum ini Amerika menghentikan kerjasama dengan Malaysia selepas mereka menuduh Malaysia mempunyai kaitan dengan keganasan. Inilah persoalan utama dan relevan dengan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Apakah anda setuju dengan gambaran Amerika bahawa sebahagian Muslimin adalah pengganas dan mengaitkan Muslimin dengan kegiatan keganasan tanpa kelompok yang lain. Bagaimana anda menolak dakwaan itu? PM: Saya tidak bersetuju sama sekali dengan penafsiran umum bahawa umat Islam adalah pengganas. Terdapat pengganas daripada semua kaum dan agama. Terdapat pengganas Kristian di Ireland Utara, pengganas Buddha di Jepun, pengganas Hindu di India, maka saya tidak bersetuju dengan penafsiran itu. Bagi saya, kita sepatutnya mendefinisikan seseorang itu pengganas melalui perbuatannya. Sekiranya amalam mereka adalah ganas dan melampau terhadap orang awam yang tidak bersalah, maka kita namakan mereka pengganas, tanpa mengambil kira siapakah mereka dan dari mana mereka datang. AJ: Apakah jawapan anda bagi menolak dakwaan Amerika terhadap Malaysia? PM: Tuduhan ini tidak berasas. Kami mohon bukti ke atas dakwaan serangan pada 11 September bermula dari Malaysia. Sehingga sekarang tidak terdapat apa-apa bukti terhadapnya. Sudah pasti kami tidak akan membenarkan rakyat kami disoal siasat oleh pihak luar. Kami sendiri akan melakukannya. Sehingga sekarang tiada sebarang maklumat yang boleh meyakinkan kami bahawa rakyat dan pemuda kami terbabit dengan apa-apa peranan dalam serangan 11 September itu. AJ: Amerika Syarikat meminta negara Islam membuat sesuatu menentang keganasan. Apakah tuntutan sebenar Amerika daripada Malaysia mengenai misi untuk memerangi pengganas? PM: Sebenarnya Amerika tidak membuat tntutan khusus kepada kami. Namun, selepas berlaku serangan 11 September, mereka sudah menegaskan bahawa dunia umumnya perlu bersatu menentang pengganas. Maka, kami sudah menyatakan persetujuan kami untuk berkempen memerangi puak pengganas. Dan ketika saya bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat melalui telefon, beliau sudah berterima kasih di atas sokongan Malaysia ke atas kempennya. Kami juga sudah mengucapkan takziah kepada mangsa peristiwa terbabit. Mereka tidak membuat tuntutan yang khusus tetapi kami membuat keputusan untuk menyokong kempen memerangi pengganas. AJ: Presiden Bush sudah memberi kata dua kepada Presiden Musharraf, iaitu sama ada Pakistan bersama atau menentang Amerika Syarikat. Jadi apa yang dikatakan Bush kepada Datuk Seri? PM: Bush tidak berkata begitu kepada saya walaupun saya menyangkakannya. AJ: Apakah yang diberitahu Bush kepada Datuk Seri? Adakah ia berbeza dengan pemimpin yang lain? PM: Selepas berlakunya serangan itu, saya sudah pergi ke pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia untuk merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Amerika Syarikat sudah berterima kasih kepada kami di atas sokongan kami memerangi pengganas. AJ: Apakah bukti sokongan yang diberikan Malaysia kepada Amerika? PM: Kami bersama-sama mereka dalam kempen memerangi pengganas, jadi kami bersedia membantu sekiranya ada perkara yang memerlukan bantuan kami dalam peperangan itu. AJ: Parti Islam SeMalaysia (Pas) memerintah Kelantan dan Terengganu. Terdapat laporan yang menyatakan bahawa Amerika meminta Malaysia menghapuskan parti itu walaupun terdapat beberapa penyokong parti ini sudah ditangkap, termasuk anak kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, pemimpin parti itu? PM: Amerika Syarikat tidak menuntut kami berbuat demikian. Saya rasa Pas juga tidak menyokong tindakan yang dilakukan segelintir pemuda ahli mereka, termasuk anak Nik Aziz. Tindakan itu dilakukan oleh sekumpulan golongan muda dalam parti itu. Itulah maklumat yang kami terima. Jadi, tidak ada sebab kami perlu menghapuskan parti itu. Kami sebuah kerajaan demokratik, mereka mempunyai hak untuk membentuk parti dan menyuarakan pandangan mereka. Oleh sebab itu, terserah kepada rakyat untuk memilih kerajaan. AJ: Adakah ini memberi erti bahawa khabar angin yang mengatakan Datuk Seri berusaha menghapuskan parti itu tidak benar dan benarkah Datuk Seri tidak mempunyai niat untuk menghapuskan parti itu? PM: Itu tidak benar. Saya rasa Pas sengaja menghebohkan berita itu untuk menanamkan rasa kebencian rakyat terhadap kerajaan. AJ: Dalam akhbar Los Angeles Times yang disiarkan Jumaat lalu, Datuk Seri dilihat membuat kenyataan mengkritik ulama Islam dengan menuduh mereka sebagai penyebab kemunduran ummah dan menyalahtafsirkan mengenai agama. Adakah tindakan ini bagi membersih imej Datuk Seri dan Malaysia di depan Barat dengan mengkritik golongan ulama? PM: Itu tidak benar. Itu pendirian saya sekian lama. Saya tidak memusuhi semua ulama. Namun, terdapat sebahagian ulama yang mempunyai pandangan yang boleh menjejaskan pembangunan ummah. Contohnya, ada yang berpandangan kita perlu belajar ilmu agama saja dan tidak perlu kepada ilmu sekular dengan alasan ia tidak ada kaitan dengan agama. AJ: Mereka itu segelintir saja Datuk Seri. Bukankah kerajaan yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap ulama? Kerajaan sudah mendekati ulama yang boleh mengeluarkan pendapat yang menyokong kerajaan. PM: Ulama bukannya pemerintah. Ulama seperti itu adalah ulama politik. Mereka sudah menyertai parti pembangkang. Bagi sesiapa yang mempunyai kepentingan (ulama yang menyokong kerajaan), mereka menuduh golongan itu sebagai tidak berilmu. AJ: Sebagai pemimpin sebuah negara Islam, sebagaimana yang kami perhatikan melalui bidang pendidikan, ekonomi dan kewangan serta teknologi, adakah Datuk Seri bersedia untuk melindungi ulama yang menyatakan pendapat yang benar untuk kepentingan agama dan kemajuan bangsa serta mencerminkan pandangan yang betul? PM: Ya, kami bekerjasama dengan mereka. Ramai antara mereka menyokong pendirian kami bahawa negara Islam mesti menuju kemajuan dan tidak harus mundur ke belakang. AJ: Yang terjadi seolah-olah Datuk Seri menuduh mereka menjadi punca kemunduran bangsa. Hanya segelintir saja yang berpemikiran melampau. PM: Mereka bukannya minoriti, bilangan mereka ramai, mereka tidak layak bergelar ulama kerana ilmu agama mereka sangat cetek. Tetapi mereka mendakwa mereka ulama dan yang menyedihkan ramai di kalangan mereka yang jahil menerima mereka sebagai ulama dan menerima pendapat mereka. AJ: Datuk Seri bukan saja pemimpin negara Islam tetapi Datuk Seri juga seorang pemikir serta penulis. Banyak buku Datuk Seri yang sudah diterbitkan. Terima kasih atas buku yang Datuk Seri hadiahkan kepada kami tadi. Tidak dapat dinafikan Datuk Seri mempunyai pandangan yang strategik untuk memahami sesuatu perkara. Secara ringkas, apakah tujuan tekanan yang dikenakan oleh Amerika dan Barat terhadap negara Islam? PM: Saya fikir ini adalah daripada natijah salah faham rakyat Amerika sendiri yang menyebabkan kerajaan mereka mengambil pendirian ini. Politik dalaman juga mempengaruhi politik antarabangsa Amerika Syarikat. AJ: Siapa yang berada di belakang politik dalaman itu? PM: Rakyat, pengundi. AJ: Tidak ramai pengundi yang memahami politik, 70 peratus daripada rakyat Amerika tidak memahami politik. PM: Sebahagian daripada mereka yang bergerak aktif. Peranan minoriti lebih memberi kesan daripada peranan majoriti. AJ: Siapa golongan minoriti itu? PM: Mereka ini mempunyai rangkaian yang besar. Tidak perlulah disebut siapa mereka kerana saya tahu anda juga mengenali mereka. AJ: Saya tidak mahu mengganggu Datuk Seri dengan soalan begini, lebih-lebih lagi Datuk Seri pernah menghadapi perselisihan besar dengan mereka pada tahun 1997. Namun sekarang Amerika Syarikat menamakan dua negara Islam sebagai paksi kejahatan, iaitu Iraq dan Iran. Apa pandangan Datuk Seri mengenainya? Apakah pendirian Malaysia terhadap Iraq yang dijadikan sasaran oleh Amerika Syarikat? PM: Kami menyokong usaha membasmi keganasan tetapi kami tidak menyokong serangan terhadap Afghanistan. Saya tidak berpendapat bahawa serangan ke atas mana-mana negara atas alasan memerangi keganasan. Kami menentang keganasan tetapi kami tidak bersama-sama menukar mana-mana kerajaan di mana-mana negara. AJ: Apa pendirian Malaysia terhadap serangan Amerika ke atas Iraq sedangkan hubungan Iraq-Malaysia sangat baik? Ramai pemimpin Malaysia yang melawat Iraq. PM: Saya tidak menentang pertukaran kerajaan tetapi ia mestilah untuk kemaslahatan ummah, bukan untuk negara luar. AJ: Adakah cara yang diambil Amerika bagi memerangi apa yang dinamakan keganasan akan mengapuskan keganasan berkenaan? PM: Saya fikir strateginya tidak betul. Kami cuba menerangkan pengalaman kami di Malaysia ketika kami cuba menghapuskan keganasan. Kami cuba mengenal pasti punca keganasan dan seterusnya membasmi puncanya. Saya sudah menyatakan puncanya ialah isu Palestin. Selagi isu ini tidak diselesaikan selagi itulah mereka tidak akan dapat menghapuskan pengganas. Kita pasti ramai lagi yang akan melakukan keganasan akibat tidak sanggup lagi menahan musibah yang menimpa mereka seperti di Palestin. AJ: Datuk Seri dilihat sebagai pemimpin yang paling berjaya membangunkan negara sehingga hampir mencapai tahap negara maju dalam lapangan perindustrian, ekonomi dan politik. Malaysia berjaya mengatasi kemelut ekonomi berbanding negara lain. Tetapi musuh politik Datuk Seri menyatakan Datuk Seri gagal memberi gambaran yang menyenangkan terhadap sistem kehakiman di mana Datuk Seri sudah melantik Abdul Gani Patail, salah seorang pendakwaraya dalam kes bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai peguam negara. Beliau dikritik hebat di dalam dan luar negara. Seorang doktor Britain menyatakan beliau cuba berlakon, sebagaimana dilaporkan media antarabangsa. Adakah pengiktirafan Datuk Seri terhadapnya untuk kali kedua sebagai satu lagi gambaran terhadap kesangsian masyarakat terhadap sistem kehakiman Malaysia? PM: Tidak. Ini pandangan media Barat. Mereka akan mencari sebab untuk menyerang sesebuah kerajaan. Ketika kita menahan seseorang tanpa dibicarakan, mereka mengkritik. AJ: Persoalan saya ialah mengenai kedudukan mahkamah Malaysia selepas Datuk Seri melantik bekas pendakwaraya dalam kes Anwar Ibrahim untuk menjadi peguam negara Malaysia sekarang. PM: Ini semua kebetulan. Media massa Barat bertanggungjawab terhadap pandangan dunia. Mereka tidak sukakan Malaysia. Saya sentiasa mengkritik media Barat kerana mereka sentiasa menentang Malaysia. Seperti yang saudara juga tahu, mereka menentang Islam dan orang Islam. Terdapat banyak sebab mereka melakukan ini. Dalam kes Anwar Ibrahim, mereka menuduh polis dan pendawakraya disogok dan tidak amanah dalam melaksanakan tugas. Ini adalah rancangan mereka untuk memburukkan kerajaan Malaysia dan menyerang saya secara peribadi. Pendakwaraya menjalankan tugas sepatutnya. Beliau menjalankan tugas dengan baik dan bersandarkan fakta, bukannya konspirasi seperti yang disebut pembangkang. Kini beliau dilantik kerana kemampuannya tetapi dikatakan mahkamah Malaysia tidak baik. Saya tidak dapat menerima kenyataan sebegini. AJ: Saya tidak ingin bertanya terlalu banyak mengenai Anwar Ibrahim tetapi Datuk Seri sendiri lebih arif dalam hal ini berbanding orang lain. Namun sekurang-kurangnya ia memberi gambaran mengenai kedudukan mahkamah di Malaysia. Kini Anwar Ibrahim berada di peringkat mahkamah rayuan dalam kes penyalahgunaan kuasa dan kes liwat. Kebanyakan orang menyatakan hakim Dzaiddin tidak mempedulikan sesiapa dan akan menentukan hukuman menyebelahi Anwar Ibrahim.Tetapi hakim ini dibersarakan selepas enam bulan menjalankan tugas. Adakah beliau akan dilanjutkan sehingga selesai kes Anwar Ibrahim atau sehingga umur persaraan atau adakah Datuk Seri akan memilih hakim yang bersesuaian dengan kehendak Datuk Seri seperti yang digembar-gembur oleh pembangkang dan ahli politik? PM: Selepas dilantik di mahkamah, beliau bebas menjatuhkan hukuman dan kerajaan tidak campur tangan dalam urusannya. Hakim menjatuhkan hukuman, hukuman bunuh dan penjara, termasuk terhadap anggota kerajaan sendiri. Ada juga anggota Kabinet saya yang dihukum oleh mahkamah. Hakim tidak melihat sama ada tertuduh anggota dalam kerajaan atau tidak. Beliau berhak mengambil keputusan dan kita tidak campur tangan. Tetapi pembangkang menyifatkan apa yang mereka tidak suka sebagai zalim dan menepati kehendak mereka adalah benar. AJ: Jadi adakah Datuk Seri akan menyambung atau tidak khidmat Dzaiddin selepas enam bulan sehingga selesai kes itu? PM: Beliau mempunyai hak sehingga umur 56 tahun. Saya tidak mahu melakukan sesuatu dalam bab ini. Jika beliau sampai umur bersara, beliau boleh bersara. AJ: Apa sebenarnya di sebalik anda meletakkan Abdul Gani Patail menggantikan Dzaiddin bagi mengendalikan kes Anwar Ibrahim? PM: Beliau layak dilantik, maka beliau pun dilantik tetapi media Barat tidak suka. Ini pendapat mereka, bukan pendapat saya. AJ: Terdapat ura-ura bahawa Datuk Seri secara rahsia bertemu dengan Timbalan Datuk Seri dahulu, iaitu Anwar Ibrahim, di penjara dan menaiki kereta serta berbincang untuk melepaskan beliau daripada tahanan. Apakah perkara yang sebenarnya? PM: Ini adalah berita yang tidak berasas. Kenapa perlu saya lakukan perkara ini. Saya tidak masuk campur dalam hal ini. Ini seperti filem Hollywood. Saya tidak melakukan sedemikian. AJ: Beliau adalah timbalan Datuk Seri dahulu dan pernah bersama Datuk Seri hampir 17 tahun. Beliau dididik dan dibawa ke depan. Isu perselisihan ini juga tersebar luas. Jadi adakah Datuk Seri tidak terfikir untuk memaafkan beliau dengan syarat tertentu? PM: Saya tidak boleh masuk campur dalam proses perbicaraan mahkamah. Jika beliau mahu dibebaskan, ia perlu dibawa ke mahkamah dan mahkamah yang menentukan siapa yang akan dipenjara atau tidak, bukan saya. Saya tidak mempunyai kuasa dalam hal ini. AJ: Adakah Datuk Seri pernah berfikir apakah yang ditunggu masyarakat agar beliau dimaafkan? PM: Di sana ada orang lain yang melakukan kesalahan sedemikian. Jika saya boleh memaafkannya, saya akan memafkan semuanya. Di Malaysia, semua orang patuh kepada undang-undang biarpun dia Perdana Menteri. Jika beliau melakukan jenayah, beliau juga akan dihadapkan ke mahkamah dan dihukum menurut undang-undang. AJ: Isu perselisihan Datuk Seri sering dibincangkan. Kini Datuk Seri sudah menerajui kerajaan lebih daripada 20 tahun dan kita harapkan Allah memanjangkan umur Datuk Seri selagi mana rakyat menyukai Datuk Seri dan sentiasa terpilih kembali dalam pilihan raya. Tetapi setiap kali Datuk Seri berniat untuk melepaskan jawatan, siapakah yang akan dicalonkan selepas Anwar Ibrahim yang dicalonkan sebelum ini? PM: Di Malaysia, peneraju akan diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri. Kini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau adalah timbalan saya. Jika saya meletak jawatan, beliaulah yang akan mengambil alih tempat saya. AJ: Pemerhati berkata Datuk Seri sentiasa ragu-ragu mengenai orang di sekeliling Datuk Seri dan ini berlaku kepada Musa Hitam (Tan Sri), Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim, dan kini Abdullah Badawi. Kita tidak mengetahui adakah beliau juga akan disingkirkan atau dikekalkan. Adakah Datuk Seri bersungguh-sungguh untuk melepaskan jawatan? Kini Abdullah Badawi di belakang Datuk Seri, atau Datuk Seri akan membuka senario baru untuk peletakan jawatan itu? PM: Saya tidak tahu mengapa mereka berpendapat sedemikian. Musa meletak jawatan sendiri. Ghafar Baba dan Razaleigh tidak ada sangkut paut dalam perkara ini. Razaleigh cuba bertanding menentang saya tetapi gagal dan meninggalkan Kabinet. Ghafar Baba adalah calon yang dipilih selepas Musa Hitam. Anwar dipilih dan letak jawatan. Saya tidak menyuruh beliau letak jawatan, Anwar adalah timbalan. Tetapi apabila saya lihat beliau melakukan perkara yang tidak berakhlak dan tidak dapat diterima oleh masyarakat, maka saya tidak ada pilihan melainkan menyingkirkan beliau. Selepas itu beliau dibawa ke mahkamah, mahkamah menghukum beliau dan mahkamah yang menentukan, bukannya saya. AJ: Datuk Seri sentiasa menyatakan Datuk Seri ingin melepaskan jawatan sejak tahun 1997 lagi. Adakah benar-benar Datuk Seri mahu melepaskan jawatan ataupun selepas 20 tahun memegang jawatan Datuk Seri berfikir untuk meletakkan jawatan tetapi terpaksa berfikir kembali? PM: Saya memang mahu meletakkan jawatan pada tahun 1998 tetapi berlaku krisis ekonomi dan saya mahu melepaskannya sekarang tetapi saya mesti pastikan segala urusan dalam negara selesai untuk saya serahkan kepada timbalan saya. Jika saya bersara ketika ada krisis dan keadaan ekonomi yang tidak begitu baik, seolah-olah saya melarikan diri daripada tanggungjawab saya. AJ: Adakah anda akan bertanding dalam pilihan raya 2004? PM: Saya belum membuat keputusan lagi. AJ: Bilakan anda akan menetapkannya? PM: Bila tiba masanya. Saya juga perlu mendapatkan pandangan ahli yang lain. Seandainya mereka menghendaki saya mengundurkan diri, saya akan berbuat demikian, dan seandainya mereka mahu mengekalkan saya, saya akan meneruskan tugas saya, saya mengikut kehendak parti. AJ: Apakah tujuan anda ingin mempercepatkan pilihan raya akan datang pada 2003 yang sepatutnya diadakan pada 2004? PM: Saya belum pernah merancangkan perkara ini. Hal ini hanya diuar-uarkan oleh pihak pembangkang yang sentiasa memikirkan soal pilihan raya saja. AJ: Barisan Nasional (BN) sudah memerintah Malaysia sejak 1957. Pemerhati berpendapat bahawa perpecahan akan melanda BN pada pilihan raya akan datang. Apakah persediaan anda dalam hal ini? PM: Saya yakin kami boleh menang. Mereka mengatakan kami akan kalah pada tahun 1999 tetapi sebaliknya. Kami menang dengan majoriti undi yang besar. AJ: Ramai berpandangan bahawa dengan semangat kecintaan anda kepada bangsa anda menyebabkan banyak kemajuan dan kejayaan dapat dicapai. Namun, ada berita mengatakan bahawa kroni dan kerabat anda sudah menguasai kekayaan negara anda seperti yang berlaku di negara Arab yang menyaksikan kekayaan hanya dimonopoli pihak tertentu saja. PM: Kerabat dan kroni saya tidak ada kaitan langsung dalam pemerintahan kerajaan. Namun, mereka bebas membuat perniagaan dan kerjaya mereka sendiri dan mereka bukanlah orang yang kaya raya di negara kami. Mereka adalah golongan yang berjaya. Negara kami sentiasa memberikan sokongan kepada sektor perniagaan. Sesiapa yang berusaha dan berjaya memenuhi kriteria memajukan sektor perniagaan ini akan mendapat sokongan kerajaan. AJ: Namun, terdapat banyak kritikan daripada akhbar Barat yang mengatakan bahawa terdapat monopoli harta oleh anak lelaki anda, Mirzan, dan kerajaan sudah meluluskan pinjaman kepadanya sebanyak AS$409 juta dan dikatakan terbabit dalam penyelewengan Tabung Haji, juga dikatakan terlibat dalam pembelian saham syarikat minyak nasional, Petronas. Ramai yang memperkatakan hal ini. PM: saya ingin bertanya kepada mereka yang mengemukakan berita ini, adakah ada bukti dan dalil kesahihan berita ini. AJ: Anda mengatakan bahawa kerabat dan kroni anda juga melakukan kerjaya dan membuat perniagaan seperti orang lain dan ada yang berjaya. Bagaimanakah anak lelaki anda juga membuat beberapa perniagaan dengan kerabat anda dengan 200 anak syarikat yang berkaitan dengan perdagangan bernilai AS$5 bilion? PM: Inilah adalah perkara yang amat mengarut dan saya bersedia seandainya harta saya ini diaudit, begitu juga dengan seluruh harta kekayaan keluarga saya. AJ: Adakah anda mampu untuk mengisytiharkan harta anda di hadapan rakyat untuk menolak dakwaan itu? PM: Saya sudah memberitahu rakyat saya tidak mempunyai gedung harta yang banyak. AJ: Anda tidak memiliki kekayaan itu tetapi anak anda dan kerabat anda yang lain memiliki kekayaan berkenaan. PM: Mereka perlu mengemukakan bukti untuk membenarkan tuduhan itu bahawa mereka itu memiliki berbilion dolar. Mengemukakan dakwaan mudah tetapi bagaimana dengan buktinya. Mereka tidak memiliki kekayaan sedemikian rupa. Pihak pembangkang sering memburuk-burukkan kerajaan sehingga mencemar imej kerajaan. AJ: Anda sebenarnya seorang yang hebat hinggakan saya seolah-olah menyatakan anda ini dilihat sebagai tidak baik. Yang sebenarnya saya hanya mengatakan apa yang dikatakan oleh akhbar-akhbar Barat mengenai kerajaan anda. Banyak cerita negatif mengenai anda, antaranya bekas timbalan anda sendiri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa antara sebab dia bergelut dengan krisis dan masalah yang dihadapinya ialah kerana sewaktu menjadi menteri kewangan, dia telah menghalang permohonan untuk meluluskan pinjaman bank daripada beberapa ahli perniagaan terkemuka yang mempunyai hubungan dengan pemerintah dan hanya 65 orang saja yang berjaya membabitkan wang berjumlah AS$120 bilion. PM: Anwar sendiri telah memberikan habuan kepada kerabatnya. Saya tidak mencampuri sebarang urusan Kementerian Kewangannya dan dia didapati gagal melaksanakan tugas dalam kementeriannya yang menyebabkan kemelesetan ekonomi negara yang teruk pada tahun 1997. AJ: Di sini ada banyak buku yang ditulis berkenaan anda, selain buku yang anda hadiahkan. Saya juga memiliki buku lain, antaranya buku Daim Zainuddin yang juga bekas Menteri Kewangan negara anda, antara orang terkaya. Daim memegang jawatan Menteri Kewangan dan selepas itu meletakkan jawatannya. Daim mengatakan bahawa beliaulah yang merancang sektor ekonomi Malaysia yang berjaya dan bukannya Mahathir Mohamad. Apakah pendapat anda? PM: Ini sebenarnya idea semua pihak. Kami tidak membuat satu keajaiban di negara kami. Kami bekerjasama dan keputusan kami, kami buat bersama. Daim adalah salah seorang daripada anggota. Kami telah mendengar ideanya. Dia seorang yang pintar dan ahli perniagaan yang berjaya. Kami juga mendengar idea yang lain, saya juga mendengar daripada bekas timbalan saya dan ahli-ahli ekonomi yang lain, dan kami menggabungkan semua idea. AJ: Daripada pengalaman kejayaan Malaysia yang unggul, terdapat beberapa aspek yang menyebabkan kejayaan dan kemajuan dalam bidang industri dan teknologi berbanding negara-negara Arab dan Islam yang lain. PM: Kami mengakui kami tidak mempunyai teknologi, modal dan kami tiada pengetahuan dalam pasaran antarabangsa. Kami telah membuka negara kami kepada pelaburan asing. Idea utama kami ialah untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Proses ini memberikan kami pengetahuan kepada sektor perindustrian, pembuatan dan pengeluaran. Sekarang rakyat Malaysia mampu mereka-cipta dan mengeluarkan barangan. Cara kami adalah kami menerima kenyataan. Apabila kami tidak mempunyai maklumat, kami mempelajari daripada orang lain. AJ: Saya ingin ajukan soalan melalui internet daripada Ahmad Zaubi. Katanya beberapa negara seperti Malaysia, Mesir dan Emiriyah Arab Bersatu maju dalam beberapa projek dan strategi dalam bidang teknologi. Adakah terdapat ruang untuk bekerjasama antara negara-negara Islam dan Malaysia dalam bidang teknologi dan perindustrian di mana Malaysia sudah berjaya dalam bidang berkenaan? PM: Ya, tetapi ia bukanlah satu kejayaan besar dan tiada sebab kenapa kita tidak boleh bekerjasama. Setiap negara mempunyai kelebihan tersendiri dari segi persaingan dan saya yakin apabila kita bersatu, kita akan lebih kuat. Dan sekarang kerjasama antara negara-negara Islam adalah terlalu lemah. AJ: Dr Hassan Ali Yusuf dari Riyadh bertanya adakah anda berpendapat negara-negara Teluk mendapat faedah daripada kemasukan minyaknya dalam tempoh 20 tahun yang lalu manakala dalam tempoh yang sama, Malaysia di bawah pimpinan anda mampu mencapai kejayaan seperti itu? PM: Ya, saya yakin negara lain juga mampu mencapai apa yang dicapai oleh Malaysia tetapi persoalannya adakah mereka mempunyai kemahuan atau tidak. Adakah mereka mahu mempelajari daripada orang lain atau tidak, dan adakah mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam membangunkan negara mereka. AJ: Adakah kejayaan Malaysia sebagai negara Islam menjadikan negara-negara Barat cuba memeranginya dan menghapuskan kejayaan itu? PM: Kami tidak berpendapat mereka menyerang kami kerana kami negara Islam tetapi kerana pendirian kami jelas. Kami mengkritik orang lain tidak kira mereka kuat atau lemah dan kami sentiasa mengkritik mereka. Oleh kerana itu, banyak media Barat tidak suka kepada Malaysia. AJ: Beberapa kenalan saya daripada kalangan ahli perniagaan yang mempunyai pelaburan dan projek di Malaysia berkata kemajuan Malaysia bergantung kepada kaum Cina dan orang Melayu pula terkenal dengan sifat malas, tidak produktif, manja dan bergantung kepada kerajaan dan pimpinan kerajaan. Anda telah menghadiahkan kepada saya sebuah buku tulisan anda padi ini bertajuk Malay Dilemma yang dicetak lebih 20 kali dan anda mungkin telah menyebutkan gambaran Melayu seperti ini. Adakah anda masih berpendapat sedemikian dan adakah ini gambaran yang terperinci? PM: Ya, kami terpaksa mengaku bahawa kaum Cina banyak menyumbang kepada perkara itu. Orang Melayu juga menyumbang sesuatu tetapi mereka perlu mengubah pendirian terhadap kerja dan pengetahuan. Kami berpendapat orang Melayu mempunyai kemampuan yang sama seperti kaum Cina dan kami menghadapi kesukaran kerana perbezaan parti dan kami mendapat kritikan daripada parti pembangkang terhadap usaha kami untuk membangunkan beribu-ribu orang. Dan kami tidak mencapai matlamat kami yang kami harapkan kepada bangsa Melayu. Kaum Cina menyumbang sesuatu kepada Malaysia kerana mereka juga adalah warga negara. AJ: Maafkan saya kerana memotong kerana kita mempunyai panggilan daripada Dr Hassan Abu Talib, pakar Hal Ehwal Asia dari Pusat Kajian Strategi al-Ahram, Kaherah. Terima kasih tetapi adakah Perdana Menteri membenarkan saya mengemukakan dua soalan. Yang pertama berkaitan pemikiran dan yang kedua berkaitan peranan Asean dalam hal ehwal serantau. Saya mengikuti perkembangan ekonomi Malaysia dengan penuh rasa kagum dan saya juga bangga anda juga mempertahankan dengan kuat terhadap Islam dan kenyataan tegas anda bahawa terdapat hubungan kukuh antara Islam dan pembangunan serta antara Islam dan kemodenan, bukannya seperti apa yang digambarkan oleh media Barat yang menganggap Islam adalah agama yang menentang kemodenan dan pembangunan. Soalan saya berkaitan dengan Malaysia antara beberapa buah negara yang dicalonkan untuk menjadi tuan rumah bagi persidangan negara-negara Islam dalam pusingan yang baru. Bagaimanakah peranan yang harus dimainkan oleh negara-negara anggota bagi menghadapi serangan oleh media Barat? Soalan kedua, mengapa Asean gagal membantu negara yang menghadapi krisis ekonomi 1997 sedangkan mereka mempunyai pengalaman hampir 30 tahun, dan mengapa perlu mendapatkan bantuan kewangan dari luar, dari Jepun dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF). Mengapa Asean gagal membantu sedangkan ia ditubuhkan atas dasar ekonomi? PM: Pertamanya, mungkin pertubuhan negara Islam boleh bekerjasama jika mahukan demikian. Dan apabila kita bersatu dan bekerjasama, kita akan dapat mengubah gambaran terhadap Islam. Kita mampu memperjelaskan isu dengan lebih jelas dan bersama dalam menyelesaikan setiap permasalahan. Kita akan lebih kuat dan pendapat kita akan didengar tetapi kita sebenarnya berpecah kerana isu-isu yang kecil ini mengurangkan pengaruh kita dan memberi kesan kepada Islam itu sendiri. Hari ini Islam dizalimi oleh media kerana kita tidak bersatu dan bekerjasama walaupun kita kaya dan banyak mempunyai kemampuan. Dalam persidangan OIC akan datang, kita berharap dapat persetujuan untuk sama-sama pertahankan Islam dan dapat mengubah gambaran yang kononnya mengatakan Islam dan keganasan adalah suatu yang sama. Mengenai kegagalan negara-negara Asean dalam menghadapi krisis ekonomi, ini kerana ramai yang mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah ini, iaitu dengan meminjam daripada IMF untuk mengatasi masalah. Apabila anda meminjam daripada IMF, ia akan memberi kesan kepada ekonomi. Malaysia menolak untuk meminjam daripada IMF. Kami mengambil langkah berbeza daripada negara lain, dan kami berjaya dalam strategi ini tanpa bergantung kepada IMF. Kami bebas untuk membuat apa-apa keputusan terbaik untuk negara kami. Oleh kerana ini, Malaysia selamat daripada segala permasalahan yang dihadapi oleh negara-negara Asean yang lain. AJ: Dr Hassan Bahliqal, pakar ekonomi Arab Saudi. Dr Usama Ansari bersama kita. Saya ingin ucapkan syabas atas kepemimpinan Perdana Menteri Malaysia dalam bidang ekonomi yang cukup bijaksana. Soalan saya, dalam suasana kebimbangan dan bahaya yang melanda, bagaimanakah Malaysia berjaya melakukan satu agenda ekonomi yang tersendiri meskipun Malaysia turut bergantung kepada negara-negara Barat dalam banyak aspek ekonominya. Bagaimanakah anda berjaya menangani kegawatan ekonomi yang melanda dengan cara yang tersendiri, malah mampu menolak pelawaan IMF? PM: Menangani kegawatan ekonomi seumpama ini sememangnya menuntut komitmen yang bersungguh-sungguh. Kami percaya kepada satu agenda yang dinamakan tindakan kerajaan secara langsung. Kerajaan menangani semua isu dan masalah yang berlaku secara langsung. Sekiranya terdapat sebarang tindakan yang tersilap, kami akan mengambil langkah pembaikpulihan. Dalam isu membabitkan krisis tukaran mata wang asing, kami mengkaji punca-punca krisis itu berlaku. Namun begitu ramai yang menganggap ini semua adalah berpunca daripada pengurusan negara yang korup. Kami tidak bersetuju dengan tanggapan ini. Sekiranya ia berpunca daripada hal itu, kami pasti telah lama mengalami kegagalan. Pun begitu sejak mengecapi kemerdekaan lebih 30 tahun, Malaysia menunjukkan prestasi yang baik. Jelas ini menunjukkan krisis itu bukan berpunca daripada kelemahan pihak kerajaan akan tetapi kami percaya punca masalah ini adalah para spekulator mata wang. Bagi menjaga negara kami daripada krisis mata wang ini, ia adalah satu kisah yang panjang. Saya telah menulis satu makalah ringkas berkaitan hal ini. Dalam makalah itu, saya menghurai secara terperinci bagaimana kami menangani krisis kewangan. AJ: Maaf Datuk Seri, rata-rata ahli ekonomi yang bersama kita tidak mengetahui mengenai makalah yang anda hasilkan, lalu bagaimana mungkin mereka boleh mendapatkan makalah itu dan mengetahui akan penjelasan anda yang terperinci itu. Ternyata anda bukan sekadar membincangkan dari sudut ilmiah, malah mengalami secara sudut praktikal dan perkara ini belum tersebar ke rantau Arab terutamanya. PM: Buat masa ini, makalah yang ada adalah dalam bahasa Melayu dan Inggeris saja dan belum ada lagi naskhah dalam bahasa Arab. Pun begitu kami amat berbesar hati untuk mengirimkan naskah yang berkaitan kepada sesiapa yang berminat bagi sama-sama berkongsi pengalaman bagaimana menangani krisis mata wang yang begitu meruncing. Ini boleh dirujuk di kedutaan kami di semua negara. AJ: Mungkin Datuk Seri boleh menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai krisis mata wang itu dan kesannya membabitkan krisis ekonomi di negara-negara gergasi. PM: Kami percaya krisis mata wang ini berpunca daripada perdagangan mata wang. Sekiranya perdagangan seumpama ini dapat dihentikan, pasti mereka tidak boleh lagi mengekploitasikan mata wang kita dan kita akan dapat menjamin kelangsungan ekonomi negara kita. AJ: Adakah rusuhan yang tercetus di Indonesia dan Filipina memberikan kesan terhadap kestabilan Malaysia? PM: Dalam keadaan tertentu, ia juga memberi kesan, merujuk kepada Indonesia, misalnya, rusuhan yang berlaku menyebabkan rakyat mereka hilang pekerjaan lalu berhijrah ke Malaysia. Malaysia memberikan banyak peluang pekerjaan kepada mereka tetapi apabila bilangan mereka terlalu ramai, peluang pekerjaan tidak mencukupi. Inilah yang menyebabkan banyak masalah kepada kami. AJ: Rakyat Malaysia mengikuti temu bual ini melalui Internet dan kita menerima soalan dari rakyat Malaysia, Suhaib Jasli. Soalannya Datuk Seri melihat tindakan memerangi keganasan yang dilakukan oleh Amerika ke atas Indonesia serta apakah yang menyebabkan serangan media Barat ke atas Malaysia? PM: Tidak ada kempen yang terang-terang terhadap Malaysia tetapi terdapat berita yang mengatakan bahawa salah seorang yang bertanggungjawab terhadap serangan 11 September 2001 pernah melawat Malaysia. Inilah yang dilaporkan. Kami tidak boleh menahan seseorang daripada melawat Malaysia. Jika mereka melakukan jenayah di Malaysia, kami akan menghukumnya. Sekiranya mereka melakukan jenayah di luar Malaysia, kami bersedia untuk menyiasat. Tetapi tiada bukti terhadap tuduhan itu. Kami telah menjalankan tanggungjawab memerangi keganasan dan kami tidak mahu memaksa rakyat kami untuk menjalani soal-siasat kecuali jika ada bukti terhadap pembabitan mereka dalam keganasan. AJ: Malaysia mencadangkan penggunaan mata wang dinar Islam yang boleh digunakan di negara-negara Islam sama seperti penggunaan mata wang Euro di Eropah. Adakah cadangan ini boleh direalisasikan atau sekadar satu saranan dan setakat manakah penerimaan negara-negara Islam terhadap cadangan itu? PM: Ia bukannya satu mimpi, ia boleh dipraktikkan. Wang umpama kertas ia tidak mempunyai nilai. Tetapi dinar Islam adalah dinar emas yang mempunyai nilai tersendiri. Kita mesti menjadikan dinar ini sebagai harta negara, kita menggunakannya untuk berdagang di luar negara, bukan di dalam negara. Apabila kita hendak menjalankan perdagangan di luar negara, kita harus membayar dengan mata wang dinar Islam. Kita juga tidak harus membayar untuk semua nilai kerana kita boleh mengawal semua pinjaman. Jika sesebuah negara mengimport dengan banyak, maka mata wang dinar inilah yang akan membezakan di antara negara pengimport dengan negara pengeksport. Bagi sesiapa yang ingin menggunakan mata wang dinar sebagai emas, ia boleh menggunakannya kerana emas mempunyai nilai sedangkan mata wang kertas tidak mempunyai nilai setelah ia dipersetujui oleh pihak-pihak yang berurusan. AJ: Apakah pendirian negara-negara Islam terhadap cadangan itu? PM: Sebahagian daripada masyarakat bersetuju dengan penggunaan mata wang ini. Kami berharap penggunaan mata wang ini akan menjadi kenyataan. Kami juga menyeru negara Islam untuk berbincang bagaimana langkah yang harus diambil bagi mempraktikkan idea ini. AJ: Saya menerima beberapa faks daripada beberapa cerdik pandai yang tinggal di negara Barat. Mereka berkata kami berhijrah ke negara Barat kerana negara kami tidak memberikan peluang kepada kami. Sebagai sebuah negara teknologi, bolehkah kami berhijrah ke Malaysia bersama keluarga kami, seterusnya hidup di sebuah negara Islam sambil menyumbangkan idea kami? Adakah Malaysia membuka peluang itu sebagai alternatif kepada penghijrahan cerdik pandai ke negara Barat? PM: Kami sangat mengalu-alukan kedatangan mereka. Di sana terdapat ramai cerdik pandai Islam yang tidak dapat berhijrah ke mana-mana negara, maka kami sangat mengalu-alukan kedatangan mereka. AJ: Petronas adalah salah sebuah syarikat petroleum terbesar di dunia hari ini. Adakah benar terdapat pengaruh daripada Barat yang berusaha menghalang Petronas menjalankan kerja cari gali di Sudan? PM: Sudan bukanlah sebuah negara yang disenangi oleh kebanyakan negara. Mereka menarik diri seterusnya menghalang Sudan daripada mengeluarkan sesuatu hasil. Kami telah pergi ke sana dan mengenal pasti terdapat minyak di sana, seterusnya kami menjalankan kegiatan cari gali. Sekarang kami mengeluarkan minyak setiap hari di Sudan, begitu juga di negara lain. Sebenarnya Petronas menjalankan kegiatan cari gali di 25 buah negara, sama ada mengeluar, membina saluran paip serta merawat gas dan petroleum di negara-negara berkenaan. AJ: Datuk Seri berjaya dalam bidang pendidikan, perindustrian, teknologi dan menangani krisis kewangan. Dalam tempoh yang singkat itu, kira-kira 10 tahun saja, Datuk Seri berjaya mengubah wajah pendidikan di Malaysia. Apakah pengalaman Malaysia dalam pendidikan boleh dipraktikkan ke negara-negara Islam yang lain memandangkan ia adalah pengalamannya tersendiri? Apa pula ciri-ciri yang diperlukan bagi menjamin kejayaan seperti di negara-negara Arab atau negara Islam yang lain? PM: Ya, kami boleh melahirkan golongan terpelajar dan mahir sekiranya dasar pendidikan kita adalah untuk menyebarkan ilmu dan teknik dalam pelbagai kemahiran dan bidang. Semua mampu melakukannya dan Malaysia bukanlah satu-satu negara yang mampu melakukannya. Ia bergantung kepada kehendak. Sekiranya ada keinginan dan minat, kita pasti akan berjaya. Malaysia sebuah negara yang terbuka dan bersedia berkongsi pengalaman ini. AJ: Jurutera daripada Arab Saudi bertanya mengenai bidang pendidikan. Adakah Datuk Seri akan menerima kemasukan industri pendidikan dari luar dan menarik para pengkaji dari dunia Islam dan lainnya? PM: Terdapat tenaga pengajar dari negara Islam yang lain. Contohnya terdapat universiti Islam yang pelajarnya daripada pelbagai bangsa dari seluruh dunia. Ia dinamakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Namun, pengajaran di situ tidak terhad kepada ilmu syariah saja. Mata pelajaran lain seperti sains dan teknologi turut diajar bagi menjamin keseimbangan antara pengurusan negara dan pengamalan agama. AJ: Aiman Mohd Khalil bertanya pendirian Datuk Seri jika diminta membenarkan penggunaan ruang udara Malaysia untuk menyerang Iraq oleh Amerika Syarikat. PM: Kita lihat kepada motif. Jika tujuannya adalah peperangan, kita tidak membenarkan pendaratan di Malaysia. Namun, sekiranya ruang udara kita hanya digunakan sebagai laluan saja, maka tidak boleh dihalang. Kita tidak dapat pastikan apa yang dibawa. Jika untuk mengisi minyak bagi tujuan peperangan, maka ia tidak dibenarkan. AJ: Datuk Seri tidak akan berhenti sehingga tempoh penggal 2004 dan Datuk Seri juga meletakkan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia negara maju. Apakah Datuk Seri yakin pengganti Datuk Seri akan mampu menyambung misi itu? PM: Ya, kami mahu menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Wawasan ini dicetuskan pada 1990. Kami memerlukan masa selama 30 tahun untuk tujuan itu. Kadar pertumbuhan ekonomi negara pernah meningkat sehingga tujuh peratus setahun. Pada tahun 2020, kami bakal mempunyai simpanan aset seperti negara maju dan memiliki segala peralatan teknologi, industri dan pengeluaran yang setanding dengan mereka. AJ: Soalan terakhir daripada saya. Susulan daripada pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah persidangan OIC selepas Qatar, adakah Datuk Seri akan berpegang kepada cara negara penganjur sebelum ini, ataupun mempunyai idea lain bagi meningkatkan prestasi pertubuhan ini? PM: Kami berharap persidangan yang akan diadakan dapat membuat keputusan lebih bernas daripada negara Islam bagi mengatasi masalah umat Islam seluruh dunia, terutama tuduhan bahawa orang Islam sebagai pengganas, tidak bertanggungjawab dan tidak mampu membangunkan negara. Dalam tempoh perancangan ini, negara Islam lain boleh mengemukakan cadangan bagi menaikkan lagi imej Islam. Sumber : Berita Harian
Langgan:
Catatan (Atom)