Kredit Kepada http://budakloreng.blogspot.my/2013/07/seni-perang-sun-tzu.html
raja helu pemerintah negara china, negeri wu menderita terhadap ancaman yang semakin meningkat. satu jiran yang jauh tenang untuk menyerang. terdesak untuk mempertahankan kerajaannya, raja helu mengupah satu daripada minda tentera terhandal dalam sejarah, sun tzu. sun tzu menjamin raja helu yang dia boleh melatih tentera wu yang lebih kecil untuk mengatasi dan menewaskan angkatan pencoroboh yang lebih besar.
raja helu mencabar sun tzu untuk melatih gundik istana yang lembut dan manja menjadi angkatan perang. sun tzu menerima cabaran itu. dia cuma menunjukkan wanita-wanita ini apa tindakan penting. dia pilih 2 gundik yang paling lama untuk berkhidmat sebagai ketua platun. menugaskan mereka dengan memastikan disiplin diutamakan dalam unit mereka.
namun sebaik saja sun tzu mengarahkan latihan ini bermula, wanita-wanita ini ketawa. sun tzu mengulangi arahannya buat kali kedua tetapi wanita-wanita ini masih ketawa. sun tzu berkata jika arahan tidak jelas, itu kesalahan jeneral yang angkatan tidak mengikutnya. namun jika arahan jelas, itu kesalahan pegawai pembantu sehingga arahan tidak diikuti.
ada satu cara saja sun tzu boleh menyakinkan gundik yang dia sangat serius. sun tzu memancung 2 orang ketua platunnya bagi menggantikan arahannya mulutnya. bagi sun tzu perang berkenaan hidup dan mati. inilah prinsip utama pengajarannya. sebaik saja difahami, semua orang daripada ketua hingga askar akan bermotivasi untuk menang. sun tzu melantik 2 pegawai baru.
wanita-wanita itu kini mengikut arahannya tanpa teragak-agak. pengajaran besar daripada insiden ini dan kesedaran strategik bagi raja helu malah satu negeri seperti wu yang secara relatifnya kurang dari segi angka dibandingkan jirannya yang lebih besar seperti chu boleh membentuk angkatan tentera yang berdisiplin dan berkesan jika mereka mengambil pengajaran sun tzu dengan serius dan mengamalkannya menerusi angkatan tentera mereka.
sementara wanita-wanita ini tidak pernah melihat perang, sun tzu telah membuktikan pandangannya. raja helu telah melantik sun tzu sebagai komander tentera wu. sun tzu kini mesti mengotakan janjinya untuk melatih angkatan seramai 30 ribu orang untuk menentang satu angkatan 10 kali lebih besar. strategi dan taktik yang digunakannya dalam latihannya menjadi asas kerja utamanya, seni perang.
sun tzu menulis seni perang sekitar 500 sebelum masihi. buku ini dikarang dalam kayu buluh menegak, setiap satunya selebar kayu chopstik. setiap kayu ada 20-25 huruf cina. kayu-layu itu kemudian dijahit bersama dengan cermat sekali. didalam 13 babak seni perang, terkandung rahsia untuk menang. seni perang mempunyai banyak pandangan penting, namun ada 3 prinsip kunci yang menonjol dan menyatukan falsafah sun tzu.
sun tzu berkata kenali musuh anda dan diri anda dan dalam 100 perang anda tidak akan sengsara. dalam seni perang, pemahaman lawan anda penting untuk kejayaan. sun tzu berkata, jika menang 100 peperangan bukanlah kemuncak kepakaran tetapi jika menewaskan musuh tanpa peranglah kemuncak kepakaran. peperangan meragut nyawa dan membazirkan wang.
sun tzu lebih utamakan jeneral yang boleh menipu dengan kepandaian daripada menewaskan lawannya dengan berperang. sun tzu berkata elak yang kuat, serang yang lemah. sepanjang sejarah, angkatan tentera berperang secara langsung di medan perang untuk menunjukkan kekuatan dan galakkan mereka. namun sun tzu tidak pedulikan tentang kemegahan. dia cuma mahu menang.
selama lebih seribu tahun, rahsia sun tzu hanya boleh diperolehi maharaja dan sarjana yang diberi kuasa. ia muncul pada abad ke-8 di jepun. sejak itu isinya sudah tersebar ke seluruh dunia. baru-baru ini seni perang telah berkembang menjadi ribuan buku yang menggunakan pengajarannya untuk sukan, politik dan bisnes. hari ini ia sebahagian kurikulum sekolah asas dalam banyak kolej termasuk west point.
namun kita akan lihat nasihat sun tzu tidaklah selalu diendahkan yang kerap menyebabkan kecelakaan. jika jeneral mendengar nasihat sun tzu, kita mungkin tidak banyak lihat perang pertumpahan darah dan penderitaan manusia. ia bertumpu pada cara untuk mengecap impian dengan penggunaan jumlah sumber yang minimum dengan jumlah kemusnahan yang minimum.
prinsip sun tzu akan diuji. sun tzu telah melatih tentera wu untuk mempertahankan dirinya daripada negeri berkuasa chu ke barat. pada permulaan perang ini, antara wu dan chu, apabila sun tzu diberikan tanggungjawab ke atas tentera wu dan tentera chu pula memiliki banyak kelebihan. tentera sun tzu hanya kira-kira 30 ribu orang. manakala chu ada angkatan tentera seramai ratusan ribu orang.
mengetuai 300 ribu orang tentera chu, perdana menteri yang tamakkan kuasa dan rasuah bernama nang wa. nang wa menyebabkan kemusnahan di kawasan pedalaman china. diatasi hampir 10:1, sun tzu boleh menyediakan pertahananya dan menunggu untuk serangan hebat chu. namun oleh kerana sun tzu, dia melakukan yang tidak di jangkakan. dia menyerbu chu.
sun tzu tidak menyerang tentera nang wa secara langsung tapi memilih sasaran lemah seperti penempatan terpencil dan peryimpangan sempadan. memang tidak pintar bagi sun tzu untuk mencari penyatuan dalam pertahanan awal dalam perang ini dengan menyerang tentera chu secara langsung. sun tzu menyerang dengan cepat sekali dan keberkesanan kejam.
nang wa dengan segera melancarkan serangan balas namun apabila pasukan bantuan tiba, tentera sun tzu sudah tiada. dan menyerang lokasi seterusnya. dengan kerap membiarkan tentera chu berulang alik, dia mengecewakan pemimpinnya dan pada masa yang sama ada gambaran yang lebih baik tentang cara tentera chu mungkin akan berperang.
selepas setiap peperangan dan pertempuran, sun tzu mendapat pemahaman yang lebih baik tentang musuhnya. dia menetapkan nilai serangan langsung dan menekankan pada tindakan, kejutan dan penipuan. itu tidak menyekat nang wa daripada mencuba. dia akhirnya mengerah 100 ribu tentera untuk cuba membinasakan serangan gerila. peperangan ini umpama permainan catur.
permainan catur ialah memaksa lawan anda untuk menyerah diri dengan menghapuskan objeknya. setiap objek ada pangkatnya sendiri. matlamat catur ialah membunuh raja. yang bertentangan dengan itu catur ialah permainan go cina. permainan go bermula dengan papan kosong dan anda menggunakan objek sekurang mungkin untuk menguasai kawasan yang seluas mungkin.
permainan go bukannya memusnahkan angkatan lawan tapi penguasaan ruang. satu matlamat go ialah menguasai kebanyakan kawasan dengan bilangan batu paling sedikit. dengan menggunakan strategi seperti go, sun tzu menentukan tempat dan masa dia bertempur. dia menghindari bahagian tentera nang wa yang kuat dan menyerang yang lemah. taktik gerila sun tzu menentang menentang angkatan chu digambarkan sepanjang sejarah.
namun perang terkenal lebih 2000 tahun kemudianlah ia digambarkan dengan jelas sekali. dan disini juga rahsia unggul sun tzu menjadi sangat jelas. pertengahan tahun 60an, kuasa terbesar dunia berperang dengan komunis vietnam utara disebuah negara yang lebih kecil daripada montana, amerika. jeneral william westmoreland seorang pegawai tempur perang dunia kedua yang keras kepala melihat medan tempur seperti papan catur, iaitu tentera berdiri dan bertempur secara langsung.
namun tidak seperti catur, vietnam tidak ada objektif yang jelas bagi westmoreland untuk menyerang. tiada sesiapa pun memahaminya lebih baik daripada jeneral vietnam utara vo ngnyun giap yang melihat vietnam seperti satu papan go sama seperti sun tzu. disamping berdepan dengan angkatan tentera amerika yang besar secara langsung, dia menggunakan pasukan gerila viet cong untuk melakukan serangan langgar lari di seluruh negara.
jeneral giap sudah belajar prinsip sun tzu iaitu lebih penting mengatasi kepandaian musuh kita daripada mengalahkannya. juga taktik dan strateginya tidak mengutamakan kuasa senjata yang menyebabkan amerika yang pada unggulnya kalah perang di vietnam. satu kerugian yang diramal sun tzu ribuan tahun lebih awal. bagaimana sun tzu dapat meramal ini dan juga meramal kesan serangan normandy dan hari-hari pertempuran di gettysburg bakal terdedah.
menurut sun tzu, dalam perang angka sendiri bukanlah kelebihan. jangan mara dengan bergantung pada kuasa ketenteraan sepenuhnya. jeneral westmoreland mengarahkan banyak pengeboman dari udara. amerika akhirnya menjatuhkan hampir 7 juta tan bom di indochina ketika perang. lebih daripada 2 kali ganda bom yang digunakan amerika dalam perang dunia kedua.
namun orang amerika akan pelajari pengajaran sun tzu dengan cara rumit. iaitu dengan tentera yang amat berkuasa dan keberanian askarnya saja. amerika tidak boleh menang dalam perang ini. jeneral westmoreland menggunakan strategi berilhamkan papan catur, menghentikan penyebaran komunis dengan membunuh seramai mungkin orang vietnam utara dan viet cong.
cara amerika beroperasi boleh diramal. mereka akan menyediakan satu zon pendaratan menerusi serangan senjata dan udara, kemudian mereka akan akan membawa masuk tenteranya. giap menyedari hal ini. jika dia dapat mengerah angkatannya kebawah dan terselamat dari serangan. maka bila angkatan mendarat, mereka dapat rancang serangan terhadap musuh.
jeneral vietnam utara vo ngnyun giap menggunakan strategi papan go sun tzu. yang bertentangan dengan taktik westmoreland. jeneral giap mahu memenangi kawasan seluas mungkin dan seterusnya. bagi menyekat pengeboman musuh dari udara, giap tumpukan pada prinsip utama sun tzu, kenali musuh anda dan diri anda dan dalam 100 perang anda tidak akan sengsara.
bom amerika tidak membinasakan musuh. mereka cuma mahu memaklumkan yang angkatan amerika dalam perjalanannya. giap sudah mengerah angkatannya untuk terus berada sehampir mungkin dengan askar amerika. viet cong tiada taktik udara, mereka juga faham bahawa sebaik saja kedudukan mereka dicam dalam pertempuran mereka akan diserang dari udara.
dalam situasi taktikal, jika anda dekat dengan musuh, mereka tidak akan menggunakan kuasa udara tanpa mengancam angkatan mereka sendiri. selamat dari bom amerika, jeneral giap melancarkan serangan gerila yang diilhamkan sun tzu menentang amerika didarat dengan taktik serbuan, jerangkap samar dan sniper. sun tzu suka idea ini kerana dengan memaksa musuh untuk bertindak balas dia dapat tahu kekuatan dan kelemahannya.
kelemahan utama amerika dalam perang ini bukannya dimedan perang tapi mereka hilang resolusi rakyat amerika untuk meneruskan perang. jeneral giap menyedari ini dari mula lagi dan dia tidak cuba mengalahkan mereka di vietnam tapi di amerika sendiri. jeneral giap tahu jika dia boleh mengubah orang amerika menentang perang, dia boleh menewaskan tentera amerika yang lebih berkuasa.
pada awal perang, hampir 80% warga amerika menyokong tindakan tentera di vietnam. antara tahun 1965 dan 1967, presiden johnson meningkatkan kekuatan tentera secara mendadak daripa 190 ribu menjadi hampir separuh juta orang. namun lebih ramai askar bermakna lebih banyak kecelakaan. dari tahun 1965 dan 1966 amerika menanggung kematian tentera seramai 7000 orang. pada tahun 1967 meningkat kepada 11 ribu orang.
ini kerana jeneral westmoreland bertindak mengikut strategi berasaskan serangan. dia mahu membawa serangan ke vietnam utara dan cuba membunuh seramai mungkin tentera dan sudah tentu ini membawa kepada kecelakaan yang lebih tinggi di kalangan tentera amerika. dengan mengabaikan angka kematian yang semakin meningkat dan kelemahan potensi politik, jeneral westmoreland tetap mengikut strategi caturnya.
seseorang tidak memenangi perang dengan memenangi pertempuran. orang rom bertempur selama 70 tahun tapi mereka masih gagal menghindari pemberontakan. orang rom memahami taktik ini. namun tanpa mengira betapa buruknya medan perang itu, semangat orang vietnam tidak pernah goyah. jeneral giap mendakwa dia rela kehilangan 10 orang bagi seorang warga amerika.
ramai angkatan vietnam utara memakai tatu yang mengatakan "lahir di utara untuk mati di selatan". dan perbezaan ini yang giap ketahui akan membenarkannya menewaskan tentera amerika yang kini mempunyai lebih daripada separuh juta askar di vietnam. ramai yang tak mahu berada disana. bagi memerangi pemberontakan gerila giap, westmoreland melancarkan pencarian dan pemusnahan sepanjang vietnam selatan.
dia percaya dia berjaya mengusir pemberontak viet cong giap. namun satu laporan pentagon selepas perang menunjukkan betapa salahnya dia. apa yang ditemui ialah lebih 80% daripada kes tentera amerika bertempur dengan viet cong, musuhlah yang menunjukkan masa dan tempat serbuan. taktik gerila giap berfungsi. namun taktik yang berilhamkan sun tzunya tiba-tiba diketepikan oleh pegawai atasannya.
dia mengarahkan pelan untuk menentang tentera amerika secara langsung. giap tahu yang ini bunuh diri. jadi dengan itu dia mengubah suai pelan ini. berbalik kepada taktik sun tzu, dia memutuskan untuk serangan serentak di ratusan lokasi berbeza merentasi vietnam selatan. tarikh serangan ini ialah 31 januari 1968. percutian tahun baru lunar vietnam dipanggil tet.
giap ada kurang daripada 9 bulan untuk merancang serangan tet. satu strategi diilhamkan sun tzu yang akan terbukti satu perubahan sangat berkuasa dalam perang. menurut sun tzu biar pelan anda menjadi segelap malam kemudian serang seperti kilat. ketika perang vietnam, jeneral giap bersedia untuk melancarkan operasi tet-nya secara rahsia. juga seperti sun tzu, giap percaya pada pengintipnya.
sun tzu pastinya sangat kagum dengan rangkaian pengintip di vietnam selatan. giap mencipta satu rangkaian pengintip yang kuat. setiap pekerja bar, pelayan dan driver teksi yang ada kaitan dengan orang amerika ialah sumber maklumat bagi viet cong. orang yang menguruskan perhentian teksi diluar ibu pejabat amerika di saigon dikatakan ketua risikan viet cong.
dengan maklumat terkini tentang musuh, giap mengikut rancangannya bagi serangan tet. unsur kejutan ialah kuncinya. namun tidak bermakna jika orangnya tidak dilengkapkan dengan senjata. cabaran giap seterusnya ialah mencari jalan untuk menyeludup masuk dan menyorokkan ribuan senjata sepanjang vietnam selatan. penyelesaian ialah ilmu sun tzu sepenuhnya, penipuan dan rahsia. giap ke bawah tanah.
jeneral giap membina rangkaian komplek terowong yang besar sepanjang berbatu-batu jauhnya dan 3 atau 4 tahap kedalaman. ada hospital bergerak dan depot bekalan. komplek terowong yang besar ini ialah di utara saigon di ku chi. yang merentasi sempadan kemboja. panjangnya lebih daripada 75 batu dengan haluan yang bersambungan. dibina oleh orang vietnam pada tahun 1940an dan 1950an.
terowong ini pada asalnya digali dari tanah liat keras dengan tangan dan peralatan kebun yang ringkas. pada dekad berikutnya terowong ini diperluaskan dan dibentengkan berliku-liku dan lubang dalam untuk menyekat serangan amerika. viet cong menambah jalan masuk rahsia, menyembunyikan sistem peredaran udara dan pintu perangkap. jeneral giap mengerah puluhan ribu angkatan viet cong menerusi terowong apabila serangan tet semakin hampir.
dengan hanya 2 bulan untuk tet, giap menggunakan apa yang mungkin menjadi penipuan terbesarnya. sebahagian kempen penipuan sebenarnya menyetujui gencatan senjata pada hari besar tet. vietnam mengumumkan ia akan memberi penghormatan gencatan senjata tradisional. kini dengan hanya tinggal lebih seminggu sebelum tet, giap melancarkan serangan mengejut di pangkalan terpencil amerika di khe sanh.
tentera marin amerika menentang askar vietnam utara yang cuba menguasai kawasan ini. angkatan amerika bertekad untuk tidak kehilangan khe sanh. namun khe sanh bukanlah objektif sebenar giap. ini satu rancangan untuk mengalihkan perhatian amerika dari bandar sebelum tet yang sebenar. sun tzu akan memuji tindakan giap. menurut sun tzu, gunakan serangan langsung dalam perang untuk masuk dan serangan tidak langsung untuk menang.
dalam seni perang, kita mesti selalu cuba menipu musuh kita. pilih tempat yang kita hendak serang. kemudian serang ditempat lain untuk mengalihkan perhatian musuh. semasa perhatiannya teralih, tawan tempat sebenarnya. giap sudah melakukan segala kemampuannya untuk serangan tet. dia menggunakan pengintip, rahsia dan penipuan. 31 januari 1968, mercun bunga api meletup-letup di udara.
itulah tahun baru lunar tet. tiba-tiba perayaan berubah menjadi berbahaya. lebih daripada 80 ribu gerila viet cong melancarkan serangan serentak di lebih daripada ratusan bandar, desa dan pangkalan amerika di seluruh vietnam selatan. serangan tet telah bermula. orang vietnam selatan dan orang amerika terkejut. mereka fikir musuh di peringkat akhir tapi laporan diterima mereka diserang dari semua tempat, setiap bandar, desa dan pangkalan amerika.
komander amerika melihat peta vietnam selatan bercahaya seperti mesin pin ball. pengintip giap mengetuai viet cong dan angkatan vietnam utara menerusi jalan ke sasaran strategik. satu kumpulan telah menguasai stesen radio kebangsaan. manakala satu lagi kumpulan meletupkan dinding kedutaan amerika dan bertempur di darat. serangan tete nampak seperti akan berjaya. namun vietnam utara telah mengabaikan satu prinsip sun tzu yang sangat penting dan merugikan mereka.
menurut sun tzu, terdapat 5 faktor asas bagi kejayaan dalam perang. cuaca, muka bumi, kepimpinan, doktrin tentera dan yang lebih penting pengaruh moral. pengaruh moral bermakna seorang pemimpin mesti ada sokongan rakyat. jika tidak perang itu akhirnya akan gagal. itu hakikat penting untuk menyelesaikan misteri kira-kira 2000 tahun dulu. sun tzu meramalkan kekalahan amerika di vietnam.
sebaik saja serangan tet menular pada tahun 1968, viet cong membawa orang dalam senarai hitam dan membunuh orang vietnam selatan. satu daripada pembunuhan yang paling kejam berlaku di bandar hue. mereka membunuh 5000 orang di hue. tanpa persetujuan rakyat, unit kecil giap terbiar tanpa kuasa. mereka tidak tahu apa harus dilakukan dan tiada cara berhubungan dengan satu sama lain.
kemudian tentera amerika masuk dan membinasakan pejuang vietnam utara yang berpecah belah. 10 ribu mati dalam beberapa hari pertama serangan ini. manakala tentera amerika hanya kehilangan 250 tentera yang terbunuh. tet ialah kecelekaan operasi tentera bagi vietnam utara. namun pengaruh moral sun tzu boleh diambil kira dari dua segi. sebaik saja orang amerika melihat imej serangan tet di skrin tv, sokongan popular bagi perang cepat merosot.
di samping sedang tertewas dalam perang, giap sedang dalam perjalanannya memenangi perang dengan menewaskan amerika ditempat yang paling penting, ditempat asal. selepas tet, giap kembali kepada taktik gerilanya. pada tahun 1975, dengan sokongan tentera amerika yang sudah tiada, saigon akhirnya jatuh ke tangan tentera vietnam utara. pada akhir perang, kolonel amerika harry summers menemui pemimpin vietnam utara untuk merundingkan pengunduran amerika.
harry summers dalam mesyuarat dengan pegawai vietnam utara kolonel tuo di hanoi menjadi agak marah berkenaan apa yang berlaku. inilah tanggapan yang sangat difahami jeneral giap seperti mana guru sun tzu. kira-kira 500 sebelum masihi di zaman china kuno. kempen serang dan lari sun tzu menentang kerajaan chu berfungsi. musuh sun tzu, perdana menteri chu nang wa bertambah hampa dan kehilangan beberapa sokongan politik.
sepanjang kawasan pedalaman ada ketakutan di mana serangan sun tzu seterusnya. pemimpin di kalangan kerabat diraja mula hilang kepercayaan terhadap nang wa juga pihak berikat mula memusnahkan bahagian zun tzu. namun ketidakjujuran tidak muncul tanpa hukuman. nang wa mengerah tenteranya untuk memusnahkan satu perikatan pemberontak di utara dipanggil ts'ai.
sebaik saja ibu negara akan diserang, duke ts'ai hubungi sun tzu untuk bantuan. sun tzu kini berdepan dengan situasi yang nampaknya tidak boleh menang. jika dia tidak mengorak langkah perikatannya akan binasa. jika dia cuba menyelamatkan perikatannya, nang wa akan membinasakan tenteranya. tapi bagi sun tzu penyelesaiannya ringkas. dia mengetuai angkatan kecil ke arah ts'ai untuk bertindak sebagai umpan untuk mengusir nang wa jauh dari kota.
itulah prinsip utama ajaran sun tzu. untuk mengalihkan musuh, kita mesti memujuknya untuk mengambil sesuatu yang pasti akan diambilnya. nang wa dengan serta merta menghentikan rancangan serangan ts'ai dan menggerakkan tenteranya untuk menghalang sun tzu. sun tzu menyelamatkan perikatannya tanpa berperang. namun dapatkah dia menyelamatkan dirinya?
sun tzu telah menempatkan angkatannya ditempat yang tiada peluang pengunduran. dia menempatkan mereka di tanah maut. menurut sun tzu menempatkan tentera di lembah maut dan mereka tidak boleh melepaskan diri dan mereka tidak akan melepaskan diri atau takut yang tiada apa-apa yang mereka tidak boleh kecapi. sun tzu mengkaji setiap aspek perang termasuk psikologi manusia berdepan dengan maut.
sun tzu mahu askar-askarnya di tanah maut. disanalah satu lagi tentera handal akan mendapati takdir dunia tergantung seimbang. 6 jun 1944, pasukan berikat dalam perang dunia kedua menyerang eropah. mereka mendarat dipantai yang berbahaya di normandy, perancis. bagaimana mereka selamat dan pada dasarnya menewaskan nazi diramal dalam seni perang sun tzu.
menurut sun tzu, semua peperangan ialah penipuan. jika anda berjaya menipu musuh sebelum perang, anda besar kemungkinan akan menang. komander tertinggi perikatan dwight d. eisenhower mengambil kira prinsip ini apabila dia bersedia untuk menyerang eropah ketika perang dunia kedua. strategi serbuannya di normandy ialah satu daripada yang paling berani dalam sejarah.
juga ia gambaran di halaman seni perang sun tzu. menjelang tahun 1944, pihak nazi tahu kedatangan perikatan. namun mereka tidak tahu dimana atau bila. terdapat hanya 3 lokasi yang baik, tempat pihak berikat bolah mendarat pas de calais, semenanjung cherbourg atau pantai normandy. walau dengan bantuan udara pun, pihak berikat tahu serangan pantai eropah memang mustahil.
untuk berjaya mereka mesti mengikut strategi permainan go dan bukan strategi catur. jadi daripada serangan langsung, pihak berikat mengikut prinsip penipuan sun tzu dan menyakinkan jerman yang serangan itu tidak akan berlaku di normandy. i di panggil operasi fortitude (ketabahan) dan ia satu kempen penipuan yang paling rumit pernah dilakukan.
pihak berikat mewujudkan angkatan tentera palsu yang nampak seperti bersedia untuk menyerang pas de calais. mereka menggunakan kereta kebal, pesawat dan lori yang kembung untuk menipu pihak jerman. mereka alihkan kereta kebal dan lori setiap malam dan mengarah anggota menggunakan pengolek untuk membuat jejak di darat nampak macam ada pergerakan sebenar pasukan pada sebelah malam.
angkatan tentera olok-olok patut dilihat dan didengar, jadi tentera pihak berikat menyiarkan berjam-jam siaran palsu tentang pergerakan angkatan dan bekalan. eisenhower menunjukkan pihak jerman tentera olok-oloknya dan merahsiakan angkatan tentera sebenarnya. selama berminggu-minggu mereka berjaya dalam kempen penipuan mereka. namun sebulan sebelum hari serangan normandy dimulakan, pihak berikat takut rahsia mereka akan terbongkar.
pegawai risikan british menjumpai lima kod penting nama normandy dalam satu silang kata akhbar. overload, neptune, utah, omaha dan mulberry. agen british mengesan pereka silangkata itu seorang guru berusia 54 tahun bernama leonard dawe. setelah disiasat ternyata itu satu kebetulan dimasa yang salah. pihak berikat yang ketakutan kini mesti mempengaruhi pihak jerman berkenaan pemerasan serangan calais.
mereka menggunakan satu kaedah yang digemari sun tzu, pengintip. menurut sun tzu, sangat mustahak untuk mencari egen musuh yang datang untuk mengintip bertentangan kita dan menyogok mereka untuk bekerja dengan kita. ketika perang dunia kedua, tiada sesiapa pun menggunakan ejen talam dua muka lebih baik daripada british. program mereka digelar double cross.
seorang daripada ejen talam dua muka utama mereka ialah seorang kontrak laut welsh bernama alfred owen. sebaik saja perang bermula dia dipilih serta merta. dia mendapat nama kod snow. double cross begitu berjaya sehingga risikan british dapat mengubah atau memenjarakan hampir setiap pengintip yang dihantar jerman ketika perang. ejen talam dua muka ini dengan nama kod seperti garbo, brutus dan tricycle memberikan maklumat salah yang begitu menyakinkan sehingga jerman bukan saja percaya calais akan diserang malah pendaratan normandy dialihkan.
menurut sun tzu, cara seorang jeneral pintar mengecapi kehandalan dibandingkan orang biasa ialah menerusi maklumat terdahulunya. sun tzu mengajar kepentingan penipuan dan maklumat terdahulu untuk mendedahkan niat musuh. pihak berikat mendapat maklumat terdahulu dengan memecahkan kod jerman. selama bertahun-tahun pihak jerman percaya mesin membuat kod mereka, enigma memang tidak mampu dipecahkan.
ia boleh mencampuradukkan mesej dengan jutaan cara. namun denga bantuan seorang ahli matematik poland, risikan british melakukan yang mustahil. mereka dapat mengekod satu mesej dalam masa berjam-jam. mereka memanggil sistem pengekodan mereka ultra. sun tzu pasti akan menghargai ultra kerana kebolehannya membaca minda musuh. namun adakalanya dengan mengetahui pemikiran musuh mewujudkan dilema moral.
mengikut seorang pegawai risikan british, pada 14 november 1940 british mengekod satu mesej jerman tentang satu serangan bakal terjadi disatu bandar england, coventry. jika churchill cuba melindungi coventry, dia boleh memberi maklumat kepada jerman yang dia sedang membaca mesej mereka. itu pastinya kedudukan rumit dan keputusan yang sangat sukar baginya.
dalam kes ini dia melihat kejayaan jangka panjang pihak berikat dan dia pada asasnya mengorbankan coventry pada malam itu. coventry diserang dari udara. kemusnahan begitu teruk sehingga pihak jerman mencipta frasa baru "coventrated" untuk menjelaskan kemusnahan total sebuah bandar. kisahnya bercanggah kerana tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaaan yang churchill diberi amaran tentang coventry akan diserang.
dengan ketibaan hari serangan, pihak berikat menjumpai menerusi ultra dan rangkaian pengintip mereka yang pihak nazi masih percaya serangan akan muncul menerusi calais. serangan normandy masih akan menjadi sukar kerana pihak jerman membina pertahanan sepanjang pantai. sun tzu akan memuji persediaan pihak berikat untuk pendaratan dan kecekapan tipu daya mereka.
namun dia akan mengeji dengan serius perbuatan mereka sebaik saja mereka tiba. menurut sun tzu, apabila menyerang helang mematahkan tubuh mangsanya, itu kerana ketepatan masa. apabila hujan lebat meruntuhkan tembok, itu kerana daya. sun tzu percaya bahawa serangan yang dirancang dengan baik pun boleh binasa jika momentumnya hilang. serangan normandy menggambarkan bahawa sun tzu boleh jadi meramal akibatnya kira-kira 2000 tahun dulu.
selepas berbulan-bulan membuat persediaan dan penipuan, jeneral eisenhower melancarkan serangannya menentang jerman yang menduduki perancis. kawasan serangan pantai bersamaan dengan seluas 3 padang bola yang berbahaya dan pembinasaan kerana mesingan jerman menembak askar dan rakan. pihak berikat yang terselamat ditanah maut sebagaimana diramal sun tzu, berjuang bersama dan tidak akan putus asa.
pihak berikat juga mendapat manfaat daripada satu lagi lagi prinsip sun tzu. pertimbangan lemah pemimpin musuh mereka. menurut sun tzu, adalah penting untuk kemenangan ketika pemimpin musuh menghadapi kekangan akibat pemimpin-pemimpin mereka. para komander berikat memberi kuasa sepenuhnya kepada jeneral eisenhower sebagai pemerintah tertinggi semua angkatan dibarisan hadapan bahagia barat.
dibawah beliau terdapat 4 komander dari tentera laut, tentera udara, kumpulan tentera amerika syarikat dan kumpulan tentera british. seseorang akan menjangkakan pemerintah kuku besi seperti hitler untuk mempunyai rangkaian ketua tentera yang lebih efisien daripada pihak berikat. namun itu sebaliknya. hitler menyediakan satu sistem yang mengelirukan tentang kuat kuasa yang bertindan.
hitler mahu memastikan yang tiada orang bawahan dia yang ada semua maklumat dan semua kuasa tentera untuk mereka. jadi dengan membahaginya untuk memastikan yang hitler saja akan membuat keputusan muktamad dalam aturan dan peruntukan tentera. gaya kepimpinan hitler dan struktur pentadbiran kelam kabut dalam tentera jerman dan menyebabkan lawan hitler mempunyai jenis serangan sun tzu.
jeneral von rundstedt menjawat jawatan ketua komander bagi angkatan di barat. namun angkatan tentera laut dan udara mempunyai ketua berasingan yang bukan dibawah kuasanya dan kerap tidak bekerjasama dengan satu sama lain. pasukan waffen ss ialah pasukan separa tentera yang berjuang bersama tentera jerman dan melapor kepada himmler. dan rundstedt hanya ada kuasa tidak langsung daripada division mekanis. 4 unit kereta kebal dibawah perintahnya.
manakala 6 unit lagi dibahagi antara kumpulan tentera b dan g. ia sangat kucar kacir. satu lagi kesilapan terbesar hitler ialah bagaimana dia mengerah division kereta kebal panzer yang bernilai. ada jeneral percaya yang panzer mestilah berhampiran pantai untuk mengusir serbuan tentera kembali ke laut. ada juga fikir kereta kebal haruslah dalam simpanan supaya mereka boleh dikerah ke tempat pendaratan pihak berikat.
memandangkan tiada jeneral yang berkuasa untuk membuat keputusan, hitler terpaksa membuat keputusan. dia menempatkan satu division panzer di belanda dan satu lagi di teluk biscay. kedua-duanya jauh dari tempat pendaratan dan dia menempatkan division panzer yang lain jauh dari pantai. hitler telah membuat keputusan yang salah. kegagalan hitler ialah contoh sempurna kenapa sun tzu berkata kenapa jeneral yang berkuasa mesti bebas merancang perang tanpa campurtangan pemimpin.
apabila dilihat strategi bagi pertahanan jerman di perancis atau normandy, ia sangat berbahagi ke atas bagaimana pertahanan harus diatur, pasukan apa sebenarnya mampu mempertahankan pantai dan pasukan apa yang boleh mengukuhkan pantai atau mengukuhkan pasukan jerman di titik serangan kerana tiada seorang individu yang berkuasa ke atas semua angkatan seperti eisenhower lakukan dalam pasukan berikat.
pihak berikat mengecapi yang mustahil. menerusi keberanian dan keazaman, pasukan ini dapat menguasai semua 5 tapak pendaratan di normandy. disamping semua rancangan rumit yang menyebabkan serbuan normandy, taktik unit kecil dan tentera bertempur secara bergandingan dan sebelah- menyebelah yang memenangi perang pantai akan dikenang sepanjang sejarah.
sun tzu pastinya cekap tentang masa dan pelancaran serangan. namun tidak lama lagi, pihak berikat berdepan dengan musuh baru dan tidak dijangka langsung. satu halangan hutan yang besar dan sukar ditembusi di apa yang dikenali sebagai bocage, negara perancis. namun halangan hutan masa lampau ini bertarikh hampir 2000 tahun dulu, tingginya 20 - 30 kaki dan sangat tebal.
ia tidak boleh dipanjat. kereta kebal tidak boleh melaluinya dengan selamat dan bom akan memusnahkan kedudukan pasukan. momentum pihak berikat terbantut ditengah jalan. 40 hari sudah berlalu dan mereka cuma mengecapi objektif hari ke-5 mereka. kecelakaan sudah meningkat menjadi lebih 78 ribu orang. seluruh serangan dalam keadaan tergugat.
namun penyelesaian tentang bagaimana untuk melepaskan diri dari sini ada dalam seni perang sun tzu. menurut sun tzu, pastikan musuh kita bersedia di kirinya dan dia akan menjadi lemah di kanannya. di normandy, pihak berikat menempuh kesukaran dengan pokok-pokok besar. muka bumi ini memang sesuai bagi serangan dan penembak tepat jerman. tentera jerman menggelarnya rattenkrieg (perang tikus) untuk medan yang tertutup dan komplek.
namun mungkin yang paling bahaya dalam hutan ini ialah kereta kebal panzer jerman yang mengikuti jalan liku-liku. akhirnya pihak berikat merangka satu strategi diilhamkan sun tzu untuk membantu membebaskan diri mereka dari pembunuhan kejam bocage. pelan ialah untuk mengumpan kebanyakan angkatan tentera jerman berperang di bocage sehingga kota caen agar angkatan yang dilemahkan tertinggal di belakang.
pelan pihak berikat bermula dengan operasi goodwood. baraj kuasa udara yang hebat menentang kota caen. angkatan jerman terpedaya dengan tipu helah itu. banyak division panzernya jauh dari bocage. meninggalkan cuma satu setengah division di belakang untuk pertahanan dari angkatan amerika. tentera amerika dengan segera mengambil kesempatan akan perpindahan itu dan menyerang dengan serangan udara yang hebat di baki division panzer yang tinggal. ia digelar operasi cobra.
dengan hampir kesemua kereta kebal jerman sudah musnah, tentera amerika dapat menebuk lubang dalam barisan pertahanan jerman dengan infantri dan kereta kebal. akhirnya selepas kehampaan berminggu-minggu, pihak berikat dapat keluar dari bocage. pengalihan goodwood di caen dan kejayaan cobra di bocage mengubah kesamaan strategi. momentum pihak berikat yang goyah kembali dengan cabaran.
sepanjang serangan normandy, tangan ghaib sun tzu memimpin pihak berikat untuk kejayaan menerusi penggunaan penipuan maklumat terdahulu dan struktur pemerintahan pihak atasan yang mendorong seluruh tentera untuk berperang sebagai satu pasukan. menurut sun tzu, tentera yang sedang menang sedari syarat untuk kejayaan pertama kemudian berperang. tentera yang sedang tewas berperang dulu kemudian mencari kejayaan.
pertempuran antara kerajaan wu dan chu sedang sengit. angkatan kecil wu dan sun tzu di tanah maut. mereka dikelilingi angkatan perdana menteri chu, nang wa. namun sun tzu tidak risau. sementara tentera nang wa menyerang, angkatan utama sun tzu menuju untuk menawan ibu kota chu ying. itu akan menjadi kesilapan perang terbesar nang wa. seperti nang wa, jeneral sepanjang sejarah terus melancarkan perang tanpa memiliki semua maklumat yang mereka perlukan.
ribuan tahun kemudian di tanah ladang pennsylvania, seorang lagi jeneral bergegas untuk bertempur tanpa mengetahui apa akibatnya. dia jeneral sekutu, robert e. lee. ada yang anggapnya sebagai komander terhandal dalam sejarah amerika. namun di gettysburg, lee tidak mengendahkan kearifan sun tzu dan menerima akibat yang dahsyat. menurut sun tzu, tiada negara yang pernah mendapat faedah daripada perang yang berpanjangan.
perang saudara amerika ialah senario mimpi ngeri sun tzu. pertumpahan darah yang akhirnya akan meragut lebih 620 ribu nyawa. setakat ini, inilah perang paling berbahaya dalam sejarah amerika. menjelang tahun 1863, memang agak jelas di kedua-dua pihak yang ini tidak akan menjadi perang singkat seperti mana sangkaan semua orang. semua orang tahu sekarang, yang ini akan menjadi perang panjang.
perang ini memberi kesan kepada setiap warga amerika. adakalanya dengan cara yang tidak dijangkakan. perang saudara melihat penciptaan hospital pesakit jiwa amerika pertama di st. elizabeth di washington dc. ia masih beroperasi sehingga sekarang. perang antara utara dan selatan juga memberi kesan tentang bagaimana warga amerika menerima surat mereka.
seorang kakitangan pos menjadi sangat patah hati dengan pemandangan isteri dan kanak-kanak yang tak sabar beratur di pejabat posnya sehingga dia memperkenalkan pengiriman ke rumah buat kali pertama. walaupun apa yang ramai keluarga terima ialah notis kematian. hospital medan perang saudara ialah kedai penyembelihan manusia dengan tangan dan kaki dihimpunkan.
perang saudara amerika ialah contoh klasik kenapa sun tzu memberi amaran tentang pergi ke pertempuran terlebih dahulu. namun prinsip lain dalam seni perang akan membuktikan bagaimana perang akhirnya akan berkesudahan. menurut sun tzu, mereka yang cekap dalam perang membawa musuh ke medan perang. ia tidak dibawanya. pennsylvania tahun 1863, perang saudara ini satu pertumpahan darah.
menjelang akhir bulan jun tahun itu, jeneral sekutu robert e. lee dengan berani menggerakkan tenteranya hampir 60 ribu orang ke kawasan kesatuan. sementara kebanyakan pertempuran dari perang saudara amerika telah berperang di selatan, lee memutuskan detik ini sesuai untuk menyerbu tanah kesatuan. pelan lee ialah memusnahkan sebanyak mungkin pangkalan tentera yang mungkin di maryland dan pennsylvania sementara tentera kesatuan mempertahankan washington dc.
satu sasaran utama ialah kem curtain di luar harrisburg, depot bekalan tentera terbesar di utara. tindakan ketenteraan berani lee untuk mengecapi kejayaan politik ialah strategi go daripada strategi catur. inilah pelan yang akan dikagumi sun tzu. namun sebaik saja angkatan utama lee bergerak ke utara, satu pertempuran berlaku di gettysburg antara dua pasukan berkuda.
lee mendapat tahu tentang pertempuran itu dan dimaklumkan yang angkatan kesatuan utama ada di gettysburg. lee mengerah seluruh tenteranya ke sana daripada menghantar angkatan pemerhati berkuda untuk memastikan laporan ini. itu kesilapan besar. lee memutuskan untuk mengabaikan pelan asal. dia mengabaikan apa yang dikenali sasaran strategik dan dia membuat kesilapan membenarkan kemajuan operasi untuk mendorong strategi.
lee mengarahkan semua angkatannya berkumpul di cashtown, satu desa kecil 7 batu dari gettysburg. sun tzu pasti tidak akan berkenan dengan pilihan ini kerana cashtown tidak dikawal sepenuhnya. menurut sun tzu, bergerak hanya jika kita melihat kelebihan dan jika ada sesuatu faedah. berperang hanya jika kedudukan kita rumit. kira-kira 60 ribu angkatan sekutu mula datang ke cashtown dan carlisle berhampiran.
seramai 3 ribu askar kesatuan mengambil tempat di rabung mcphereson.
mereka cuba menyekat kemaraan askar bantuan musuh sampai. tapi askar
kesatuan berbatu-batu jauh di washington dc. jadi askar kesatuan akan
berundur ke tenggara rabung kubur satu puncak gunung timur bandar
berbentuk seperti pancing ikan. rabung kubur menyediakan kelebihan
pertahanan yang teguh.
sebaik saja jeneral sekutu hancock tiba, dia mengisytiharkan yang ia kedudukan semulajadi terbaik yang pernah dilihatnya. lee dengan serta merta melihat bahaya kedudukan kesatuan. namun oleh sebab angkatan kesatuan masih bergelut untuk masuk dia percaya mereka lemah. lee kemudian memberikan arahan kepada jeneral sekutu ewell yang ramai percaya ini bukan arahan langsung.
ewell merupakan pegawai baru dalam medan perang, dia masih tidak tahu apa yang berlaku jadi dia memutuskan untuk tidak menyerang. sementara ada yang mengecam ewell kerana tidak mengikut arahan, kata-kata sun tzu melemparkan tuduhan kepada lee. angkatan kesatuan tidak lama kemudian tiba dan meneguhkan kedudukan mereka. lee kini berdepan dengan pertempuran digunung.
sebaik saja jeneral sekutu hancock tiba, dia mengisytiharkan yang ia kedudukan semulajadi terbaik yang pernah dilihatnya. lee dengan serta merta melihat bahaya kedudukan kesatuan. namun oleh sebab angkatan kesatuan masih bergelut untuk masuk dia percaya mereka lemah. lee kemudian memberikan arahan kepada jeneral sekutu ewell yang ramai percaya ini bukan arahan langsung.
ewell merupakan pegawai baru dalam medan perang, dia masih tidak tahu apa yang berlaku jadi dia memutuskan untuk tidak menyerang. sementara ada yang mengecam ewell kerana tidak mengikut arahan, kata-kata sun tzu melemparkan tuduhan kepada lee. angkatan kesatuan tidak lama kemudian tiba dan meneguhkan kedudukan mereka. lee kini berdepan dengan pertempuran digunung.
menurut sun tzu, apabila musuh menduduki tempat yang tinggi, jangan melanggarnya. jika dia menyerang ke kaki gunung, jangan menentangnya. menjelang malam pertama pertempuran gettysburg, lee berbicara dengan seorang lagi jeneral sekutu, james longstreet seorang lelaki yang melihat situasi dari pandangan sun tzu. longstreet mahu lee mengabaikan idea serangan dari tempat tinggi kesatuan.
sebaliknya dia mahu bergerak ke selatan sekitar rabung kubur, kemudian ke timur ke arah washington dc. ini akan mendesak tentera kesatuan untuk keluar dari rabung kubur dan menyerang. inilah yang akan disyorkan oleh sun tzu. namun lee berkata tidak. dia menuding ke arah rabung kubur dan berkata musuh berada disana. lee telah mengabaikan strategi go dan beralih pada strategi catur.
namun lee tidak endahkannya. hari kedua gettysburg memang dahsyat. padang rumput bucolic berubah menjadi padang darah. tempat seperti plum yang ada dusun pic menggambarkan perang pertumpahan darah secara langsung. di atas kolonel kesatuan, joshua chamberlain dan rejimen maine ke-20. mereka selamat dalam tiga serangan sekutu dan hampir kehabisan peluru.
dalam serangan keempat chamberlain mengarahkan dipasang bayonet. angkatan kesatuan berlari turun dari gunung. terkejut dengan serangan, askar sekutu berundur. yang aneh askar kesatuan bertahan lagi. prinsip sun tzu tentang jangan menyerang musuh di tempat tinggi memang ada kebenaran. namun ini nampaknya tidak menyekat lee kerana dia mengabaikan sun tzu lagi dan mengarahkan orangnya menyerang di tempat tinggi sekali lagi.
menurut sun tzu, ada tentera yang tidak patut dilawan. ada tanah yang tidak patut disaingi. matahari terbit pada hari ketiga pertempuran gettysburg. disamping ribuan mayat yang terdampar merentasi lapangan. jeneral sekutu robert e. lee akan mengarahkan angkatannya untuk menyerang tempat tinggi semula. jeneral longstreet sekali lagi mencadangkan kepada lee bahawa mereka mesti mara sekitar rabung kubur dan mengancam washington dc untuk mengundurkan askar kesatuan dari tempat tinggi.
namun lee berasa angkatannya telah terlalu berkorban untuk berundur sekarang. lee mengarahkan angkatannya untuk menyerang. serangan itu diketuai oleh mejar jeneral george pickett. longstreet tidak memberikan arahan untuk menyerang. dia tahu itu akan memudaratkan. dalam kepanasan bulan julai 12,500 askar sekutu diketuai oleh pickett bergerak merentasi padang sejauh hampir sebatu.
sebaik saja mereka semakin hampir, ribuan angkatan telah ditembak. daripada lebih 12 ribu askar sekutu yang bergerak untuk serangan, hanya 5000 orang yang selamat. perang gettysburg sudah berakhir. sun tzu pastinya akan marah dengan serangan pickett yang sia-sia itu. di gettysburg lee tidak ubahsuai strateginya kepada situasi di darat. dia enggan berundur walaupun situasinya tiada harapan.
akhirnya kegagalan untuk mengikut ajaran sun tzu ialah satu faktor yang menyebabkan pihak sekutu kalah dalam perang. menurut sun tzu, apabila pasukan melarikan diri, suka memberontak atau kalah teruk dalam perang itu kesalahan jeneral. dalam seni perang, sun tzu membayangkan peranan jeneral agung ialah seorang lelaki yang pintar dan cekap, tidak terburu-buru atau angkuh.
memang bertentangan dengan musuh sun tzu dalam perang wu dan chu, nang wa. ini kerana dalam minda sun tzu, kejayaan datang dari pemikiran mendalam, perkiraan mendalam dan persediaan lama. sementara nang wa ada tentera yang lebih besar dan berkuasa, sun tzu menunjukkan dialah pakar dengan mengatasi musuhnya. nang wa bergegas ke ibu kotanya dengan mempercayai yang sun tzu akan menyerang tapi sun tzu tiada niat untuk menyerang kota yang begitu kebal.
itu satu helah untuk memerangkap nang wa. helah itu memang berjaya. tanpa amaran lebih daripada 20 ribu pahlawan elit sun tzu menyerbu angkatan nang wa. serangan mengejut ini menyebabkan orang nang wa keliru. sun tzu bergabung dengan angkatan utama lalu menyerang tentera chu yang tidak tersusun. akhirnya sun tzu menang besar dalam perang ini.
melalui persediaan, penipuan dan serangan tidak langsung sun tzu telah mencatatkan kemenangan memberangsangkan dalam sejarah. namun bagaimana kemunculan sun tzu secara misteri dia pergi dan hilang. ada beberapa spekulasi kenapa dia hilang. satu teori ialah sikap pemimpin wu mengejutkan dia, mematahkan semangat dia. semasa raja wu memasuki ibu kota chu, baginda terpengaruh dengan kekayaannya. baginda menjadi tamak dan pengecut.
sun tzu merasakan dia telah memberikan raja yang bakal menyeleweng ini dengan senjata yang berbahaya, tentera barunya. baris pertama seni perang sun tzu ialah perang ialah satu persoalan kepentingan kepada negara. ia persoalan hidup dan mati, kemusnahan hidup dan kemusnahan. sun tzu tahu bahawa perang boleh menyebabkan kecelakaan. adakalanya cara terbaik untuk menang ialah tidak bertempur langsung. mungkin inilah rahsia unggul sun tzu.
jika kita menempatkan tentera di pantai yang tiada pengunduran dan hampir tiada pengunduran dari pantai, maka mereka akan bertempur kerana mereka mesti bertempur untuk hidup. gunakan serangan untuk mendapatkan kemenangan, jangan gunakan untuk menyelamatkan satu kekalahan. sun tzu selalu percaya penggunaan kepintaran daripada kuasa dan tidak menyerang secara langsung angkatan musuh jika ada cara sebaliknya.
sebagaimana kata-kata sun tzu, orang yang marah boleh digembirakan semula tapi yang mati tidak boleh dihidupkan semula. masih ada sejarawan yang percaya, kepintaran disebalik seni perang bukanlah sun tzu sebenarnya tapi koleksi perangka strategi yang berbeza. sementara kewujudannya diperdebatkan, legasinya tidak. hari ini seni perang dibaca jeneral, ceo atau jurulatih sukan profesional.
sun tzu penting kerana dia ada falsafah holistik jelekit tentang cara menggunakan strategi. jika anda mendengar nama sun tzu, jika mengikut prinsipnya, anda akan berjaya. jika anda mengabaikannya, anda melakukannya atas risiko sendiri kerana anda pastinya tewas. sementara ia menggambarkan keadaan perang lalu, ia boleh juga menyediakan kita bagi perang masa depan. sepanjang sejarah prinsip sun tzu telah menentukan hasil perang.
pada asasnya jika anda faham seni perang dan prinsip didalamnya anda boleh meramal bagaimana kesan perang atau pertempuran. konteks politik yang penting dibandingkan tentera seperti mana sepanjang sejarah. peringatan sekali lagi yang perang satu alat untuk kesudahan dan kesudahan itu sentiasa dipengaruhi politik bukan dengan kemenangan atau penewasan tentera. seseorang jeneral pada masa ini mesti mengikut ajarannya. jika tidak kita bertempur dalam kegelapan.