Selasa, 30 September 2014
Isnin, 29 September 2014
Ahad, 28 September 2014
Palekbang Railway Station
Bila ambo perhatikan dan meneliti, ambo dapati Stesen Keretapi Palekbang di Kelantan mempunyai persamaan dengan Stesen Keretapi di Alor Setar.Tapi malangnya, Palekbang sudah menjadi hotel bagi semak-samun setelah ia tidak lagi digunapakai oleh pihak KTM.Begitu juga dengan Stesen Keretapi Alor Setar yang mengalami nasib yang sama setelah penutupannya pada awal tahun 2013.Mungkin Alor Setar Railway Station mendapat cakna daripada KTM berbanding Palekbang yang penutupannya sudah lama.
Kerajaan Negeri Kelantan telah memaklumkan bahawa stesen Palekbang bukan dibawah kuasa mereka melainkan kuasa KTM semata-mata.Itu apa yang pernah diberitahu oleh pegawai tadbir Kerajaan Negeri Kelantan semasa era Dato Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar.
Maka, jadilah Bangau oh Bangau...
Sabtu, 27 September 2014
Rabu, 24 September 2014
Rabu, 17 September 2014
Selasa, 16 September 2014
Manuskrip Raja Perak kepada Raja Kelantan
Khamis, 11 September 2014
Selasa, 9 September 2014
Isnin, 8 September 2014
Stesen Keretapi Palekbang
Mengikut akta warisan, budaya benda, termasuk seni
bina, peralatan hidup, manuskrip, malah orang hidup yang masih mengamal
warisan budaya, perlu dilestarikan. Bangunan yang melebihi usia 50 tahun
wajar diselamatkan, dari tercemar, tersisih , dan roboh. Tetapi
kecenderungan melupus barang lama semakin disengajakan. Alasannya ,
bangunan baru mesti canggih sesuai dengan zaman teknologi, bahan besi,
batu, melambangkan pembangunan yang mencapai awan, mewah dan selesa.
Saya
sudah kerap merasa kehilangah itu. Fakta sejarak memang sengaja
dihapuskan, dengan alasan berbagai. Stesyen kereta api milik KTM
(sekarang KTMB) juga kehilangan tapak sejarah. Sejak tren,
komuter,LRT,dsbnya menjadi model pilihan, bangunan dengan kayu jati ,
besi keluli rel juga diganti besi keluli dan beton. Aibnya, reka
bentuknya pula tidak lagi menampakkan jati diri wilayah di mana ia
dibangunkan. Keretapi pertama di dirikan di Taiping menuju ke Larut (
1885), Taiping - Kemunting (1890), ke Ulu Sepetang (1892). Muncul
kemudian KL-Kelang. Jadi usia stesyen kereta api sudah melebihi 100
tahun. di manakah letaknyya akta warisan negara?
Ketika kami, para sarjana kampus dijemput bertemu membicarakan seni budaya dan sejarah Kelantan (1999) , sempat berbual
dengan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, yang didengari pegawai
Kerajaan Negeri. Saya menyarankan agar stesyen keretapi Palekbang, boleh
dijadikan muzium budaya...boleh menjadi tarikan , dan rakit boleh
dijadikan sumber keindahan sungai. Cuma jawab pegawai berkenaan..."
Stesyen tu milik KTM , kita tidak boleh buat apa-apa".
Saya
kerap datang dan singgah di stesyen Palikbang, setiap kali tiba ke Kota
Bharu...tapak itu sudah dihuni gerombolan kambing...tak tahulah 10
tahun kini sudah dibangunkan, atau dilupuskan, seperti stesyen Kuala
Kangsar yang bersejarah itu?
kredit (http://senirupasiti.blogspot.com/2011/05/rumah-sejarah-tetap-dilupuskan.html)
Singgah sebentar di sebuah stesen yang ditinggalkan keretapi.
Oleh Latfy A Latif
Pagi-pagi lagi kami berdua sudah bergegas menghala ke Palekbang, sebuah pekan di Daerah paling kecil di Kelantan - Tumpat. Kami mengagak perjalanan dari Pengkalan Chepa ke sana melalui Kota Bharu akan mengambil masa yang lama, terutama pada hari terakhir puasa, di Kelantan dikenali sebagai Hari Membuat Ketupat. Besoknya adalah Hari Raya.
Nasib kami baik. Tidak sampai sejam kami sudah tiba ke Stesen Keretapi Palekbang. Bukan stesen lagi, cuma tiang-tiang yang diperbuat daripada besi bersalut simen sahaja yang tinggal. Sekeping papan tanda masih berdiri tegak, walaupun susah diamati apa yang tertulis. Semak samun. Landasan keretapi masih kemas, menandakan laluan itu masih digunakan, menghubungkan hentian terakhir sebelah Pantai Timur - Tumpat, ke Wakaf Baru dan seterusnya ke serata tanahair.
Kami meneroka kawasan sekitar tinggalan stesen keretapi Palekbang. Tiada apa lagi yang tinggal, cuma kayu-kayu yang biasanya digunakan untuk tapak landasan; disusun rapi, mungkin juga digunakan sebagai peron untuk memunggah barang ke dalam keretapi suatu masa dahulu, mungkin sekitar 1940an, sewaktu kegiatan perniagaan sedang galak di stesen ini.
Stesen ini didirikan oleh Inggeris pada pertengahan 1920an. Landasannya menjadi penghubung utama di antara ibu negeri Kelantan: Kota Bharu, dengan daerah-daerah lain dan ke negeri-negeri Tanah Melayu yang lain. Pada ketika itu Palekbang muncul sebagai salah sebuah pekan yang pesat dengan perdagangan, lebih dahulu dari tempat-tempat lain di Kelantan. Di sinilah nadi penggerak ekonomi negeri, yang strategik dengan stesen keretapi dan feri yang menyambung penduduk setempat dengan Bandar Kota Bharu. Bukan rakit, tetapi feri dua tingkat, dikenali sebagai Feri Belangkas, serta bot-bot kotak.
Sesuai dengan sifatnya sebagai hab dan pekan transit, di sini juga didirikan Cold Storage (tempat simpanan sejuk) yang menyimpan stok air botol F&N dan Coca-Cola; depo minyak kepunyaan Shell dan Esso, serta kilang air batu - masing-masing membekalkan minyak dan ais ke seluruh negeri Kelantan.
Dikatakan nama Palekbang ini berasal daripada perkataan 'Bang', yang bermaksud 'azan' mengikut loghat Kelantan. Kisah sebenar perlu digali lagi. Di sini terdapat banyak juga tokong atau 'wat', yang didirikan oleh penduduk setempat yang berasal dari Thailand dan beragama Buddha.
Saya belum menjumpai sebab kenapa Stesen Keretapi Palekbang yang bersebelahan dengan sungai ini menjadi sejarah yang samar-samar. Suatu ketika dulu ia merupakan nadi penggerak ekonomi negeri, penuh dengan aktiviti perdagangan, kereta sewa dan bas, feri yang berulang-alik menyeberang Sungai Kelantan untuk ke Kota bharu - kini hanya sebuah kawasan belukar dan semak-samun.
Adakah kerana selepas terbinanya Jambatan Sultan Yahya Petra pada tahun 1970-an, maka perkhidmatan feri sudah tidak diperlukan lagi. Bagaimana pula dengan stesen Palekbang itu sendiri, adakah ia sudah menjadi lewah dengan adanya Stesen Keretapi Tumpat yang hanya beberapa kilometer dari sini?
Stesen keretapi Palekbang masih digunakan pada tahun 1989. Hari ini cuma tinggal tiang dan papan tanda. Keretapi masih deras lalu ulang-alik ke Pekan Tumpat. Jika anda menaiki keretapi menuju ke Tumpat dari Wakaf Baru, jeling-jelinglah ke kanan, arah Sungai Kelantan, mungkin akan nampak sisa sejarah yang sangat uzur. Dan toleh-tolehlah ke belakang sekali sekala, kerana untuk maju ke hadapan, perlu ada sesekali menoleh ke belakang, sebab sejarah, tidak pernah berubah.
kredit : (budayaseni.my)
Stesen
ini didirikan oleh Inggeris pada pertengahan 1920an. Landasannya
menjadi penghubung utama di antara ibu negeri Kelantan: Kota Bharu,
dengan daerah-daerah lain dan ke negeri-negeri Tanah Melayu yang lain.
Pada ketika itu Palekbang muncul sebagai salah sebuah pekan yang pesat
dengan perdagangan, lebih dahulu dari tempat-tempat lain di Kelantan. Di
sinilah nadi penggerak ekonomi negeri, yang strategik dengan stesen
keretapi dan feri yang menyambung penduduk setempat dengan Bandar Kota
Bharu. Bukan rakit, tetapi feri dua tingkat, dikenali sebagai Feri
Belangkas, serta bot-bot kotak.
Sesuai dengan sifatnya sebagai hub dan pekan transit, di sini juga didirikan Cold Storage (tempat simpanan sejuk) yang menyimpan stok air botol F&N dan Coca-Cola; depo minyak kepunyaan Shell dan Esso, serta kilang air batu - masing-masing membekalkan minyak dan ais ke seluruh negeri Kelantan.
Pelan
stesen keretapi ini dibahagi kepada 2. Ditengah-tengahnya ada laluan ke
jeti untuk menaiki bot penambang. Lokasi jeti tersebut betul2
dibelakang stesen keretapi ini dengan 20 langkah dari pintu depan
stesen. Pada usiaku sekitar 4 tahun (1989), masih ramai lagi orang yang
menggunakan perkhidmatan keretapi dan bot disini untuk ke Kota Bharu dan
Tumpat. Budak-budak sekolah yang belajar di Sekolah Ismail Petra,
Sekolah Zainab dan Maahad Muhammadi masih ramai menggunakan khidmat bot
dengan tambang 20sen waktu tu. Basikal mereka pula disusun diatas dek
bot dengan baik.
Kali
terakhir keluarga aku menggunakan khidmat keretapi di stesen Palekbang
ini digunakan adalah pada tahun 1992 sewaktu Pak Cik ku dari Gemas
datang untuk melihat keadaan stesen keretapi tersebut. Katanya, alatan
yang terdapat pada stesen ini amat baik kualitinya. Tidak hairanlah pak
cik cakap macam tu..Sebab keluarga pak cik mememang kerja KTM dan
menetap di GEMAS. Kali terakhir pak cik datang, masih ada petugas yang
menjaga landasan keretapi. Masa tu juga, bilik-bilik yang terdapat di
stesen masih dipenuhi peralatan komunikasi, tetapi sudah ditinggalkan.
Walaubagaimanapun,
dalam range tahun 1989-1995, stesen keretapi Palekbang masih digunakan
oleh penumpang yang mahu menaiki keretapi. Ianya berakhir setelah pihak
KTM tidak lagi mahu berhenti di sini.
kredit : (srikandikumawar.blogspot.com/2012/12/stesen-keretapi-palekbang.html)
Ahad, 7 September 2014
Anakanda Sultan Muhammad IV
Tiga Beradik Diraja Kelantan (Tahun 1935 )
(Kanan) : YM Tengku Muhammad Bin Sultan Muhammad IV yang bergelar Tengku Kaya Perkasa.
(Tengah) : YM Tengku Muhd Yusuf Bin Sultan Muhammad IV yang bergelar Tengku Laksamana.
(Kiri) : YM Tengku Mahmud Bin Sultan Muhammad IV yang bergelar Tengku Kaya Pahlawan.
Jumaat, 5 September 2014
Isnin, 1 September 2014
Tips Pengasas Bihun Sufi
#1 - Nilai Tambah & Simpanan
Perniagaan yang maju diawalnya bukan
ukuran kemajuan di akhirnya. Sentiasa bersedia untuk memberikan nilai
tambah bagi setiap produk termasuk bersedia dengan tabungan, kerana ia
adalah sumber kejayaan.
#2 - Yakin dengan “Pelaburan Ilmu”
Jangan kedekut melabur duit untuk belajar ilmu baru terutamanya ilmu-ilmu yang boleh meningkatkan kerjaya dan bisnes.
#3 - Percaya Pada Ganjaran Usaha
Apabila berlaku perkara negatif atau
kehilangan sesuatu, yakin dan percaya bahawa Tuhan pasti menggantikan
ganjaran yang lebih baik. Dalam setiap kepayahan, pasti ada kesenangan.
Belajar untuk melihat hikmah ALLAH di sebalik kejadian adalah ciri-ciri
orang berjaya dan berfikir luar biasa.
#4 - Dugaan Adalah Penyuci Dosa
Apabila berlaku perkara negatif, jangan
cepat menyalahkan orang lain. Cari kesilapan diri sendiri. Apa yang
berlaku adalah dugaan untuk kita mungkin disebabkan dosa-dosa kita
dahulu. Mohon ampun kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan maafkan
diri sendiri atas kesilapan yang kita buat.
#5 - Pilih Mentor yang Betul
Untuk berjaya dalam bisnes, wajib
berguru dengan mentor yang sudah berjaya dalam bisnes dan pakar di dalam
industri. Pilih mentor yang dapat membimbing kita dengan ilmu, sistem
dan tindakan yang betul supaya proses kejayaan menjadi lebih pantas.
#6 - Solat sebagai “Penarik Rezeki”
Selain menjaga solat fardu, solat dhuha
adalah kunci kepada pintu rezeki. Setiap kali selepas solat, doa dengan
bersungguh-sungguh dan minta dengan Tuhan apa yang kita inginkan dengan
spesifik.
Fokus di dalam solat dan doa menjadi
pembuka rezeki dan memudahkan jalan dalam urusan harian seterusnya
setiap matlamat lebih mudah dicapai. Manfaatkan 1/3 malam untuk sujud
kepada-Nya memohon keampunan, keredaan & kerahmataan-Nya untuk diri,
keluarga & perniagaan.
#7 - Benci Pada Sikap Terhegeh-hegeh
Sikap lambat untuk membuat tindakan adalah antara punca kegagalan yang tidak berkesudahan.
#8 - Kejayaan Di Bawah Tapak Kaki Ibu
Hubungan yang baik dengan ibu bapa akan
membuatkan proses kejayaan menjadi lebih lancar. Jika hubungan renggang,
perbaiki segera hubungan dengan mereka dan sentiasa menggembirakan hati
mereka. Ceritakan serba sedikit apa yang kita lakukan dan mohon mereka
mendoakannya. Doa ibu mempunyai rahsia tersendiri dan sungguh mustajab.
#9 - Biar Kecil, Asal Berhasil
Bermula sedikit dan kembangkan menjadi
besar. Elak bermula besar akhirnya bubar. Jika melibatkan penjualan
barang, belajar mengawal stok yang sedikit terlebih dahulu sebelum
mengembangkan menjadi besar. Untuk rekod, Bihun Sufi bermula dengan
edaran sebanyak 500 paket sahaja.
#10 - Tangguh Kepuasan Diri
Wujudkan satu ‘peti besi’ yang isinya
adalah simpanan untuk keinginan kita. Kunci rapat-rapat peti besi
tersebut dan disiplinkan diri untuk tidak membukanya.
Dikhuatiri apabila kita membukanya di
peringkat awal perniagaan, kita akan terdorong membeli simbol-simbol
kemewahan di kala perniagaan kita masih belum kukuh tapak dasarnya.
Apabila perniagaan sudah betul-betul stabil, buka peti besi tersebut dan
penuhi keinginan kita secara cermat dan mengikut pengurusan kewangan
yang betul.
#11 - Bukan Sekadar Jutawan Dunia
Apabila diberi rezeki oleh Allah,
utamakan terlebih dahulu aset-aset untuk kehidupan selepas mati. Setiap
sen adalah amanah daripada Allah. Buktikan kepada Pencipta kita
merupakan pemegang amanah yang baik, yang sentiasa menyalurkan limpahan
rezeki ke arah jalan-Nya.
#12 - Guna Strategi Luar Kotak
Kami menggunakan konsep reverse strategi
dalam pembekalan Bihun Sufi. Berdasarkan kajian awal, keghairahan
meletakkan produk terlalu awal di pasaraya besar adalah satu strategi
yang silap. Sasarkan dahulu pasaran peruncitan yang jumlahnya lebih
banyak daripada jumlah pasaraya. 2 kelemahan utama pasaran pasaraya
untuk bisnes baru bertapak adalah:
i) Bayaran mengikut terma kredit adalah
tidak sesuai bagi usahawan yang baru bertapak yang mana memerlukan modal
pusingan yang cepat. Bayaran pasaran runcit lebih pantas iaitu
pembayaran dilakukan segera setelah stok habis.
ii) Persaingan produk bumiputera masih
belum setanding dengan produkproduk yang telah lama mencipta nama.
Ketidakseragaman dalam usaha meletakkan produk Bumiputera dilandasan
yang tepat juga merupakan punca kelemahan pembekalan di pasaraya.
#13 - Kaji Permintaan Terlebih Dahulu
Antara rahsia Bihun Sufi berjaya
memasarkan sehingga ratusan ribu bungkus setahun adalah dengan mencipta
dahulu permintaan. Kami berusaha mencipta permintaan pelanggan dan
membuat kajian terperinci tentang pola pembelian dan permintaan dari
setiap negeri.
Sasaran kami stok satu treler yang
memuatkan 50,000 bungkus bihun Sufi harus dijual kurang dari 2 minggu,
dan kami lebih gembira jika bekalan tidak mencukupi kerana kami tahu
kami harus berusaha lebih gigih untuk mengeluarkan lebih banyak stok
untuk edaran.
#14 - Tamak Bawa Padah
Kami menggunakan sistem tersendiri,
iaitu perkongsiaan keuntungan, sebagai contoh apabila kami ditawarkan
kontrak pembekalan ke agensi kerajaan, keseluruhan pembekalan tersebut
akan di pecahkan kepada Pusat Edaran Negeri.
Dengan cara ini, keuntungan dapat
diagihkan sama rata untuk seluruh Pusat Edaran. Kami tidak mensasarkan
keuntungan yang berlipat kali ganda, sebaliknya peluang kepada ejen-ejen
untuk untung lebih tinggi adalah salah satu langkah bagaimana kami
mencipta kejayaan tersendiri.
#15 - Berani Ke Negara Luar
Rahsia bagaimana Bihun Sufi berjaya
memasuki pasaran 10 buah negara dalam masa 3 tahun adalah berdikari
sendiri dalam memperkenalkan produk ke luar negara.
Tidak perlu tunggu atau mengharapkan
badan-badan lain jika kita mempunyai kreativiti mencari jalan bagaimana
untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan menggunakan platfom
Internet, dan ia merupakan platform terbaik untuk berhubung dengan dunia
luar.
Apa yang menarik, margin keuntungan
untuk pasaran eksport adalah lebih tinggi daripada pasaran tempatan
kerana urusniaganya di dalam nilai USD.
#16 - Buat Pelan Bisnes Realistik
Setiap perniagaan tanpa business plan
adalah ibarat menaiki perahu tanpa pendayung. Business plan adalah
sesuatu yang harus dicapai dan bukannya mengharapkan keajaiban. Apabila
kami menetapkan sasaran jualan sebanyak RM 5 juta pada tahun 2012, kita
perlu jelas dengan jumlah sasaran jualan yang perlu dilakukan oleh
syarikat.
Jumlah ini akan disaring agar lebih
mudah untuk dicapai. Caranya, pecahkan sasaran jualan kepada jumlah
edaran Pusat Edaran Negeri untuk tempoh 1 tahun yang dipecahkan kepada
12 bulan, kemudian dipecahkan lagi kepada jumlah jualan per/hari dan
dipecahkan pula kepada jumlah per/jam. Rincian ini membolehkan kita
membuat ukuran jumlah yang harus dijual untuk mencapai jumlah sasaran.
#17 - Berpegang Teguh Pada Prinsip
Apabila menetapkan matlamat mahu berjaya
di dalam perniagaan ini, tetapkan pendirian dan jangan mudah
terpengaruh dengan peluang bisnes lain walaupun ditawarkan pulangan
lumayan. Salah satu kesilapan usahawan yang baru mengecapi kejayaan
adalah mudah teruja dengan peluang-peluang bisnes lain menyebabkan
melabur di luar kemampuan syarikat.
Langgan:
Catatan (Atom)