Mengikut akta warisan, budaya benda, termasuk seni
bina, peralatan hidup, manuskrip, malah orang hidup yang masih mengamal
warisan budaya, perlu dilestarikan. Bangunan yang melebihi usia 50 tahun
wajar diselamatkan, dari tercemar, tersisih , dan roboh. Tetapi
kecenderungan melupus barang lama semakin disengajakan. Alasannya ,
bangunan baru mesti canggih sesuai dengan zaman teknologi, bahan besi,
batu, melambangkan pembangunan yang mencapai awan, mewah dan selesa.
Saya
sudah kerap merasa kehilangah itu. Fakta sejarak memang sengaja
dihapuskan, dengan alasan berbagai. Stesyen kereta api milik KTM
(sekarang KTMB) juga kehilangan tapak sejarah. Sejak tren,
komuter,LRT,dsbnya menjadi model pilihan, bangunan dengan kayu jati ,
besi keluli rel juga diganti besi keluli dan beton. Aibnya, reka
bentuknya pula tidak lagi menampakkan jati diri wilayah di mana ia
dibangunkan. Keretapi pertama di dirikan di Taiping menuju ke Larut (
1885), Taiping - Kemunting (1890), ke Ulu Sepetang (1892). Muncul
kemudian KL-Kelang. Jadi usia stesyen kereta api sudah melebihi 100
tahun. di manakah letaknyya akta warisan negara?
Ketika kami, para sarjana kampus dijemput bertemu membicarakan seni budaya dan sejarah Kelantan (1999) , sempat berbual
dengan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, yang didengari pegawai
Kerajaan Negeri. Saya menyarankan agar stesyen keretapi Palekbang, boleh
dijadikan muzium budaya...boleh menjadi tarikan , dan rakit boleh
dijadikan sumber keindahan sungai. Cuma jawab pegawai berkenaan..."
Stesyen tu milik KTM , kita tidak boleh buat apa-apa".
Saya
kerap datang dan singgah di stesyen Palikbang, setiap kali tiba ke Kota
Bharu...tapak itu sudah dihuni gerombolan kambing...tak tahulah 10
tahun kini sudah dibangunkan, atau dilupuskan, seperti stesyen Kuala
Kangsar yang bersejarah itu?
kredit (http://senirupasiti.blogspot.com/2011/05/rumah-sejarah-tetap-dilupuskan.html)
Singgah sebentar di sebuah stesen yang ditinggalkan keretapi.
Oleh Latfy A Latif
Pagi-pagi lagi kami berdua sudah bergegas menghala ke Palekbang, sebuah pekan di Daerah paling kecil di Kelantan - Tumpat. Kami mengagak perjalanan dari Pengkalan Chepa ke sana melalui Kota Bharu akan mengambil masa yang lama, terutama pada hari terakhir puasa, di Kelantan dikenali sebagai Hari Membuat Ketupat. Besoknya adalah Hari Raya.
Nasib kami baik. Tidak sampai sejam kami sudah tiba ke Stesen Keretapi Palekbang. Bukan stesen lagi, cuma tiang-tiang yang diperbuat daripada besi bersalut simen sahaja yang tinggal. Sekeping papan tanda masih berdiri tegak, walaupun susah diamati apa yang tertulis. Semak samun. Landasan keretapi masih kemas, menandakan laluan itu masih digunakan, menghubungkan hentian terakhir sebelah Pantai Timur - Tumpat, ke Wakaf Baru dan seterusnya ke serata tanahair.
Kami meneroka kawasan sekitar tinggalan stesen keretapi Palekbang. Tiada apa lagi yang tinggal, cuma kayu-kayu yang biasanya digunakan untuk tapak landasan; disusun rapi, mungkin juga digunakan sebagai peron untuk memunggah barang ke dalam keretapi suatu masa dahulu, mungkin sekitar 1940an, sewaktu kegiatan perniagaan sedang galak di stesen ini.
Stesen ini didirikan oleh Inggeris pada pertengahan 1920an. Landasannya menjadi penghubung utama di antara ibu negeri Kelantan: Kota Bharu, dengan daerah-daerah lain dan ke negeri-negeri Tanah Melayu yang lain. Pada ketika itu Palekbang muncul sebagai salah sebuah pekan yang pesat dengan perdagangan, lebih dahulu dari tempat-tempat lain di Kelantan. Di sinilah nadi penggerak ekonomi negeri, yang strategik dengan stesen keretapi dan feri yang menyambung penduduk setempat dengan Bandar Kota Bharu. Bukan rakit, tetapi feri dua tingkat, dikenali sebagai Feri Belangkas, serta bot-bot kotak.
Sesuai dengan sifatnya sebagai hab dan pekan transit, di sini juga didirikan Cold Storage (tempat simpanan sejuk) yang menyimpan stok air botol F&N dan Coca-Cola; depo minyak kepunyaan Shell dan Esso, serta kilang air batu - masing-masing membekalkan minyak dan ais ke seluruh negeri Kelantan.
Dikatakan nama Palekbang ini berasal daripada perkataan 'Bang', yang bermaksud 'azan' mengikut loghat Kelantan. Kisah sebenar perlu digali lagi. Di sini terdapat banyak juga tokong atau 'wat', yang didirikan oleh penduduk setempat yang berasal dari Thailand dan beragama Buddha.
Saya belum menjumpai sebab kenapa Stesen Keretapi Palekbang yang bersebelahan dengan sungai ini menjadi sejarah yang samar-samar. Suatu ketika dulu ia merupakan nadi penggerak ekonomi negeri, penuh dengan aktiviti perdagangan, kereta sewa dan bas, feri yang berulang-alik menyeberang Sungai Kelantan untuk ke Kota bharu - kini hanya sebuah kawasan belukar dan semak-samun.
Adakah kerana selepas terbinanya Jambatan Sultan Yahya Petra pada tahun 1970-an, maka perkhidmatan feri sudah tidak diperlukan lagi. Bagaimana pula dengan stesen Palekbang itu sendiri, adakah ia sudah menjadi lewah dengan adanya Stesen Keretapi Tumpat yang hanya beberapa kilometer dari sini?
Stesen keretapi Palekbang masih digunakan pada tahun 1989. Hari ini cuma tinggal tiang dan papan tanda. Keretapi masih deras lalu ulang-alik ke Pekan Tumpat. Jika anda menaiki keretapi menuju ke Tumpat dari Wakaf Baru, jeling-jelinglah ke kanan, arah Sungai Kelantan, mungkin akan nampak sisa sejarah yang sangat uzur. Dan toleh-tolehlah ke belakang sekali sekala, kerana untuk maju ke hadapan, perlu ada sesekali menoleh ke belakang, sebab sejarah, tidak pernah berubah.
kredit : (budayaseni.my)
Stesen
ini didirikan oleh Inggeris pada pertengahan 1920an. Landasannya
menjadi penghubung utama di antara ibu negeri Kelantan: Kota Bharu,
dengan daerah-daerah lain dan ke negeri-negeri Tanah Melayu yang lain.
Pada ketika itu Palekbang muncul sebagai salah sebuah pekan yang pesat
dengan perdagangan, lebih dahulu dari tempat-tempat lain di Kelantan. Di
sinilah nadi penggerak ekonomi negeri, yang strategik dengan stesen
keretapi dan feri yang menyambung penduduk setempat dengan Bandar Kota
Bharu. Bukan rakit, tetapi feri dua tingkat, dikenali sebagai Feri
Belangkas, serta bot-bot kotak.
Sesuai dengan sifatnya sebagai hub dan pekan transit, di sini juga didirikan Cold Storage (tempat simpanan sejuk) yang menyimpan stok air botol F&N dan Coca-Cola; depo minyak kepunyaan Shell dan Esso, serta kilang air batu - masing-masing membekalkan minyak dan ais ke seluruh negeri Kelantan.
Pelan
stesen keretapi ini dibahagi kepada 2. Ditengah-tengahnya ada laluan ke
jeti untuk menaiki bot penambang. Lokasi jeti tersebut betul2
dibelakang stesen keretapi ini dengan 20 langkah dari pintu depan
stesen. Pada usiaku sekitar 4 tahun (1989), masih ramai lagi orang yang
menggunakan perkhidmatan keretapi dan bot disini untuk ke Kota Bharu dan
Tumpat. Budak-budak sekolah yang belajar di Sekolah Ismail Petra,
Sekolah Zainab dan Maahad Muhammadi masih ramai menggunakan khidmat bot
dengan tambang 20sen waktu tu. Basikal mereka pula disusun diatas dek
bot dengan baik.
Kali
terakhir keluarga aku menggunakan khidmat keretapi di stesen Palekbang
ini digunakan adalah pada tahun 1992 sewaktu Pak Cik ku dari Gemas
datang untuk melihat keadaan stesen keretapi tersebut. Katanya, alatan
yang terdapat pada stesen ini amat baik kualitinya. Tidak hairanlah pak
cik cakap macam tu..Sebab keluarga pak cik mememang kerja KTM dan
menetap di GEMAS. Kali terakhir pak cik datang, masih ada petugas yang
menjaga landasan keretapi. Masa tu juga, bilik-bilik yang terdapat di
stesen masih dipenuhi peralatan komunikasi, tetapi sudah ditinggalkan.
Walaubagaimanapun,
dalam range tahun 1989-1995, stesen keretapi Palekbang masih digunakan
oleh penumpang yang mahu menaiki keretapi. Ianya berakhir setelah pihak
KTM tidak lagi mahu berhenti di sini.
kredit : (srikandikumawar.blogspot.com/2012/12/stesen-keretapi-palekbang.html)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan