Bab 1 Kemahiran Komunikasi
Definisi dan Konsep Komunikasi
Komunikasi
boleh ditakrifkan sebagai pemindahan maklumat dan makna daripada satu
pihak(penghantar) kepada pihak yang lain (penerima). Proses komunikasi
melibatkan 5 langkah. Iaitu:
Model-model Komunikasi
v Komunikasi Linear
- Merupakan satu komunikasi satu hala iaitu pengirim menghantar mesej kepada penerima.
- Penerima tidak memberi maklumbalas.
- Bising dan gangguan boleh menggnggu komunikasi ini.
v Komunikasi Interaksional
- Komunikasi dua hala antara penghantar dan penerima mesej.
- Maklumbalas berlaku melalui bentuk verbal dan bukan verbal
- Pengirim dan penerima bergilir untuk menghantar mesej.
v Komunikasi Transaksional
- Merupakan komunikasi secara berterusan diantara pengirim dan penerima mesej.
- Pengirim dan penerima berkomunikasi secara serentak.
Kepentingan Kemahiran Komunikasi
Kemahiran berkomunikasi perlu dikuasai bagi memudahkan seseorang mendapat kawan dan diterima
dalam masyarakat. Walaubagaimanapun kita perlu mengetahui latar belakang dan konteks sesuatu situasi
dan keadaan sebelum melakukan komunikasi. Ini adalah penting untuk mendapat satu komunikasi yang
1. Hubungan Insan (Kemasyarakatan)
- Perbezaan budaya sering menjadi faktor penghalang untuk melakukan komunikasi jika terdapatdua orang yang berasal dari latar belakang budaya yang berbeza.
- Pemahaman dan
kaji selidik berkaitan budaya dan adat resam sesuatu bangsa atau kaum
memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan betul.
- Pemahan
psikologi iaitu pengatahuan tentang pemikiran, perasaan dan tingkah laku
adalah penting selain kemahiran berkomunikasi didalam hubungan insan.
-
- Amat penting bagi
seseorang mahasiswa untuk berhubung dengan para pensyarah khususnya
untuk menyiapakn tugasan kursus (exciment). Ianya meliputi penguasaan
dalam penulisan dan juga lisan.
- Contoh :
- Mahasiswa tidak boleh
menggunakan bahasa rojak dan bahasa slanga apabila berkomunikasi dengan
pensyarah atau menggunakan khidmat pesanan ringkas(SMS) untuk
menghubungi pensyarah.
- Mahasiswa perlu mengusai teknik penulisan akademik, penulisan
saintifik atau penulisan ilmiah untuk menyiapkan laporan dan esei bagi
menghasilkan kerja yang berkualiti untuk diserahkan kepada pensyarah.
- Tugasan secara individu memaparkan kebolehan bekerja sendirian dan
tugasan berkumpulan melatih mereka berkomunikasi dengan orang lain,
bersabar, bersifat kepimpinan dengan ahli kumpulan.
3. Kerjaya
- Perlu pandai mencari peluang kerjaya berdasarkan bidang pengajian, kelulusan dan kebolehan diri sendir.
- Mencari peluang kerjaya melalui pelbagai sumber seperti suratkhabar, internet dan sebagainya.
- Menghasilkan sebuah “curriculum vitae” atau resume yang bagus
seperti maklumat peribadi, kemahiran sampingan dan latar belakang
kelayakkan akademik. Mahir berkomunikasi semasa ditemuduga seperti
menjawab soalan yang ditanya dengan tenang dan mengikut kehendak soalan.
Menguasai bahasa lain terutamanya bahasa inggeris.
- Apabila telah bekerja, perlu mengusai kemahiran berkomunikasi di
alam maya. Mahir mencari maklumat (google and yahoo), penggunaan laman
social (facebook, twitter) dan lain-lain.
- Beretika ketika melakukan komunikasi terutamanya didalam penulisan seperti memfitnah, menghina dan meniru kerja orang lain.
Komponen Komunikasi
Jenis-jenis Komunikasi
KOMUNIKASI BUKAN VERBAL
- Komunikasi
ini sering berlaku secara serentak dengan komunikasi lisan. Terdapat
beberapa aspek komunikasi bukan verbal dan pengaruhnya meliputi hal-hal
seperti berikut :
Ekspresi Wajah :
Boleh membantu komunikasi lebih berkesan. Ianya mencerminkan perasan dan emosi seseorang.
Pandangan mata :
Merupakan
isyarat ilmiah. Dengan adanya pandangan mata semasa berkomunikasi,
dapat menunjukkan kita menghargai dan focus dengan perbualan tersebut.
Sentuhan :
Mesej seperti perhatian, sokongan emosi, kasih saying atau simpati dapat ditonjolkan melalui sentuhan
Gaya Tubuh dan Gaya Berjalan :
Cara
seseorang berjalan, duduk, berdiri dan bergerak memperlihatkan
ekspresi diri. Posisi tubuh dan gaya berjalan mencerminkan emosi,
konsep diri dan tahap kesihatan seseorang.
Gerak isyarat :
Seperti menggerakkan tangan dan mengetuk-ngetuk kaki ketika berbicara.
Proksemik :
Berkaitan penggunaan ruang. Jarak berkomunikasi menggambarkan tahap keakraban diantara komunikator.
Artifak :
Bentuk komunikasi melalui penggunaan pakaian, wangi-wangian, alat solek dan lain-lain
Komunikasi Bertulis :
Aktiviti
merakan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk lambing-lambang
bertulis atau grafik. Bertujuan untuk menyalurkan mesej, berhubung atau
berkongsi maklumat. Ianya kekal dan boleh disimpan untuk kegunaan masa
hadapan.
Bentuk-bentuk Komunikasi
Melibatkan kelompok sehingga 25 orang malah lebih lagi didalam suatu kumpulan besar. Ianya melibatkan beberapa proses seperti perundingan, pembahagian tugas, berkongsi maklumat dan menyelesaikan masalah.
Rumit kerana melibatkan jumlah ahli yang sangat besar dan memerlukan protokol yang tertentu.
Arah aliran komunikasi :
- Melibatkan seorang komunikator dengan sejumlah pendengar(khalayak)
- Bentuk-bentuk Pengucapan Awam
Bersifat Informatif :
Khalayak didedahkan dengan maklumat semasa atau kemahiran baharu. Pengucapan
awam berbentuk ini biasanya berlaku di kampus universiti, ceramah agama di masjid,
kempen keselamatan dan bengkel kemahiran.
Bersifat Persuasif :
Bertujuan untuk mempengaruhi dan mengubah sikap khalayak. Pengucapan ini biasanya
di dalam ceramah parti politik atau kempen untuk mempromosi barangan oleh sesebuah syarikat.
- Jenis-jenis Pengucapan Awam
Spontan
Tanpa pesediaan. Mudah dibuat oleh pemidato yang berpengalaman dan sebaliknya
Ekstemporan
Nampak seperti ucapan spontan tetapi sebenarnya pengucap telah bersedia lebih awal
dengan kandungan ucapan dan sebagainya. Nota ringkas sebagai rujukan atau mempunyai
daya ingatan yang tinggi semasa menyampaikan ucapan.
Manuskrip
Ucapan dibuat melalui pembacaan manuskrip. Kadeah ini biasanya digunakan oleh orang
kenamaan seperti Perdana Menteri, Sultan dan sebagainya.
Hafalan
Biasanya ucapan sebegini ringkas bertujuan untuk melayan khalayak. Ianya lebih
bersifat pengacaraan seperti pada majlis hari jadi dan perpisahan.
- Komunikasi yang melibatkan individu daripada lata belakang budaya yang pelbagai
- Halangan yang biasa berlaku
- Komunikasi Berasaskan Teknologi
Penggunaan Laras Bahasa
Merupakan penggunaan variasi bahasa mengikut bidang-bidang yang tertentu, berdasarkan konteks
dan situasi. Ianya berubah mengikut situasi, peserta dan tujuan komunikasi.
1. Biasa/umum
Tidak menggunakan bahasa yang formal atau istilah khusus kerana
tidak berkaitan dengan bidang ilmiah. Mudah difahami dan tiada istilah
teknikal. Ayat digunakan pendek, ringkas dan tidak mengikut tatabahasa.
2. Ilmiah
Merangkumi bidang ilmu seperti sains, teknologi, matematik dan
lain-lain. Ianya bersifat formal, menggunakan istilah dan format
mengikut bidang yang dipelajari.
Contoh : Simbol-simbol khusus dalam pengiraan dalam bidang matematik.Istilah sains dan bahasa teknikal di dalam bidang sains.
3. Agama
Banyak mengandungi istilah agama kerana banyak melibatkan wacana agama. Contohnya
laras bahasa dalam teks kudus, laras agama perlu digunakan seperti
bahasa Arab dalam Al-Quran tidak sama dengan laras bahasa Arab umum.
4. Undang-undang
Penggunaan istilah-istilah perundangan biasanya dipinjam dari bahasa latin dan inggeris
seperti defendan, plantif, prosiding, melafide dan lain-lain.
5. Sastera
Berbentuk puitis, dramatik, naratif dan deskriptif. Mengandungi mesej tersirat seperti kiasan,
peribahasa, personafikasi, metafora atau perlambangan. Kadang kala turut tidak mengikut
peraturan tatabahasa.
Halangan Di dalam Komunikasi
Merupakan perkara-perkara yang menyebabkan komunikasi yang kurang berkesan, mesej
gagal disampaikan dan salah faham seterusnya menggagalkan komunikasi.
Halangan Persekitaran
Bunyi bising, panas, jarak, suasana yang tidak selesa, tidak selamat dan tegang
Halangan Sikap Penghantar
Penghanta
bersikap negative seperti agresif, mengancam, mengarah, tidak
mendengar pendapat orang lain dan hanya merasakan pendapat dia sahaja
yang betul.
Halangan Sikap Penerima
Sikap negative penerima seperti tidak memberi perhatian, membuat mimik muka yang tidak elok dan tidak mendengar dengan baik.
Halangan Bahasa
Penggunaan dialek yang berbeza ketika komunikasi, bahasa kasar, sebutan kurang jelas dan nada percakapan yang tidak sesuai.
Halangan Maklumat Kurang Tepat dan Jelas
Penggunaan bahasa singkatan, symbol “emotion” dan silap menghantar email
Aspek Keberkesanan Berkomunikasi
Komunikasi berkesan mampu merangsang dan memupuk hubungan yang baik antara satu
sama lain, membantu mencapai kejayaan dalam akademik dan kerjaya.
BAB 2
Berfikir
merupakan satu proses mental yang memerlukan interaksi antara
pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi membolehkan individu memahami dan
mencorakkan alam sekelilingnya. Seseorang yang berfikir secara kritis
sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya.
Perkataan kritis adalah berasal dari satu perkataan Inggeris iaitu ‘
critic ’. Kata dasar ‘kritis’ merupakan perkataan Greek ‘kriths’
(kritikos) yang membawa erti menimbang (judge). Menimbang pula bermaksud
menilai, membezakan, mencetuskan dan menyoal samada sesuatu itu benar
atau salah. Kritis tidak membawa maksud yang negatif seperti
‘mengkritik’, ‘menghentam’, ‘mengomen’, ‘mengecam’, dan ‘membangkang’.
Sebaliknya, ia adalah sifat semulajadi manusia untuk mencari kesilapan
yang dilakukan oleh orang lain. Apabila kita berfikir secara kritis ia
dapat membantu mencari kesilapan, kesalahan dan kelemahan pada cara-cara
berfikir seseorang atau pada idea atau cadangan yang dikemukakan.
Pemikiran
kritis merupakan sejenis pemikiran yang bersifat terbuka dalam menerima
sesuatu idea atau pendapat dan berupaya untuk cuba mempertimbangkan
idea itu semula dengan menganalisa semula ia secara kritis dan mengambil
kira pelbagai sudut dan aspek. Pemikiran kritis turut memungkinkan
pencernaan beberapa idea dan konsep baru yang lebih sempurna daripada
pandangan atau idea yang diterima sebelumnya. Kemahiran berfikir secara
kritis adalah kemahiran berfikir untuk membuat penilaian tentang sesuatu
data atau maklumat. Pemikir memerlukan kemahiran untuk membuat analisis
data atau maklumat yang hendak dikritisnya dengan cara:
- membanding
- membeza
- menyusun atur
- mengkelas
- mengenal pasti sebab dan akibatnya.
Pemikiran
kritis juga mampu membolehkan individu untuk menganalisa hujah yang
diterimanya tidak kira sama ada hujah yang kuat atau hujah yang lemah
dan teori yang berguna akan diguna pakai manakala teori yang lemah akan
disangkal oleh pemikir yang berfikir secara kritis. Malahan, kita akan
berupaya untuk berhujah dengan berkesan berdasarkan idea-idea yang
bernas yang telah diperolehi. Hakikatnya pemikiran ini mampu membuatkan
kita berhujah dengan baik serta menganalisa hujah dengan baik dan
lengkap. Pemikiran kritis menjadikan kita lebih kritis dan peka serta
cekap dalam mengkaji sesebuah hujah mahupun penyataan yang dikeluarkan
secara pengucapan atau pun penulisan. Ia dapat menyedarkan kita bahawa
sesebuah penyataan itu adalah betul ataupun salah. Selain itu pemikiran
kritis juga mampu membuka minda kita agar lebih menerima berbanding
terus menolaknya tanpa berfikir terlebih dahulu. Kita akan lebih
berkeyakinan dalam menangani permasalahan serta jelas dalam melihat
keadaan sesuatu fenomena yang berlaku disekeliling kita. Secara
kesimpulannya, pemikiran kritis adalah sebuah kemahiran hidup yang amat
penting. Ia pada dasarnya mampu membantu kita dalam berhujah secara
berkesan, menganalisa hujah secara kritis dan lengkap dan memungkinkan
kita untuk berfikir positif dan inovatif serta terbuka “ open mind
Kesimpulannya
kritis membawa maksud kebolehan seseorang untuk membantu dan membaiki
idea-idea orang supaya ia boleh diterima atau ditolak sekiranya idea
tidak benar atau tidak ada kepastian samaada hendak menerimanya atau
tidak disebab kerana tidak cukup maklumat untuk menerima atau menolak.
Kritis juga bererti keupayaan untuk menganalisa apa yang diperkatakan,
menilainya dengan teliti, mencari bukti tentang kebenaran tentang
sesuatu perkara, menyusun atur semua maklumat dengan tepat. Tujuannya
untuk mengelakkan dari membuat kesilapan cara berfikir, meneliti dan
menyoal perkara-perkara yang tidak munasabah serta membuat keputusan dan
perancangan berdasarkan maklumat yang ada. Selain itu ia juga bertujuan
untuk mencari kefahaman-kefahaman baru. Kritis dapat ditentukan samaada
sesuatu kenyataan itu betul atau salah. Bagaimana pun, kritikan hanya
boleh dibuat untuk membaiki idea-idea yang ada dengan mencari kelemahan
yang terdapat pada idea tersebut.
Jenis-jenis pemikiran kritis
Pemikiran kritis terbahagi kepada dua kategori iaitu:
a) Pemikiran kritis rendah
Kategori
ini melibatkan proses kognitif yang sederhana . Antara
kemahiran-kemahiran kritis tahap ini ialah membanding dan membezakan,
membuat kategori, membuat sequens atau urutan, meneliti
bahagian-bahagian kecil serta keseluruhan dan menerangkan sebabnya.
b) Pemikiran kritis tinggi
Ia
melibatkan proses kognitif dan metakognitif . Pemikiran tahap ini juga
menggunakan kemahiran metakognitif menerusi daya taakulan. Di antara
kemahiran pada tahap ini ialah membuat ramalan, usul periksa andaian,
membuat inferensi, mengesahkan sumber maklumat, membuat generalisasi dan
mencari sebab serta membuat kesimpulan.
Stail pemikiran kritis
a) Stail pragmatik
Stail
ini mementingkan keadaan sebenar dan mengutamakan apa yang praktikal
dan perkara yang boleh dilakukan dengan memberi keutamaan kepada
maklumat dan fakta dalam membuat penilaian. Antara sifat-sifatnya ialah:
- mengutamakan apa yang boleh dibuat
- mementingkan keadaan dan situasi
- memikirkan apa yang patut dilakukan
- melihat dari pelbagai aspek
- melihat keuntungan jangka pendek
b) Stail negative
Berfungsi
menerbitkan penilaian dan keputusan. Ia memberi fokus kepada
kesan-kesan aspek negatif dan membolehkan seseorang itu melihat kesan
dan risiko diatas apa yang berlaku. Antara sifat-sifatnya ialah:
- mengemukakan alasan negatif
- menduga penolakan
- mencari alasan mengapa sesuatu itu gagal
- mengemukakan masalah dan risiko
c) Stail analitikal
Stail
ini bertujuan untuk menghurai dan meneliti sesuatu perkara dengan
teliti. Ia baik untuk menghasilkan pelbagai analisis, huraian dan
kritikan. Antara ciri-cirinya ialah:
- mencari fakta dan maklumat secukupnya bekenaan topik yang difikirkan.
- mendefinisikan pekara-pekara dan masalah yang akan dikupas secara terperinci
- mencari beberapa jalan untuk menyelesaikan masalah yang difikirkan
- menilai baik buruk jalan yang difikirkan berdasarkan logik
- membuat keputusan untuk memilih satu jalan yang difikirkan baik
- memikirkan cara untuk melaksanakan keputusan itu
d) Stail objektif
Ia amat mementingkan fakta dan maklumat dan tidak mengandungi unsur-unsur emosi atau sensasi. Ciri-cirinya:
- mengemukakan fakta yang ada tanpa menyebelahi mana-mana pihak
- tidak membuat tafsiran terhadap fakta-fakta yang ada
- membezakan fakta daripada pendapat
- membezakan fakta daripada kemungkinan
- membezakan fakta dari keyakinan
e) Stail saintifik
Mengutamakan
prosedur dalam membuat sesuatu andaian dan spekulasi. Ia juga
berasaskan tahap ilmiah yang sesuai dan relevan. Ciri-ciri pemikiran
kritis stail ini ialah:
- mencari kebenaran sains melalui pengutipan data dan menganalisanya
- tindakan berperingkat dan tersusun
- membentuk hipotesis tentang sesuatu fenomena
- memperteguh dan mempertahankan hipotesis
f) Stail historis
Bertujuan
untuk mencari sebab-sebab dan akibat sesuatu peristiwa dan kejadian.
Lazimnya pemikiran jenis ini menggunakan peristiwa, isu dan kejadian
masa lalu. Segala data dan maklumat bersifat fizikal dan bukan fizikal
akan dianalisa dan hasilnya akan diterjemahkan untuk menerangkan
peristiwa yang berlaku. Antara ciri-cirinya:
- mencari, mempersembahkan maklumat dan data yang telah lalu
- membuat hipotesis kejadian masa lalu
- mencari sebab dan akibat sesuatu kejadian
- membuat penilaian
g) Stail reaktif
Bermula
apabila sesuatu isu atau perkara itu telah berlaku dan yang pasti
perkara itu bukan berabad-abad lamanya. Ciri-ciri yang penting dalam
pemikiran ini ialah:
- bertindak atau berfikir setelah terdedah dengan sesuatu ransangan
- mencari kelemahan dan kekurangan yang ada
- mengkaji dan meneliti setiap aspek atau bahagian
- mencari ruang untuk mempertikai sesuatu
h) Stail sistematik
Bermula daripada tahap yang mudah kepada tahap yang sukar dari awal hingga akhir. Ciri-cirinya:
- bertindak mengikut tahap yang sesuai
- mengikut panduan dan kriteria yang telah ditetapkan
- berasaskan fakta dan maklumat
- mengambil kira risiko dan kesan jangka masa (pendek dan panjang)
Pemikiran Kreatif
Pemikiran
kreatif mempunyai definisi yang berbeza dengan pemikiran kritis. Ini
kerana kreativiti merupakan sifat-sifat Allah yang berkaitan dengan daya
ciptanya dalam mencipta manusia dan alam ini. Kreativiti bukanlah
sesuatu yang baru. Cuma ia semakin berkembang dari segi budaya, serta
bidang kehidupan lain seperti ekonomi dan politik.
Definisi pemikiran kreatif
Pemikiran
kreatif adalah satu usaha secara sedar yang melibatkan pencetusan idea
kreativiti berserta tindakan kreatif terhadap suatu konsep atau
pendekatan atau ciri-ciri lama. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan
menjana sesuatu idea yang baru serta dapat menggunakan idea tersebut
untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Kreativiti juga
didefinisikan dengan melihat kepada empat aspek utama iaitu bakat
kreatif yang semulajadi, produk kreatif, proses kreatif dan penekanan
terhadap kreativiti ataupun persekitaran yang menyokongnya. Orang-orang
yang berfikir kreatif dianggap sebagai orang spontan dan sanggup
mengambil risiko serta melakukan kesilapan. Mereka juga dianggap sebagai
orang yang boleh menerima idea-idea dan pengalaman yang baru. Pemikiran
kreatif juga dikenali sebagai pemikiran lateral yang bermaksud
berkembang kepada beberapa cara penyelesaian dari satu idea utama.
Stail pemikiran kreatif
a) Stail lateral
Merupakan
kaedah untuk menerbitkan idea yang baru. Idea baru tidak berkaitan
langsung dengan idea lama. Stail ini melihat sesuatu penyelesaian
masalah dan kaedah membuat keputusan dengan menggunakan teknik yang
agresif untuk memaksa minda menerbitkan idea yang luar biasa. Idea yang
terbit menerusi teknik-teknik lateral ini tidak dinilai sebaliknya ia
diguna pakai walaupun nampak tidak releven.
b) Stail projektif
Menggunakan
pendekatan meramal, iaitu meramalkan apa yang belum dan akan berlaku,
memberikan sebab dan faktor-faktor yang boleh wujud pada masa depan, dan
memerlukan maklumat dan pengalaman peribadi untuk membuat penilaian
tentang trend masa depan.
c) Stail emotif
Menggunakan
jenis emosi yang mendalam seperti kecintaan, ketakutan, kebencian,
kemarahan, syak wasangka dan keimanan. Seluruh hasil pemikiran
menunjukkan pengaruh emosi tersebut dengan menggunakan logik.
d) Stail negatif
Pemikiran
negatif adalah bersifat logikal, ia mengunakan fakta sebagai asas untuk
membuat penilaian-penilaian negatif. Kita perlu mempunyai asas yang
kuat untuk mempertahankan kewajaran pendapat kita. Pemikiran ini dapat
mengelakkan kita daripada membuat kesilapan dan perkara-perkara yang
bodoh. Stail ini mementingkan kebenaran dan realiti. Antara ciri-ciri
ialah mengemukakan alasan logik tetapi negatif, mencari alasan mengapa
sesuatu itu akan gagal, mengemukakan masalah dan risiko, menyenaraikan
dan mencari kepincangan sesuatu idea.
e) Stail positif
Melihat sesuatu idea dengan baik sangka. Ia menumpukan kepada kebaikan, mengatasi kelemahan yang ada.
f) Stail analitikal
Stail
berfikir secara analitikal mengunakan pelbagai teori, teknik, dan
pendekatan. Teori ini baik untuk menghasilkan pelbagai analisis, huraian
dan kritikan. Kita akan dapat melakukan analisis setelah ada sesuatu
yang terjadi terlebih dahulu.
g) Stail objektif
Berfikir
secara objektif menunjukan ciri-ciri tertentu. Ia menggunakan
fakta-fakta yang ada tanpa menyebelahi mana-mana pihak, membezakan fakta
dari kemungkinan dan membezakan fakta dari keyakinan.
h) Stail imaginatif
Menekankan
peranan imaginasi minda. Minda kita boleh membuat penggambaran dan
penggambaran tentang sesuatu yang kita kehendaki secara visual.
Ciri-ciri pemikiran kreatif
Antara beberapa ciri-ciri pemikiran kreatif ialah keaslian, kelancaran, kefleksibelan, dan penghuraian.
1) Keaslian
Idea-idea
yang diterbitkan adalah luar biasa dan asli. Ia tidak ditiru atau
diciplak bulat-bulat. Keasliannya tetap dipelihara dengan syarat idea
tersebut merupakan pembaikkan daripada idea lama. Kita mendapat idea
hasil daripada apa yang kita lihat dan saksikan seperti benda, perkara
dan peristiwa yang berlaku di sekeliling. Sudah sekian lama kita dapati
orang mengukur kelapa secara tradisional. Ia bukan sahaja tidak efisien
tetapi amat memenatkan. Apabila satu alat ukur kelapa yang canggih dan
ekonomik dicipta, ia boleh dilabelkan sebagai asli dan baru kerana masih
belum terdapat idea yang kita bayangkan.
2) Kelancaran
Bermaksud
keupayaan untuk melahirkan idea kreatif secara spontan dan ada pula
yang memakan masa yang agak lama untuk diterbitkan. Ia bergantung kepada
individu, persekitaran dan darjah sesuatu penyelesaian masalah dan
membuat keputusan.
Proses menerbitkan pemikiran kreatif
Idea
sangat penting kepada manusia kerana dengannya manusia boleh membuat
keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kreativiti terdiri dari himpunan
pengetahuan, imginasi, dan penilaian. Proses ini berlaku menerusi
peyusunan semula dan perkaitan antara pengetahuan dan pengalaman dalam
cara yang baru. Untuk berfikiran kreatif, seseorang perlu mempunyai
maklumat tentang perkara yang hendak difikirkan. Terdapat beberapa cara
bagaimana sesuatu idea kreatif dapat diterbitkan antaranya:
a) Proses menyoal
Sesorang
itu akan menyoal apabila ia ingin tahu atau tidak pasti akan sesuatu.
Soalan boleh ditujukan pada diri sendiri atau kepada orang lain. Keadaan
ini akan membuka minda kita dengan lebih luas.
b) Proses tidak sengaja
Proses ini berlaku secara tidak langsung. Idea datang menerusi pemerhatian persekitaran dan mendapat idea dari persekitaran.
c) Pengalaman
Reka
cipta melalui pengalaman adalah berbeza daripada reka cipta yang
melalui proses tidak sengaja. Melalui pengalaman kita tahu bahawa
sesuatu yang dicipta itu akan berjaya.
d) Proses kesilapan
Kemajuan
dalam bidang sains dan perubatan adalah hasil dari kajian dan
menjalankan eksperimen. Di dalam proses tersebut kadang-kadang ahli
sains membuat kesilapan dalam pentafsiran dan penelitian. Dalam
kesilapan tersebut mereka menjumpai formula atau kaedah baru untuk
menyelesaikan masalah atau menjayakan kajiannya.
e) Imaginasi dan visualisasi
Semua
orang mampu membuat imginasi dan visulisasi. Proses imaginasi dan
visualisasi bersifat abstrak, tetapi boleh diterjemahkan secara konkrit.
Visualisasi dan imaginasi boleh dilakukan dengan lima prinsip utama:
tentukan matlamat yang ingin dicapai.
cipta idea dan buatkan gambaran yang jelas.
Sentiasa tumpukan pemerhatian
Timbulkan daya positif
Meningkatkan fungsi otak kanan
Teknik-teknik melahirkan pemikiran kreatif
1)
teknik sumbangsaran : pengumpulan idea daripada ahli kumpulan tanpa
menjalankan undian atau kritikan terhadap idea yang diberikan walaupun
tidak logik seterusnya perbincangan bersama akan dijalankan untuk
menentukan idea yang akan diguna pakai.
2) teknik peniruan: meniru apa yang pernah dibuat oleh orang lain sehingga mendapat satu idea baru yang diinginkan .
3)
teknik peta minda : melibatkan mengambil nota dan menggunakannya untuk
menjana idea secara berkaitan. Ciri utama ialah memori visual, kata
kunci, penglibatan secara sedar, pengelompakan dan perkaitan.
4) analisis inventori masalah : menfokus kepada masalah-masalah yang wujud. Mengenalpasti masalah dan membincangkan masalah.
Pemikiran Saintifik
Pemikiran
saintifik adalah daya usaha untuk mengenal pasti apa yang betul dan
yang salah dari segi logik akal pemikiran manusia. Logik ini terbahagi
kepada dua iaitu logik ciptaan akal manusia contohnya matematik dan
logik yang kedua yang ialah logik alam berdasarkan realiti alam sebenar.
Terdapat banyak percanggahan keputusan di antara logik akal dan logik
alam ini. Contohnya seseorang yang mempelajari bidang matematik pasti
akan menjawab 2 apabila diajukan saolan 1 + 1= ?. Jawapan ini semestinya
benar, bagaimana pun ia akan menjadi sebaliknya jika kita melihatnya
menerusi sudut logik alam. Tidak semua benda apabila dicampurkan akan
mematuhi peraturan atau hukum matematik. Sebagai contoh, setitik air
apabila dicampurkan dengan setitik lagi air tidak akan menghasilkan dua
titik air. Sebaliknya ia tetap menjadi setitik air walaupun berlaku
perubahan dalam jumlah kuantitinya. Pemikiran saintifik merupakan
intipati kajian. Ia merupakan satu bentuk fenomena cara berfikir yang
mengambil kira serta mementingkan unsur-unsur sebab dan akibat.ini
bermakna pemikiran saintifik ini amat mementingkan bukti serta hujah
bagi mempertahankan sesuatu hujah,pendapat atau hipotesis.
Individu
yang berfikir dengan menggunakan pemikiran saintifik ialah seseorang
yang suka berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan. Contohnya, ahli
sains serta individu yang menggunakan kemahiran berfikir secara
saintifik biasanya akan membina satu hipotesis dahulu bagi membuat
sebarang kajian mengenai apa-apa tajuk. Mereka akan mengumpulkan
data-data yang berkaitan dengan sebanyak yang mungkin bagi membuat
kajian sama ada kajian yang dijalankan akan dapat memenuhi andaian yang
dibuat pada peringkat awal iaitu hipotesis mereka.setelah mengumpul
semua data-data yang ada, mereka akan cuba menguji semua data yang
berkaitan tadi bagi melihat sama ada data-data berkenaan boleh
mempengaruhi hasil kajian ataupun tidak. Dalam peringkat ini, semua
data-data yang berkaitan akan diasing serta dipisahkan dari satu sama
lain bagi mengelakkan kemunginan pertindihan keputusan. Semua bukti
hasil ujian data-data bahan ujian juga akan dipisah-pisahkan bagi
melihat kesan ujian ke atas kajian sama ada relevan dengan hipotesis
ataupun sebaliknya. Setelah semua perbandingan hasil ujian dibuat, maka
satu kesimpulan akan dibuat berdasarkan semua bukti hasil ujian yang
dilakukan pada peringkat sebelumnya. Pada peringkat ini, dapat dilihat
hipotesis yang dibuat pada peringkat pertama kajian dulu adalah benar
serta dapat dibuktikan ataupun tidak benar serta tidak dapat dibuktikan.
Apa yang harus diketahui mengenai pemikiran saintifik ini ialah
pemikiran jenis ini berlaku dalam satu bentuk yang amat ringkas
berdasarkan asas hukum sebab dan akibat. Ini bermakna, pemikir golongan
saintifik ini sentiasa berpendapat bahawa setiap sesuatu yang berlaku,
ia mempunyai sebab yang tertentu dan dengan sebab itu ia akan turut
menghasilkan akibat yang tertentu.
Pemikiran
jenis ini juga amat mementingkan kerangka pemikiran yang berbentuk
skema serta linear. Maksud skema dan linear ini ialah golongan ini
menggunakan cara yang sistematik dengan menjalankan tindakan secara
berperingkat-peringkat. Metod pemikiran ini amat popular di kalangan
saintis dalam kajian mereka untuk menjumpai penemuan baru dengan
menggunakan beberapa andaian yang dinamakan sebagai hipotesis. Jika
hipotesis yang dibuat lebih banyak maka peluang untuk menemui penemuan
yang baru adalah amat tinggi.
Pemikiran
saintifik ini bersifat nyata, langsung dan terbit daripada suatu set
peraturan. Sebarang kesilapan akan menyebabkan sebarang andaian atau
kesimpulan adalah tidak benar dan sudah pasti ianya tidak memenuhi set
peraturan yang telah ditetapkan. Ia adalah alat untuk memproses maklumat
yang diterima dan menjelaskan perkara-perkara yang tersirat di
dalamnya. Segala persoalan akan dinilai dari sudut maklumat dan fakta
terlebih dahulu sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Pemikiran sebegini
sesuai untuk :
mencari kaitan sebab-akibat antara satu perkara dengan perkara lain ataupun antara satu
peristiwa dengan satu peristiwa lain.
membuat kesimpulan atau deduksi.
mempertahankan hujah-hujah kita bagi menyokong atau menolak sesuatu idea,
mengemukakan cadangan atau pandangan.
Ciri-Ciri Pemikiran Saintifik
Memerhati
Menggunakan penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena.
Membuat inferens
Membuat
kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa atau objek berdasarkan
pemerhatian. Kesimpulan awal itu mungkin betul ataupun tidak.
Berkomunikasi
Mengemukakan idea dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, graf, gambarajah, model, atau jadual.
Mentafsir maklumat
Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada
maklumat yang terkumpul.
Membuat hipotesis
Sesuatu
kenyataan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara
atau peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan
kesahihannya.
Menyelesaikan Masalah
Menyelesaikan
masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang berfikir
secara kritis dan kreatif, mencari idea-idea alternatif dan
langkah-langkah tertentu untuk mengatasi halangan atau kekurangan dan
mencari jalan untuk menyelesaikannya dengan mengkaji dan meneliti
bagaimana masalah boleh terjadi, cara menghadapi masalah, cara
menyelesaikannya dan seterusnya mengambil keputusan yang terbaik untuk
mengatasi masalah tersebut.
Langkah-Langkah Menguasai Kemahiran Penyelesaian Masalah
Kenal pasti masalah yang dihadapi
Cari
sebab-sebab timbulnya masalah dengan meneliti keadaan pada masa
tersebut dan cari tujuan dan sebab-sebab masalah itu perlu diselesaikan.
Cari
masalah yang sebenarnya dengan mefokuskan isu yang penting.
Halangan-halangan kepada penyelesaian masalah dan sebab timbulnya
halangan tersebut juga dikenalpasti.
Fikirkan dan senaraikan kemungkinan-kemungkinan penyelesaian masalah
Teliti kemungkinan-kemungkinan kesan dan akibat sekiranya cadangan penyelesaian tersebut dilaksanakan dengan melihat:
kesan dan akibat yang penting difikirkan
kesan dan akibat tersebut
sejauhmanakah pentingnya kesan dan akibat tersebut.
Pilih penyelesaian yang terbaik berdasarkan maklumat-maklumat di atas.
Langkah-langkah
tersebut dapat dilaksanakan melalui pengurusan lisan atau grafik.
Pengurusan lisan bermaksud satu alat berfikir dalam bentuk ujaran yang
menggunakan soalan-soalan panduan dan arahan-arahan tertentu untuk
membantu dalam usaha meningkatkan kualiti pemikiran dan kemahiran
berfikir.Pengurusan grafik pula adalah sejenis alat berfikir dalam
bentuk visual yang disediakan dalam bentuk lakaran, carta atau borang
bagi membantu mengurus menyelesaikan masalah dengan lebih sistematik.
Kaedah Penyelesaian Masalah
Terdapat
beberapa kaedah menyelesaikan masalah. Secara konvensionalnya terdapat
tiga cara yang dilakukan oleh manusia untuk menyelesaikan
masalah-masalah mereka, iaitu:
1) Penyelesaian Secara Logik
Menyelesaikan masalah secara logik melibatkan proses rasional-deduktif seperti berikut:
(a) Mengenalpasti dan memahami premis masalah.
Langkah
pertama ini sangat penting sekali, kerana tanpa mengetahui kedudukan
persoalannya yang sebenar, sampai bilapun tidak akan sampai kepada
penyelesaian. Kadang-kadangnya timbul konflik dan krisis semata-mata
kerana tidak memahami isunya yang sebenar. Socrates pernah berkata:
"Jika sudah diketahui kedudukan persoalan yang diperbincangkan, nescaya
akan lenyap segala perselisihan."
(b) Mencari sebab atau punca masalah.
Langkah
ini juga sangat penting, kerana kesilapan menjejaki puncanya yang
sebenar, sudah tentu kita akan membuang masa dan tenaga yang sia-sia
untuk melaksanakan program penyelesaian yang tidak menepati sasaran.
Dalam bidang perubatan misalnya, tanpa mengetahui penyakitnya yang
sebenar, tidak mungkin dapat dicari ubat dan penawarnya yang tepat. Atau
dalam bidang politik, tanpa mengetahui sebab-sebab sebenar kenapa pihak
rakyat menentang kerajaan, sudah pasti langkah-langkah yang diambil
untuk membendungnya sama sekali tidak akan behasil. Jika di pihak
pertama penyakit yang dialami akan terus merebak, maka di pihak kedua
golongan rakyat akan terus bangkit menentang kerajaan, malah mencetuskan
pemberontakan dan kekacauan di sana-sini.
(c) Menilai cara-cara penyelesaian.
Langkah
ketiga ialah memilih cara-cara terbaik dan paling berkesan untuk
mengatasi masalah yang dihadapi. Barangkali terdapat berbagai-bagai cara
yang difikirkan, tetapi melalui proses penilaian baik-buruk dan
betul-salah secara kritikal, akhirnya terpilih cara tertentu untuk
dijalankan.
(d) Membuat kesimpulan.
Langkah
ini sebenarnya hanya dibuat untuk mengesahkan premis melalui
contoh-contoh yang dipilih dan dikira relevan dengan matlamat awal.
Matlamat yang tidak relevan diketepikan kerana ia boleh membawa
kesimpulan yang menyimpang daripada matlamat premis.
Itulah
antara lain cara-cara penyelesaian menurut cara kaedah logik. Kaedah
ini memang banyak kelebihannya, kerana ia melatih kita berfikir dengan
tepat dan tersusun. Dari segi sejarah sendiripun ilmu logik muncul
sebagai reaksi terhadap kekacauan fikiran golongan Sophist yang membawa
belia Yunani ke arah keruntuhan. Sesungguhnya Jasa Socrates, Plato dan
Aristotle cukup besar dalam membentuk ilmu logik ini bukan sahaja di
Yunani bahkan juga di dunia Barat dan Timur selepasnya. Tanpa menafikan
kepentingan dan kelebihannya yang banyak itu, sebenarnya kaedah logik
mempunyai kelemahannya sendiri, Antaranya ialah:
Sebagai
kaedah rasional, kemampuannya terbatas di alam fizik dan alam natural
sahaja. Akal sama sekali tidak dapat menjangkau permasalahan alam
metafizik dan alam supernatural. Di sinilah timbulnya tentangan
tokoh-tokoh ulama Islam terhadapnya, seperti imam al-Syafii, Imam
al-Nawawi, Ibn Solah dan terutamanya Ibn Taimiyyah.
Walaupun
usaha mencari sebab dan punca sesuatu masalah itu sangat penting,
tetapi akal kita juga tidak mampu mengenalpasti puncanya yang sebenar.
Memang ada kalanya akal dapat mencarinya, tetapi kerap kali pula sebab
atau puncanya itu tidak dapat dihindari. Malah kita terpaksa
menghadapinya juga dalam kehidupan kita. Misalnya, kita tidak dapat
memecat ketua kita yang menjadi punca segala masalah yang berlaku
terhadap anak buahnya.
Di
samping masalah sebab, terdapat pula masalah akibat. Kaedah logik
memang sangat menekankan persoalan sebab dan akibat ( cause and effect )
dalam hujah-hujahnya. Jika kita bertolak daripada premis yang salah,
tentunya kita juga akan mendapat kesimpulan yang salah. Misalnya, kita
mendefinisikan kebahagiaan atau kejayaan itu menurut ukuran fizikal dan
material. Kerana itu apabila kita mendapati seseorang pemimpin itu
didakwa sebagai baik atau wira. maka ukuran kebaikan atau kewiraannya
itu adalah berdasarkan aspek fizikal dan material, meskipun dalam aspek
moral dan spiritualnya rakyat jelata mengalami kehancuran.
2) Penyelesaian Secara Saintifik
Menyelesaikan masalah secara saintifik melibatkan proses empirikal-induktif seperti berikut:
a) Mengadakan hipotesis.
Katakan
anda seorang saintis. pertama sekali mesti mempunyai hipotesis tertentu
sebagai penggeraknya. Misalnya, anda ingin mengesahkan sama ada betul
atau tidak bahawa Charles Darwin sendiri berasal daripada spesis monyet.
Ataupun, kita ingin mengetahui benar atau tidak bahawa kemunduran
bangsa Melayu disebabkan mereka malas bertikir, atau pun kerana tidak
menguasai teknologi maklumat (IT), dan sebab-sebab lain lagi. Semuanya
ini merupakan anggapan atau hipotesis yang perlu diuji dan dibuktikan
sama ada betul atau salah.
b) Mengumpul maklumat.
Peringkat
inilah yang membezakan kaedah saintifik dengan kaedah-kaedah tidak
saintifik. Bagi kaedah yang tidak saintitik, setiap hipotesis atau
asumsi akan dianggap benar sahaja tanpa perlu mengadakan bukti dan
maklumat untuk mengesahkan kebenarannya. Kebanyakan kita pula boleh
bertikir secara saintifik dalam kehidupan akademiknya, tetapi dalam
kehidupan seharian kita tidak lagi bersikap dan bertindak secara
saintifik. Misalnya apabila seorang ketua tidak menyukai salah seorang
pembantunya, hanya cukup dengan keterangan "orang kepercayaannya" lalu
dia terus membuat keputusan memecat pembantunya, tanpa mempedulikan sama
sekali bukti-bukti lain yang bertentangan dengan keputusannya. Contoh
ini merupakan tindakan emosional, bukan tindakan saintifik. Tindakan
saintifik memerlukan bukti dan fakta empirikal yang mencukupi, sebelum
membuat kesimpulan atau hukuman tertentu.
c) Membuat kesimpulan.
Setelah
mengumpul maklumal yang mencukupi, baruiah sampai kepada membuat
kesimpulan atau keputusan. Selagi tidak ada bukti, atau bukti tidak
mencukupi kerana hanya mendengar pendapat "orang kepercayaannya" sahaja.
tidaklah boleh terus menjatuhkan hukuman tertentu. Satu jenis talasi
atau kesaiahan dalam berfikir ialah kesimpulan yang tergesa-gesa (hasty
generalisation atau Pars pro toto), di mana dengan hanya satu bukti
(yang kadang-kadang sangat lemah sekali), terus dibuat kesimpulan
tertentu. Sikap saintitik akan menangguhkan atau menunda sebarang
keputusan selagi tidak memperolehi bukti dan maklumat yang meyakinkan
tentang hipotesis atau asumsi yang ada. Jika terpaksa menunggu
bertahun-tahun sehingga dapat membuat kesimpulan yang tepat dan
keputusan yang adil, maka terpaksa sabar menunggunya. Tindakan yang
emosional dan tidak sabar dalam menjatuhkan sesuatu hukuman biasanya
akan membawa kegagalan atau mengundang kerugian dan kadang-kadang
kekacauan yang berpanjangan.
Berbanding
dengan kaedah-kaedah lain, kaedah saintifik yang paling popular dan
berpengaruh dalam usaha menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.
Sejak timbulnya abad penguasaan sains dan teknologi pada Zaman Moden,
boleh dikatakan setiap bidang kehidupan dan pemikiran telah didominasi
oleh nilai dan kaedah saintifik. Sains dilihat sebagai kuasa yang dapat
menyelesaikan setiap masalah manusia.
3) Penyelesaian Secara Kreatif (Lateral)
Menyelesaikan masalah secara kreatif atau lateral mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
la
tidak bersifat kritikal seperti kaedah logik, di mana cara berfikirnya
dikawal oleh penilaian betui atau salah, kuat atau lemah serta benar
atau salah hujah dan fikiran kita. Kaedah kreatif atau lateral
sebaliknya lebih suka menunda penilaian, kerana yang lebih penting ialah
menjana idea-idea baru tanpa mempedulikan ianya betul atau salah.
la
tidak bersifat analitikal seperti kaedah saintifik yang cuba memahami
sesuatu masalah sedalam-dalamnya melalui fakta dan maklumat untuk
menemui kebenaran. Kaedah kreatif dan lateral dalam menyelesaikan
sesuatu masalah bukannya menganalisis punca-puncanya, sebaliknya mereka
cipta penyelesaiannya yang dianggap lebih membawa keuntungan. Cara
berfikir seperti ini disebut berfikir parallel atau selari, di mana kita
mengemukakan idea-idea kreatif secara bebas dan mandiri, tanpa
berkonflik antara sesamanya.
la
tidak bersifat vertikal atau sehala seperti kaedah saintifik yang hanya
berfikir menurut logik sebab-akibat. Kaedah kreatif dan lateral
sebaliknya bersifat generatif dan inovatif untuk menerbitkan perubahan
demi perubahan itu sendiri, tanpa diikat oleh logik sebab-akibat. Dengan
sifat antilogik atau "logik air" ini ia bebas menerbitkan sebarang idea
gila-gila, melompat atau songsang, asalkan ia dapat membawa perubahan
dan keuntungan. Matlamat pemikiran kreatif dan lateral ialah meruntuhkan
tembok-tembok yang membelenggu kemajuan berfikir selama ini, seumpama
kebekuan fungsi (functional fixedness) atau kebekuan mental (mental set)
yang menghalang seseorang melihat sudut-sudut baru dalam pemikirannya.
Edward
De Bono telah memperkenalkan kaedah Enam Topi Berfikir, yang harus
dipakai satu lepas satu secara berasingan oleh seseorang atau secara
berkumpulan dalam menyelesaikan masalah iaitu :
1) Topi Hijau
Sebagai
lambang pemikiran kreatif dan subur dengan berbagai-bagai idea, topi
ini perlu dipakai pada peringkat permulaannya untuk mencari idea-idea
alternatif.
2) Topi Kuning
Sebagai
lambang pemikiran positif dan konstruktif, topi ini perlu dipakai untuk
melihat segi-segi faedah dan kebaikan pada setiap idea, terutama yang
dianggap mengandungi banyak kelemahan.
3) Topi Putih
Sebagai lambang pemikiran objektif, topi ini dipakai untuk mencari fakta dan maklumat tanpa sebarang emosi dan prejudis.
4) Topi Hitam
Sebagai
lambang pemikiran negatif dan kritikal, topi ini dipakai dengan tujuan
mencari unsur-unsur keburukan dan kesalahan sesuatu idea.
5) Topi Merah
Sebagai
lambang pemikiran emotif, topi ini dipakai untuk mengambil kira
perasaan dan gerak hati orang yang suka atau tidak suka kepada idea
tertentu.
6) Topi Biru
Sebagai lambang langit di atas, topi ini dipakai oleh ketua untuk mengawasi bagaimana topi-topi lain bekerja.
Selain
itu, beliau juga memperkenalkan kaedah tindakan yang perlu diambil
melalui kaedah Enam Kasut Bertindak yang terdiri daripada :
1) Kasut formal biru taut (Navy formal shoes)
tindakan secara formal, biasa, mudah, ringkas seperti rutin.
2) Kasut kelabu (Grey sneakers)
tindakan secara penyelidikan, mencari bukti, maklumat dan idea barn.
3) Kasut perang (Brown brogues)
tindakan secara praktikal, nyata, lasak, tidak formal, fleksibel dan berkesan.
4) Boot oren (Orange gumboots)
tindakan secara cemas, bahaya, krisis, risiko, segera dan berani.
5) Selipar merah jambu (Pink slippers)
tindakan secara prihatin, perikemanusiaan, kasih sayang, lemah lembut, mesra dan ikhlas.
6) Kasut tunggangan ungu (Purple riding shoes)
tindakan secara kuasa, rasmi, kepimpinan dan bertanggungjawab.
MENYELESAIKAN MASALAH SECARA ISLAM
Penyelesaian
masalah secara Islam mempunyai tiga corak, iaitu pendekatan Tauhid,
pendekatan Hukum, dan pendekatan Sufi. Walaupun pendekatan-pendekatan
ini kelihatan terpisah dan berdiri sendiri, namun ia sebenarnya saling
melengkapi dan saling menguatkan, kerana semuanya berasaskan ajaran
Islam yang syumul dan sempurna.
Pendekatan Tauhid
Pendekatan
Tauhid memainkan peranan penting dalam dua aspek besar, iaitu aspek
metafizik dan aspek fizik. Mengenai aspek metafizik, yang merupakan
peranan asasinya, pendekatan Tauhid menyelesaikan masalah ontologi,
iaitu tentang hakikat Tuhan, hakikat alam, dan hakikat manusia. Pertama
sekali tentang hakikat Tuhan, sesuai dengan ajaran Tauhid Rububiyyah dan
Uluhiyyah, Tuhan dalam perspektif Islam bukan sahaja bersifat Esa dalam
ertikata sebenarnya, bahkan merupakan satu-satunya Tuhan yang Mencipta
dan Menguasai alam serta menjadi sasaran pengabdian makhluk manusia dan
alam seluruhnya. Alam terbahagi kepada dua bahagian; alam nyata
(syahadah) dan alam ghaib. Jika di alam dunia manusia boleh bertindak
bebas sesuka hati tetapi di alam akhirat manusia akan diadili seluruh
perbuatannya dan ditentukan sama ada akan menerima ganjaran syurga atau
siksaan neraka. Bagi memastikan manusia mendapat balasan kebahagiaan di
alam akhirat, manusia memerlukan pendekatan Tauhid dalam menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan keyakinan dan keimanan.
Pendekatan Hukum
Pendekatan
hukum daiam penyelesaian masalah merupakan bentuk pendekatan Islam yang
bersifat rasional dan intelektual. Sebenarnya dengan menyebutkan hukum,
maksudnya di sini ialah hukum-hukum qat'i dan ijtihadi. Mengenai hukum
qat'i atau tegas dan jelas, antaranya ialah hukum-hukum ibadat,
munakahat, jinayat hudud dan sebagainya. Sebagai hukum yang sudah jelas
terdapat dalam al-Quran dan Sunnah, semuanya wajib dipatuhi dan ditaati
sepenuhnya pada setiap masa dan tempat.
Pendekatan Sufi
Pendekatan
hukum dalam penyelesaian masalah secara Islam dianggap bersifat
rasional dan intelektual, sebaliknya pendekatan sufi dianggap bersifat
moral dan spiritual. Pendekatan hukum dianggap bersifat tegas dan keras,
tetapi pendekatan sufi bersifat tembut dan lunak. Penyelesaian masalah
menurut pendekatan sufi memerlukan kefahaman tentang tiga perkara pokok,
iaitu: hakikat masalah, sebab masalah, dan kaedah penyelesaian.
(a) Hakikat Masalah
Mengenai
hakikat masalah, selain daripada masalah Aqidah, pendukung pendekatan
sufi yang bersifat rohaniah ini menganggap bahawa masalah asasi dan
hakiki umat Islam ialah kelemahan akhlak dan adab. Penyakit akhlak ialah
jiwa dan hawa nafsu yang kotor. Dengan memahami hakikat masalah ini
kita dapat menyelesaikannya dengan tepat dan sempurna.
b) Sebab Masalah
Ada
dua faktor kenapa manusia menghadapi masalah, iaitu faktor Tuhan dan
faktor manusia sendiri. Mengenai faktor Tuhan, sebagai Pencipta yang
berkuasa ke atas semua makhluk-Nya, sudah pasti segala sesuatu di alam
ini tunduk di bawah perencanaan-Nya. Dialah yang merupakan Sebab pertama
bagi segala kejadian, dan Dialah juga yang menjadikan akibat penyudah
bagi segala kejadian.
(c) Kaedah Penyelesaian
Kaedah penyelesaian masalah menurut pendekatan sufi adalah berasaskan prinsip tazkiyyat al-nafs yang melibatkan dua dimensi:
a) dimensi horizontal
b) dimensi vertikal menekankan persoalan hubungan dengan Tuhan melalui amat ibadah, doa, zikir, wirid dan tilawah al-Quran..
Dimensi horizontal adalah prinsip tazkiyyat al-nafs atau pembersihan diri melalui dua proses, iaitu:
1)
Pembersihan diri (takhalli) daripada sifat-sifat buruk (mazmumah)
seperti hasad dengki, mengumpat, ujub, takbur, bakhil, riyak, khianat,
munafik, menipu, dusta, dan lain-lainnya. Dalam proses ini, terdapat
maksiat zahir dan batin yang perlu dibersihkan. Maksiat zahir ada tujuh
iaitu: maksiat mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, dua tangan, dan
dua kaki. Sedangkan maksiat batin ialah seperti hasad, riyak, ujub, dan
sebagainya.
2)
Menghiaskan diri (tahalli) dengan sifat-sifat baik (mahmudah) seperti
taubat, ikhlas, sabar, syukur, harap, takut, zuhud, pemaaf, tawakkal,
amanah, dan sebagainya. Ia juga merupakan ketaatan zahir dan ketaatan
batin yang mesti ditanam. Ketaatan zahir wujud apabila tujuh anggota
tersebut sentiasa terjaga dan terkawal perbuatannya.
Dari
segi implikasinya, pendekatan sufi membantu dalam menyelesaikan masalah
hidup manusia, seperti masalah-masalah sosial, ekonomi, pendidikan,
politik, dan terutamanya masalah emosi dan mental. Malah jika
dibandingkan dengan pendekatan hukum, pendekatan sufi lebih berkesan dan
kukuh ketahanannya, kerana hati yang sudah kuat benteng aqidah dan
akhlak tidak akan mudah goyah apabila berhadapan dengan masalah-masalah
kritikal dan mereka yang menggunakan pendektan ini akan sentiasa tenang
dan sabar menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan.