1.0 PENGENALAN
Jepun merupakan sebuah negara yang
mengamalkan dasar isolasi atau pemencilan dari berinteraksi dengan dunia
luar.(1)
1 Jepun kekal tidak
berhubung dengan dunia luar selama 200 tahun. Dalam tempoh ini Tokugawa
memerintah dengan tegas dan melarang orang Jepun dari keluar negara. Tokugawa
memastikan tiada perang saudara seperti yang berlaku pada zaman sebelumnya.
Banyak bandar baru muncul di Jepun dan Edo menjadi sebuah bandar yang terbesar
di dunia. Untuk keterangan lanjut sila rujuk dalam Changes in Japan oleh
Chisholm. J. The Usborne Internet Linked Encyclopedia of World History, London
: UsbornePublishing, 2000, hlm, 356 – 357.
Walaubagaimanapun, Jepun bukanlah
mengamalkandasar tersebut sepenuhnya kerana masih terdapat hubungan dengan kuasa
barat sepertiBelanda yang di benarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki secara
terhad. EkonomiJepun terlalu bergantung terhadap bidang pertanian yang menyumbang
kepada pendapatan negara.(2)
2 Sila rujuk Steele.
M.W.Alternative Narratives in Modern Japanese History. London and New York
:Routledge Curzon, Taylor and Francis Group. 2003, hlm, 133 – 141.
Hal ini di buktikan dengan kedudukan
peta ini sebagai golonganyang ketiga penting selepas samurai. Semasa
pemerintahan Tokugawa, beliau telahmengamalkan dasar pemencilan dari dunia
luar, dasar ini telah dilaksanakan melalui tigatitah perintah yang dikeluarkan
oleh Bakufu pada tahun 1633, 1635, dan 1639.(3)
3 Titah perintah yang
pertama pada 1633 ialah melarang kapal-kapal Jepun daripada meninggalkan Negara
kecuali mereka mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Bakufu, begitu juga
yang terjadi kepada penduduk Jepun, mereka tidak boleh meninggalkan Negara,
kecuali mereka mempunyai kebenaran terlebihdahulu dari Kesyogunan Tokugawa.
Jika rakyat ingkar, mereka akan dihukum bunuh. Titah kedua pulatelah
mengharamkan kapal-kapal Jepun daripada belayar dan pergi keluar negeri. Titah
ketiga pulamengharamkan perdagangan asing dan tidak wujudnya perhubungan dengan
dunia luar. Rujuk buku M.Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur : Arenabuku
Sdn.Bhd, 1988, hlm 49-50.
Kesan daripadadasar pemencilan yang
dilaksanakan oleh Tokugawa telah menyebabkan Jepun telah ditipu dalam
perjanjian Kanagawa.Perjanjian Kanagawa (31 Mac 1854) ini adalah berat sebelah
kerana lebihmemihak kepada Amerika Syarikat. Kesan daripada perjanjian berat
sebelah ini, makaJepun telah mengalami“Enlightement”,hal ini dapat dilihat
apabila Jepun telahmengalami revolusi yang ketara sejak berlakunya pemulihan
yang dilakukan olehMaharaja Meiji. Kejayaan Jepun sebagai sebuah negara moden
disebabkan oleh dasar luar yang dilakukan semasa pemerintahan Meiji dan Taisho.
Perkara ini dapat dibuktikanapabila kerajaan Jepun membuat perjanjian dan
persidangan dengan negara-negara barat melalui perjanjian Shimonoseki, perjanjian
Inggeris-Jepun 1902, perang China-Jepun, perang Rusia-Jepun, perjanjian
Porthmouth, Tuntutan dua puluh satu, persidangan Versailles, persidangan
Washington, dan akhir sekali perancangan semula struktur pembangunan ekonomi dalam tahun-tahun
1920-an.
2.0 PEMULIHAN MAHARAJA MEIJI
Pemimpin pemulihan Meiji menyedari
kedatangan kuasa barat merupakan satu ancaman kepada kedaulatan dan kebebasan negara
mereka. Hal ini telah disedari sejak kedatangan wakil Amerika Syarikat, Komodor
Perry ke Jepun pada tahun 1853. Desakan dan ancaman yang telah dibuat oleh
kuasa barat tersebut telah mencabar kewibawaan dan menjatuhkan maruah negara
Jepun. Setahun kemudian, merupakan sejarah hitam bagi Jepun apabila terpaksa
menandatangani perjanjian berat sebelah yang menjadikan Jepun negara yang mengikut
kehendak kuasa barat.(4)
4 Menjelang 1858, Jepun
telah menandatangani perjanjian perdagangan dengan Amerika, Britain,
Perancis,Rusia dan Belanda. Bagi Jepun, ia membawa suatu era baru yang
menamatkan zaman tradisi Jepun dalamhubungan luar dengan kuasa asing. Sebelum
perjanjian, maklumat tentang dunia luar hanya di ketahuimelalui pedagang China
di Nagasaki, Laporan China dari pulau Okinawa, Maklumat dari kedutaan Koreadan
pedagang Korea yang berdagang di Pulau Tsushima atau maklumat dari pedagang
Belanda di Dejimadan Nagasaki. Dasar yang di amalkan oleh kuasa asing ialah
persamaan antara negara. Tetapi dalam kesJepun dan China, perjanjian yang
memihak kepada mereka di buat kerana sikap benci orang asing yang diamalkan oleh
kedua–dua negara tersebut. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Auslin, M.R,
Negotiating With Imperialism : Unequal Treaties and The Culture of Japanese
Diplomacy, Massachussets HarvardUniversity Press, 2004, hlm, 1–16.
Kejayaan Jepun sebagai sebuah negara
moden dalam abad ke-19 dan 20 disebabkan dasar luar negara yang dilakukan oleh
negara Jepun. Perkara ini dapat dibuktikan dengan adanya hubungan yang erat
antara negara Jepun dengan dunia luar.Sejak peristiwa perjanjian berat sebelah
ini, telah menyebabkan pakar cerdik pandai Jepun mengkaji semula
perjanjian-perjanjian lama semasa pemerintahan Keshogunan Tokugawa.
Undang-undang serta cukai eksport telah dilaksanakan, sementara itu perjanjian
yang tidak adil dibubarkan. Kuasa-kuasa barat enggan untuk menandatangani semula
perjanjian dengan Jepun. Pada 1890-an isu perjanjian yang tidak adil ini telah menjadi
isu politik. Parti pembangkang termasuk parti Jiyuto dan Kaishinto telah memberi
tekanan yang kuat, lantaran itu, Hitorobumi telah mengarahkan menteri luar
negara (Mutsu Munemitsu) telah mengambil pendirian yang tegas akan perjanjian tersebut.Pendekatan
yang diambil oleh Ito Hitorobumi adalah secara drastik, hal ini disebabkan
kesan pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki oleh pihak Amerika Syarikat.
Mutsu Munemitsu telah mengumumkan
kepada negara-negara barat terutamanya Britain bahawa sekiranya perjanjian itu
tidak dikaji semula, Jepun akan menolaknya, justeru itu, kerajaan British
akhirnya bersetuju dan pada Julai 1894, perjanjian baru telah ditandatangani,
perjanjian ini telah menghapuskan hak wilayah asing. Dalam tahun 1880-an dan
90-an, Korea telah menjadi isu utama di Jepun. Itagaki dan Saigo mahukan Jepun
amalkan satu dasar yang agresif terhadap Korea, tetapi ditentang oleh Okubo dan
Iwakura.(5)
5 Dalam tahun 1874, kerajaan Meiji telah
menggunakan diplomasi ubat bedil untuk memaksa Raja Kojong di Korea supaya
menandatangani satu perjanjian yang memberi hak keistimewaan perdagangan kepada
Jepun.
3.0 PERANG CHINA-JEPUN
Dasar luar Meiji telah membawa kepada
isu pengkajian semula perjanjian, penentuan batas sempadan dan keselamatan
negara. Isu-isu yang berkenaan dengan penentuan batas sempadan dan keselamatan
negara secara tidak langsung telah menjejaskan perhubungan Jepun dengan Korea,
Negara China dan Rusia. Berikutan dengan penggulingan kerajaan Shogun,
pemerintahan oligaki iaitu terdiri daripada empat buah keluarga (Itagaki,
Saigo,Okubo dan Iwakura) yang telah bekerjasama sejak beberapa lama tanpa
perselisihan besar, telah berselisih faham mengenai soal dasar luar negara.
Perselisihan ini berkenaan dengan bagaimana hendak mengendalikan perhubungan
dengan negara Korea pada masa hadapan. Itagaki dan Saigo mahukan Jepun supaya
mengamalkan satu dasar yang agresif terhadap Korea.Dalam menjalinkan hubungan luar
dengan Korea, satu rombongan telah dihantar ke negera Korea bertujuan untuk
memaksanya mengamalkan dasar buka pintu dengan Jepun. Tetapi orang Korea telah
menolak permintaan Jepun itu dengan mudah akibat permusuhan yang masih membara
diantara kedua-dua buah negara itu disebabkan peristiwa serangan Hideyoshi
dalam kurun ke-16. Saigo bersama suatu kumpulan penting dalam kerajaan
berpendapat bahawa satu pasukan tentera perlu dihantar untuk mengugut Korea dan
beliau sendiri akan mengepalai pasukan tersebut. Namun, dasar ini telah ditentang
oleh Okubo dan Iwakari yang telah mendebatkan bahawa walaupun Korea merupakan
suatu isu penting kepada Jepun, tetapi kerajaan harus menumpukan ke arah melaksanakan
proses transformasi Jepun kepada sebuah negara yang moden dan kuat.Mereka ini
sedar bahawa belum cukup masanya bagi orang Jepun hendak campur tangan di Korea
kerana mereka telah melihat dengan mata kepala mereka sendiri kekuatan negara-negara
besar di dunia ini dan bagaimana lemahnya negeri Jepun dalam lapangan perusahaan.
Tambahan pula, campur tangan di Korea akan melibatkan mereka dengan Rusia.
Perdebatan tersebut telah menyebabkan Itagaki dan Saigo meletak
jawatan.Walaupun kerajaan Meiji tidak menyerang Korea, namun ia telah bersikap
lebih tegas terhadap kerajaan Korea. Dalam tahun 1874, kerajaan Meiji telah
menggunakan diplomasi ubat bedil untuk memaksa Raja Kojong dari Korea supaya
menandatangani satu perjanjian yang memberi hak keistimewaan perdagangan kepada
Jepun. Krisis yang melibatkan antara Jepun dengan China dan Korea merupakan
faktor utama yangmembawa kepada tercetusnya Perang China-Jepun di Korea. Perang
China-Jepun Pertama 1894-1895 berlaku di Korea kerana kedua-dua kuasa tersebut
mempunyai kepentingan masing-masing di Korea.Peperangan ini berpunca daripada
persaingan Jepun dan China untuk menegakkan pengaruh masing-masing di Korea.
Sebenarnya Jepun mempunyai agenda yang tersendiri untuk menawan Korea. Bagi
Jepun, Korea telah menjadi isu penting dalam tahun 1880-an dan 1890-an
disebabkan beberapa faktor dalam negeri dan antarabangsa seperti politik, ekonomi
dan sosial. Keadaan ini didorong oleh fahaman imperialisme Barat yang telah mempengaruhi
pemimpin-pemimpin Jepun pada akhir abad ke-19. Mereka melihat bahawa dasar
imperialisme amat penting bagi sesebuah negara menunjukkan kekuatannya agar
mendapat pengiktirafan dunia. Pada masa yang sama telah timbul kekacauan di
Korea disebabkan konflik antara Jepun dan China. Faktor-faktor ini sekaligus
menjadi alasan utama Jepun untuk menguasai Korea hingga mencetuskan Perang
China-Jepun antara kedua buah negara tersebut.Kejayaan Jepun dalam Perang
China-Jepun Pertama telah memberi kejutan yang besar kerana ramai pemerhati
menjangkakan Jepun akan kalah disebabkan ketika itu Jepun masih tidak berupaya
untuk berperang kerana dianggap lemah oleh Barat. Lebih-lebih lagi China
dianggap sebagai negara gergasi dari segi saiz, penduduk dan sumber-sumber.
Namun kemenangan Jepun telah memperlihatkan kecemerlangan pasukan tentera Jepun
yang moden dan berdisplin. Kejayaan ini membuktikan bahawa dasar-dasar
yangdijalankan oleh Jepun telah membawa kejayaan kepada negara tersebut
terutama dalam bidang ketenteraan.
Perjanjian Shimonoseki yang
ditandatangani pada 17 April 1895 merupakan suatu kemenangan kepada Jepun oleh
kerana syarat-syarat yang diletakkan dalam perjanjian tersebut nyata memihak
kepada Jepun. Hal ini memandangkan sebelum ini perjanjian-perjanjian yang
ditandatangani oleh Jepun dengan kuasa-kuasa Barat dilihat sebagai tidak adil
kepada Jepun.Perjanjian Shimonoseki yang ditandatangani antara negara Jepun dan
China telah memberi banyak kelebihan serta menguntungkan Jepun. Antara
syarat-syarat paling penting perjanjian ini ialah Negara China mengakui
kemerdekaan dan autonomi Korea, Negara China terpaksa menyerahkan Semenanjung
Liaotung, Formosa dan Kepulauan Pescadores kepada Jepun, Negara China bersetuju
untuk membayar gantirugi sebanyak 230,000 taels atau lebih kurang US$150 juta.
Jumlah gantirugi ini sama nilainya dengan hampir 1/3 daripada pendapatan negara
Jepun dalam tahun 1895. Kawasan Weihaiwei yang dimiliki oleh negara China akan
diduduki oleh pihak Jepun sehingga gantirugi ini dibayar. Syarat seterusnya
empat pelabuhan baru telah dibuka oleh perdagangan asing iaitu Shasi,
Chungking, Soochow dan Hangchow. Dengan pengambilan Taiwan, Jepun telah menjadi
sebuah kuasa kolonial.
Perjanjian Shimonoseki ini dilihat
telah membuka jalan kepada Jepun untuk memperolehi konsesi-konsesi yang penting
dari segi strategik sehinggakan Jepun telah berjaya memonopoli kawasan-kawasan
penting yang berada di bawah naungan Tanah Besar tersebut. Peperangan Jepun
dengan China ini merupakan suatu titik tolak ke arah penglibatan Jepun dalam
peperangan dengan negara-negara selepas China, hal ini kerana, kesan peperangan
ini telah mengakibatkan Jepun memulakan dasar luarnya dengan negara Eropah yang
lain, antaranya Jepun telah terlibat dengan Perang Rusia-Jepun.Jepun juga telah
terlibat sama dalam Perang Dunia Pertama, 1914 dalam Era Taisho.Peperangan
dengan China dalam Perang China-Jepun Pertama juga telah membawa kepada
tercetusnya Perang China-Jepun Kedua pada 7 Julai 1937 hingga 9 September 1945 yang
lebih kepada perasaan dendam dan tidak puas hati China terhadap Jepun.Kesan
peperangan ini memperlihatkan penglibatan Jepun dalam perang dapat menonjolkan
imej Jepun sebagai sebuah negara moden dalam abad ke-19 dan 20 disebabkan oleh
dasar luar negaranya.
4.0 PERANG RUSIA-JEPUN
Pada 10 Februari 1904 telah berlaku
peperangan di antara Jepun dan Rusia, akhirnyaJepun menang.(8)
8 Perdana Menteri Rusia
memutuskan hubungan diplomatik dengan Jepun dengan menghalang laluan disungai
Yalu Korea. Pada malam 8-9 Februari satu amaran telah dikeluarkan oleh pihak
Jepun terhadapRusia di Port Arthur dan akhirnya peperangan terjadi. Rujuk buku,
Hugh Borton, Japan’s Modern Century From Perry To 1970, New York : The Ronald
Company, hlm, 273.
Korea merupakan isu utama berlakunya
peperangan ini. Rusia telah melaksanakan satu dasar perluasan yang agresif di
Asia Timur khususnya di Timur Laut Asia dan bertapak kukuh di Manchuria.(9)
9 Untuk mengukuhkan
perluasan kuasa, Rusia membina landasan keretapi Tran-Siberia (1891),
Panjanglandasan keretapi ini ialah 3500 batu yang dibina merentasi Manchuria
dan menghubungkan PelabuhanVladiyostok di Rusia dengan Pelabuhan Arthur yang
terletak di selatan Semenanjung Liaotung.
Kebencian Jepun terhadap Rusia
semakin kuat, ditambah lagi peristiwa campur tangan Rusia dalam menyerahkan Semenanjung
Liaotung kepada China.Faktor perang ini juga disebabkan tercetusnya Perikatan Inggeris-Jepun
1902.
Antara syarat-syarat Perikatan
Inggeris-Jepun iaitu, kedua-dua negara berjanji akan menjaga keamanan dan
keselamatan di Asia Timur, kedua-dua kuasa ini mengiktiraf kedaulatan China dan
Korea, kedua-dua negara mengiktiraf kepentingan istimewa masing-masing di
negara China dan kepentingan istimewa Jepun di Korea dan berjanji akan
berkecuali sekiranya salah satu di antara mereka menghadapi perang serta
perjanjian ini berlanjutan selama lima tahun. Tujuan sebenar Jepun mengadakan
perjanjian ini adalah untuk mendapatkan sokongan daripada negara luar untuk
membendung ancaman Rusia di Korea, oleh itu, Britain telah bersama-sama dengan
Jepun untuk menangani pengaruh Rusia di Asia Timur. Selepas perang Rusia-Jepun
Perikatan Inggeris-Jepun diperbaharui semula selama 10 tahun pada 1911.
Lantaran itu, Jepun dilihat mempunyai hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa
asing.
Melalui perikatan Inggeris-Jepun ini,
dapat dilihat bahawa Jepun telah mengamalkan dasar luar semasa pemerintahan
maharaja Meiji.Perasaan anti-Rusia merupakan pendorong utama peperangan ini.
Hal ini kerana perasaan anti-Rusia ini telah memuncak dalam kalangan
persatuan-persatuan ultranasionalis
seperti Kokuryukai.(13)
Beliau telah
menyebarkan dasar perluasan Jepun di seberang laut dan beliau telah mendesak
kerajaanMeiji memperluaskan kawasan pengaruh Jepun sejauh Sungai Amur di
Manchuria. Persatuan ini telahditubuhkan dalam tahun 1901 apabila
pejuang-pejuang kebangsaan yakin Jepun akan terpaksa menentangRusia. Salah satu
kerjanya adalah mengintip di Manchuria dan Siberia.
Perang ini telah meletus selepas 2
tahun Perikatan Inggeris-Jepun ditandatangani. Tindakan Jepun menyerang
negara-negara lain adalah untuk meluaskan pengaruhnya selain mengukuhkan
kedudukan ekonominya.Kesungguhan Jepun terserlah apabila Jepun menang dalam
kedua-dua perang tersebut.Ini memperlihatkan begitu pentingnya kawasan Korea
sebagai pelaburan utama Jepun pada ketika itu. Pelbagai perjanjian yang
dilakukan oleh Jepun supaya pengaruhnya diKorea tidak hilang dan secara tidak
langsung, secara realitinya Jepun telah mengamalkan dasar buka pintu dengan
dunia luar, perkara ini dapat meningkatkan imej Jepun sebagai negara moden
menjelang abad ke-19 dan ke-20.Kesan peperangan dengan Rusia, Perjanjian
Portmouth telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada 5 September 1905.(14)
14 Antara syarat-syarat Perjanjian Portsmouth
ialah, Semenanjung Lioatung kembali diserahkan kepada Jepun, Jepun mendapat
semula Port Athur dan sebahagian dari Pulau Sakhlin di Utara Hokkaido, Jepun diberi
hak menggunakan jalan kereta api Manchuria yang telah dibina oleh Rusia dan
seterusnya Jepun diberi hak istimewa ke atas Korea, justeru itu, Korea perlulah
menerima seorang residen Jepun di negaranya. Rujuk buku, Hugh Borton, Japan’s
Modern Century From Perry to 1970, New York TheRonald Press Company: hlm,
276-277.
Perjanjian ini menjadikan Jepun
semakin berkuasa dan menakluki Korea 1910. Dalam perjanjian ini, Rusia mengakui
kepentingan-kepentingan politik, tentera dan ekonomi Jepun di Korea. Kesan yang
ketara dalam peperangan ini ialah perluasan kuasa Jepun di Shakhalin dan
pengambilan Semenanjung Liaotung. Keunggulan Jepun di Korea diiktiraf oleh
Rusia. Dasar perluasan ini telah membawa Jepun ke negara China dan seterusnya
Asia Tenggara.
Sejak tahun 1868, Jepun muncul
sebagai negara yang moden dan kuat. Pemimpin-pemimpin Meiji sepert iMaharaja
Mutsushito telah memodenkan negara Jepun. Jepun mengubahsuai teknologi Barat
untuk kegunaannya. Jepun berjaya menewaskan negara China dalam Perang China-Jepun
pada 1894-1895. Pada tahun 1905, Jepun menewaskan Rusia dalam Perang
Rusia-Jepun. Kejayaan Jepun menjadikannya kuasa baru yang kuat di dunia.
Kejayaan tersebut membuktikan bahawa orang Barat dapat ditewaskan oleh orang
Asia.
5.0 ERA TAISHO (1912-1926)
Zaman Meiji merupakan sebuah era
kegemilangan Jepun di mana ia menjadi perintis kepada hubungan luar Jepun yang
lebih luas dan penuh konflik. Dengan kemangkatan Maharaja Mutsuhito (Maharaja
Meiji) pada 30 Jun 1912, Jepun telah ditadbir oleh anaknya pula, iaitu Maharaja
Taisho, yang bererti ‘kebaikan yang besar’. Hakikatnya, Taisho tidak sebijak
ayahnya, Maharaja Meiji. Keadaan kesihatan baginda yang sering terjejas
kadangkala mengundang masalah kepada prestasi dan tugas-tugas baginda sebagai
maharaja yang cekap.(16)
16 Namanya bersempena
memberi amaran tentang perkara buruk kepada rakyatnya, kerana ramai yang
bimbang dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam susunan masyarakat dan
dalam cara berfikir yang sedang berlaku kerana kesan perusahaan. Buku Richard
Storry,Sejarah Jepun Moden, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967, hlm.
118.
Maharaja Taisho sentiasa tidak sihat
dan kemudian, baginda menunjukkan tanda-tanda tidak siuman dari tahun
1921-1926.(17)
17 Baginda telah mangkat dan diganti oleh putera
sulungnya. Walau bagaimanapun, kelemahan Taisho tidak menjejaskan sistem
pentadbiran dan politik dalam negeri atau prestasi dasar luar Jepun dalam
tempoh1912-1926. Sila rujuk buku M. Rejendran,Sejarah Jepun, Kuala Lumpur:
Arenabuku Sdn. Bhd, 1988, hlm.116.
Dari segi politik dalam negeri,
tempoh ini memperlihatkan kepada kebangkitan golongan-golongan masyarakat dalam
Jepun sendiri. Begitu juga dengan hubungan luar Jepun, yang telah menjadi
perintis kepada pengeksploitasian sumber bagi memenuhi permintaan negara. Salah
satu caranya ialah dengan melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama. Sebaik
sahaja Era Taisho bermula, satu pergolakan politik telah bermula.Perdana
Menteri Saionji telah didesak oleh Angkatan Tentera Darat yang disokong oleh Yamagata
supaya membuat satu peruntukan perbelanjaan yang besar untuk tentera
baru.Beliau menolak usul tersebut dan disokong oleh sesetengah ahli Jemaah
Menteri yang lain kerana kedudukan kewangan Jepun tidak mengizinkan beliau
meluluskan perbelanjaan tersebut. Pelbagai krisis dalaman yang berlaku dalam
kerajaan Jepun pada masa itu seperti peristiwa perletakan jawatan Menteri
Perang Jepun, Jeneral Uehara, Perlembagaan Jepun dan persidangan Parlimennya
yang rumit, perlantikan Katsura sebagai Perdana Menteri Jepun yang baru
sememangnya menimbulkan pelbagai konflik dalaman Jepun.
Perkara yang paling ketara sekali
ialah peristiwa perlantikan Katsura yang telah mendapat tentangan daripada
ahli-ahli politik Jepun, manakala faktor
pertandingan ataupun persaingan politik antara Satsuma-Choshu juga
menjadi penyumbang kepada peralihan Zaman Taisho kepada Era Taisho yang lebih
terbuka dan demokrasi. Era Taisho telah memperlihatkan pengantian yang
berterusan terhadap pucuk pimpinan kerajaan Jepun di mana selepas pengunduran
Katsura, pentadbiran diambil pula oleh Yamamoto dan terakhir sekali oleh Osuma.
Penggantian ini memperlihatkan bagaimana pentadbiran dan perjalanan sistem
politik negara berjalan. Jika seseorang pemimpin itu tidak disukai, secara
automatik dia akan diganti oleh orang lain yang lebih berkaliber.Jika diteliti,
Era ini juga memperlihatkan satu zaman yang penuh dengan penyebaran ilmu dan
ideologi yang lebih membuka minda masyarakat Jepun pada masa itu. Peranan yang
dimainkan oleh akhbar-akhbar, dan kemajuan dalam bidang pendidikan semasa
Katsura menjadi Perdana Menteri telah menyebabkan rakyat terpengaruh dengan ideologi
yang dikemukakan oleh para ahli politik. Kebetulan, pada masa tersebut, Katsura
tidak disenangi oleh akhbar-akhbar Jepun, menyebabkan rakyat terpengaruh dengan
akhbar-akhbar dengan membenci Katsura. Mereka menggangap perlantikan Katsura,
dan kejatuhan Saionji telah dirancang oleh Suku Chonsu, dengan mengabaikan
peranan yang dimainkan oleh Parlimen. Kejatuhan Katsura, yang dirancang oleh
Ozaki Yukio telah menimbulkan kekalutan kepada Parlimen dan Negara Jepun
sendiri. Rusuhan-rusuhan telah meletus di Tokyo, Osaka, Kyoto, Kobe dan
tempat-tempat lain.Keadaan ini telah memaksa Katsura bersama-sama dengan jemaah
menterinya meletak jawatan dan sejak dari ini, telah bermula pemerintahan
sebuah kerajaan berparti di Jepun. Akan tetapi, hal sebaliknya telah berlaku di
mana, kerajaan Jepun telah diambil-alih oleh suku Satsuma, bukannya oleh Dewan
Perwakilan. Suku Satsuma membentuk perikatan dengan Parti Senyukai iaitu sebuah
parti yang besar dalam Dewan tersebut. Perdana Menteri Jepun yang baru iaitu
dari suku Satsuma, Yamamoto Gombei.Kepimpinan Yamamoto juga tidak lama ekoran
kes rasuah dan kejatuhan kerajaan beliau yang terlalu awal adalah tidak disangka
sama sekali. Pada masa ini juga, telah menyebabkan rusuhan berleluasa. Sekali
lagi, kepimpinan terus diganti dengan yang baru.
Selepas itu, Jepun berganti dengan
pemimpin baru iaitu Yamamoto, dan terakhir diganti dengan Okuma, iaitu seorang
yang terlampau menumpukan perhatiannya kepada Universiti Waseda yang telah
dibukanya beberapa tahun dahulu berbanding menumpukan perhatian kepada hal
ehwal politik negaranya.(20)
20 Okuma mula memegang
jawatan dalam musim bunga pada 1914, dia merupakan seorang pembangkangyang kuat
menentang oligaki suku yang lama di mana beliau sendiri ketika dulu, pernah
menjadi ahlinya.Beliau dianggap sebagai seorang yang memperjuangkan hak rakyat.
Pada mulanya, beliau menjalinkan hubungan
baik dengan Yamamoto tetapi tetapi, sejak Menteri Luar Negerinya, KatoTakaaki
mula berselisih faham dengan Yamamoto yang pada masa itu masih lagi berkuasa.(21)
21 Kato dilantik
menjadi Perdana Menteri Jepun pada Disember 1912 semasa Kerajaan Katsura
berkuasa.Selepas penamatan Katsura dalam politik sekitar 1913, beliau turut
dipaksa meletak jawatan dalam pentadbiran Jepun dan pada April 1914, belaiu
telah dilantik semula sebagai Menteri Luar iaitu apabilaOkuma dilantik menjadi
Menteri dan menubuhkan kerajaan baru.
Hal ini disebabkan dengan “Tuntutan
Dua Puluh Satu” yang dikumukakanoleh China. Peristiwa ini telah menjejaskan
hubungan antara Okuma dengan Yamamoto.(22)
5.1 JEPUN DAN PERANG DUNIA PERTAMA
Perang Dunia I (juga dinamakan Perang
Dunia Pertama dan nama dalam bahasa Inggeris lainnya: Great War, War of the
Nations, dan "War to End All Wars" (Perang untuk Mengakhiri Semua
Perang ) adalah sebuah konflik dunia yang berlangsung dari 1914 hingga 1918. Semasa meletusnya Perang Dunia
1, Jepun masih lagi tertakluk kepada Pakatan Inggeris Jepun.(23)
23 Jepun terlibat dalam Perang Dunia Pertama
pada 1914. hal ini dikaitkan dengan perikatan ataupun perjanjian yang telah
dibuat oleh Jepun dengan pihak Britain dibawah Perjanjian Anglo-Jepun
(Inggeris-Jepun) yang diperbaharui pada 1905 dan 1911.
Dalam perjanjian tersebut, ada
disebutkan jika mana-mana pihak sama ada Jepun atau Great Britain diserang oleh
pihak ketiga, salah sebuah negara tersebut perlu menolong dan memberikan
bantuan. Perminataan bertulis ini disebutkan dalam artikel II, Perjanjian
Anglo-Jepun 1902.Keadaan ini menjelaskan penglibatan Jepun dalam Perang Dunia
Pertama. Dalam perang ini, Jepun hanya membekalkan perlindungan dan keperluan
keselamatan kepada Pihak Bersekutu yang diketuai oleh Britain.Menurut
perjanjian tersebut, telah dinyatakan sekiranya salah sebuah negara tersebut,
iaitu Jepun atau British diganggu oleh pihak ketiga, masing-masing akan saling
bergantungan dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Oleh itu, semasa tercetusnya
Perang Dunia Pertama, Jepun telah memberikan bantuan kepada Britain kerana
mereka harus akur dengan syarat-syarat perjanjian tersebut.Hal ini dibuktikan
pada 7 Ogos 1914, Duta British di Tokyo telah berunding dengan pihak Pejabat
Luar negeri secara formal supaya memberikan bantuan kepada Jepun untuk mengusir
kapal-kapal Jerman dari negara China dan Lautan Pasifik. Ekoran perjanjian ini
juga, Jepun telah mengumumkan bahawa mereka akan menyertai perang dengan Pihak
Bersekutu yang diketuai Britain. Kato, Menteri Luar Negeri Jepun yang juga seorang
yang berpegang kuat kepada Perjanjian Inggeris-Jepun telah berjaya menyakinkan
Kabinet supaya menyertai perang tersebut untuk kepentingan Jepun. Apabila Great
Britain mengisytiharkan perang terhadap negara Jerman pada 4 Ogos 1914, banyak
organisasi di Jepun menuntut supaya Jepun menyertai Britain untuk berperang
dengan Jerman.(27)
27 Hal ini dikaitkan dengan Campurtangan Tiga Pihak 1895, yang telah memaksa
Jepun menyerahkan Liaotung kepada China. Perisiwa ini juga dikaitkan dengan
Perjanjian Shimonoseki, 17 April 1895 yang diadakan antara Jepun dengan China.
Pada mulanya, melalui perjanjian ini, China telah mengesahkan pendudukan Jepun
dibeberapa tempat yang menjamin kemajuan ekonomi dan politik Jepun. Perjanjian
ini juga telah membuka jalan kepada Jepun untuk mendapatkan konsesi-konsesi
penting dari Tanah Besar China. Tetapi campur tangan diplomatik antara Rusia,
Perancis dan Jerman telah mengagalkan usaha Jepun ini. Mereka merancang untuk
menyerang Jepun sekiranya Jepun enggan memulangkan balik tanah-tanah yang
diperolehi tadi kepada China. Kesannya, pada 5 Mei 1895, , Jepun bersedia untuk
memulangkan Semenanjung Liaotung kepada China dan Campurtangan Tiga Kuasa
membangkitkan rasa benci Jepun terhadap Rusia yang telah mendapat kuasa di
Liaotung. Sejak dari itu, Jepun telah kehilangan pelbagai lagi kawasan di
negara China.
Ekoran Perang Dunia Pertama, semua
kuasa Barat telah menumpukan perhatian kepada konflik yang berlaku di Eropah di
antara Pihak Bersekutu, (iaitu Britain, Perancis dan Rusia) dengan pihak
Perikatan yang diketuai Jerman. Keadaan ini memberi peluang kepada Jepun untuk
mengintai peluang dalam mengembangkan kepentingannya di China dan seterusnya
menyebabkan terjadinya peristiwa ‘Tuntutan Dua Puluh Satu’.
5.2 JEPUN DAN TUNTUTAN DUA PULUH SATU
Sebenarnya, idea perluasan kuasa di
China telah mendapat sokongan banyak pihak terutama oleh pemimpin-pemimpin
ultranasionalisme seperti Toyama, Uchida, Sugiyamayang yang berperanan mendesak
Kerajaan Taisho dalam memulakan perluasan kuasa di China.Tuntutan Dua Puluh
Satu bolehlah dianggap sebagai satu percubaan Jepun bagi meletakkan China di
bawah pengawasannya dan Perang Dunia Pertama yang lebih menjurus ke arah negara
Eropah telah mengalihkan perhatian Barat, lebih-lebih lagi Britain dari negara
China.(28)
28 Dulu, China bergantung kepada Britain untuk
mendapatkan sokongan kewangan, diplomat dan moraldalam usaha mendapatkan
kemerdekaan untuk bertindak menentang Jepun yang sekarang telahpunmengambilalih
tempat Rusia di Manchuria Selatan, Ibid, Sejarah Jepun Moden,hlm. 120.
Istilah “Tuntutan Dua Puluh Satu”
merujuk kepada suatusenarai yang mengandungi dua puluh satu tuntutan yang
dikemukakan oleh Jepun ke atasChina pada bulan Januari 1915. Keseluruhan
tuntutan tersebut merupakan satu strategiyang dijalankan oleh Jepun bagi
meluaskan kuasa di China. Idea ini telah dikemukakan oleh Menteri Luar Negeri
Jepun (Duta Jepun ke Britain), Kato pada 1912.(29)
29 Beliau seorang penganjur kepada Perjanjian
Inggeris-Jepun, dan juga berperanan memujuk KabinetJepun unutk menyertai Perang
Dunia Pertama. Selain itu, beliau juga perancang utama “Tuntutan DuaPuluh Satu”
yang pada beliau dianggap penting bagi melakukan proses transformasi Negara
China kepadasebuah negara naungan Jepun.
Sejak awal lagi, iaitu pada 1912,
Kato menyedari tentang keperluan Jepun dalam menakluki Manchuria Selatan dan
Kawasan Dalaman Mongolia yang dianggap berpotensi dan memiliki kepentingan
ekonomi dan politik yang semakin bertambah. Selain itu, faktor ketegangan
politik di China dan peranan Rusia yang semakin menunjukkan minat ke atas Kawasan
Luar Mongolia menjadi punca kepada Kato dalam mengemukakan Tuntutan tersebut.
Pada Disember 1912, Kato menjadi Perdana Menteri Jepun dan bermula dari ini, Kato
mendesak Kerajaan Taisho mengamalkan dasar yang lebih agresif terhadap China untuk
mengukuhkan kepentingan ekonomi dan politik Jepun di China.Penglibatan Kato
dalam Tuntutan Dua Puluh Satu sememangnya tidak dapat dinafikan. Sememangnya
penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Pertama membuka mata Barat bahawa Jepun
bukannya boleh dibuat main-main. Kebangkitan ketenteraan semenjak Meiji dan
kekalahan China dan Rusia dalam beberapa siri peperangan sebenarnya menjadi
bukti bahawa Jepun tidak mudah menyerah kalah demi mencari kepentingan mereka
di seluruh dunia. Akan tetapi, kegagalan Kato menangani isu Tuntutan Dua Puluh
Satu telah menyebabkan kepincangan dalam Kerajaan Okuma itu sendiri. Walaupun
pada mulanya, Jepun memenangi perang tersebut dengan merampas kepentingan dan
kepunyaan Jerman di Shantung, namun kesilapan dan kebodohan Kato memusnahkan
segalanya.Beliau mungkin dapat mengantikan pengunduran Jepun dari Shantung
dengan pemberian tanah-tanah di China yang lebih bernilai iaitu di Manchuria Selatan
dan Mongolia Tengah dalam Peristiwa Manchuria dalam tahun 1931.(31)
31 Perang China-Jepun Kedua (7 Julai 1937 – 9
September 1945), juga dikenali sebagai Perang Menentang Jepun, ialah perang
utama antara Republik China dan Empayar Jepun sebelum dan semasa Perang Dunia
II. Walaupun kedua-dua pihak telah menyerang
satu sama lain, mulai dari tahun 1931, perang telah berlaku secara
besar-besaran pada tahun 1937 dan hanya diakhiri dengan penyerahan Jepun pada
tahun1945. Pencerobohan adalah satu
strategi yang dilakukan oleh Tentera Diraja Jepun sebagai sebuah rancangan besar untuk menguasai China. Sebelum tahun
1937, kedua-dua pihak telah melancarkan serangan yang digelar
"peristiwa." Penaklukan Manchuria oleh Jepun pada tahun 1931 dikenali
sebagai "Peristiwa
Mukden".http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_China-Jepun_Kedua.
Kato yangmenerima satu rancangan
bertindak daripada seorang pegawai Kementerian Luar Negeri, Koike Chozo dan
seorang wakil tentera di Peking di samping mendapat sokongan Okuma dan
ahli-ahli jemaah yang lain telah melaksanakan Tuntutan Dua Puluh Satu. Tuntutan
ini telah disusun di antara bulan Ogos dan Disember 1914. Tuntutan Dua Puluh
Satu telah dikemukakan oleh Hioki, Menteri Jepun ke China untuk diserahkan
kepada Yuan Shih Kai.Tuntutan Dua Puluh Satu telah dibahagikan kepada lima
kumpulan untuk dikemukakan kepada Yuan Shih Kai, Presiden Negara China. Secara
umumnya, tuntutan-tuntutan tersebut meliputi hal-hal seperti pemindahan
tanah-tanah pajakan Jerman di Shantung kepada Jepun dan meluaskan lagi hak
Jepun di Manchuria Selatan, selain tuntutan-tuntutan supaya kerajaan China
mengambil orang-orang Jepun sebagai penasihat-penasihat politik, kewangan dan
tentera, di mana polis Jepun perlu diberikan kuasa mentadbirkan bandar-bandar
yang penting, lebih daripada separuh bahan-bahan perang China mestilah dibeli
dari Jepun.
Antara senarai-senarai yang terdapat
dalamTuntutan Dua Puluh Satu ialah:
Kumpulan Pertama
Ia terdiri daripada empat artikel
yang merujuk kepada Wilayah Shantung. Jepun telah memaksa China supaya
mengiktiraf hak Jepun untuk menyelesaikan dengan negara Jerman berkenaan dengan
hak dan konsesi-konsesi Jerman di Wilayah Shantung. Jepun turut memaksa China
supaya berjanji tidak akan menyerah atau menyewakan Wilayah Shantung kepada
mana-mana kuasa lain. Jepun turut menuntut untuk membina sebuah landasan
keretapi yang menghubungkan Chenfu atau Lungkow dengan Kiaochow. Jepun juga
seperti biasa telah mendesak China untuk membuka bandar-bandar utama kepada
pendatang-pedatang asing untuk tujuan kediaman dan perniagaan.
Kumpulan Kedua
Ia mengandungi tuntutan terhadap
kawasan Manchuria Selatan dan Mongolia Dalam.Jepun mahu China teruskan selama
sembilan tahun lagi penyewaan Jepun ke atas Pelabuhan Arthur, Dairen, Landasan
Keretapi Manchuria Selatan dan Landasan Antung-Mukden. Tuntutan-tuntutan lain
ialah mengenai kebebasan perjalanan dan perdagangan yang sepenuhnya untuk
rakyat Jepun di Manchuria Selatan dan bahagian Timur Mongolia Dalam. Ini
bermakna, China harus memberikan kebenaran atau permit melombong kepada
orang-orang Jepun di kawasan tersebut manakala China tidak boleh mendapat
pinjaman atau memberi pinjaman atau kuasa bagi mebina landasan keretapi di
kawasan tersebut tanpa kebenaran Jepun, di samping melantik penasihat-penasihat
politik, kewangan, militari terdiri daripada orang-orang Jepun dan terakhir
ialah Jepun mahu kuasa kawalan ke atas landasan keretapi Kirin-Changchun dari
China selama sembilan tahun lagi.
Kumpulan Ketiga
Ia berkenaan dengan Syarikat
Hanyehping di mana Jepun mahu menjadikan syarikat ini sebagai sebuah firma pengkongsian
antara China dan Jepun.
Kumpulan Keempat
Deklarasi yang dibuat oleh China
bahawa mereka tidak akan menyerahkan atau memberi mana-mana pelabuhan sebagai
konsesi kepada sebarang kuasa asing.
Kumpulan Kelima
Dalam kumpulan ini, mengandungi
senarai tuntutan-tuntutan yang mendatangkan kontroversi. Antara tuntutan yang
terkandung ialah China harus mengambil orang-orang Jepun yang berpengaruh
sebagai penasihat politik, ekonomi dan militari. China juga perlu memberi hak
dan kuasa kepada rakyat serta organisasi-organisasi Jepun untuk membina hospital,
sekolah, kuil-kuil di pedalaman China. China perlu mendapatkan bekalan senjata
daripada Jepun dan menubuhkan gudang senjata di bawah kawalan bersama China-Jepun.
China perlu bersetuju tubuhkan pasukan polis bersama Jepun apabila diperlukan.
Kerajaan Peking juga harus memberikan hak kepada rakyat Jepun untuk menjalankan
dakwah di kawasan pedalaman.Terakhir ialah Jepun telah menuntut kuasa bagi
membina landasan-landasan keretapi di kawasan Yangtze di samping menuntut Tokyo
berunding dengan China berkenaan dengan modal dan bantuan bagi membangunkan
Fukien. Jika dikaji, tuntutan kelima ini jika dilaksanakan akan meletakkan
China di bawah pengaruh dan naungan Jepun.
Kato sedar bahawa Tuntutan Dua Puluh
Satu akan membangkitkan pembantahan kuasa-kuasa asing di China seperti Amerika,
Perancis, Britain dan lain-lain. Penyertaan kuasa-kuasa barat dengan perang di
Perang Dunia Pertama, terutama Britain memberi peluang kepada Jepun untuk
menundukkan China terhadap tuntutan Jepun sebelum kuasa-kuasa Barat lain masuk
campur. Kato mengingatkan Hioki yang menyampaikan tuntutan tersebut kepada Yuan
Shih Kai pada 18hb Januari 1915 supaya tegas dengan tuntutan tersebut dengan
memaksa China menerima semua tuntutan tersebut. Hioki telah mengugut Yuan Shih
bahawa Jepun akan menyokong Sun Yat Sen, iaitu musuh ketat Yuan sekiranya
enggan menerima tuntutan tersebut. Rancangan Kato gagal kerana Yuan sengaja
melambatkan penerimaan tuntutan tersebut.(34)
34 Yuan melambatkan
tuntutan tersebut untuk mendapatkan bantuan luar terutama daripada Amerika dan
Britain. Beliau juga sedar bahawa kato pada masa itu sedang dikritik hebat oleh
Genro tentang pengendalian isu Tuntutan Dua Puluh Satu.
Rundingan masih berjalan antara China
dengan Jepun.Beberapa pertubuhan di China seperti Doshikai dan Persatuan
Anti-Jepun di Shanghai sedang mendesak Yuan menentang habis-habisan Tuntutan
Dua Puluh Satu. Langkah tegas Yuan dalam menangani isu ini mengundang kemarahan
Hioki. Beliau mahu kekerasan digunakan keatas Yuan supaya tuntutan tersebut
dituruti. Oleh itu, beliau minta Tokyo keluarkan arahan kepada China. Pada masa
ini, Kato berada ditengah-tengah jalan, iaitu sama ada mahu memperkenankan
permintaan Hioki ataupun mencari jalan pendamaian. Beliau sendiri mahukan
kedamaian. Manakala pihak-pihak tentera darat dan persatuan ultranasionalis
seperti Kokuryukai mahu kata dua diberikan kepada China seperti mana kehendak
Hioki. Hasil perundingan antara parti-parti pembangkang seperti Genro dan Diet
pada 6 Mei 1915, telah mencapai persetujuan iaitu memaksa China memberikan kata
putus berkenaan isu ini.(35)
35 Kepimpinan Kato
dikritik hebat oleh kedua-dua parti pembangkang ini. Hasil perundingan, mereka
telah mengeluarkan tuntutan Kumpulan Kelima daripada Tuntutan Dua Puluh Satu di
mana tuntutan tersebut akan dibincangkan secara berasingan dengan China pada
masa hadapan.
Yuan Shih telah diberi masa 48 jam
untuk memberi jawapan berkenaan tuntutan tersebut dan ia dimenterai dengan
persetujuan China denganKumpulan I-1V pada 9 Mei 1915.
Kesan-Kesan Tuntutan Dua Puluh Satu
Jepun menuntut terlalu banyak
daripada yang sepatutnya mereka dapat. Kelewatan menarik balik tuntutan
tersebut telah menimbulkan pelbagai kesan kepada Jepun.Antaranya ialah
kebangkitan semangat anti-Jepun di China, yang merosakkan perniagaan Jepun
dengan China. Negara-negara Eropah tidak ada masa untuk memantau keadaan yang
berlaku di Jepun dan China. Walaupun Menteri Luar British telah memberi amaran kepada
duta Jepun di London, supaya Kato tidak melampau dalam tuntutannya, namun di California
telah wujud perasaan anti-Jepun di mana ahli-ahli politik telah menggunakan
prasangka bangsa menyalahkan orang ramai menentang kemasukan orang Jepun ke Amerika.
Oleh itu, Tuntutan Dua Puluh Satu menjadi simbol perpaduan kepada pencinta tanah
air China dan menyebabkan Jepun kehilangan ramai kawan di dunia luar. Kesan daripada
ini ialah penarikan balik tuntutan kelima daripada Tuntutan Dua Puluh Satu serta
persetujuan China, walaupun terpaksa menandatangani persetujuan pemindahan kepentingan
Jepun di Shantung kepada Jepun dan memberikan hak istimewa kepada Jepun di
Manchuria Selatan dan Timur Mongolia Tengah. Pemberian ini terdiri daripada
empat kumpulan tuntutan sahaja.
Tuntutan ini juga membawa perubahan kepada
hubungan Jepun-Amerika. Selepas tahun 1915, Jepun tidak lagi mendapat
penghormatan yang tinggi. Jepun mula dikenali sebagai sebuah negara yang
menindas negara yang lemah dan walaupun Jepun berkelakuan baik dengan China
sebagaimana mereka lakukan pada tahun-tahun 1920-an, mereka tidak mendapat
penghargaan yang sewajarnya. Walaupun pada dasarnya, Jepun telah berjaya
melaksanakan cita-citanya tetapi reputasinya di peringkat antarabangsa telah
tergugat akibat pelaksaan Tuntutan Dua Puluh Satu. Jepun kehilangan hubungan
persahabatan dengan China dan digelar sebagai sebuah kuasa imperialisme.
Kuasa-kuasa antarabangsa yakin bahawa China telah diugut dan dipaksa menerima
tuntutan tersebut.
Manakala di Jepun, Menteri Luar
Jepun, Kato telah dicela dan kedudukan beliau tergugat disebabkan krisis
Tuntutan Dua Puluh Satu. Kato terkenal dengan pengetahuan luasnya tentang dunia
dan beliau pernah menjadi Duta Jepun di London. Terdapat ramai yang benci
dengan usaha yang dibuat Kato kerana dasar yang dilaksanakan Kato menyebabkan
Jepun dibenci oleh China. Orang yang paling benci dengan Kato ialah Yamagata
yang sedaya upaya merancang perlucutan jawatan Kato.Namun, atas jasa Kato,
kesemua tuntutan tersebut telah diterima oleh rakyat Jepun dengan baik yang memberikan
kemenangan kepada kerajaan Okuma di dalam pilihan raya 25 Mac, 1915.Walaupun
Kato meletak jawatan dari Kerajaan Okuma, beliau tetap menjadi Perdana Menteri
Jepun pada 1924.
Pada 9 Mei 1915, Yuan Shih telah
memberikan kata putus dan menerima Kumpulan I-IV dan ia ditandatangani pada 25
Mei 1915. Bahagian utama perjanjian ini adalah berkenaan dengan wilayah
Shantung, Manchuria Selatan dan Timur Mongolia Dalam. Berkaitan dengan isu
Semenanjung Shantung, China tertakluk kepada arahan Jepun dan mesti menerima
segala perkara yang ditetapkan oleh Jepun berkenaan dengan konsesi Jerman dan
memberikan pemodal Jepun pilihan pertama bagi pinjaman landasan keretapi di
Shantung. China bersetuju untuk teruskan penyewaan 99 tahun Pelabuhan Arthur
dan Dairen. Jepun turut bagi kebebasan kepada China untuk mengendalikan landasan
keretapi Manchuria Selatan dan semua perjanjian ini disahkan semula pada 7Jun
1915.
6.0 PERSIDANGAN VERSAILLES.
Penyertaan nominal Jepun dalam Perang
Dunia Pertama telah membawa banyak faedah kepada negara tersebut dari segi
ekonomi dan imejnya telah meningkat dalam perhubungan antarabangsa. Jepun juga
telah muncul sebagai sebuah kuasa angkatan laut yang utama di kawasan Pasifik.
Jepun, dengan pantas dapat menggantikan kuasa Jerman di China dan Lautan Pasifik
melalui Perjanjian Versailles pada 1919. Tambahan pula, Jepun telah mengukuhkan
kedudukan barunya di Asia Timur dengan memaksa China menandatangani Tuntutan
Dua Puluh Satu. Kepentingan utama Jepun dalam Perjanjian Versailles telah
mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi dan politiknya di benua Asia dan Lautan
Pasifik.
Perjanjian Versailles merupakan satu
daripada lima perjanjian yang ditandatangani semasa Persidangan Damai Paris
pada bulan Januari1919. Perundingan ini diketuai oleh lima kuasa besar yang
berjaya dalam Perang Dunia Pertama iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali
dan Jepun. Namun, Itali telah keluar dari
persidangan tersebut pada 24 April 1919 akibat konfliknya dengan
Presiden Wilson iaitu pengerusi Persidangan ini berkenaan dengan tuntutannya ke
atas Adriatik. Delegasi Jepun yang diketuai oleh Saionji telah mengambil
bahagian aktif dalam isu-isu kepentingan Jepun. Terdapat tiga isu yang menjadi
keutamaan Jepun ketika itu iaitu isu hak
penghapusan dan kuasa Jerman di Shantung, penghapusan kuasa takluk
Jerman ke atas pulau-pulau di Lautan Pasifik dan perbincangan mengenai
deklarasi persamaan perkauman yang telah dipelopori oleh Jepun. Misi Jepun
dalam Persidangan Versailles telah membawa kejayaan kerana dua daripada tiga
tuntutan yang dikemukakan oleh Jepun telah berjaya diperolehi negara
tersebut.Pertamanya mengenai isu tuntutan Jepun ke atas Shantung telah berjaya walaupun
ditentang oleh rombongan China yang diketuai oleh C.T Wang dan WellingtonKoo.
Kejayaan terhadap tuntutan Jepun ini disebabkan adanya sokongan daripada
negara-negara Great Britain, Perancis dan Itali. Amerika Syarikat yang pada
mulanya menyokong pendirian China akhirnya terpaksa berpihak kepada Jepun
setelah diancam dengan penarikan diri Jepun. Hal ini kerana sokongan Jepun
penting untuk menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selain negara
Perancis dan Britain. Lebih-lebih setelah pengunduran Itali. Jepun akhirnya
telah berjaya bertapak kukuh di Shantung dengan pengiktirafan Kuasa-Kuasa
Bersekutu.Jepun juga telah berjaya dalam objektifnya yang kedua iaitu mengenai tuntutannya
untuk memiliki pulau-pulau takluk Jerman di Lautan Pasifik yang terdiri daripada
Pulau Caroline, Marshall dan Marianas. Walaupun tuntutan Jepun ini telah melanggar
prinsip tidak menceroboh tetapi negara matahari terbit itu telah berjaya mendapatkannya
atas sokongan daripada Britain dan Perancis. Wilson yang menghadapi tekanan
daripada Britain dan Perancis juga akhirnya bersetuju menyerahkan pulau-pulau ini
kepada Jepun. Namun, Jepun tertakluk di bawah mandat Bangsa-Bangsa
Bersatu.Pulau-pulau Pasifik ini telah diberi status Mandat Kelas C, dimana
Jepun tidak dibenarkan membina benteng pertahanan tentera di pulau-pulau ini.
Ini tidak penting kepada Jepun kerana negara tersebut telah memperolehi kuasa
sepenuhnya ke atas pulau - pulau Pasifik ini. Dengan ini, apabila Perjanjian
Versailles ditandatangani pada 28 Jun1919, Jepun telah pun mencapai
objektif-objektifnya untuk menjamin kedudukannya di Shantung dan juga menguasai
hak milik Jerman di Lautan Pasifik.
Walaubagaimanapun Jepun telah gagal
dalam satu isu lain berkenaan dengan persoalan persamaan perkauman. Di persidangan
tersebut, Jepun telah membantah kemasukan klausa “persamaan ras”. Tuntutan
Jepun menghendaki agar satu fasal persamaan perkauman dimasukkan dalam
Bangsa-Bangsa Bersatu telah ditolak oleh Amerika Syarikat dan Britain atas
sebab kekurangan sokongan.Di Amerika sebenarnya,orang-orang dari Timur pada
mulanya tidak layak untuk menerima hak atas dasar ras. Di California dan negara
Barat lain, anak mereka telah diasingkan di sekolah dan dinafikan hak mereka
untuk mendapatkan tanah.Kekalahan Jepun dalam tuntutan tersebut telah menyebabkan
imigran-imigran Jepun menghadapi diskriminasi. Rakyat Jepun telah berharap
bahawa dengan memasukkan satu fasal mengenai persamaan perkauman kedalam Piagam
Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat terpaksa mengurangkan diskriminasi
perkaumannya terhadap imigran-imigran Jepun terutamanya di kawasan California
dan Hawaii. Harapan Jepun untuk melonggarkan diskriminasi perkauman terhadap
imigran-imigran Jepun di Negara Amerika telah hancur sama sekali.
Walaupun Jepun secara keseluruhannya
telah berjaya mencapai objektifnya di Persidangan Versailles, namun persoalan
Shantung masih belum selesai kerana Presiden Amerika yang baru iaitu Presiden
Harding dan ramai pemimpin-pemimpin Amerika yanglain berpendapat bahawa Jepun
harus memulangkan Shantung kepada China. Sekali lagi Jepun telah terlibat sama
dalam Persidangan Washington, 1922 disebabkan isu mengenai Shantung. Dalam
persidangan ini isu mengenai Shantung telah berjaya diselesaikan.
7.0 PERSIDANGAN
WASHINGTON.
Persidangan Washington termeterai
kerana didorong oleh hasrat Amerika Syarikat, Britain, dan juga Jepun untuk
mencari penyelesaian kepada peningkatan persaingan kedudukan angkatan tentera
laut antara ketiga - tiga kuasa tersebut serta keperluan bagi menggantikan
Perikatan Inggeris - Jepun yang mendapat penentangan yang keras dari Amerika
Syarikat. Selain itu, isu Shantung juga menjadi salah satu faktor yangmendorong
kepada persidangan ini.Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama Britain, Amerika
Syarikat dan Jepun mendapati bahawa mereka terlibat dalam suatu persaingan
kekuatan angkatan tentera laut yang besar dan mahal. Amerika misalnya mendapati
bahawa persaingan ini telah menjadi bebanan hutang yang besar. Oleh hal yang
demikian, Amerika merasakan bahawa negara tersebut perlu bertindak mengadakan
genjatan senjata. Hasrat tersebut tercapai setelah Harding memenangi
pilihanraya Amerika pada tahun 1920. Selaras dengan manifestonya yang ingin
menyegerakan genjatan senjata terhadap kuasa - kuasa besar. Selain itu, Amerika
juga berhasrat untuk mengawal kekuatan tentera Jepun yang dianggap sebagai ancaman
utama kepada kedudukan Amerika Syarikat di rantau Pasifik.Selain itu, kerajaan
Jepun juga ingin mengakhiri persaingan kekuatan Angkatan Tentera Laut di Lautan
Pasifik. Kerajaan Jepun sedar bahawa pembinaan kapal perang Nagato dan Mutsu (45)
yang telah dibina selepas Perang Dunia Pertama dan pembinaan lapan buah kapal
perang dan lapan buah kapal pembinasa lagi yang bakal disiapkan menjelang tahun
1928 akan menjadi bebanan kewangan yang besar ke atas ekonomi Jepun. Hal ini
juga akan menyebabkan berlakunya persaingan tentera laut terutamanya dengan
Amerika Syarikat yang telah dikenalpasti sebagai musuh utama Jepun. Pemimpin Jepun
meyedari bahawa Jepun tidak akan dapat menandingi Amerika Syarikat atau Britain
dari segi teknikal mahupun kewangan dalam persaingan bagi meningkatkan kekuatan
pertahanan Angkatan Tentera Lautnya. Oleh hal yang demikian Jepun telah mengambil
langkah dengan lebih menekankan ke arah kegiatan perdagangan sebagai salah satu
cara untuk memajukan negara.
45 Kapal Nagato dan
Mutsu merupakan kapal yang dibina selepas Perang Dunia Pertama. Merupakan
kapalyang paling besar dan termahal di dunia.
Sehubungan dengan itu juga, Britain
seperti Amerika dan Jepun juga berhasrat untuk menamatkan persaingan tersebut.
Britain yang sedang menghadapi masalah kewangan yang serius akibat daripada
peperangan sudah tidak mampu lagi untuk melibatkan diri dalam persaingan
kekuatan tentera laut bersama Amerika Syarikat dan Jepun. Menyedari hakikat
tersebut, ketiga-tiga negara tersebut telah bersetuju untuk mengadakan satu
persidangan yang dikenali sebagai Persidangan Washington.Selain daripada faktor
untuk menamatkan persaingan militari, faktor bantahan keras Amerika Syarikat
terhadap Perikatan Inggeris – Jepun yang membentuk dasar luar Jepun 1902- 1920
juga menjadi faktor persidangan perlu diadakan. Amerika inginkan pembatalan
Perikatan Inggeris Jepun.(47)
47 Perikatan Inggeris
Jepun telah ditandatangani pada tahun 1902 dan telah diperbaharui dalam tahun
1915.
Amerika Syarikat melihat Perikatan
Inggeris-Jepun dengan sikap curiga. Hal ini kerana dalam perjanjian tersebut
mengkehendaki Britain wajib menyebelahi Jepun jika berlaku peperangan antara
Jepun dengan Amerika Syarikat. Selain itu, beberapa buah negara dari lingkungan
Komanwel British seperti Kanada juga inginkan supaya perikatan tersebut
dibatalkan dan menggantikannya dengan sebuah perjanjian pelbagai kuasa yang
lebih luas yang meliputi rantau Pasifik.Menjelang bulan Julai 1921, Washington
dan London telah bersetuju untuk mengadakan persidangan untuk menyelesaikan
isu-isu di Lautan Pasifik terutamanya mengurangkan persaingan kekuatan tentera
laut, kedudukan Jepun di Shantung, keutuhan dan kedaulatan Negara China,
pembaharuan Perikatan Inggeris-Jepun dan juga status Pulau Yap yang menjadi
faktor perselisihan di antara Amerika Syarikat dan juga Jepun.Pada 11 Ogos
1921, Amerika Syarikat dengan rasminya menjemput lapan buah kuasa iaitu
Britain, Perancis, Itali, Jepun, Belgium, China, Belanda dan Portugal untuk
menghadiri persidangan Washington. Walaupun Jepun menyokong persidangan untuk
menghadkan penggunaan senjata, tetapi pada awalnya persidangan tersebut telah menimbulkan
rasa curiga Jepun kerana idea persidangan tersebut yang ingin membincangkan
tentang isu- isu seperti Shantung dan lebih pentingnya China yang dianggap
berada di bawah pengaruhnya. Pendiri tegas Amerika meyebabkan Jepun terpaksa
akur. Antara isu- isu persidangan tersebut ialah:
1. Kuasa - kuasa laut besar perlu
menghentikan pembinaan kapal- kapal perang selama 10 tahun.
2. Pengurangan penggunaan dan juga
pembinaan kapal perang.
3. Mewujudkan nisbah 5:5:3 bagi
Angkatan- angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat, Britain dan Jepun. Perancis
dan Itali akan berada pada nisbah 1.75 : 1.75.
4. Penggantian kapal dihadkan oleh
perjanjian kepada 500,000 tan bagi Amerika Syarikat dan Britain kepada 300,000
tan bagi Jepun.
5. Nisbah - nisbah yang seumpama
ditetapkan bagi pengangkut-pengangkut kapalterbang dan kapal- kapal selam.
Persidangan tersebut terbahagi kepada
dua bahagian iaitu jawatankuasa genjatan senjata jawatankuasa mengenai
masalah-masalah kawasan Asia Timur dan Pasifik. Pada awalnya persidangan
tersebut telah membincangkan isu Perjanjian Inggeris-Jepun. Britain mahu memperluaskan
perikatan tersebut supaya meliputi Amerika Syarikat tetapi dibantah oleh Hughes.(48)
48 Hughes merupakan Setiausaha Negara Amerika
Syarikat.
Beliau mencadangkan sebuah perjanjian
Empat-Kuasa yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Jepun, Britain dan juga
Perancis. Dalam perjanjian ini, keempat-empat kuasa berjanji untuk menghormati
atau mengiktiraf milik satu sama lain di LautanPasifik. Mereka juga telah
bersetuju untuk berunding bersama bila-bila masa apabila sesuatu kontroversi
timbul mengenai hak-hak mereka di kawasan Pasifik.
Perjanjian Tentera Laut Washington
telah memberi Jepun kuasa di Pasifik Barat dan pegangan kuat ke atas jalan
masuk ke pantai China. Fasal mengenai pertahanan juga telah mempertingkatkan
keselamatan Jepun itu sendiri kerana Amerika Syarikat telah bersetuju tidak
akan mendirikan pengkalan pertahanan di Pulau Guam dan Filipina yang terletak
lebih dekat dengan negara Jepun.
Mengenai isu China, Hughes telah
menganjurkan supaya dasar “ Pintu Terbuka “ bagi China di samping mendesak
bahawa keutuhan wilayah dan pentadbiran China harus dijamin oleh semua negara
yang hadir di persidangan tersebut. Pada 6 Febuari 1922, Pakatan Sembilan-Kuasa
telah ditandatangani oleh negara China, Belgium, Itali, Belanda, Portugal,
Amerika Syarikat, Britain dan juga Jepun. Mereka berikrar untuk:
1. Menghormati kedaulatan, kemerdekaan
serta keutuhan kawasan dan pentadbiran negara China.
2. Memberi peluang sepenuhnya kepada
Negara China untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil dan berpengaruh.
3. Menghapuskan sikap kepentingan
sendiri diatas kerugian pihak lain di China.
4. Untuk mengekalkan prinsip peluang
perdagangan yang sama bagi semua negara di China.
Walaubagaimanapun, wakil China tidak
puas hati dengan pakatan tersebut kerana menuntut bahawa negara mereka harus
dibebaskan dari semua perjanjian- perjanjian yang tidak adil, mahukan
penghapusan semua lingkungan – lingkungan pengaruh di China dan penghapusan
semua kadar tarif yang telah ditetapkan oleh perjanjian – perjanjian yang telah
ditandatangani dengan kuasa- kuasa barat dan Jepun. Akhirnya beberapa konsensi telah
diberi kepada China. Kadar tarif telah disemak semula supaya China boleh memperolehi
hasil yang lebih banyak daripada perdagangan luar negerinya. Mengenai hak
wilayah asingan, persidangan tersebut telah meluluskan suatu resolusi untuk
menubuhkan satu suruhanjaya bagi mengkaji isu ini. Walaubagaimanapun China
tetap tidak memperolehi sebarang faedah daripada perjanjian Sembilan–Kuasa
walaupun pihak- pihak yang manandatangani perjanjian menjamin keutuhan wilayah
dan kemerdekaan China, kuasa-kuasa ini tidak menubuhkan sebarang jentera atau
organisasi untuk menguatkuasakan fasal-fasal yang terkandung dalam perjajian
ini, lebih-lebih lagi negara Jepun ternyata telah melanggar prinsip-prinsip
Pakatan Sembilan-Kuasa.Contohnya perluasan ke atas Manchuria dan pencerobohan
terhadap China dalam tahun-tahun 1930-an.
Sehubungan dengan itu juga, masalah
Shantung juga telah diselesaikan. Secara teknikal, isu Shantung telah
dibincangkan di dalam mesyuarat-mesyuarat yang telah diadakan berasingan di
luar persidangan kerana isu ini melibatkan Jepun dan juga China.Rakyat China
berkeras dan menuntut pemulangan sepenuhnya hak-hak Jerman di China kepada
kerajaan China. Pihak Jepun pula tidak berganjak. Pada 4 Febuari 1922, Jepun dan
China telah menandatangani perjanjian China–Jepun yang memperlihatkan
pemulangan semula wilayah Shantung kepada China. Sebagai balasannya perjanjian
ini telah mengiktiraf hak-hak ekonomi Jepun di Shantung. Jepun juga telah
diberi kuasa keatas landasan kereta api Tainan-Tsingtao selama 15 tahun.
Sehubungan dengan itu juga, isu
mengenai Pulau Yap juga telah diselesaikan oleh Amerika Syarikat dan Jepun di
Washington tetapi di luar persidangan. Perundingan diantara Amerika Syarikat
dengan Jepun telah menghasilkan Perjanjian Amerika-Jepun dimana Amerika
mengakui mandat Jepun ke atas pulau - pulau bekas jajahan Jerman di Pasifik
Utara. Sebagai balasannya Jepun memberi kebenaran kepada rakyat Amerika
bermastautin, pemasangan kabel dan radio di Pulau Yap.
Hasil daripada persidangan tersebut
Jepun telah mendapat banyak faedah. Antaranya Jepun telah diakui oleh semua
kuasa- kuasa besar lain seperti Amerika Syarikat sebagai salah sebuah daripada
lima buah kuasa besar di dunia. Keunggulan Jepun di Shantung dan pendudukannya
di pulau- pulau milik Jerman di Pasifik Utara juga telah diiktiraf.Status Jepun
dalam arena hubungan antarabangsa telah dipertingkatkan apabila Jepun menjadi
salah sebuah ahli pengasas Liga Bangsa- Bangsa Bersatu. Persidangan Washington
telah menjadi satu titik permulaan yang penting dalam kemunculan Jepun sebagai
salah sebuah daripada Lima Kuasa Besar di Dunia dalam tahun- tahun 1920- an.
8.0 PERANCANGAN SEMULA
STRUKTUR PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM TAHUN-TAHUN 1920-AN.
Selepas pembukaan Jepun melalui
Perjanjian Kanagawa 1854 telah meningkatkan aktiviti perdagangan orang asing di
Jepun melalui pembukaan beberapa pelabuhan baru. Perkara ini terbukti dengan
wujudnya petempatan orang asing di Yokohama dan Osaka.Kehadiran mereka telah
memberi saingan yang sengit kepada kegiatan ekonomi masyarakat tempatan yang
ketinggalan. Keruntuhan Rejim Tokugawa pada 1868 telah membuka sistem ekonomi
tradisional Jepun kepada persaingan dari kuasa asing. Keadaan ini memberi
cabaran dan survival Jepun dalam meneruskan kewujudannya.(50)
50 Bagi meningkatkan
kemampuan ekonominya, Jepun telah melantik penasihat ekonomi dari barat seperti
Amerika bagi menyusun sistem ekonominya. Pembangunan infrastruktur juga di
laksanakan. Pada 1872, landasan keretapi pertama di bina dengan mendapatkan
pinjaman dari Britain. Perkembangan industri semakin rancak semasa zaman Meiji
. Jepun telah mampu membina kapal sendiri dengan memperolehi teknologi dari
Britain. Manakala teknologi persenjataan banyak di perolehi dari Jerman yang
merupakan kuasa tentera di Eropah. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Duiker
W..J, Jackson J, Speilvogel (2001) World History : Comprehensive Volume Third
Edition.Belmont : Wadsworth/ Thompson Learning. hlm707.
Jepun sedar kebergantungan yang
berlebihan kepada kuasa asing dari segi ekonomi akan memberi kesan negatif
seperti yang terjadi kepada negara China yang banyak kehilangan wilayah.Pada
abad ini Jepun muncul sebagai kuasa tentera seiring dengan kemajuan
ekonomi.Peperangan dengan China dan Rusia telah membawa faedah ekonomi kepada
Jepun, Jepun berjaya menceburi bidang perusahaan perindustrian berat dan ini
memberi peluang kepada ahli-ahli perniagaan Jepun meluaskan perniagaan dan
pasaran mereka sebelum dikuasai orang Eropah.
Profesor Ohkawa dan Rosovsky telah
membahagikan keadaan ekonomi Jepun kepada dua fasa dalam Struktur Pembangunan
Ekonomi Moden Jepun. Fasa pertama antara tahun 1868-1885 yang meliputi
Transition 1868-1885 dan Initial Pembangunan Ekonomi Moden 1885-1905. Sementara
itu dalam fasa kedua dalam Pembangunan Ekonomi pula antara tahun 1906-1952 yang
meliputi perbezaan Struktur : Creation 1906-1930 dan Perbezaan Struktur : Kesan
Ekonomi dan Politik 1931-1952.Kesan yang dapat dilihat di sini, peperangan
dengan China dan Rusia telah menubuhkan pelbagai perbankan kebangsaan, misalnya
antara tahun 1890-1914 ekonomi Jepun meningkat,dalam industri perkapalan dan
alat-alat senjata ini dapat mengeksport produk tersebut di pasaran China
termasuk Hong Kong dan Manchuria, Britain, Amerika dan India, merekamenggunakan
kemudahan seperti telegraf, telefon, keretapi dan buruh untuk menghantar bahan mentah di pasaran antarabangsa. Keadaan
ini dapat digambarkan melalui :
“The Russo-Japanese war
was a turning point in the history of Japanese industry. After the war, the newly started or developed
industries were extended more than ever owing tothe post-bellum restoration.
The government encouraged the use domestic productswhich resulted in the
establishment of Japanese industry on an equal footing with their foreign rivals ”
Aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh
Jepun ini dapat memperlihatkan hubungan yang terjalin antara Jepun dengan kuasa
asing. Di Amerika Syarikat pula mereka mempelajari kaedah perniagaan. Pada abad
ke-19 sehingga 20 sebahagian besar alat-alatan yang dikehendaki kilang-kilang,
lombong-lombong dan keretapi Jepun dibawa masuk dari luar negeri. Oleh itu,
pemimpin pemulihan Meiji merasakan mereka harus mempunyai perusahaan dan
industri sendiri yang mantap dan mampu memberi saingan kepada barangan keluaran
asing. Pada 1873, Kementerian Perusahaan di tubuhkan dengan Ito Hirobumi
sebagai menteri yang pertama (1873–1878). Usaha memajukan ekonomi Jepun
mengambil tempoh yang panjang serta perbelanjaan yang besar kerana Jepun tidak
mempunyai asas industri yang kuat. Selain itu, kekurangan kemudahan Infrastruktur
dan jalan raya melambatkan perkembangan ekonomi Jepun. Namun, masalah ini
berjaya di atasi apabila Jepun berjaya menubuhkan beberapa syarikat iaitu, Mitsubishi,
Sumitomo, Mitsui dan Yasuda. Kemudian Syarikat ini bergabung menjadi entiti
baru yang di kenali sebagai Zaibatsu.(54)
54 Zaibatsu dipanggil Zaibatsu Manchuria iaitu
satu kumpulan pedagang dan adalah dasar kerajaan Jepun dalam proses pemulihan
ekonomi Jepun. Kerajaan telah benyak menyerahkan perusahaan kepada syarikat
bersendirian dengan harga yang rendah, namun begitu kerajaan telah menguasai
perusahaan tentera yang penting. Syarikat persendirian yang disukai oleh
kerajaan tersebut telah membentuk Zaibatsu. Rujuk buku Richard Story,Sejarah
Jepun Moden, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967, hlm, 9.
Dasar luar yang diamalkan oleh Jepun
dapat dilihat melalui perhubungannya dengan dunia luar, terutamanya dalam aspek
ekonomi. Akibat WW2, permintaan barangan Jepun telah meningkat, perkara ini
dapat dilihat apabila Britain, Perancis dan Itali berminat untuk membeli senjata
dan alat-alat perang yang dibuat daripada Jepun. Lebih hebat lagi apabila
barangan Jepun ini mendapat permintaan di Eropah, Asia Tenggara dan China,
keadaan ini telah menyebabkan pertumbuhan yang pesat dalam industri pengeluaran
dan pertambahan kadar eksport. Buktinya dapat dilihat apabila permintaan kapas
telah meningkat daripada 2.4 juta kepada 3.8 juta antara tahun 1914-1920,
manakala pengeluaran besi keluli telah berganda daripada 255,000 tan kepada
547,000 tan dalam tempoh masa yang sama. Keadaan ini menyebabkan Jepun memperolehi
hasil yang lumayan terhadap barangan eksportnya iaitu sutera mentah yang telah
meningkat harganya daripada Y800 (1913) kepada Y1400 (1918), sementara itu kain
kapas pula telah berganda empat kali daripada Y100 kepada Y400 dalam tempoh masa
yang sama.
Lebih membanggakan lagi, dalam tahun 1919,
Jepun telah mengeksport atau telah memberi pinjaman sebanyak 1,350-1,400 juta
kepada negara-negara di luar empayar Jepun. Perkembangan yang pesat dalam
aktiviti perdagangan asing telah menampakkan perubahan yang besar dalam daya
pengeluaran perindustrian.(56)
56 Perkara ini dapat dilihat apabila nilai
perindustrian pengeluaran telah bertambah daripada 1.4 trilion kepada 3.42
trilion pada 1921 keadaan ini telah menyebabkan Jepun berjaya membuat kemajuan
dalam sektor industri berat seperti keluli dan perkapalan. Ibid ., hlm 138.
Walau bagaimanapun peningkatan
ekonomi Jepun tidak kekal lama, hal ini dilihat, apabila berakhirnya perang tahun
1919, maka permintaan terhadap alat-alat senjata dan pertahanan di Eropah
berkurang. Keadaan ini menyebabkan Jepun memperluaskan pengaruhnya dengan meluaskan
empayarnya di Asia Tenggara dan Asia Timur telah menjalankan dasar berpura-pura dikebanyakan negara yang
dijajah, hal ini kerana melalui penjajahan ini negara Jepun dapat menguasai
ekonomi negara yang dijajah. Perkara ini dapat dibuktikan apabila penduduk di
negara Asia Tenggara terpaksa menjadi hamba Jepun terutamanya untuk
mengeluarkan hasil pertanian yang mencukupi untuk kepentingan Jepun. Hal
inidapat dibuktikan apabila penduduk Indonesia dipaksa menjadi buruh.(57)
57 Akibat kekejaman
yang dilakukan oleh Jepun terhadap penduduk Indonesia telah mengakibatkan wujudnya
gerakan-gerakan penentangan oleh golongan anti-Jepun seperti Amir Sjarifuddin
yang menerima bantuan Belanda untuk menetang Jepun. Maka lahirlah Gerakan Anti
Fasis seperti nasionalis Tanah Melayu, Aron dan golongan kiri Cina di Sumatera
Timur serta Tanah Melayu untuk menentang Jepun.
Ketidakseimbangan ekonomi Jepun telah
mengikis pertukaran wang asing dan simpanan tetap emas dan dengan ini telah
melemahkan keseluruhan struktur kewangan negara tersebut.(58)
58 Pada tahun 1913-1917 Jepun telah mengimport
beras sebanyak 2.7 billion koku kerana pada ketika itukuantiti makanan tidak
dapat menampung pertambahan penduduk Jepun. Rujuk buku Hugh Borton, Japan’s Modern
Century From Perry to 1970, New York The Ronald Press Company: hlm 301.
Kesimpulannya, terdapat beberapa
faktor dalam memajukan ekonomi Jepun pada ketika itu, antaranya, bergantung
kepada populasi penduduk dalam mengeluarkan makanan keperluan, kebergantungan
kepada sistem kewangan dan perbankan kerajaanyang bergantung kepada peranan
tentera, pertumbuhan yang pesat dalam perindustrian berat dan pemasaran
barangan keluar negara seperti produk pertanian.
9.0 KESIMPULAN
Dasar Luar Jepun merupakan perkara
yang menarik dan penting kepada masyarakat Jepun. Tujuannya jelas adalah untuk
menjalankan proses transformasi negara tersebut kepada pengwujudan sebuah
negara moden dan kuat. Keadaan ini sebenarnya didorong oleh kesedaran
pemimpin-pemimpin pada zaman Meiji untuk mewujudkan sebuah negara moden yang
mempunyai kuasa tentera yang kuat bagi mengatasi ancaman-ancaman daripada
kuasa-kuasa Barat. Hal ini kerana mereka melihat bahawa dasar imperialisme Barat
sebagai suatu yang tidak adil kerana Barat telah memaksa negara tersebut menandatangani
perjanjian-perjanjian secara paksaan dan tanpa kerelaan. Keadaan ini jika
dibiarkan berterusan akan menjadi suatu ancaman kepada kedaulatan Jepun. Bagi mencapai
hasrat tersebut, pemimpin-pemimpin Meiji dengan teliti telah menggubal
suatudasar modenisasi yang tertumpu terutamanya keatas penyerapan teknologi,
pengetahuan,institusi barat secara besar-besaran. Proses ini secara tidak
langsung telah membawa kepada dasar luar Jepun yang dimulakan oleh
pemimpin-pemimpin Maharaja Meiji.Ternyata dasar luar Jepun yang dijalankan
terutamanya berkaitan dengan perhubungan dengan kuasa-kuasa Barat secara tidak
langsung telah menjadikan Jepun sebagai sebuah kuasa asia yang moden pada abad
ke-19 dan 20 hingga menjadikannya setanding dengan kuasa-kuasa Barat yang lain
berbanding negara asia lain. Kesan yang dapat dilihat apabila Jepun secara
agresif meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara dan Asia Timur.Keadaan ini
memperlihatkan dasar luar negara yang dimainkan oleh Negara Jepun sehingga
dikenali sebagai negara Asia pertama yang kuat dari segi ketenteraan untuk
memerangi penjajahan Barat. Dasar luar Jepun ini dilihat telah berjaya membawa
Jepun ke arah pemodenannya hingga kini.