Rabu, 9 Mac 2016

JEPUN SEBELUM WW2


Tentera jepun memang memasang niat untuk menawan kawasan-kawasan yang dikuasai oleh British.Semasa penulis di sekolah rendah dan menengah, buku-buku sejarah banyak menceritakan tentang tujuan tentera Jepun menakluk Asia Tenggara pada waktu itu.Antara tujuan tentera Jepun yang dipropagandakan pada waktu tersebut ialah hendak membebaskan Asia daripada cengkaman British dengan menggunakan slogan Asia Untuk Asia.Tentera Jepun telah berjaya mendapat sokongan daripada penduduk tempatan, tetapi tahukah anda tujuan sebenar tentera Jepun ingin menakluki Asia ??

Tujuan sebenar tentera Jepun ini sebenarnya adalah untuk menguasai hasil negara kita seperti penjajah lain.Rakyat di Tanah Melayu sebenarnya ditipu.Pemimpin Melayu pada waktu itu seperti Ibrahim Yaakub pun tertipu dengan dakyah Jepun ini.Mereka menjanjikan kemerdekaan kepada penduduk Tanah Melayu, tapi sebaliknya hanya kesengsaraan dan penindasan yang rakyat tempatan dapat daripada tentera Jepun.

Tentera jepun ini sebenarnya lagi zalim dan ganas daripada penjajah Barat.Jika dikaji balik sejarah orang Jepun ini, mereka memang bangsa penjajah juga pada zaman dahulu.Cuma mereka masih mundur daripada penjajah lain.Sebab itu mereka tidak mampu hendak menjajah negara lain pada waktu dahulu.Tapi sejak zaman permodenan Jepun dilakukan oleh Maharaja Meiji pada pertengahan tahun 1850, kerajaan Jepun telah menjadi antara negara Asia yang moden dan berjaya.

Maharaja Meiji pada waktu itu melihat Jepun memerlukan pembaharuan untuk menjadi sebuah negara yang moden seperti Barat.Untuk pengetahuan anda, Jepun sebelum Maharaja Meiji mengambil-alih, Jepun tersangat mundur.Negara Jepun ini besar dan mempunyai penduduk yang ramai.Jadi negara Jepun terpaksa dibahagikan kepada banyak negeri yang diperintah oleh Tokugawa.

Tokugawa adalah orang yang berkuasa semasa pemerintahan Jepun kuno dulu.Maharaja yang ada umpama boneka kerana tidak mempunyai kuasa untuk memerintah negara.Hanya mempunyai kuasa dalam hal keagamaan dan adat resam sahaja.Rakyat jepun memang menghormati sistem beraja ini.




Manakala peranan Tokugawa ialah seperti ketua menteri yang memerintah negeri masing masing.Tokugawa juga mempunyai askar-askar sendiri yang dikenali sebagai samurai.Bayaran upah samurai yang diberikan oleh Tokugawa ialah berbentuk garam, makanan dan disediakan tempat tinggal.Di bawah pemerintahan Tokugawa ada golongan bangsawan yang juga mempunyai kuasa dalam pemerintahan yang diketuai oleh Tokugawa.Biasanya golongan bangsawan ni mempunyai pertalian darah dengan Tokugawa.





Semasa pemerintahan Tokugawa pada waktu tersebut, negara Jepun tidak berada dalam harmoni kerana mereka saling berperang di antara Tokugawa yang lain untuk merebut kawasan.Tokugawa yang lemah biasanya akan tewas dan kawasan serta tanah mereka akan dirampas oleh Tokugawa yang menang.Pada waktu itu, Maharaja Jepun pun tidak boleh berbuat apa-apa.Hanya mendengar dan menurut saja apa yang dikatakan oleh penasihat.



                                                 File:Black and white photo of emperor Meiji of Japan.jpg


Pada awal abad ke-18, lahirlah seorang putera raja Maharaja Jepun yang bernama Meiji yang membawa maksud perubahan.Maharaja Meiji melihat pemerintahan Jepun yang dikuasai oleh Tokugawa tidak adil dan banyak menyeleweng.Baginda pun dengan beraninya mengisyhtiharkan perlembangan baru dibawah pemerintahan baru baginda.Hal ini telah membuatkan golongan Tokugawa marah dan tidak berpuas-hati. Mereka melancarkan pemberontakan keatas Maharaja Meiji tetapi malangnya ia tidak berjaya.Rakyat Jepun amat menghormati maharaja kerana percaya bahawa maharaja adalah utusan dari syurga untuk memerintah mereka.Pemberontakan golongan Tokugawa tidak berjaya.Mereka ditewaskan dengan askar maharaja.





Sebaik sahaja golongan Tokugawa tewas, mereka telah menetap di kawasan terpencil bersama samurai mereka dan keluarga.Maharaja Meiji mula mengatur strategi dengan memperkasakan tentera di-Raja Jepun dahulu sebelum memulakan langkah ke arah permodenan jepun.Tentera Jepun yang mempunyai unit memanah infantri berpedang digantikan dengan unit bersenjata api.Senjata api ini bukan buatan Jepun, tapi diimport dari Barat termasuk dengan jurulatih menembak.






Pada pertempuran terakhir, puak pemberontak Tokugawa bersama samurainya telah kalah teruk.Maka berakhirlah kisah mereka di bumi Jepun.






Apabila tamatnya perang, Maharaja Meiji menumpukan kepada proses permodenan negara Jepun.Maharaja mula menstrukturkan sistem pemerintahan dan sistem pendidikan.Ramai anak muda Jepun yang pandai dihantar keluar negara untuk belajar teknologi Barat seperti bidang sains dan ekonomi Barat.


Ekoran daripada itu, evolusi perindustrian mula wujud di Jepun.Banyak bahan-bahan mentah diperlukan untuk menyokong industri ini seperti besi untuk makanan di dalam tin.Pembangunan yang pesat memerlukan bahan mentah untuk membina bangunan, jalan raya, jalan kereta api.(takkan nak naik kuda lagi kot).


Untuk bahan mentah yang banyak dan mudah, Jepun mula berfikir untuk mendapatkannya dengan cara percuma.Mereka telah menyerang Korea yang masih lagi mundur, masih lagi berperang dengan pedang dan beberapa senjata api sahaja.Pada masa ini, Jepun telah pun mempunyai kelengkapan perang moden beserta armada kapal perang besar dan moden.Tentera korea tewas dengan mudahnya.


Rusia yang berjiran dengan Jepun pula berasa tergugat.Maka sebagai langkah awal, Rusia telah menghantar kapal perang dan tenteranya untuk mengekang kemaraan Jepun.Dan inilah peperangan pertama tentera moden Asia dengan negara Barat.


Rusia terlalu memandang rendah kepada kekuatan tentera Jepun dengan hanya menghantar angkatan tentera yang kecil.Pada awal peperangan, kapal perang Rusia mengalami kekalahan dan tentera mereka di sempadan Korea juga turut kalah.Maka Rusia telah pun menghantar armada yang besar untuk mengekang kemaraan tentera Jepun.


Sebenarnya, dalam pertempuran kedua ini, Jepun tidak mampu untuk menghadapi serangan Rusia.Nasib baik perang ini tidak berpanjangan.Tentera antara dua negara ini tidak bertempur untuk mengelakkan perang lebih besar meletus.Tidak lama kemudian WW1 pun meletus.


Dalam WW1, Jepun memainkan peranan untuk menyekat kemaraan tentera laut Jerman dalam pertempuran laut.Walaupun begitu, (cuba lihat History World Japan Battleship in WW1)  peranan jepun seolah-olah tidak diiktiraf oleh Barat.Mungkin malu dengan negara Asia yang boleh menyekat kemaraan tentera laut Jerman yang kuat pada waktu itu.Sedangkan mereka sendiri pun terkontang-kanting dalam WW1.


Selepas WW1 tamat, Jepun cuba menjadi salah satu negara terkuat di dunia dengan memperkuatkan angkatan tentera mereka.Amerika yang melihat perkembangan ini mula merasa tergugat dan takut.Amerika dan sekutu die pada waktu tu British France yang menopoli dunia membuat penjanjian menyekat eksport dan import dengan jepun.semua sekutu mereka tidak dibenarkan untuk menjalankan sebarang aktiviti dengan Jepun.Jepun yang berang dengan sekatan tu mengambil keputusan menyerang negara china.


Cerita pasal negara china ni.lupa lak.Jepun pernah menguasai sebahagian kecil negara jepun semasa pemerintahan maharani dowager dulu.Negara jepun pernah berperang dengan negara china.Pada waktu tu 9 kuasaa besar dunia antaranya America British France Germany termasuk japan berperang untuk menakluk sebahagian daripada negara China.hasil peperangan tu.Jepun bejaya mendapat beberapa perlabuhan dan kawasan yang dikuasai China.Tetapi Revolusi Negara China yang diketuai oleh dr sun berjaya menghalau negara barat dan jepun keluar daripada negara China.Walaupun xsemua kawasan dikuasai barat berjaya diusir.Berbalik kepada rancangan jepun untuk mengusaai China.Tentera jepun mempunyai perancangan yang terliti untuk menyerang negara China ni.Mereka telah menghantar pegawai pegawai untuk menjalankan operasi intipan di negara china,Pada julai 1937 Jepun telah menyerang negara China.Serangan tentera jepun ni ganas beb.Sebelum menyerang sesuatu kawasan.Jepun mengebom kawasan tu habis habisan dengan menggunakan tentera udara.Selepas mengebom menggunakan tentera udara.disusluli dengan tembakan alteleri kearah kawasan yang dikuasai tentera China.Tentera jepun juga menggunakan bom kimia yang berkesan pada waktu tu.Kereta kebal jepun lak pada waktu moden.berbanding dengan kereta kebal negara china pada waktu tu menggunakan teknologi perang dunia pertama.Tiada tandingan lah peperangan antara jepun dan china ni.Perang yang berlaku antara 1937 ke 1941 menyebabkan sebahagian besar negara china berjaya dikuasai oleh jepun...Adoi penat den taip ni..nntikan sambungan nyer.SOry lah xcite detail pasal nama pertempuran dan dimana pertempuran dan tarikh berlaku.xcukup masa la.lepas ni ade kelas pulak.

Kredit :   http://ww2-ww1.blogspot.my/2011/01/jepun-sebelum-perang-dunia-kedua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan