Meneladani Gaya Pengurusan Daim Zainuddin
Pada kali ini, saya
ingin membawa saudara-saudari sekalian untuk meneladani gaya pengurusan mantan
Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tun Daim Zainuddin dalam menguruskan ekonomi
Negara. Saya lebih ‘berkenan’ memilih beliau untuk dijadikan contoh dalam
pengurusan kewangan kita kerana beliau adalah seagama dan sebangsa dengan kita.
Adalah lebih mudah kepada kita untuk mencontohi beliau dalam menguruskan
ekonomi negara. Bagi saya, adalah tidak salah kepada kita untuk meniru gaya
beliau dalam menguruskan ekonomi negara untuk diterapkan ke dalam diri kita
kerana Imam al-Ghazali mengatakan bahawa diri kita sendiri adalah ibarat negara
di mana sultan adalah hatinya manakala tangan dan kaki kita adalah tentera kita
sendiri. Berikut adalah sifat-sifat Daim Zainuddin yang dapat saya petik
daripada sebuah buku yang bertajuk ‘Daim Insan di Sebalik Enigma’ oleh Cheong
Mei Sui dan Adibah Amin.
1. MENGAWASI
SETIAP BUTIR PEKERJAAN
Setakat ini dulu
tulisan saya mengenai gaya pengurusan Daim Zainuddin sewaktu menjadi Menteri
Kewangan. Saya hanya memetik enam sikap gaya pengurusan beliau iaitu mengawasi
setiap butir pekerjaan, fokus kepada masalah, tidak suka berhutang, berbelanja
mengikut batas kemampuan, bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dan
berani mengambil risiko. Semoga kita dapat mencontohi gaya pengurusan beliau.
InsyaAllah.
Dapat
difahami bahawa
beliau (Daim) mengawasi setiap pekerjaan di bawah seliaan beliau. Ini
dapat dihayati semasa beliau menjadi pemaju hartanah melalui Syarikat
Maluri. Segala
perhitungan dibuatnya sendiri, butir yang terkecil pun dirancangnya
sendiri
bagi pembangunan projek beliau. Beliau memang berada di tempat binaan
siang dan
malam. Bahkan kewangan juga diawasinya sendiri. Perbelanjaan yang tidak
perlu dipotongnya. Setiap aspek projek dikajinya, dari kejuruteraan awam sehingga
kerja meletak batu-bata. Beliau juga tidak mudah ditipu oleh kontraktor cina
apabila mereka menggunakan helah. Pendek kata, beliau
tidak menyerah sesuatu kepada nasib. Sifat ini yang membawa kejayaan kepada Syarikat Malurinya.
tidak menyerah sesuatu kepada nasib. Sifat ini yang membawa kejayaan kepada Syarikat Malurinya.
Sewaktu Daim menjadi
Menteri Kewangan pula, beliau mengawasi Kementerian Kewangan dengan ketat.
Setiap agensi Kerajaan diawasinya, menyebabkan pengurus-pengurus mendongkol
kerana kini terkongkong. Daim juga bersikap tegas dan keras terhadap skandal,
krisis dan kegagalan yang melemahkan ekonomi negara dari dalam. Gaya keras
Menteri Kewangan tersebut telah mencegah penyakit itu daripada membawa ke
seluruh ekonomi negara. Dalam beberapa tahun, dengan keazaman dan ketekunan
menghadapi rintangan dan tuduhan, Daim telah memulihkan ekonomi dan membuktikan
gaya pengurusannya berkesan.
2.
FOKUS
KEPADA MASALAH
Daim amat fokus akan
sesuatu dalam menyelesaikan masalah apatah lagi sekiranya masalah itu adalah
amat rumit untuk diselesaikan. Pada tahun 1981, Daim telah dihantar ke Amerika
Syarikat oleh Dr. Mahathir Mohammad (1981) bagi menyelesaikan masalah mengenai
timah di mana Pentadbiran Perkhidmatan Am (GSA) yang sangat besar stok timahnya
telah memasukkan timah ke pasaran menyebabkan harganya jatuh. Ini akan
menjejaskan ekonomi Malaysia apabila harganya jatuh kerana timah merupakan
perusahaan utama negara ini dan menjadi mata pencarian utama sebahagian rakyat
Malaysia.
Pada mulanya dua perjumpaan awal adalah sukar dan harapan untuk
berjaya adalah amat tipis apabila rombongan Daim berada di sana. Ini kerana
orang Amerika tidak dapat dipengaruhi dengan fakta dan angka. Kemudian, pada
hari lainnya, Daim menggunakan pendekatan lain iaitu menggunakan isu
keselamatan komunis di mana beliau menceritakan usaha Kerajaan Malaysia
menumpaskan gerakan komunis di negara ini dan mendakwa Malaysia sahaja yang
merupakan negara berjaya menumpaskan komunis. Ini kerana komunis memperalatkan
orang bekerja di lombong timah bagi menyokong dakyah anasir mereka. Akhirnya,
ia berjaya menawan simpati orang Amerika. Isyarat pun diberi bahawa pihak
Malaysia akan mendapat layanan adil. Pihak GSA kemudian menghadkan jualan
mereka kepada 3,000 tan setahun selama tiga tahun bagi jualan timah mereka.
‘Misi mustahil’ telah terbukti tidak mustahil melalui usaha yang direncakan
oleh Daim.
3.
TIDAK SUKA BERHUTANG
Salah satu gaya
pengurusan Daim yang paling awal dan ketara ialah pengurangan kadar pengurangan
kadar pertumbuhan hutang luar negeri Malaysia. Sewaktu tahun 1985 sehingga
1991, kadar pertambahan hutang luar negeri adalah sebanyak +14.2% (1985), 1986
(+18.9%), 1987 (-0.3%), 1988 (-6.7%), 1989 (-10.3%), 1990 (-1.5%) dan 1991
(+5.5%). Pertambahan hutang luar negeri mengalami pertumbuhan negatif tahun
1987, 1988 dan 1989 kerana Malaysia telah membayar kembali hutang luar
negerinya sebanyak RM6.8 billion yang lebih dahulu daripada yang dijadualkan
yang menjadi suatu rekod bagi negara membangun.
4.
BERBELANJA MENGIKUT BATAS KEMAMPUAN
Daim menghentikan
kebiasaan meminjam sebagai cara menambah wang untuk dibelanjakan. Beliau
memotong perbelanjaan agar selaras dengan pendapatan. Perkara ini menyebabkan
sektor awam dan sektor swasta marah kepada beliau apabila mereka ingin
mendapatkan peruntukan dan kontrak-kontrak kerajaan yang mereka harapkan.
Sewaktu Malaysia
dilanda kemelesetan ekonomi pada pertengahan tahun 1985, Daim memotong peruntukan
pembangunan bagi Rancangan Malaysia Kelima dari RM74 bilion kepada RM37 bilion.
Kemudian, setelah harga barangan seperti minyak kelapa sawit dan getah naik,
beliau meningkatkan perbelanjaan kepada RM47 bilion. Jelas sekali, gaya
pengurusan beliau adalah berbelanja mengikut batas kemampuan yang selari dengan
pendapatan.
5.
BERCITA-CITA TINGGI UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN
Bak kata Imam Abu
Hanifah, “Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi sehingga tidak dapat
dicapai oleh orang lain, kerana cita-cita merupakan sumber kekuatan yang tidak
terhingga dari segi zahir dan batinnya.” Sesetengah pepatah mengatakan, “Pegang
bara api biar sampai jadi arang.”
Usaha Daim untuk
memulihkan ekonomi Malaysia di tengah kemelesetan ekonomi dunia adalah amat
sukar. Banyak ramalan tersiar bahawa Daim pasti tumpas dalam usaha memulihkan
ekonomi Malaysia. Mungkin yang paling tajam sindirannya muncul dalam bentuk
lukisan di sebuah majalah serantau pada bulan Mac 1986. Lukisan itu menunjukkan
seorang lelaki sedang menolak sebuah roda besar naik ke atas bukit. Tafsiran
lukisan itu merujuk kepada Sisyphus dalam mitos Yunani yang telah dihukum oleh
Dewa-dewa agar menolak roda naik ke bukit, kemudian roda itu berguling turun
semula dan terpaksalah dia menolaknya naik semula, berulang-ulang
zaman-berzaman. Alamatnya ialah usaha Daim pasti gagal.
Namun, sangkaan
kegagalan usaha Daim dalam memulihkan ekonomi Malaysia meleset sama sekali. Mereka
yang ragu ini kemudian memberi penghargaan yang tegas kepada wawasan,
keberanian dan keazaman yang memungkinkan perkara yang tidak mungkin. Kini,
dipersetujui bersama bahawa Daim, melalui perubahan asasi dan sering tidak
disukai ramai, telah melakukan apa yang perlu dilakukan. Beliau telah
memulihkan dan menyusun semula ekonomi ke arah pertumbuhan lebih semarak. Daim
telah berjaya merubah ekonomi Malaysia dari pertumbuhan negatif 1.1% (-1.1%) pada
tahun 1985 kepada +8.9% pada tahun 1988!
6.
BERANI MENGAMBIL RISIKO
Sikap ingin ketara
apabila Daim memutuskan untuk memisahkan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dari
Bursa Singapura. Ini adalah kerana BSKL ketika itu dijalankan sekali seiring
dengan Bursa Singapura. Apabila wujud masalah di Bursa Singapura dan perlu
ditutup, maka BSKL juga perlu ditutup. Bagi Daim, amatlah malang sekali
Malaysia sebagai negara merdeka tetapi Bursanya adalah sebaliknya dan masalah
di negara asing tidak seharusnya menjejaskan keadaan di Malaysia.
Majalah serantau,
Asiamoney ketika itu mengkritik Daim dan
meragui kemungkinan berjayanya pelan induk untuk pembangunan pesat sektor
kewangan Malaysia. Pelan induk itu termasuklah menjadikan Kuala Lumpur sebuah
pasaran ekuiti yang kuat, mempunyai pasaran bon yang cergas dan canggih, dan
menyusun semula sektor bank agar kecil bilangannya tetapi kukuh dan mematuhi
undang-undang. Anggapan Asiamoney adalah berdasarkan keraguannya pada tanggapan
bahawa Daim tidak memberi cukup masa kepada sektor kewangan untuk bersedia
mengendalikan pembangunan sebesar itu. Sebenarnya, Daim telah mengingatkan
berkali-kali bersedia menghadapi perubahan itu.
Peristiwa-peristiwa
tahun 1993 membuktikan wajarnya langkah Daim memisahkan Bursa Saham Kuala
Lumpur-Singapura dan mengarahkan firma-firma sekuriti Malaysia bersatu atau
meningkatkan modal berbayar mereka. Dalam keadaan pasaran melambung pada tahun 1993,
BSKL telah mengendalikan jumlah perdagangan RM2-3 bilion sehari, terbesar
sejarahnya malah lebih besar daripada Tokyo dan New York.
kredit : http://wankamarul701.blogspot.com/2012/03/meneladani-gaya-pengurusan-daim.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan