Ahad, 26 Januari 2014

BATIK








Apa maksud Batik ?



 



Membatik adalah satu daripada kesinambungan-kesinambungan warisan tradisi sehingga ke dewasa ini. Kemunculannya penuh rahsia dan sehingga hari ini ia masih dipertikaikan oleh para sejarawan seni.







Pernah para arkeologi membuat kenyataan serta memberi pendapat berdasarkan teori bahawa ‘batik’ sebenarnya lahir di negara-negara sebelah Timur.







Konsep asal dalam penghasilan batik adalah dari tamadun besar dunia iaitu Mesir, walaupun pada hakikatnya istilah ‘batik’ sebenarnya muncul dari negeri-negeri di kepulauan Melayu.







Sementara itu, Abdullah Mohamed (NAKULA) pernah mencatatkan:







Perkataan “Batik” nampaknya berasal dari Indonesia dari perkataan Melayu untuk "titik" dan perkataan Jawa "Mba" ertinya "menulis".Oleh itu, BATIK bermaksud "menulis titik-titik".Titik disini berupa bunga-bungaan dan lain-lain motif kecil-kecil di atas permukaan kain putih.Kemudian teknik untuk mewujudkan motif-motif itu bergantung pula kepada zaman dan ruang.





http://www.art-her.com/images-%20woman%20by%20women/2The_Market_Ladies%5B1%5D.jpg  
MAKCIK-MAKCIK KELANTAN DI PASAR SITI KHADIJAH KOTA BHARU DENGAN BATIKNYA.


 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan