Jumaat, 24 Januari 2014

TOK JANGGUT

 TokJanggut

‘FAKTA SEJARAH BERGAZET’ Gugur dalam Peperangan di Kampung Dalam Pupuh pada 25 Mei 1915, seterusnya jasadnya di arak ke Kota Bharu menaiki kereta lembu pada 26 Mei 1915 dengan iringan Kapten Alex atas arahan Mejar Borton. Jasad yang didakwa Tok Janggut itu digantung songsang selama 3 hari di Padang Bank sebelum penduduk Pasir Pekan yang bersimpati mengusung jasad yang telah diaibkan itu (jasad tersebut sengaja dipotong janggutnya di khalayak ramai, seterusnya unggun kayu api dilayang ke tubuh tersebut, kononnya sebagai suatu pengajaran kepada mereka yang menentang British) dikebumikan di Pasir Pekan, Kelantan. PERSOALAN? Sebelum diarak ke Kota Bharu, jasad yang dikatakan Tok Janggut itu diarak disekeliling Pasir Puteh untuk ditunjukkan pada rakyat Pasir Puteh nasib seorang yang menentang British, TETAPI, TETAPI, TETAPI, penduduk-penduduk sekitar Pasir Puteh TIDAK DIBENARKAN melihat jasad tersebut, mereka hanya dapat melihat kereta lembu yang di dalamnya terbaringnya jasad seorang lelaki yang telah ditutup, dan kedengaran dari Malay State Guides, ‘Inilah tubuh penderhaka, inilah tubuh penderhaka, inilah tubuh penderhaka’. Bertambah pelik, jasad tersebut hanya dipamerkan setelah mereka sampai ke Padang Bank, Kota Bharu Kelantan. Bagaimana mungkin jasad seorang Ulama besar bertaraf Aulia’ (yang digelapkan sejarah Kealimannya) boleh diaibkan sebegitu rupa? Tok Janggut atau nama sebenarnya Syeikh Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas Bin Samad Bin Raja Bahar adalah Murid Tua dan juga Kepala Mutholaah dalam Jemaah Fathoniyyah Al Alim Al Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Wan Muhammad Zain Al Fathoni (Syeikh Ahmad Al Fathoni) @ Tuan Faridah. Jika jasad yang dikebumikan pada 29hb Mei 1915 di Pasir Pekan itu adalah jasad kepada Syeikh Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas Bin Samad Bin Raja Bahar, maka siapakah pula yang dikebumikan di Hutan Putih, Machang, Kelantan pada 14 Disember 1969 dengan panggilan Haji Ahmad atau Haji Mad Keramat. 

WALLAHHUALAM ...

Kredit : http://dihatikome.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan