Rabu, 22 Januari 2014


Tembikar Mambong



Tembikar Mambong adalah satu warisan penduduk Kampung Mambong, Sungai Galas, Kuala Krai, Kelantan.Tapi, hasil seni kraf ini seolah-olah tidak wujud dan dipinggirkan oleh masyarakat Malaysia.Bila bercakap soal tembikar, pasti Labu Sayong akan berada di ranking pertama di dalam kotak pemikiran kita.Mengapa tidak Tembikar Mambong ?

Perusahaan ini mula dikesan pada tahun 1868 dan dipercayai, warisan ini diperturunkan oleh nenek-moyang mereka sejak dulu lagi.Mungkinkah ada hubung-kait dengan penemuan tembikar di Gua Cha, Gua Musang dan beberapa gua lagi di dalam negeri Kelantan ??



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjClZnxCba_zFAaxjDzzcrSeJahPA-W9hASJmuVA6TOBBYKvO1QWonTtyq7LyBVayTPd79z0yJ7I9jeAWkrWXvb9nIBX9SzxN1mHlcLBSFOK8YnrWU2M9pW-lNLWgzARn-nRYXgjMJ6fTA/s1600/Tembikar+Mambong.jpg              https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjZULz4Zae8o5QtA-_qMFU0Er-wHlxMKnAXumhp5LnuDSx71FqZA4BRpMC668uHg6CnW1MCQYwD4botm3tCJp2L-CW_uAPktji1E52CClciQFm-FT25tv2oRlMKG8x4nyuJX2gdEBt-Ie5/s1600/IMG_0004.jpgTanur Kayu

Secara ringkasnya, proses pembuatan tembikar tidaklah susah.Cuma kita perlu mahir dalam penggunaan anggota tangan dan kaki.Tangan berperanan untuk melengkungkan tanah liat yang sedang berpusing terutama sekali di bahagian kepala.Bahan asas tembikar ini hanyalah tanah liat, air dan pasir halus. Cop yg digunakan pula adalah dari kayu yg dilorek atau dilukis di permukaannya. Selain daripada pembakaran di dalam tanur, ia boleh juga dibakar secara terbuka. Selepas tembikar siap dibakar, ia akan dibiarkan sejuk dan kemudian dikemaskan dengan cara pengilatan produk.Abu daun kelapa digunakan sebagai bahan pengilat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHT1OvHTakoqkPI8hjIwNZO3uZ8d__RRO88ZZhdIf0BKTp4q21CPtaJMDzEEy9QwsEwtiFbyAnt9D14aRbcc2z7qYc_qf7HLLBBWIlU9z58_fBagDI6d1U1LB9LSy9RgfdmuCJz_y5ApSP/s1600/P2270340.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzqXYYqHhuIC9hsJU3AusgNNPl1xeSur0BQj1jMZ3yzlMrkL_KpVEdrnGX6I-VdHfxKtiBCtdX5Bz2qBAp3Oh3Q_e3H65L9lIb_vZDVoNcQexCWXOGLdyi4o1nxPScK4UYBlAEduTEQxj0/s1600/P2270342.JPG                                                                       Hasil kerja oleh Makcik Zainab sempena HKK 2013

Seni kreatif seseorang individu memainkan peranan penting dalam pembuatan produk tanah liat dan sekaligus dapat menghasilkan produk yang bermutu tinggi.

Produk-produk tembikar bergerak seiring dengan peredaran zaman di mana orang melayu, cina peranakan dan siam di Kelantan masih menggunakan tembikar untuk pelbagai tujuan.Contohnya untuk memasak ubat periuk, mengukus pulut, merasap kemenyan, mengisi air kosong dengan campuran batu-batu bukit yang lutsinar, membuat budu tempayan, membuat tempoyak, mengasah kayu ubat dan lain-lain mengikut kesesuaian.

Salah seorang pengusaha Tembikar Mambong yang terkenal di kampung tersebut ialah Puan Zainab.Beliau pernah menghadiri Hari Kraf Kebangsaan (HKK) pada tahun 2013 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtgGSo0z71RBcXDQyT-i2xY-Dvblj2tm2JN_hcfPmza2WEM7ai_nxJNGH0g6JnAzQQMlIzj9q0hsfzQriGrcKkxukzRyXxGfP1L1HZreAC2gDVkImauYYMp81vVbcMN9ui6HOTlU5ENplf/s1600/P2270346.JPG

Dan demi kelangsungan warisan ini agar tidak pupus dek zaman, krew Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan (PPSK) telah pergi ke Kg Mambong dengan perjalanan menaiki perahu galah menyusur sungai meredah hutan dengan satu matlamat, Warisan Kelantan WAJIBLAH dijaga dan diteruskan kelangsungannya, sejajar dengan peredaran zaman....

Bersamalah kita mencintai warisan pusaka nenek-moyang..

" Tiada Tua, Tiadalah Muda"

1 ulasan:

  1. Semoga warisan kita ini sentiasa terjaga. Suatu hari nanti nak ikut tour Mambong dan Kuala Krai ni insya Allah.

    BalasPadam