Sejak zaman rasulullah saw lagi, Islam menghadapi masalah dan cabaran dalam ekonomi..Semasa peristiwa HIJRAH ke Madinah, ekonomi dipegang oleh bangsa Yahudi..Umat Islam terpaksa membeli dengan mereka walaupun mereka tahu mereka ditindas..
Tapi, bagaimanakah rasulullah saw mengatasi masalah ini...??
Adakah membuat demostrasi jalanan..?? demostrasi memboikot..??
Ikuti pembacaan anda untuk :
Contoh (1)
Abdul Rahman bin Auf berjaya memecahkan
monopoli perniagaan bangsa Yahudi sewaktu hijrah Nabi Muhammad s.aw. dari Mekah
ke Madinah. Tun Daim Zainuddin berjaya memecahkan monopoli perniagaan bangsa
Cina dalam bidang hartanah melalui Syarikat Malurinya. Sebenarnya, sekiranya kena
cara dan strategi kita apabila bertindak ianya akan membuahkan hasil dalam
memartabatkan diri kita. Kita perlulah bertindak dengan strategi yang betul dan
bukannya dengan cara ‘berjudi’ apabila ingin berusaha untuk mencapai kejayaan.
Pada kali ini saya ingin menceritakan kisah-kisah Sahabat dalam membolot
ekonomi daripada orang Yahudi untuk diberikan kepada orang Islam. Ternyata
prinsip-prinsip yang diamalkan oleh para Sahabat memang praktikal untuk
dilaksanakan dan kita sahaja yang tidak menyedarinya.
Saya terpanggil untuk menulis entri pada
kali ini kerana ramai orang sangat yang sibuk memboikot barangan Yahudi di
dalam laman sosial Facebook terutamanya
produk makanan segera iaitu McDonald’s. Apa yang melucukan saya ialah mengapa
kita tidak memboikot Facebook itu sendiri kerana Facebook itu sendiri pun merupakan
ciptaan orang Yahudi bahkan pendapatan daripada Facebook itu sendiri adalah
lebih tinggi daripada McDonald’s itu sendiri. Apa yang lebih teruk lagi ialah komputer
itu sendiri pun ialah ciptaan orang Yahudi seperti Dell, Intel dan sebagainya.
Sekiranya kita hendak memboikot, mengapa
kita tidak memboikot secara menyeluruh ataupun secara total? Bukankah cara itu yang paling berkesan? Kita tidak dapat
untuk berbuat demikian kerana barangan keluaran Yahudi itu sendiri pun
merupakan barang keperluan utama kita pada hari ini. Saya sebenarnya bukanlah
ini memperlekehkan orang yang ingin memboikot barangan Yahudi. Apa yang ingin
saya utarakan ialah adakah memboikot itu merupakan tindakan yang praktikal dan
berkesan? Cuba kita mengimbas kembali ketika hijrah Nabi Muhammad s.a.w. bersama-sama
dengan Sahabat baginda sewaktu ke Kota Madinah di mana orang Yahudi masih menguasai
ekonomi di bumi Madinah.
Keadaan masyarakat Yahudi di Madinah ketika
itu adalah sedikit berbanding masyarakat Madinah yang lainnya. Mereka terdiri
daripada 3 kabilah sahaja dimana mereka seringkali berbalah sesama kabilah
mereka .Namun begitu, dengan hanya bilangan yang sedikit itu, mereka masih
menguasai ekonomi Madinah. Sumber-sumber air yang terdapat di daerah `Awali
(Wadi Mudzainib), Wadi Mahzur dan Wadi Buthhan juga dikuasai oleh orang-orang
Yahudi. Mereka juga menguasai perdagangan dan tanah.
Terdapat sebuah pasar di Madinah yang
dinamakan pasar Qainuqa' iaitu dikuasai oleh Yahudi qabilah Qainuqa' di mana ia
dianggap jantung ekonomi Madinah. Sebelum ini, terdapat bangsa arab iaitu kaum
Aus dan Kharaj yang berniaga di pasar ini tetapi tidak bertahan lama. Selepas
hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah, terdapat Sahabat-sahabat dari kaum
Muhajirin yang berniaga di pasar ini iaitu Abdul Rahman bin Auf, Zubair bin
Awwam, Abu Bakar as-Siddiq dan Uthman bin Affan. Bagaimana perniagaan orang
Yahudi akhirnya membawa mereka rugi teruk dalam perniagaan? Abdul Rahman bin Auf
pergi setiap ketua-ketua kabilah agar menjual terus tanaman kepadanya setelah
diminta oleh Rasullullah kerana sebelum ini mereka terpaksa membeli daripada
Kaum Yahudi dengan harga yang tinggi kerana kaum Yahudi mengamalkan riba’. Selepas
itu, Bani Aus dan Kharaj tidak lagi membeli dengan orang-orang Yahudi tetapi
hanya membeli dengan orang-orang Islam sahaja. Kesannya, pasar yang dikuasai
oleh Bani Qainuna’ menjadi lengang dan terdirinya pasar belian kaum Aus dan
Kharaj.
Apabila Yahudi merancang untuk menutup
perigi-perigi bagi menyusahkan orang Islam, maka Nabi Muhammad s.a.w. mengarahkan
Saidina Uthman bin Affan berjumpa dengan Arfak iaitu seorang Yahudi yang
memiliki 2 buah perigi. Pada mulanya, Saidina Uthman ingin membeli telaga
tersebut tetapi hanya dibenarkan membuat perjanjian untuk menyewa yang mahal
dengan 12,000 dirham dengan syarat ia dibenarkan mengambil air dari perigi
tersebut selang sehari. Seterusnya, Saidina Uthman mengarahkan orang Islam
supaya mengambil air dengan banyak supaya ia boleh disimpan untuk kegunaan esok
hari dengan percuma berbanding dengan Yahudi tersebut di mana ia perlu dibayar
apabila ingin mengamnil tersebut. Arfak berasa amat marah dengan tindakan
Saidina Uthman tersebut lalu dia ingin membatalkan perjanjian tersebut.
Malangnya, duit sebanyak 12,000 dirham tersebut telah habis digunakan. Lalu
Yahudi tersebut menjual periginya dengan harga 35,000 dirham kepada Saidina
Uthman dan akhirnya perigi tersebut diwakafkan untuk kegunaan orang ramai.
Daripada kisah ini dapat kita perhatikan bahawa orang Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w. tidaklah memboikot perniagaan Yahudi semata-mata kerana ia merupakan keperluan asas yang diperlukan oleh orang ketika itu. Adakah kaum Aus dan Kharaj memboikot Pasar Qainuqa’ yang Yahudi walaupun sering ditindas dengan harga yang tinggi kerana wujudnya unsur riba’ dalam jual beli? Tidak sama sekali. Sekiranya orang Islam memboikot perniagaan tersebut, di manakah mereka boleh membeli keperluan mereka? Akan tetapi, peranan tersebut dimainkan oleh Abdul Rahman bin Auf serta Sahabat-sahabat apabila mereka bertindak sebagai supplier atau pembekal tanaman kepada kaum Aus dan Kharaj. Kesannya, perniagaan Yahudi jatuh bangkrap setelah peranan mereka diambil alih oleh Sahabat-sahabat.
Begitu juga dengan perigi yang menjadi
keperluan orang Islam ketika itu apabila ia mula ditutup bagi menyusahkan orang
Islam oleh orang-orang Yahudi. Rundingan yang dimainkan oleh Saidina Uthman bin
Affan amat penting kerana ia berjaya memindah milik perigi tersebut dari
pemilik seorang Yahudi kepada orang Islam keseluruhannya melalui wakaf. Adakah
kita tidak boleh memindah milik syarikat-syarikat kepunyaan orang Yahudi kepada
orang Islam? Ini tidak mustahil kerana Syarikat Guthrie yang merupakan syarikat
perdagangan pertama Asia Tenggara dan mempelopori perladangan getah dan kelapa
sawit negara ini yang dimiliki oleh bekas penjajah British berjaya diambil-alih
oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB) melalui serangan waktu subuh atau Dawn Raid di mana beberapa pihak yang
mewakili PNB membeli saham Guthrie secara besar-besaran sebaik sahaja Bursa
Saham London dibuka pada waktu pagi. Ini tidak mustahil dilakukan ke atas
syarikat-syarikat gergasi utama Yahudi di dunia dengan mengambil-alihnya
melalui pembelian saham.
sumber (http://wankamarul701.blogspot.com/2012/11/boikot-perniagaan-yahudi-semata-mata.html)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan