Dalam buku Tun Mahathir – A Doctor in the House, Tun ada menceritakan kehebatan Tun Daim dalam berunding dengan pihak asing.
Salah satu cerita yang mencuit hati saya adalah mengenai pada satu
masa di mana kerajaan Amerika Syarikat menurunkan harga bijih timah pada
waktu itu. Pada waktu itu, negara kita bergantung kepada hasil bijih
timah dan getah untuk pendapatan negara.
Pada waktu itu, Tun Mahathir memanggil Tun Daim untuk mendapatkan
pendapatnya. Tun Daim mencadangkan Malaysia menghantar sebuah delegasi
tidak rasmi ke Amerika Syarikat untuk berunding dengan pihak kerajaan di
sana.
Tun Mahathir agak skeptikal dengan cadangan ini, namun Tun Mahathir
merasakan kenapa tidak memberikan Tun Daim satu peluang untuk
membuktikannya. Jadi Tun Mahathir bersetuju dengan cadangan ini walaupun
merasakan peluang ini tipis.
Delegasi ini bertolak ke Amerika Syarikat dan selepas beberapa hari
mereka pulang dengan berita gembira. Iaitu pihak kerajaan Amerika
Syarikat bersetuju untuk menaikkan semula harga bijih timah di pasaran.
Ini mengejutkan Tun Mahathir kerana beliau tidak nampak jalan
bagaimana Amerika Syarikat boleh bersetuju sedangkan hubungan kita
dengan Amerika Syarikat tidak begitu baik pada waktu itu.
Tun Daim sewaktu berjumpa dengan pihak kerajaan di Amerika Syarikat
telah memberitahu pihak di sana bahawa dengan menurunkan harga bijih
timah seperti ini, akan menjadikan pengusaha-pengusaha bijih timah di
Malaysia akan kehilangan pendapatan. Dengan hilangnya pendapatan, mereka
ini semua seterusnya akan beralih untuk menyokong Komunis. Dengan itu
Komunis akan menjadi kuat di Malaysia akan membuatkan pengaruh Amerika
Syarikat akan jatuh teruk.
Jadi bukanlah satu keputusan bijak menjadikan pengusaha-pengusaha ini hilang pendapatan. Amerika akan kerugian besar.
Mendengar hujah ini, pihak Amerika Syarikat tidak ada pilihan lain
selain menaikkan semula harga bijih timah di pasaran untuk mengekang
pengaruh Komunis di Asia Tenggara.
Begitulah bagaimana kebijaksanaan Tun Daim menanam ketakutan dalam
diri musuh serta menjadikan mereka akur dengan permintaan kita sebuah
negara kecil.
terima kasih
Shahabudeen Jalil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan