Wawancara Bersama Tun Daim Zainuddin di Wisma YPR pada 15/04/2008 jam 5.00 petang. Ikuti wawancara yang sangat menarik ini.
“10 tahun pun susah
nak rampas Pulau Pinang kembali.”
-Tun Daim Zainuddin
Semasa Tun membuat ramalan bahawa negeri-negeri tertentu merupakan kawasan “panas” bagaimana Tun tahu semua ini dan ia benar-benar menjadi realiti sekarang. Adakah Tun mendapat sumber daripada Internet atau sumber-sumber lain?
Saya baca blog. Blog
ini macam-macam ada la. Tapi bahasanya kesat dan tak berapa elok la.
Biarlah blog2 ni guna bahasa yang baik, berilmiah dan bersopan sikit dan
tidak perlulah la sakitkan hati orang lain. Saya tahu negeri—negeri tu
jadi “panas” sebab orang biasa beritahu saya, bila saya naik teksi orang
beritahu, bila saya beli barang orang beri tahu, bila saya makan rojak
kat tepi-tepi jalan orang beritahu. Orang tanya saya, apa dah jadi
sekarang ni Tun? Barang naik, minyak naik macam mana ni Tun? Dari mulut
ke mulut saya pergi ke supermaket orang maki kerajaan. Bukan
cakap manis-manis lagi atau berlapik-lapik lagi. Tetapi mereka maki
kerajaan. Macam-macam orang cakap, sampai kita dengar pun naik takut.
Hal
Ini mereka cakap sendiri kat saya. Macam dulu kalau kita bawa
sekian-sekian duit cukup untuk beli beberapa barang. Sekarang mereka
bawak duit jumlah yang sama dah tak dapat nak beli macam dulu. Sekarang
50 ringgit pun dah tak dapat nak beli apa-apa kat supermarket.
Satu lagi kes kat Selangor apabila Khir Toyo kasi penyapu. Benda ni yang
tak elok. Siapa-siapa pun marah kalau kita kasi penyapu kat orang. Kita
mesti jadi air muka orang dan maruah orang. Satu lagi kita saya lihat
tak jaga Kesatuan-kesatuan kerja yang ada. Kita sombong. Masa saya dulu
kesatuan kerja saya selalu panggil tanya apa masalah dan
kehendak-kehendak mereka. Kalau kita ada duit kita beri. Kalau tak ada
duit kita ckp tak ada mereka boleh faham. Jadi saya dapat tahu la
ketidakpuashatian rakyat di negeri-negeri tu. Mereka jumpa saya.
Apakah Punca Kekalahan BN dalam PRU ke-12 ini?
Punca
utama kekalahan BN pada PRU ke-12 saya fikir fasal kita menang besar
dalam FRU ke-11. kita ”over confindent”. Selain daripada itu. Semua
pemimpin-pemimpin UMNO sibuk dengan pemilihan dalam UMNO tahun ini dan
yakin BN akan menang besar dalam PRU ke-12. Jadi banyak tumpuan
orang-orang UMNO terhadap pemilihan parti dan bukan PRU. Kedua saya
fikir, BN apabila menang besar dalam pilihan raya sebelum ini. Kita jadi
sombong. Kadang-kadang orang nak jumpa pun tak boleh. Bila jadi yang
Berhormat, rumah besar, kereta besar dan macam bukan lagi nak berkhidmat
untuk rakyat lagi. Rakyat sekarang ni dah boleh fikir. Bukan macam
dulu. Lepas tu kita tengok berlakunya Hindraf, pita video Linggam
semuanya tidak selesai lagi. Macam mana boleh buat pilihan raya?
Sepatutnya selesaikan dulu perkara-perkara ini. Barulah Pak Lah buat
pilihan raya.
Kalau kita lihat generasi Dr Mahathir dan
Tun menjadi wakil rakyat, kita jarang nampak wakil rakyat-wakil rakyat
BN yang sombong dan sukar untuk berjumpa mengapa kali ini keadaan begitu
berbeza?
Tu
la yang saya hairan. Generasi muda bila masuk UMNO. Mereka menganggap
ia peluang untuk buat kekayaan. Padahal sepatutnya berkhidmat. Pada
tahun 1999 kita hadapi masalah. Tahun 1990 pun ada masalah apabila PBS
keluar. Tetapi kita masih menang dua par tiga kerusi parlimen. Kita
hilang Terengganu bukan kerana apa, kerana orang tidak suka Wan Mokhtar.
Wan Mokhtar pada mulanya nak bersara, tetapi pada saat-saat akhirnya
dia tukar fikiran. Jadi orang marah la. Kita kalah dulu pasai masalah
dalaman. Bukan kerana pembangkang kuat. Masalah dalaman yang berperang
sesama sendiri. Contohnya, macam mana kawasan saya boleh kalah kali ini.
Ini semua pasai wakil rakyat tak jaga kawasan. Terlalu yakin boleh
menang. Yang pelik ada calon bebas boleh menang. Macam mana boleh jadi
Macam ni. Kalau kita selalu balik tengok kawasan, duduk kat kedai
sembang-sembang dengan penduduk. Mereka marah Macam mana pun, kalau kita
jaga dia, dia undi kita balik.
Tapi kalau kita sombong, nak jumpa susah. Kita boleh kalah. Jangan
angkuh. Ini dulu masa kita menang besar kita angkuh. Dr Mahathir pun
kita tidak peduli lagi oleh mereka. Apa salahnya sebelum pilihan raya,
pergi jumpa Dr Mahathir, dia bekas presiden UMNO bekas perdana Menteri
tanya la pandangan dia ajak dia bersatu dengan kita menentang musuh yang
sama iaitu pembangkang. Tetapi kita tidak. Kita sombong dan angkuh.
Bolehkah kita merampas kembali Pulau Pinang daripada DAP selepas ini?
Kalau
nak Pulau Pinang balik 10 tahun pun susah nak dapat balik. Melainkan
kita berubah dan dengar suara rakyat. Mungkin kita dapat balik. Tapi
saya fakir susah. Dulu kita sombong. Sekarang lihat Lim Guang Eng ikut
sambut maulidur rasul, dan hari Vasakhi. Manusia ni kena jaga hati
mereka, kita kena jujur dan ikhlas. Pulau Pinang susah nak dapat balik.
Mereka ada kuasa. Kita sepatutnya bila kita dah jadi menteri kita jangan
berubah. Hidup Macam biasa. Jangan berubah. Macam saya tak berubah.
Inilah saya selipar saya, baju batik saya inilah saya dulu sampai
sekarang. Orang nak terima atau tidak ini cara saya. Jadi kalau tak jadi
menteri pun tak rasa apa. Mudah sembang dengan orang bergaul dengan
orang. Kita resmi padi lagi berisi lagi tunduk la. tapi ini tidak bila
dah pegang kuasa orang bawah kita lupa kita bongkak, kita rasa terlalu
berkuasa, kita tak dengar cakap rakyat dan hanya dengar golongan
tertentu sahaja, ada mata kita tak nak tengok, ada telinga kita tak nak
dengar ada mulut kita tak nak cakap.
Bagaimanakah keadaan BN dalam PRU ke-13 kalau kerajaan dan BN terus tidak berubah mendengar suara rakyat?
Kalau tak berubah BN
akan kalau teruk, macam Dr Mahathir cakap la, BN dan UMNO akan kalah
teruk kalau kita tidak berubah. Kalau kit jaga UMNO baik2 orang akan
sokong. Siapa yang jaga UMNO, yang jaga UMNO ialah ahli-ahlinya jadi
dengarlah cakap ahlinya. Pemimpin naik kerana ahli-ahli yg menaikkannya
jadi apabila kita naik, kita jangan lupa orang di bawah. Pucuk pimpinan
mesti mendengar suara ahli-ahlinya. Tiap2 yang naik dia akan turun tiada
siapa yang kekal. Sebab itu orang tua cakap, bila kita naik jangan lupa
tengok kat bawah, hormat orang tua-tua hormat dan kawan2.
Mengapakah orang yang mengkritik UMNO sekarang untuk kebaikan parti telah dianggap musuh oleh UMNO?
Kita
percaya kepada kebebasan bersuara dan kita percaya kepada demokrasi,
apabila Dr Mahathir beri pandangan biarkan lah, ikut suka dia, tapi
kalau kita pandai, apa sahaja yang beliau bangkitkan, kita boleh jawab
dan apa sahaja yang dia kritik kita kena jawab ini cara perbahasan yang
sihat, tapi bila sampai pilihan raya, datang jumpa Dr. Mahatihr tanya
apa yg dia tak puas hati, kita selesaikan yang mana boleh selesai dan
kita bersatu untuk menghadi cabaran pilihan raya sebab kita ahli UMNO,
yang jadi masalah apabila kita ketepikan dia. Kita rasa terlalu berkuasa
dan tidak memerlukan dia lagi. Kita kata apalah orang tua ni dah
nyanyuk ke? Bila kita ketepikan dia, parti pembangkang gunakan. Gunakan
ucapan dia. Sampai di kampung orang kampung kata kalau Dr Mahathir yang
cakap sudah pasti betul. Tengok kerajaan ini tak tahu jaga inflasi orang
cakap betul sebab itu yang sedang mereka alami. Apabila Dr Mahathir
cakap dengan rakyat, rakyat faham. Sebab dia bercakap dengan suara
rakyat. Rakyat mudah terima. Jadi orang sokong Dr Mahathir, pembangkang
ambil kesempatan. Mereka sombong dan rasa dah kuat tak perlu dengar
nasihat daripada orang lain.
Benarkah
dakwaan yang mengatakan bahawa Tun dan Dr Mahathir ada menyuruh Perdana
Menteri meletakkan jawatan dalam tempoh dua minggu?
Mana
ada saya terlibat. Saya tak tahu pun hal itu. Yang penting bila
bergolak seperti sekarang, kita kena duduk sekali, orang Melayu ni
kenalah jaga air muka, buat cara elok. Pak lah kata dia nak bersara,
cuma orang tanya bila? Duduklah sama-sama dan beritahu keadaan yang
sebenar. Sama ada nak terus pegang jawatan atau nak turun dan bila?
cepat atau lambat lagi?. Yang penting ahli-ahli UMNO yang kena jaga.
Kalau tak jaga hati ahli-ahli, UMNO akan hancur.
Apakah UMNO akan selamat apabila ahli-ahlinya mahukan perubahan pucuk pimpinan?
Sekarang
mahu tak mahu mesti ada orang yg bertanggungjawab terhadap kekalahan
yang berlaku, kalau kita pergi berperang mesti ada jenderal kalau kalah
jenderal bertanggungjawab la. Mahu tak mahu kita kehilangan Selangor,
Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Dari segi kesan
populasi dan ekonomi kita kehilangan saiz yang besar. Selangor, Pulau
Pinang, besar pendapat ekonomi yang kita hilang. Kita kena buat kajian
mendalam apa yang telah berlaku dan mengapa ia berlaku, baru la kita
tahu siapa yang bertanggungjawab dan jangan sembunyi-sembunyi, biar
tiap-tiap cawangan UMNO diberi peluang bercakap, baru kita tahu kehendak
akar umbi ni. Kalau kita ikhlas nak betulkan UMNO la. Kalau nak
betulkan UMNO, ahli-ahli di peringkat cawangan mesti diberi peluang
untuk bercakap. Baru kita jumpa ubatnya.
Pada
pandangan Tun apakah yang menyebabkan rakyat terlalu marah kepada Pak
Lah? Apakah masalahnya sejak dia memegang jawatan Perdana Menteri?
Mereka
marah pasai Inflasi, keselamatan, kehakiman, kemudian Pak Lah macam tak
ada pendirian dan ketetapan, dulu tak buat projek ni, lepas tu buat
balik, dah pasti harga melambung naik. Masa Dr Mahatihr dulu ada
perancangan rapi, kalau dia nak buat, dia akan terus buat. Bila dah
rancang kita kena buat la.
Bagaimanakah BN ingin merampas kembali negeri-negeri yang telah BN kalah ini?
Pertama,
Mesti dengar rintihan rakyat, mesti berkhidmat jaga kawasan, bila jadi
YB nak jumpa susah nak telefon pun susah. Sekarang ni ada kad laporan,
lepas tu apabila kita kata kita puas hati perkhidmatan mereka, tetapi
akhirnya Pak Lah tukar juga ramai calon wakil rakyat yang lama, kalau
dah ok mengapa tukar pulak?, jadi orang tak yakin la macam ni. Tak
berpendirian dan menjiwai akar umbi. Zaman dulu kita menang banyak
kerana kita rendah diri, dulu nak kena cari orang nak yang nak
bertanding, tapi sekarang semua nak jadi calon. Dulu perjuangan untuk
rakyat sekarang tak.
Bagaimana kita nak merampas kembali negeri Selangor?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan