Isnin, 3 Februari 2014

EKONOMI ISLAM



Seluruh dunia sibuk dengan ekonomi. Ekonomi dianggap nadi kehidupan. Setiap bangsa dan setiap negara berusaha bersungguh-sungguh untuk menguatkan dan mengukuhkan ekonomi mereka masing-masing.Bila ekonomi kukuh, negara maju, hidup senang, Negara boleh jadi kuat dalam semua bidang termasuk industri,teknologi dan ketenteraan. Negara yang kukuh ekonominya boleh menguasai negara-negara lain. Tidak hairanlah, ekonomi menjadi kegiatan utama dan usaha terpenting bagi semua negara dan bangsa di muka bumi ini.Umat dan negara umat Islam juga tidak mahu ketinggalan.Mereka juga sibuk menguatkan dan memperkukuhkan ekonomi. Sayangnya,  mereka berekonomi sama seperti bangsa dan negara lain yang bukan Islam berekonomi. Ekonomi yangmereka usahakan ialah ekonomi mengikut sistem kapitalis yangdicipta dan didagang oleh Yahudi dan negara-negara Barat.



Umat dan negara umat Islam sedar dan tahu bahawa ekonomi itu penting dan ia adalah sebahagian dari kehidupan.Mereka juga tahu bahawa Islam menggalakkan ekonomi dan mahukan umat Islam kuat dalam bidang ekonomi. Tetapi apa yang mereka tidak tahu ialah Islam ada cara tersendiri dalam berekonomi yang jauh berbeza dari sistem ekonomi kapitalis.Dalam ekonomi Islam, Tuhan tidak boleh diketepikan.Natijah dari sistem ekonomi kapitalis sangat buruk dan merosakkan. Ia tidak berakhlak. Ia tidak adil. Ia menekan dan menindas. Ia hanya mementingkan keuntungan material semata-mata. Tidak ada pembelaan dan tidak ada kasih sayang. Dalam sistem ekonomi kapitalis, tidak ada Tuhan. Hukum-hakam Tuhan diketepikan. Usaha dan kegiatan ekonomi itu sendiri terkeluar dari konsep ibadah. Ia sangat rosak dan merosakkan.Lagi maju manusia dalam berekonomi, lagi rosak kemanusiaan. Hilang perpaduan dan kasih sayang. Tidak wujud keseimbangan dan keadilan dalam masyarakat. Yang kaya bertambah kaya. Yang miskin bertambah miskin. Jenayah berleluasa. Manusia bergaduh dan berperang. Timbul perbagai krisis yang membahayakan kehidupan manusia.Ada juga pihak dan kelompok tertentu yang  sudah mulai membangunkan ekonomi dan kewangan menurut konsep Islam. Namun kebanyakan usaha tersebut hanya menyentuh soal kulit atau luarannya. Atau mereka menekankan perihal syariatnya sahaja tetapi kurang mengambil berat tentang pengisian,  hikmah atau aspek rohaniahnya.Mereka kurang merujuk atau bersandar kepada Tuhan seolah-olah Tuhan tidak ada peranan dalam ekonomi manusia.Mereka beranggapan seolah-olah Tuhan tidak tahu-menahu tentang hal ekonomi manusia. Maka Tuhan berlepas diri dan biarkan sahaja umat Islam dalam berbagai krisis dan masalah hasil dari usaha mereka di bidang ekonomi yang tidak diredhai dan tidak mengikuti kehendak Tuhan. Umat Islam terseksa dan menderita hidup mereka. Mereka menjadi bertambah hina.Mereka ditekan dan ditindas oleh orang-orang dan negara-negara yang bukan Islam.



Yahudi dan Barat sangat mahir dalam ekonomi dan sistem kewangan ala kapitalis. Mereka sudah lama berkecimpung  didalam sistem tersebut. Malahan merekalah yang mencipta sistem itu. Mereka mengawal dan menguasai ekonomi dan kewangan ala kapitalis ini. Umat Islam tidak akan berdaya untuk menandingi lebih-lebih lagi untuk mengatasi mereka. Bahkan kalau umat Islam terus-menerus mengamalkan sistem kapitalis, mereka akan sentiasa berada di bawah jajahan dan telunjuk Yahudi dan Barat.Umat dan negara Islam mesti berekonomi secara Islam menurut kehendak Tuhan yang berasaskan taqwa. Inilah satu-satunya cara yang dikhususkan oleh Tuhan untuk mengalahkan dan mengatasi ekonomi kaum kafir. Tambahan lagi, Tuhan akan memberkati dan merahmati dan akan memberi pertolongan.Sistem ekonomi dan kewangan Islam menurut kehendak Tuhan selamat dan menyelamatkan. Ia membawa kasih saying dan perpaduan. Ia adil dan saksama dan sangat membela dan membantu fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan.Ia membawa kesejahteraan dunia dan Akhirat.





 MANUSIA PERLU BERMASYARAKAT
Manusia adalah makhluk yang bermasyarakat. Itu adalah sifat yang Tuhan telah tetapkan bagi manusia. Telah menjadi fitrah semulajadi setiap manusia, tidak kira apa kaum dan bangsa, bahawa manusia itu suka dan perlu bergaul, bermasyarakat, bertemu dan berjumpa di antara satu sama lain. Di antara sebabnya banyak yang bersangkut-paut dengan ekonomi dan keperluan hidup seperti berikut:



1. Manusia hendak mendapat keperluan hidup, paling tidak yang asas seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal,  tidak mungkin dapat diusahakan sendirian, kecuali ada bantuan dari orang lain sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.

2. Manusia tidak boleh lepas daripada menerima berbagai-bagai ujian hidup seperti sakit, miskin, ditimpa bencana alam atau kematian. Oleh yang demikian, untuk mendapatkan bantuan dan menyelesaikan masalah itu, tidak mungkin boleh dibuat tanpa bantuan orang lain.

3. Fitrah semulajadi  manusia ingin membangun dan maju.Maka lahirlah perhubungan antara buruh dengan majikan dan di antara pengusaha dan pengguna.

4. Tabiat semulajadi manusia juga inginkan ilmu dan kemahiran. Maka timbullah keperluan mencari guru. Orang-orang yang mempunyai ilmu pula ingin memperpanjangkan ilmunya. Maka timbullah perlu-memerlukan diantara orang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu.Jelas dan nyata bahawa manusia itu, di dalam mengendalikan kehidupannya, sangat memerlukan satu sama lain, perlu sandar-menyandar,  bertolong bantu dan bekerjasama.Kalau tidak, manusia tidak boleh hidup. Sama ada suka atau tidak, manusia terpaksa hidup begitu. Kalau fitrahnya tidak mendorong, keadaan atau realiti hidup yang sebenar akan memaksanya bersandar dan perlu-memerlu antara satu sama lain.Manusia yang suka bermasyarakat, kena bermasyarakat.Manusia yang tidak suka bermasyarakat pun kena juga bermasyarakat. Tidak ada manusia yang dapat lari dari hakikatini.



KEPERLUAN MANUSIA

Manusia mempunyai berbagai-bagai keperluan. Manusia tidak mampu memenuhi kesemua kehendak dan keperluannya sendiri. Ada keperluan kita yang dipenuhi oleh orang lain. Ada pula keperluan orang lain yang kita penuhkan.Keperluan manusia berbagai-bagai. Ada yang bersifat batiniah atau rohaniah dan ada yang bersifat lahiriah. Keperluan rohaniah manusia termasuklah beragama, didikan, pimpinan, ibadah, kasih sayang, beriman, hidup ‘bertuhan’ dan sebagainya.Keperluan lahiriah manusia pula merangkumi segala keperluan hidup sama ada yang berbentuk barangan ataupunkhidmat. Ia melibatkan perkara-perkara yang bersifat material.Ini sangat luas skopnya. Di dalam masyarakat, kita cuba penuhkan keperluan hidup orang lain dan orang lain pula cuba penuhkan keperluan hidup kita. Di atas kegiatan inilah tertegaknya ekonomi.

 

Kegiatan ekonomi berlaku di semua peringkat. Di peringkat individu, keluarga, kampung, jemaah atau kumpulan, daerah, negeri, negara dan seterusnya di peringkat antarabangsa.Hanya bentuk, sifat dan besar kecilnya berbeza. Selagi ada manusia, selagi itulah ada keperluan hidup. Selagi ada keperluan hidup, selagi itulah kita boleh dan kita dituntut untuk berekonomi.Ekonomi adalah nadi kehidupan lahiriah manusia dan sesebuah masyarakat. Tanpa ekonomi, kehidupan lahiriah sesuatu masyarakat akan jadi beku dan tidak dinamik. Kehidupan lahiriah manusia akan jadi malap dan statik. Tuntutan lahiriah manusia juga tidak akan dapat disempurnakan. Hidup masyarakat akan jadi pincang kerana manusia itu ada keperluan lahirnya dan ada keperluan batinnya.Keperluan batiniah atau rohaniah manusia seperti yang disebut di atas tidak boleh dijadikan kegiatan atau sumber ekonomi. Ia adalah tanggungjawab manusia terhadap manusia lain. Manusia tidak boleh menagih untung atau berniaga diatas keperluan rohaniah manusia lain. Ini terkeluar dari bidang dan skop ekonomi.Di dalam semua interaksi antara manusia, manusia paling banyak berinteraksi dalam bidang ekonomi. Ini kerana aktiviti ekonomi tidak dapat dipisahkan dari kehidupan. Bahkan ekonomi adalah sebahagian dari kehidupan. Keperluan lahiriah manusia kebanyakannya terdiri dari barangan dan khidmat yang terhasil dari kegiatan ekonomi...



MASYARAKAT MADANI


Masyarakat madani adalah idaman semua manusia di dunia. Tetapi tidak semua bangsa mampu atau layak mencapainya. Ia adalah kurniaan Tuhan setelah semua tuntutan Tuhan lahir dan batin disempurnakan.Masyarakat madani ialah masyarakat Islam yang maju atau bertamadun. Ia maju kerana rohani ahli-ahlinya.



Ekonomi dapat dibangunkan dan dimajukan berpaksikan iman atau aqi-dah. Akalnya dapat dibangunkan dengan bermacam-macam ilmu yang memberi manfaat sama ada ilmu Akhirat mahupun ilmu dunia yang bermacam-macam cabangnya. Akal itu pula dipenuhi dengan berbagai-bagai pengalaman.Jiwanya dibangunkan dengan rasa tauhid dan rasa bertuhan. Dihiasi hatinya dengan sifat ikhlas, kasih sayang, pemurah, berani, sabar, tawakal, lapang dada, bertolak ansur, redha, qanaah, zuhud dan sebagainya.Nafsunya dapat dibersihkan daripada nafsu amarah (yang sangat mendorong kepada kejahatan). Dinaikkan kepada peringkat lawamah, seterusnya kepada mulhamah, mutmainnah, radhiah, mardhiah dan kamilah. Paling tidak, nafsunya dapat dibangunkan hingga ke peringkat mulhamah. Peringkat ini sudah sampai ke kawasan selamat. Lebih dari itu merupakan subsidi dari Tuhan.

Kemudian, fizikalnya dapat dibangunkan berpandukan ilmudan bertunjangkan iman. Segala keperluan hidup di dunia yangbersifat material dapat dibangunkan termasuklah keperluan makan minum yang sebaik mungkin, tempat tinggal, tempat kerja seperti pejabat, industri dan lain-lain yang secanggih mungkin. Dapat dibangunkan prasarana seperti jalan raya yang baik, kenderaan yang canggih dan alat-alat senjata yang canggih untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air dari serangan musuh.Dalam sebuah masyarakat yang madani atau hadhari, hidup indah, selesa dan menyenangkan kerana di dalamnya terbina dua tuntutan manusia iaitu tuntutan rohaniah dan tuntutan lahiriah. Di sudut rohaniah berlaku ukhwah dan kasih sayang, timbang rasa, rasa bersama, bekerjasama, bersatupadu, bertolakkan, bertolong bantu, pemurah, beransur, maaf bermaafan, doa-mendoa, disiplin dan bersih daripada dosa dan noda.Di sudut lahiriahnya pula, di antaranya hidup aman dan makmur, maju, membangun, terdapat kemudahan dalam serba-serbi termasuk makan minum yang cukup, pakaian serba ada, tempat tinggal yang selesa dan perhubungan yang mudah. Wujud perniagaan dan industri, pertanian dan pendidikan. Semua orang ada kerja, tidak ada yang menganggur dan ahli masyarakat mudah mencari rezeki.Kebanyakan dari keperluan-keperluan lahiriah ini dicapai dan diperolehi melalui kegiatan ekonomi.


                                                                                                                         











Tiada ulasan:

Catat Ulasan