Aku ada tips 10 CARA UNTUK MENANGI HATI MAK MERTUA. Benda ni berguna untuk menantu yang dapat mak mertua yang garang tapi punya taman di hati. Harap-harap dengan 10 tip ni setidak-tidaknya dapat menambahkan percambahan bunga di taman hatinya.
Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi
miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai
suami/isteri yang sah. Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin
dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.
Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu
tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata
dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila
memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.Bagi menangani
masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips
yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas
sah bergelar suami/isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau
kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu
kesayangan.
1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan
dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka
melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran,
cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya
dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda
membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan
memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.
3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa
yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai
dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan
ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan
mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak
mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita
tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa
bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat,
jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh
memalukan diri sendiri.
6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga
harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda
cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul
berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan
belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.
7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun
Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon
mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan
membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan
majlis untuk mereka.
8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang
yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata
orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan
sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga
mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu
mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan
memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti
periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan,
tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika
majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di
dalam atau luar rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan