Selasa, 25 Februari 2014

PITIS

Tutorial : Kotak Gambar















BismilLahir-Rahmaanir-Rahiim,

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi satu ilmu tentang fotografi.

Ramai kawan2 menghadapi masalah untuk menghasilkan gambar yg sharp (tajam?) lagi terang.

Kebanyakkannya gambar yg di post di FB blur, shake dan gelap. Akibatnya 'item' tersebut tidak mampu menarik perhatian pembeli (jika anda ingin menjual produk).

Kini saya cuba berkongsi 'Kotak Gambar' yang saya gunakan untuk menghasilkan gambar yang 'cun melecun' :)

MAAF DI PINTA JIKA TUTORIAL INI MENYEBABKAN SESETENGAH PIHAK KERUGIAN.

Sila ikuti langkah mudah di bawah :
sediakan kotak yang sesuai.. jangan terlampau tinggi dan jangan terlampau rendah (menyebabkan blur). pastikan kotak tersebut stabi.


potong di bahagian atas untuk tempat kamera.. pastikan ruangan flash tidak terlindung. 


Potonggggg :) 


cuba test muat ke tidak heheheh pastikan lens dan flash tidak terlindung. 

Buatkan juga 'pintu' untuk masukkan item anda. 


 Kotak Gambar sudah siap dan sedia untuk di gunakan :)


 Setting di kamera mengikut kehendak anda.. guna timer lebih baik untuk hasilkan gambar yang paling sharp. Guna grid untuk pastikan gambar tidak bengkok :)

 Snap!!!!! :)


Hasilnya camnilah, tadaaaaaa :)

InsyaAllah tutorial yang lain2 lagi akan saya kongsikan dalam 'buku' yang akan di terbitkan tidak lama lagi InsyaAllah 1 Muharram 1435 :) Wassalam.

p/s Untuk gambar lebih jelas sila klik di sini 

 SUMBER = http://purbawan.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan