DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
MERASMIKAN HARI PELADANG KEBANGSAAN
TANJUNG KARANG, SELANGOR
Y.B. Menteri Pertanian Datuk Abdul Manan Othman, YAB. Menteri Besar
Selangor Dato Hormat Rafie Yang Berhormat-Yang Berhormat, Dif-dif
Kehormat, Tuan-tuan dan puan-puan sekelian.Assalamu' alaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat berkumpul beramai-ramai di Tanjung Karang pada hari ini untuk merayakan Hari Peladang Kebangsaan Yang ke Sembilan. Perayaan ini bukanlah hanya setakat menyertai pertandingan atau menyaksikan pamiran tetapi yang lebih penting ialah kita semua hendaklah memusatkan tikad dan berikrar untuk memupuk semangat bekerjasama, berdikari serta membaharui azam untuk berusaha dengan lebih giat lagi. Perjumpaan seperti ini memberi peluang kepada petani-petani dan peladang-peladang kita untuk bertukar-tukar fikiran, melihat kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dan mengukur sejauh mana para petani kita sudah maju dalam amalan-amalan pertanian moden, seperti penggunaan benih bermutu tinggi, jentera-jentera pertanian, dan lain-lain kemudahan pertanian yang bertujuan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan.
2. Hari Peladang Kebangsaan ini diadakan di negeri-negeri secara bergilir-gilir. Pemilihan Tanjung Karang untuk Hari Peladang tahun ini adalah sangat sesuai kerana kawasan Tanjung Karang dan Sekinchan merupakan kawasan jelapang padi yang terbesar di Negeri Selangor dan kawasan Sabak Bernam yang berhampiran merupakan kawasan tanaman kelapa dan koko yang penting. Kedua-dua kawasan pertanian ini terletak di bawah Projek Pembangunan Pertanian berpadu Barat Laut Selangor.
3. Projek Barat Laut Selangor yang dianggar berharga Dua Ratus Enam Belas Perpuluhan Tiga Juta Ringgit ($216.3 juta) mula dilancar perlaksanaannya dalam tahun 1978. Projek ini mempunyai matlamat untuk meningkatkan pengeluaran dan pendapatan para petani dan peladang di kawasan ini. Pada peringkat awal pelaksanaannya, tekanan diberi kepada pembekalan infrastruktur-infrastruktur pertanian dan penyaluran secara integrasi perkhidmatan-perkhidmatan pertanian oleh berbagai-bagai agensi Kerajaan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberi sokongan kuat dalam pelaksanaan projek ini dan juga kepada para peladang di kawasan ini yang telah memberikan kerjasama mereka.
Para hadirin sekelian.
4. Sektor pertanian adalah asas utama pembangunan Negara kita. Di dalam tahun 1980, misalnya, sektor pertanian memberi sumbangan 22.2% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dan merupakan 40.6% sumbangan tenaga kerja negara. Tetapi dalam masa yang sama, sektor ini masih lagi mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi iaitu 46.1%. Kerajaan memandang berat akan keadaan ini dan dalam usahanya untuk mengatasi masalah ini telah mengadakan beberapa Projek Pembangunan Pertanian di dalam kawasan yang telah diteroka. Oleh itu, tema Hari Peladang yang dipilih pada tahun ini, iaitu "Peladang Progresif asas Pemodenan Pertanian" memang tepat dengan hasrat dan tempo pembangunan pertanian yang sedang dan akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Keempat.Negara kita memerlukan petani dan peladang yang produktif yang mengamalkan pertanian moden untuk menjamin bukan sahaja bekalan makanan negara sentiasa cukup tetapi juga keselamatan dan kemakmoran yang kita nikmati akan berkekalan.
5. Dalam zaman yang serba moden ini, amalan pertanian juga harus dimodenkan agar pengeluaran dan pendapatan para peladang dan petani meningkat. Pemodenan pertanian bermula dengan perubahan sikap terhadap amalan pertanian itu sendiri. Sikap mahu memajukan diri sendiri dan bekerjasama merupakan asas kejayaan amalan pertanian moden. Penggunaan teknoloji pertanian moden seperti benih baru bermutu, alat jentera, baja dan racun serangga dan lain-lain bahan memerlukan disiplin yang ketat dan penglibatan dan kerjasama semua peladang dan petani. Usaha-usaha pakar-pakar penyelidikan untuk mendapatkan benih-benih yang memberi hasil tinggi, pegawai -pegawai perkembangan pertanian untuk menyampaikan nasihat dan tunjukajar teknoloji-teknoloji baru, dan pembekalan bahan-bahan seperti jentera, baja, kredit dan lain-lain adalah bertujuan menjamin dan meningkatkan hasil pengeluaran. Ini tidak akan dapat dinikmati dengan sepenuhnya tanpa para petani menerima dan menyertai pertanian moden.
Para hadirin sekelian.
6. Adalah menjadi hasrat Kerajaan agar pertanian moden dijadikan sebagai asas pembangunan luar bandar. Saya percaya hasrat yang murni ini dapat dicapai dengan adanya perancangan yang lengkap dan teratur di pihak Kerajaan, kerjasama yang erat dari sektor swasta dan penerimaan serta penglibatan sepenuhnya dari pihak petani dan peladang. Di pihak Kerajaan, berbagai-bagai agensi dan Jabatan telah ditubuhkan untuk memajukan bidang pertanian seperti Jabatan Pertanian, MARDI, Lembaga Pertubuhan Peladang, RISDA, FAMA, Bank Pertanian dan lain-lain lagi. Kerajaan telah mengadakan infrastruktur dan perkhidmatan dan kita telah mencapai beberapa kemajuan. Walau bagaimanapun kadar pencapaiannya belum lagi boleh dibanggakan. Bagi kawasan-kawasan yang termasuk di dalam program Pembangunan Kawasan berpadu, kesan perkhidmatan berbagai agensi ini telah mula dirasakan oleh petani-petani kerana perkhidmatan tersebut disampaikan secara integrasi dan berpadu. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru pegawai-pegawai Kerajaan yang melaksanakan tugas-tugas pembangunan pertanian supaya sentiasa sensitif kepada keperluan dan keadaan para peladang dan petani serta pada masa yang sama berhati cekal untuk terus memberi nasihat dan pimpinan ke arah pertanian moden.
7. Pembangunan pertanian pada masa yang lampau telah menumpukan kepada peningkatan pengeluaran iaitu pembangunan jenis tanaman itu sendiri. Aspek pembangunan penghidupan petani yang terlibat tidak mendapat tekanan yang sewajarnya.Ini tidaklah mencukupi. Amalan pendekatan yang digunakan bagi tempoh Rancangan Malaysia Keempat dan seterusnya akan merupakan satu pendekatan pembangunan yang menyeluruh (total development) di mana penghidupan petani, alam sekitarnya dan keperluan hidup yang selesa akan diberi keutamaan yang seimbang dengan pembangunan tanaman yang diusahakan. Saya percaya pendekatan pembangunan yang demikian akan meningkatkan lagi semangat dan azam para peladang dan petani kita untuk menjadi lebih produktif lagi.
8. Kerajaan sedar bahawa para peladang dan petani kita menghadapi masalah tanah ladang atau sawah yang kecil untuk diusahakan dan kemajuan mereka adalah terhad oleh kerana sekatan saiz yang kecil itu. Pendekatan pertanian secara berkelompok akan digalak dan diutamakan supaya sawah-sawah atau kebun-kebun yang dulunya kecil boleh diusahakan mengikut lunas-lunas pengurusan tanah yang luas iaitu secara estet. Di negara kita, mengusaha sawah secara berkelompok mengikut lunas-lunas pengurusan estet telah dilakukan secara percubaan di Kampong Asam Jawa, Kedah. Petani-petani di kawasan itu telah bersetuju untuk menyatukan petak-petak sawah mereka yang kecil supaya boleh dibahagikan semula kepada petak yang besar yang lebih mudah diusahakan dengan jentera besar dan lebih ekonomik. Para petani kita tidak boleh lagi berpegang kepada amalan tradisional yang sudah sampai kepada tahap maksima pengeluaran hasilnya. Para petani kita hendaklah melibatkan diri secara menyeluruh dengan mengusahakan tanah padi secara berkelompok, supaya terdapat hasil yang tertinggi dari penggunaan jentera, kredit dan pengurusan. Selain daripada ini percantuman tanah akan melepaskan tanah-tanah kosong yang boleh digunakan untuk berbagai tanaman dan perusahaan kecil.
9. Pengurusan ladang secara besar-besaran atau komersial ini akan membuka peluang yang luas bagi sektor swasta seperti bank-bank perniagaan dan institusi-institusi kewangan memainkan peranan yang lebih aktif di dalam pembangunan pertanian terutamanya jenis-jenis tanaman makanan seperti padi, kacang tanah, sayur-sayuran dan sebagainya. Agensi-agensi Kerajaan yang tertentu akan sentiasa berusaha bagi menentukan tidak ada penyelewengan oleh institusi-institusi yang terlibat. Saya ingin mengambil kesempatan ini menggesa sektor ini terutamanya institusi-institusi kewangan agar meningkatkan lagi penglibatan mereka dengan pembangunan pertanian dan memberi kerjasama sepenuhnya untuk mencapai objektif memajukan para petani dan peladang kita.
Para hadirin sekelian.
10. Kita kerap kali mendengar bahawa semasa memungut hasil padi misalnya, para petani kita menghadapi kekurangan tenaga kerja. Tetapi kita juga kerap melihat pada masa-masa yang lain petani-petani tidak mempunyai sebarang kerja yang berhasil. Keadaan seumpama ini merugikan petani-petani itu sendiri kerana masa yang terluang tidak digunakan sebaik-baiknya. Adalah menjadi hasrat Kerajaan agar setiap petani dapat menumpukan lebih banyak masa lagi dan bekerja dengan lebih berkesan (gainfully employed) untuk meningkatkan pengeluaran dan seterusnya pendapatan mereka. Pada masa ini, sebagai contoh, penyelenggaraan parit dan taliair di dalam sawah seperti menebas rumput-rampai, membaiki ban-ban yang telah roboh dan sebagainya dilakukan melalui kontrektor-kontrektor yang dilantik dan diawasi olih Jabatan Parit dan Taliair. Parit-parit dan taliair ini dibina untuk kemudahan petani-petani bersawah dan belanja penyelenggaraannya adalah agak tinggi. Sebagai langkah untuk menambahkan pendapatan dan menolong menentukan petani-petani berpeluang bekerja sepenoh masa, pada hemat saya, ada baiknya sekiranya penyelenggaraan parit dan taliair dilaksanakan sendiri olih para petani secara mufakat dan mendapat bayaran setimpal seperti bayaran yang lazimnya diterima olih kontrektor-kontrektor yang saya sebutkan tadi.Cara ini bukan sahaja akan membantu menambah pendapatan para petani kita tetapi juga akan menjamin mutu kerja yang baik kerana kesan penyelenggaraan yang dilakukan akan mempengaruhi taraf bekalan air untuk bersawah di dalam kawasan parit atau taliair berkenaan.
11. Di mana yang sesuai, Kerajaan juga akan mengadakan latihan tertentu kepada para petani dan peladang yang berminat dan berkelibar untuk menubuhkan kilang kecilan bagi memperoses bahan-bahan pertanian untuk menambahkan pendapatan mereka. Potensi para petani dan peladang kita yang cekap dari segi pertukangan, kerja tangan dan sebagainya akan diperkembangkan dengan penubuhan perusahaan kecil seperti membuat perabut dan perkakas dari rotan dan buluh, membuat batu-bata dengan menggunakan pasir atau tanah liat dan lain-lain lagi. Usaha-usaha ini boleh diatur dengan rapi bagi menyesuaikan keperluan tenaga buruh dan pasaran. Usaha-usaha seumpama ini merupakan potensi yang besar untuk menambah pendapatan para petani kita.
Para hadirin sekelian.
12. Kerajaan juga akan memberi galakan dan insentif kepada sektor swasta untuk menubuhkan kilang-kilang di kawasan-kawasan luar bandar terutamanya kilang-kilang yang berasaskan pertanian dan membuat "intermediate products" untuk industri-industri yang lebih besar demi membuka peluang para petani menambahkan pendapatan mereka. Di samping itu perusahaan ternakan ayam, itek, lembu dan ikan air-tawar boleh diadakan oleh petani sendiri secara teratur dan berkongsi. Apa yang perlu ialah kesanggupan bekerja dan bekerja kuat.
Para hadirin sekelian.
13. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang telah berjaya menjadi johan di dalam pertandingan yang diadakan bersempena dengan perayaan Hari Peladang Kebangsaan ini. Saya berharap mereka akan mengembangkan kecekapan mereka, berkerjasama dan terus berusaha bagi mencapai tahap pengeluaran dan pendapatan yang lebih tinggi lagi. Bagi mereka yang kurang bernasib baik, belajarlah daripada mereka yang berjaya dan berusahalah dengan lebih giat lagi.
14. Dengan kata-kata ini saya dengan sukacitanya merasmikan pembukaan Hari Peladang Kebangsaan Yang ke sembilan ini.
Wabillahitaufik Wasalamu' alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan