Siapa boleh
buat dan berani buat macam Tun Dr Mahathir buat dalam cerita ni... admin
nak vote jadi pm. Harap kebaikan yang ada pada pemimpin ini dapat kita
contohi.
1. Kejayaan merampas semula
Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan
Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982
apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung
UMNO Ke-33.
2. Carcosa Seri Negara kembali
ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan
Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.
3. Satu lagi kisah yang wajar
diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir
dan berusaha menjatuhkannya menerusi Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang
Malaysia seperti DAP.
4. PETRONAS merupakan antara
syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS
sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di
negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat.
Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan
dengan Amerika Syarikat.Bagaimana boleh jadi begitu?
5. Tahun 1988, apabila Sudan
mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya
Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di
negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri.
Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan
dan membuat kajian selama tiga bulan.
6. Atas helah Zionis dan
bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi
Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak
mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.
7. Tiada negara lain yang
berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah
memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh
negara-negara lain.
8. Namun, sekali lagi Dr.
Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS
masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada
kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah
antara yang terbesar di dunia.
9. Apabila kapal-kapal dari
Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan
antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya
kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan
perang terhadap Amerika Syarikat.
10. Walaupun CEO PETRONAS mahu
membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr.
Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia
berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan
menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.
11. Rupa-rupanya, Mahathir
mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat.
Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada
abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China
sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak
China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.
12. Apabila Amerika Syarikat
mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan
serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani
berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.
13. Selesai masalah dengan
sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian
dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard
rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30%
keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard
tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika
Syarikat menggigit jari.
14. PETRONAS hanya mengambil
15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan.
Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk
kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan
bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.
15. Sebabnya, mudah… Tun Dr.
Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak
di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan
mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.
16. Tawaran yang dibuat oleh
PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain.
Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat
petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam
penguasaan kawasan di dunia.
http://tuppaipanas.blogspot.com/2013/11/kisah-hebat-tun-dr-mahathir-leburkan.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan